Wednesday, 12 December 2012

SAINTIS CIPTA JARUM SUNTIKAN ELAK RASA SAKIT

"Salam abang.. next week 11 haribulan, saya pergi ambil darah.. takut le pulak.. walau dah banyak kali ambil pun still takut lagi.. bukan pe, seram tengok jarum tuh.. kali ni sure kena ambil banyak, sebab ada 4 kertas.. haha.. harap xde pape," beritahu Azman kepada saya beberapa hari lalu.

Tu....dia ingatkan saya seorang sahaja yang masih ada "seriau" setiap kali nak ambil darah rupa-rupanya salah seorang kawan facebook pun juga punya kerisauan yang sama setiap kali darah nak diambil dan saya pasti tentu ramai lagi diluar sana yang mengalami situasi yang sama, walaupun dah berkali-kali lengan dicucuk tapi rasa takut tu masih tetap ada, walaupun dikatakan hanya sakit sebagaimana sakit digigit semut tapi semua tu masih tidak dapat menghilangkan rasa gementar sebelum darah diambil.

Teringat waktu kecil dulu, sewaktu hendak bersunat, style duduk atas batang pokok pisang. Semua kata tak sakit rasa macam gigit semut aje. Puihhhh......hehehe....kena tipu hidup-hidup berpusing dunia sewaktu 'anu" tu dikerat, bukannya sakit macam digigit semut lagi tapi rasa sakit macam digigit harimau hahaha..

Kalau kakitangan yang kerjanya mencucuk tu berpengalaman pasti tidak mendatangkan sebarang masaalah, tetapi kalau nasib tak baik kita dapat kakitangan yang baru belajar pasti boleh lebam lengan tempat yang dicucuk itu.

"Yela, time tarik jarum tu yang rasa cam pedih ckit..," ujur Azman lagi.

Kalau ikut cara saya lah...sebelum lengan dicucuk kita kena genggam tangan (jari tangan) kuat-kuat, kalau ada kayu yang boleh digenggam, kita genggam, biar sampai urat menonjol, sebaik jarum masuk dalam urat darah lepaskan genggaman supaya darah boleh ditarik dengan mudah dan pasti darah akan keluar laju, masa tu kita kena relex lah.

Tetapi...... ada tapinya...saya pasti risau apabila ketika jarum tu nak ditarik keluar apabila selesai darah disedut. Adakalanya sakit dan pedih sikit, tapi rasa "seriau"nya banyak hehehe...Lepas tu kita tekan kapas pada lubang yang dicucuk tu kuat-kuat dalam 10 minit, kemudian baru buang kapas tu.

Ada sekali selesai darah saya diambil, sebaik keluar dari bilik ambil darah saya buang terus kapas tu, tangan bergerak tidak tentu hala...hasilnya lebam hitam juga tempat yang dicucuk itu.

"Tadi ambil darah dah, hari ni susah sikit, darah tidak mahu keluar, jenuh tahan sakit huhuhu....giler," beritahu Azman kepada saya semalam.

Walau bagaimanapun, ada berita baik melalui akhbar hari ini yang bertajuk, "Saintis hasilkan jarum suntikan elak rasa sakit". Alhamdulillah mudah-mudahan cepat lah hasil ujian tersebut sampai ke negara kita tu, tak sabar nak cuba jarum baru yang dikatakan tak sakit tu. Lain kali tak da lah tension setiap kali darah nak diambil kan. So baca aje berita dibawah ini.


BOSTON 11 Dis. - Sekumpulan saintis di sini berjaya menghasilkan jarum suntikan yang mampu mengurangkan rasa sakit ketika disuntik dan tahan bengkok, yang diilham daripada struktur duri landak.

Ketua penyelidikan, Dr. Jeffrey Karp dari Hospital Wanita Brigham, Boston berkata, idea itu diperoleh selepas mengkaji kaedah mempertahankan diri yang digunakan oleh landak Amerika Utara ketika berdepan dengan musuh.

Menurut kajian yang disiarkan dalam jurnal Akademi Sains Kebangsaan semalam, Dr. Karp berkata, landak mempunyai kira-kira 30,000 duri yang akan ditanggalkan sekiranya diserang musuh, sebelum haiwan itu bertindak melarikan diri.

Jelas beliau, duri landak menjadi senjata yang berkesan kerana mempunyai hujung tajam halus seperti cangkuk yang terbalik.

Cangkuk tersebut berfungsi seperti mata pisau yang bergerigi, dengan mudah masuk ke dalam tisu dan melekap pada daging serta dalam masa yang sama bertindak mengurangkan tekanan ketika ia ditusuk.

"Kami terperanjat apabila mendapati cangkuk tersebut bertindak dalam dua fungsi iaitu mengurangkan tekanan kemasukan bagi memudahkan masuk ke dalam tisu dan memaksimumkan tekanan pegangan bagi membolehkan duri itu sukar dilepaskan," katanya.

Berdasarkan struktur tersebut, Dr. Karp dan pasukannya mencipta replika plastik menyerupai struktur duri landak, yang berupaya mengurangkan tekanan ketika dicucuk, namun mudah ditarik bagi mengurangkan kesakitan.

Kajian tersebut dijangka mampu memperbaharui rekaan jarum suntikan dan peralatan perubatan pada masa depan. - AGENSI


LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (15) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (59) najmi jumpa doktor (10) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (90) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (10) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)