Saturday, 15 December 2012

JALANILAH UJIAN SARINGAN HIV


AIDS TIDAK BOLEH DISEMBUHKAN 

AIDS adalah sejenis penyakit yang tidak boleh disembuhkan. Ia berpunca daripada jangkitan HIV yang melumpuhkan system daya tahan tubuh melawan penyakit. 

HIV boleh berjangkit melalui hubungan seks atau berkongsi alat suntikan yang tercemar dengan virus HIV. 

ANDA MUNGKIN TERDEDAH DENGAN JANGKITAN HIV JIKA ANDA….. 

1) Mempunyai pasangan atau suami/isteri yang telah dijangkiti HIV.

2) Seorang pelacur dan pernah melanggani pelacur

3) Atau pasangan anda mengamalkan homoseksual

4) Mengadakan hubungan seks dengan berbilang pasangan

5) Mengadakan hubungan seks dengan suami/isteri atau pasangan penagih dadah

6) Penagih dadah dan pernah berkongsi suntikan


ADAKAH ANDA TELAH DIJANGKITI HIV? 

Hanya satu cara untuk mengetahuinya.
Jalani Ujian Saringan HIV

Ujian saringan HIV merupakan langkah pertama anda menyelamatkan nyawa anda dan orang yang disayangi.

Ujian ini mudah didapati, ringkas dan tidak sakit.

Perkhidmatan percuma di Klinik Kesihatan Kerajaan dan keputusan dirahsiakan. 


CARA MENDAPATKAN UJIAN SARINGAN HIV

1) Anda boleh kemana-mana klinik kesihatan kerajaan.

2) Anda berjumpa terus dengan doktor atau anggota perubatan bertugas dan minta ujian saringan HIV dilakukan.

3) Kaunseling ujian saringan akan diberi oleh doktor atau anggota perubatan.

4) Ujian saringan HIV dilakukan dengan mengambil satu titis darah dari hujung jari. Keputusan ujian boleh diketahui dalam masa 15 minit.  

5) Jika keputusan ujian saringan 'tidak reaktif' anda diberi penerangan lanjut dan dinasihatkan untuk mengulangi ujian saringan antara 3 hingga 6 bulan kemudian.

6) Jika keputusan ujian adalah 'reaktif'. nasihat akan diberikan dan persetujuan diperolehi daripada anda untuk menjalani ujian pengesahan.


UJIAN PENGESAHAN

1) Ujian pengesahan HIV dilaksanakan secara 'sulit'. Hanya doktor atau pembantu perubatan  yang menjalankan ujian sahaja yang tahu maklumat peribadi anda.

2) Anda dikehendaki berjumpa doktor atau pembantu perubatan pada hari temu janji yang telah ditetapkan (2 minggu selepas sampel darah diambil) bagi mengetahui keputusan ujian pengesahan dan mendapat kaunseling selepas ujian.

3) Sekiranya ujian HIV adalah NEGATIF, anda akan diberi temujanji dalam masa 3 hingga 6 bulan untuk ujian pengesahan ulangan. Jika ujian HIV adalah POSITIF, anda akan dimaklumkan dan diberi kaunseling selepas ujian oleh doktor.

4) Seterusnya anda akan dirujuk ke mana-mana klinik kesihatan yang mempunyai perkhidmatan pengurusan HIV yang dipilih oleh anda. Jagaan seterusnya akan meliputi perkhidmatan kaunseling, pemeriksaan dan rawatan.


JIKA ANDA INGIN MENGETAHUI DENGAN LEBIH LANJUT, SILA HUBUNGI KLINIK KESIHATAN KERAJAAN BERDEKATAN:

Nombor telepon Klinik Kesihatan Daerah (PERAK)

Kinta - Klinik Kesihatan Jelapang - 05-5269 044

Kuala Kangsar - Klinik Kesihatan Padang Rengas - 05-7584 355

Kerian - Klinik Kesihatan Bagan Serai - 05-7215 355

Perak Tengah - Klinik Kesihatan Bota Kiri - 05-3761 355

Hulu Perak - Klinik Kesihatan Lenggong - 05-7677 355

Hilir Perak - Klinik Kesihatan Hulu Melintang - 05-6411 475

Manjung - Klinik Kesihatan Sitiawan - 05-6914 355

Batang Padang - Klinik Kesihatan Tanjung Malim - 05-4596 333

Larut Matang dan Selama - Klinik Kesihatan Pokok Asam - 05-8089 301   
 
 
Sumber : Dari Risalah yang diambil di Hospital Besar
Kementerian Kesihatan Malaysia 
JKN Perak 2012


LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (15) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (59) najmi jumpa doktor (10) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (90) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (10) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)