Friday, 14 December 2012

TENGKU - GAY MELAYU ISYTIHAR BERKAHWIN SECARA TERBUKA

Pukul 8.00 malam, penulis bersama seorang lagi teman, tiba tiba dikediaman lelaki bernama Tengku 28. Wah….cantik sungguh dekorasi rumah Tengku. Lengkap dengan sofa, home theatre dan barang-barang mahal. Mewah sungguh.



Disudut meja makan, terdapat pelbagai juada makanan yang disediakan untuk tetaamu. Semuanya sudah siap terhidang, ada snek, pizza, pasta dan macam-macam. Sesuai untuk majlis ‘anniversary’ mereka.

“Terima kasih kerana sudi datang sila lah masuk,” sapa Yengku kepada kami sewaktu tiba dipekarangan rumahnya.

“Jangan segan ya, buat macam rumah sendiri, kenapa datang dengan kawan? Mana teman istimewa?” tanya Tengku lagi.

Penulis hanya tersenyum dan menikmati juadah yang disediakan. Sambil berbual kami berbicara tentang kerjaya, politik dan macam-macam. Sedang rancak berbual, kami bertanya Tengku tentang perkahwinannya.

Tengku mengatakan dia sudah lima tahun berkahwin dengan isterinya. Hubungan mereka terjalin sejak tahun 2007 lagi. Tengku mengakui dia gembira kerana dijodohkan dengan seseorang yang amat disayangi dalam hidupnya.

“Saya terlalu sayangkan dia. Buktinya saya telah melamar dia atas kapal mewah sewaktu melancung keluar negara. Kami saling bertukar-tukar cincin dan sebagai hadiahnya, kami berbulan madu ditengah lautan. Waktu itu saya menyanyikan lagu ‘My Baby You’ oleh Marc Anthony sebagai tanda ikhlas untuk bersamanya.

“Lebih romantik, saya tabur kelopak bunga ros merah diatas tilam sebagai tanda cinta. Haruman aroma terapi diletakkan disegenap sudut bilik untuk membangkitkan mood romantic,” ujur Tengku lagi.

Sambil Tengku berceloteh mengenai kisah perkahwinannya, kami sempat menjeling-jeling tetamu yang hadir. Tetapi tidak nampak langsung kelibat wanita didalam rumah ini. Yang ada semuanya lelaki. Pada hemat kami mungkin isterinya sibuk bersiap didalam bilik atau didapur menyiapkan juadah.

Tiba-tiba perbualan kami terhenti apabila muncul seorang pemuda yang berkulit cerah dan kelihatan ‘jambu’ mencelah dan berbisik sesuatu kepada Tengku. Sambil tersenyum Tengku bangun.

“Inilah isteri saya!” kata Tengku lalu memperkenalkan isterinya pada tetamu.

Kami melihat Tengku memegang erat tangan pemuda itu dan memberikan ciuman di pipi kirinya.

“To all my guest, terima kasih kerana hadir majlis pada malam ini dan saya sangat gembira kerana malam ini kali ke lima kami menyambut ulang tahun perkahwinan kami!” terang Tengku. Kami terkebil-kebil setelah mendengar penerangan Tengku tadi.

Kemusykilan kami terjawab. Rupa-rupanya ‘isteri’ yang dimaksudkan Tengku tadi ialah Adam, teman lelakinya. Patutlah dari awal tiba kami tidak melihat adanya kelibat perempuan didalam rumah Tengku.

Sementara membiarkan para tetamu mengucapkan tahniah kepada kedua-dua mempelai ini, penulis  seketika. Tengku mengikut dari belakang. Sebenarnya kami cuba mendapatkan penjelasan Tengku tentang apa yang diucapkannya tadi.

Tengku menghembuskan nafas. Riak wajahnya berubah, dahinya berkerut-kerut seperti hendak menahan marah. Adam yang berada tidak jauh disebelahnya mula tidak selesa lalu beredar meninggalkan kami dan mengalihkan perhatian dengan melayan tetamu lain.

Kami pelik melihat reaksi Tengku, dan bertanya kenapa dia marah, ada sesuatu yang nak dikongsi ke?

“I tak kisah lah, biarlah orang nak kata apa pun! You nak tulis apa? Bukan ker Mastika selalu siar artikel tentang gay? Nak kupas apa lagi. Tak puas lagi ke nak telanjangkan lubuk-lubuk gay mencari makan di sauna dan dirumah urut? Hal dalam rumah pun nak bogelkan juga ke?” soal Tengku dengan nada sedikit beremosi kerana tahu kami cuba mempersoalkan apa yang dilakukan bersama pasangannya.

“I tak kisah lah, biarlah orang nak kata apa pun, kami tak susahkan sesiapa.”

“Sekarang gay ada kat mana-mana sahaja. Bukan aku nak banteras. Setakat berita di surat khabar, hal kecil sahaja. Kami masih ujud dan tak pernah rasa terancam. Biarlah mereka nak bising. Lagi pun apa nak ditakutkan, kami lelaki kalau kemana-mana berdua tak menjadi masaalah!” tiba-tiba Tengku sedikit beremosi.

Macam mana dengan ibubapa?

“Kalau nak tanya apa-apa jangan nak libatkan mak bapak! Parent I tak tahu lifestyle I kat sini macam mana. Meraka kat kampong mana lah nak ambil peduli sangat. Lagi pun I dah besar dah tahu mana yang baik dan buruk,” jawab Tengku.

Tengku seolah-olah tidak dapat menerima pendirian kami tentang kesongsangan golongan LGBT. Dia bertanya kami, kenapa sibuk sangat nak kupas isu LGBT (lesbian, gay, bisexual dan transgander) sedangkan banyak lagi masaalah sosial yang jelas berlaku depan mata.

Kes buang bayi, zina, rogol, pengemis, samun dan bunuh lebih teruk. Kenapa bukan isu itu diperjuangkan. Sekarang zaman dah moden. Masing-masing boleh pilih hak dan cara hidup sendiri.

Kalau ada pihak yang hendak pandang serong dengan golongan sepertinya, itu bukan alas an. Selagi tidak menyusahkan, kenapa nak ambil peduli? Kalau ada cuba nak kacau, apa nak takut! Dah ada NGO yang akan mempertahankan hak golongan sepertinya. Malaysia ada undang-undang sivil.


Selanjutnya kami cuba bertanya apa perancangan Tengku dan Adam untuk masa depannya. Tak menyesal ke hidup dalam keadaan songsang seperti kaum Nabi Lut ini?

Tengku hanya tersenyum, sambil mempelawa kami ke kamarnya. Katanya lebih privacy nak berborak tentang kisah cintanya.

Sampai sahaja dibiliknya, Tengku terbongkok-bongkok. Gayanya seperti mencari sesuatu. Dibuka setiap kota yang ada dibawah katilnya. Lalu dikeluarkan beberapa keping gambar. Kami terkejut melihat beberapa keeping gambar album perkahwinan mereka berdua.

"Nah tengok lah sendiri, ini bukti cinta kami. Ini gambar sewaktu melangsungkan perkahwinan penghujung 2007. I hadiahkan Adam cincin berjenama mewah," ujur Tengku lagi sambil membersihkan debu yang melekat di kotak album.

Sambung Tengku lagi : "Lifestyle kami bebas. I dan Adam dah lima tahun berkawan. Kami bahagia macam hubungan suami isteri. Majlis hari ini dibuat sempena ulang tahun perkahwinan kami. I tak peduli dengan cakap orang. Yang penting i bahagia. Setiap tahun i akan sambut. Tahun ini i akan bercuti ke Tokyo, Jepun bersamanya."

Jejaka berjanggut ini menyatakan, impiannya tinggi untuk memiliki anak angkat. Kalau boleh nak bayi lelaki. Senang untuk menjaganya. Anak perempuan nanti leceh banyak pekara yang melibatkan agama bila dia nak berkahwin dewasa kelak.


Kami mencelah, bagaimana soal pendidikan dan akidah anak itu?  

"Kita permudahkan cara, jangan nak payahkannya. Tidak menjadi masaalah kerana sistempendidikan di negara ini mudah. Anak yang mempunyai dokumen yang lengkap tidak ada masaalah untuk bersekolah. Soal pendidikan agama, mereka boleh upah cikgu agama.

"I masih lagi Islam, sembahyang lima waktu tidak tinggal dan sudah beberapa kali khatam mengaji Al Quran. Soal agama i ambil berat. Jangan ingat orang macam kami tak sembahyang," ujurnya. 

Kami termenung mendengar pengakuan dan celoteh Tengku.

Besar sungguh impian Tengku dengan pasangannya. Apa yang dilalui dalam kehidupan mereka mudah, baginya anak akan menjadi pelengkap pada 'status' perkahwinan songsang mereka. Seolah-olah Tengku tidak memerlukan lagi wanita didalam hidupnya.

Tengku memberitahu lagi apa yang ada sekarang adalah realiti kehidupan. Masing-masing boleh pilih hidup yang dikehendaki. Baginya perempuan bukan keutamaan dalam hidupnya sekarang dan dia tidak pernah jijik.

Cukuplah apa yang diimpikan selama ini menjadi kenyataan iaitu memiliki kerjaya ysng baik, kehidupan yang aman dan damai dengan pasangan lelakinya. Dia seolah-olah menyalahkan adat orang melayu yang berfikiran cetek.

Misalnya, anak lelaki bila dah sampai umur 25 tahun kena ada calon isteri nak berkahwin. Jika perkahwinan adalah segala-galanya bagi ibu bapanya tapi bukan buat Tengku. Katanya lagi itu amalan ortodok orang melayu. Ia seperti menyeksa jiwa dan batin golongan sepertinya.

Pernah dia diajukan tentang perihal perkahwinan oleh ibunya, jawapan Tengku mudah sahaja, " Kalau ada jodoh, ada lah mak, kalau tak ada saya terima hidup bujang."

Tambahnya jika undang-undang di Malaysia terima perkahwinan sejenis. Tengku yakin pasti beribu-ribu pasangan gay, mak nyah dan lesbian akan menyerahkan borang permohonan kepejabat pendaftaran perkahwinan.

Sebelum beredar  dari kediamannya, Tengku juga ada berpesan soal halal dan haram itu biarlah Tuhan yang menentukan. Jangan lah ganggu privasi mereka. Apa yang dilaluinya sehingga sekarang ini adalah kehendaknya sendiri dan tidak dipaksa oleh sesiapa.

Mastika meninggalkan mereka berdua dengan harapan agar suatu hari nanti gejala buruk ini dapat dibendung dan dihapuskan sama sekali. Malah mendoakan semoga Allah membuka hati mereka untuk bertaubat dan memilih jalan hidup yang sebenar. 


Sumber : ditaip semula dari Majalah Mastika Disember 2012


LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (15) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (59) najmi jumpa doktor (10) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (90) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (10) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)