Wednesday, 26 December 2012

INGIN TAHU - ISTERI RISAU ADA KETUAT

photo hiasan
Soalan

SAYA mengesyaki saya mengalami ketuat di bahagian kelamin. Dulu ia pernah terjadi tapi hilang sendiri dan kini ia berulang kembali.

Mulanya saya enggan memberitahu suami tetapi saya risau kerana ia mula tumbuh di dalam kawasan sensitif di kemaluan. Saya memberitahu suami dan dia mulanya beranggapan hanya gatal-gatal biasa.

Adakah ia adalah ketuat kelamin? Ketika berbincang, suami mengaku pernah mengalami benjolan kecil di kemaluan dan testis ketika menuntut di matrikulasi tetapi ia sembuh selepas menyapu ubat.

Kini suami berusia 28 tahun dan saya 23 tahun dan kami sudah berkahwin selama tiga tahun. Adakah saya mendapat ketulan itu daripada suami?

Ini kerana saya pernah membaca jika benar suami mengalami ketuat kelamin sebelum ini, virus masih berada di badannya. Adakah ia benar?

INGIN TAHU
Kuala Lumpur



Jawapan

Pemeriksaan sendiri anggota kelamin perlu dilakukan oleh lelaki atau wanita seminggu sekali untuk meneliti keadaan kulit anggota kelamin sama ada wujud perubahan atau sesuatu gejala penyakit supaya dapat dirawat sebelum merebak.

Anda menjelaskan mengalami ketumbuhan kecil di kulit anggota kelamin dan kini ketumbuhan ini merebak ke bahagian sensitif anggota kelamin anda. Anda tidak tahu jenis ketumbuhan kulit itu.


Jika ia pernah ada sebelum anda berkahwin dan kini kelihatan membesar selepas berkahwin, mungkin ia merebak akibat sentuhan hubungan intim.


Jika ia jenis merebak, suami juga boleh terkena jangkitan itu. 


Soalnya, apakah ketumbuhan berkenaan? Kulit anggota kelamin adalah kulit yang lembut. Kulit bahagian berdekatan bibir kecil dan vestibule (bahagian antara bibir kecil) ada kutil atau ‘skin tags’ dan ini biasa, malah ia jarang diakibatkan jangkitan virus ketuat atau HPV.

Jarang juga ketumbuhan kecil itu berlaku pada permukaan anggota kelamin apabila bulu roma dicukur. Ini mungkin ‘jerawat’ tundun atau kutil (skin tag) atau hidradenitis atau pundi pelembap yang radang atau mungkin ia ketuat.


Ada beberapa jenis ketuat iaitu yang leper atau ‘flat wart’ atau ‘fleshy’ seperti ‘cauliflower’. Ketuat jenis ‘fleshy’ kadangkala mengelirukan dan dianggap kutil atau ‘skin tag’.


Selagi anda tidak dapat kepastian mengenai jenis ketumbuhan kulit yang anda alami, sukar mengetahui jenis ubat yang sesuai.


Keputusan anda berjumpa doktor bagi menjalani pemeriksaan dan ujian PAP adalah bagus. Anda boleh mendapat suntikan vaksin nyah ketuat supaya terlindung daripada pelbagai jenis ketuat yang boleh menyebabkan kanser pangkal rahim.


Selain ketuat, penyakit kulit yang boleh berlaku akibat jangkitan penyakit kelamin ialah jangkitan herpes. Gejala penyakit ini ialah kemunculan gelembung yang berisi ‘air’ di permukaan anggota kelamin dan jika gelembung itu pecah, kulit yang terdedah itu akan terasa sakit.


Penyakit ini disebabkan jangkitan kuman virus HSV atau Herpes Simplex Virus. Kuman virus ini kekal dalam badan walaupun kesan kepada kulit anggota kelamin pulih, gelembung itu boleh terkeluar pada bila-bila masa.


Memandangkan anda dan suami aktif dalam hubungan kelamin, menjadi tanggungjawab anda berdua menjaga kesihatan dan kesejahteraan anggota kelamin.


Jika anda terkena jangkitan pada anggota kelamin, pasangan anda juga boleh terkena jangkitan itu melalui hubungan intim seks. Jadi, mustahak untuk anda dan pasangan berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan bersama.


Sumber : myMetro

Klik dientry "ketuat kelamin atau genital warts" untuk mengetahui lebih lanjut tentang permasaalahan ini atau klik dibawah label "KETUAT GENITAL"







LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (15) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (59) najmi jumpa doktor (10) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (90) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (10) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)