Thursday, 20 December 2012

SAERAH MENDAPAT ANAK "PONDAN"

Luahan sedih hati seorang ibu

Setelah di kurniakan dua cahaya mata perempuan, Saerah berdebar menunggu kelahiran anak ketiga. Kini dia terlalu inginkan anak lelaki. Kadangkala dia termimpi-mimpi menimang anak lelaki. 

Dengan bantuan bidan kampung dia selamat melahirkan Hamid di rumah. Saerah bersyukur Tuhan memakbulkan doanya untuk menimang anak lelaki.

photo hiasan

Tingkah laku Hamid seperti kanak-kanak lelaki biasa. Bagaimanapun, ketika berusia dua tahun, Hamid suka melihat kakaknya memakai baju. Dia juga cepat merajuk dan menangis. Hamid juga tidak suka bermain dengan kanak-kanak lelaki.

Apabila melihat tingkah laku Hamid yang terus menjadi-jadi, saya bertambah risau. Saya melihat alat kelaminnya hampir setiap hari. Saya mencari ubat kampung. Ada kala saya mengurut kemaluannya atau membungkusnya dengan daun sirih bagi mengelakkan angin dan terkena santau. Namun, Hamid tidak menunjukkan sebarang tanda akan sembuh.
 
Hamid di hantar berkhatan ketika umur 11 tahun. Kami mengharapkan selepas disunat Hamid akan cepat membesar seperti remaja lelaki lain. Malangnya, alat kelaminnya bertambah kecil, lembik dan mengecut. Pada masa sama, dia rajin menolong kerja dapur, membasuh dan mengemas. 

Walaupun dipaksa dan dirotan, dia tidak mahu berusaha bergaul dengan remaja lelaki sebayanya. Bagaimanapun, kami tidak lalai dalam mendidik Hamid. Dia dibawa bersembahyang di masjid dan diajar menunaikan tanggungjawabnya sebagai lelaki Islam. Kedua-dua datuknya turut membantu mendidik Hamid. Malah mereka tidak bersetuju Hamid menjalani pembedahan.

Akhirnya Hamid yang agak cemerlang dalam pelajaran berjaya diterima bekerja di jabatan kerajaan di Kuala Lumpur. Dia dihalau ayahnya apabila dia menyatakan hasrat hendak menjalani pembedahan alat kelamin dan menjadi wanita sejati.

Hati saya sebak. Saya takut Hamid memilih jalan sesat. Ayahnya begitu keras, tidak mahu berlembut. Tanpa pengetahuan ayahnya, dia masih menghubungi saya dan menghantar wang belanja adik-adiknya. Sepanjang enam tahun Hamid meninggalkan rumah, dia tidak pernah pulang.

Kami merinduinya. Apabila dia ada, rumah sentiasa kemas dan cantik. Makan dan manisan sentiasa disediakan. Menerusi suratnya, saya tahu dia selamat di Kuala Lumpur dan saya dimaklumkan dia sudah membeli rumah.

Sebagai ibu, saya mahu menziarahi dan melihat keadaanya. Tetapi saya tidak berdaya kerana ayahnya sudah memberi kata dua. Saya akan diceraikan. Saya terpaksa memilih. Antara anak, keluarga dan talak, ketiga-tiganya sama penting.

Apabila ayahnya sakit tenat dan atas nasihat Hamid, dia dimasukkan ke hospital terkemuka di Kuala Lumpur. Walaupun begitu Hamid tidak dibenarkan melawatnya. Ayahnya masih berkeras dan tidak mahu memaafkannya.

Hamid hanya menangis melihat keadaan ayahnya dari jauh. Lebih empat bulan ayahnya terlantar di hospital. Saya yang menemaninya setiap hari menasihatkan dia supaya memaafkan Hamid. Saya tahu dia masih sayangkan Hamid. Tetapi dia kecewa Hamid tidak seperti lelaki lain.

Keadaan ayahnya semakin membimbangkan. Sehari sebelum dia meninggal, juga bersamaan tarikh lahir Hamid, ayahnya tiba-tiba mahu melihat Hamid. Ayahnya menangis sementara tangan kanannya yang sudah tidak bermaya mendapatkan tangan Hamid. Mereka berdua berpelukan

Suasana haru dan pilu. 

Sebelum dia menghembuskan nafas terakhirnya, dia sempat meninggalkan pesanan bertulis dan memberi kebenaran untuk membolehkan Hamid menjalani pembedahan dengan syarat dia tidak menyeleweng daripada akidah Islam.

Selepas mendapat pandangan pakar perubatan Hospital Universiti, Kuala Lumpur dan tokoh agama, Hamid selamat menjalani pembedahan pada 13 November di hospital terkemuka di Bangkok, enam bulan selepasnya ayahnya meninggal dunia. 

Kini sudah hampir empat tahun Hamid (dikenali sebagai Hamidah) menjalani hidupnya sebagai perempuan. Saya bersyukur imannya teguh dan dia tidak berpeleseran seperti pondan lain.

Selepas ini kita ikuti pengalaman Hamid a.k.a Hamidah bagaimana pengalaman ngerinya menjalani pembedahan menukar jantina. 

Sumber : DISINI 


Bagaimana pembedahan jantina dilakukan? 
 

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (15) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (59) najmi jumpa doktor (10) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (90) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (10) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)