Monday, 10 December 2012

PENGAKUAN DUA PESAKIT HIV/AIDS YANG PERNAH TINGGAL DI GEREJA

WCH atau Welcome Community Home yang terletak di Batu Arang, Rawang merupakan antara Pusat Perlindungan Pesakit HIV/AIDS terawal wujud di negara ini. 

Diluar bangunan lama WHC itu tertegak palang salib yang besar, lihat kanan gambar Jesus, tengok depan Virgin Mary, toleh belakang salib lagi. 

Ya bangunan itu adalah sebuah gereja yang diubah suai menjadi pusat perlindungan buat kebanyakan pembawa HIV/AIDS yang tiada hala tuju atau yang dibuang oleh ahli keluarga. Pastinya pengurusan puasat ini dibawah kelolaan orang bukan islam.

Alhamdulillah pada hari ini, pesakit HIV/AIDS sudah pun mempunyai pusat perlindungan yang khusus buat mereka yang beragama Islam iaitu Pusat Perlindungan Darul Ukhuwah, di Puchong yang ditubuhkan hasil idea dan usaha Ustaz Muhamad Amin (klik disini)

Berikut pengalaman dua PLHIV yang pernah menghuni WCH (Welcome Community Home)

Cari jalan untuk kembali kepada Allah


Pak Ya 50, sudah dua tahun menghuni WCH Batu Arang. Mengaku semua keperluan termasuk pakaian, makanan, tempat berlindung dan perubatan terurus. Namun satu sahaja, jiwanya kosong tidak ada pengisian agama dan unsur keIslaman langsung.

“Didalam keadaan saya sekarang ini (pada ketika itu) tidak ada apa lagi yang hendak saya harapkan selain jalan untuk kembali ke jalan Allah. Itu saja yang saya cari dan pekara itu tidak ada di WCH.”

“Semasa saya mula-mula masuk kesana saya minta disediakan satu bilik kecil sebagai surau. Pihak WCH dengan senang hati menyediakan satu bilik untuk kemudahan penghuni muslim.”

“Bagi saya yang sudah semakin lemah dengan paru-paru yang hanya 75 peratus sahaja masih berfungsi, ada makan, tempat tinggal dan penjagaan kesihatan itu pun sudah cukup sempurna. Selebihnya saya serah kepada Allah. Hati saya semakin tenang, ada kawan-kawan solat berjemaah, mengaji Al Quran dan mendengar kuliah agama.” luah Pak Ya yang dihantar oleh Hospital Kuala Lumpur ke WCH kerana tidak mempunyai rumah untuk berlindung dan saudara mara yang sudi menjaga.

Pak Ya mula menghidap HIV pada tahun 1992 kerana ketagihan dadah.


Saya kini menjadi sukarelawan untuk membalas budi


Mohd Ramli 33 (nama samaran) pernah menginap selama setahun di WCH Batu Arang. Mula mendapat tahu mengidap HIV pada tahun 2003 dan terlantar dihospital. Disebabkan tidak ada saudara mara yang mengambil berat dan tidak ada tempat tinggal dia dihantar kerumah perlindungan WCH.

Akui penjagaan kesihatan di WCH boleh diketogerikan kelas pertama dengan kemudahan semi hospital. Semuanya lengkap dan ada tempat beriadah.

Bila mendapat peluang keluar dari rumah perlindungan itu dia tidak mahu lepaskan begitu sahaja. Mungkin dibawah penjagaan orang Islam keadaannya akan semakin pulih.

“Di WCH semuanya ada malah kita tidak pernah dihalang pun untuk beribadat. Mereka faham sensitiviti agama. Mereka tidak pernah cuba untuk mempengaruhi kami masuk ke agama mereka.

“Biasanya imam dari masjid berhampiran akan datang menjenguk dan memantau keadaan kami, selain diadakan kelas agama setiap minggu. Bila habis kelas semuanya habis lah masing-masing buat hal sendiri.

“Berlainan sangat bila duduk di Darul Ukhwah bersama Ustaz Muhammad atau Ustaz Azmi. Setiap hari ada sahaja pengisian rohani yang dilakukan bersama, solat, mengaji Al Quran, tazkirah, kuliah agama dan zikir,” akuinya yang kini menjadi pembantu di Darul Ukhwah memantau kesihatan rakan-rakan yang masih belum sembuh.

Sumber : ditaip semula dari Majalah Al Islam Mac 2010


LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (15) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (59) najmi jumpa doktor (10) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (90) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (10) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)