Saturday, 8 December 2012

SHAH - SAYA ISLAM TAPI SAYA GAY - "SAYA PEDULI HAPE KALAU TUHAN ITU MURKA"

Kisah yang anda baca ini melibatkan seorang pemuda Melayu beragama Islam bernama Shah yang terlibat kegiatan gay. Shah bangga menjadi seorang gay walaupun mengaku pernah solat Jumaat sekali sekala, tetapi tidak pernah menunaikan sembahyang lima waktu. Bagi Shah dia menjadi gay kerana itulah naluri semula jadinya….

“Saya peduli hape kalau Tuhan itu murka? Selama ini segala dosa yang saya buat pun bukannya dapat apa-apa balasan pun dari Dia? Dimana Tuhan?”


Itu jawapan yang diberi oleh seorang manusia yang zahirnya dilahirkan berjantina lelaki tulen bernama Shah apabila diajukan soalan tentang kehidupannya sebagai seorang gay dari sudut perspektif agama.

“Saya dah bosan lah bang orang datang bagi syarahan pasal dosa menjadi gay ni. Bermacam-macam ustaz, alim ulama semuanya cakap benda yang sama : Dosa! Dosa! Dosa! Takde model lain ker?”

Saya bersabar mendengar keluhan hatinya itu sambil menghembuskan asap rokok. Kedengaran kana-kanak bermain sambil menyanyikan lagu Nenek Nenek Si Bongkok Tiga dimeja belakang.

“Saya mengaku saya Islam tetapi saya tak menafikan bahawa saya seorang gay. And I’m proud of it. Bukan saya minta menjadi gay, memang saya dilahirkan begini. Bagaimana saya nak melawan nafsu dan dorongan saya kalau dah dilahirkan begini?”

“Anda keliru?” kata Shah

Ingin saya nyatakan disini bahawa Shah ialah salah seorang pengikut blog gay Sherita Aziz (blog ini sudah ditutup). Tujuan Shah berjumpa dengan saya kerana dia tidak puas hati dengan pendedahan mengenai kegiatan gay di alam maya.

Shah mencapai Blackberry Torchnya untuk membalas pesanan ringkas daripada sahabatnya, sementara saya meminta segelas ais kosong daaripada pelayaan restoran. Maklumlah, senang dapat kencing manis, maka ais kosong lah saya teguk.

Shah menyambung bicaranya:

“Saya tahu menjadi gay salah disisi agama tapi seperti yang saya cakap tadi, dimana Tuhan? Waktu saya *&^%$#*&% lelaki lain, dimana Tuhan? Saya buat dosa dimana balasan dari Tuhan? Orang cakap ingat balasan akhirat, ehhh tu kubur sendiri masing-masing punya lah. Balasan buat dosa didunia pun saya tak nampak, inikan pulak balasan akhirat? Hahaha!”

Sungguh megah sekali dia bercerita. Tetapi saya diamkan diri lagi kerana mahu mendengar apa yang ingin dia luahkan lagi jauh disudut hatinya.

“Kami warga gay memilih untuk menjadi gay walaupun dilahirkan Islam. Itu pilihan kami sendiri. Itu hak kami sebagai manusia. Jadi tolong lah respek kami dan jangan kacau kami lagi. Kalau tak suka blahhh lah dari blog itu. Apa susah? Kami bukan kacau sesiapa pun, kenapa nak kacau kita orang?” kata Shah.

Sepanjang perbualan kami jelas terpampang diwajah Shah bahawa dia sedang marah. Membelek jam tangan, saya tengok waktu sudah kian meningkat. Saaya bertanya kan satu lagi soalan kepadanya.

“Kau mengaku kau Islam tapi kau mengaku kau gay. Kau ada buat solat lima waaktu?” soal saya kepada Shah.

“Solat bang. Cuma solat Jumaat sahaja, nak cover up takut orang banyak tanya!” akui Shah.

Saya padam kan rokok yang dihisap.

“Begini Shah. Bercakap paasal agama dengan kau memang tak jalan sebab kau dah hari-hari dengar benda yang sama tapi tak makan saman. Nak suruh kau bertaubat, tak boleh kerana pintu hati kau belum terbuka. Nak paksa atau pukul kau untuk hentikan kegiatan kau memang tak boleh kerana Islam bukan agama paksan dan bukan agama yang ganas!” saya terus bersurah kepadanya.

“Betul tu bang, betul-betul saya sokong!” balas Shah.

Pertama kali ku lihat dia tersenyum sejak pertama kali dia duduk semeja dengan ku setelah sejam setengah.

“Saranan aku, kau keluar Islam. Tolong kau jangan cemar dan nodai nama baik agama Islam dengan kepura-puraan serta kegiatan songsang kau.

“Bila dah terbuka hati nak taubat, kami hulurkan dua tangan menjemput kau masuk Islam semula. Kedua, kau tukar warga negara. Memandangkan kau dah lupa asal usul kau dan kau rasa tidak bebas kau menjalankan aktiviti gay dinegara ini. 

Kau boleh buat semua ini?” demikian saya terus mendesaknya.

Dia diam seribu bahasa.

“Kau cakap kau orang ada hak sebagai manusia, kami juga ada hak sebagai penduduk negara ini juga dan kami majority. Islam pegangan hidup kami, Malaysia tanah air kami. Orang tegur kerana tak mahu korang dikalangan anak bangsa kami!” kata saya lagi.

Ketika itu muka Shah a.k.a gay hero kampong sudah mula merah padam.

“Aku nak quote ayat kau tadi tapi aku nak modify sikit je: Kalau tak suka, blah la dari agama dan negara kami, boleh kami katakan pekara yang sama juga pada korang. Kerana ini hak kami. Kalau balasan Tuhan pun kau boleh persoalkan, inikan pula keputusan untuk menukar agama!” kata saya semakin bengang.

Shah terus mengemaskan barang-barangnya dan mengangkat kaki beredar tanpa berkata apa-apa.

Sambil melihat Shah pergi, saya sedih kerana dia sanggup memilih jalan sesat begitu maskipun masih seorang Islam. Sudah ramai yang telah menasihatinya tetapi dia terus bergelumang dengan dunia gay.

Manusia seperti Shah memang ramai dinegara kita, tapi apakah jalan penyelesaian yang sepatutnya kita lakukan bagi membawa balik lelaki songsang yang memilih jalan kaum Nabi Lut ini?


Sumber : ditaip semula dari Majalah Mastika oleh Adam Vai - Disember 2012


Kenapa kita dipilih menjadi songsang? 
Cuba anda baca luahan yang ditulis oleh Awan Yg TerPLU di dalam entry ini I'M GAY AND ITS NOT OKAY... BUT ITS AWESOME ;)


LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (15) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (59) najmi jumpa doktor (10) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (90) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (10) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)