Friday, 23 November 2012

RYAN - SUSAH SENANG HIDUP SEORANG SONGSANG

Seorang rakan yang saya kenal melalui email seorang gay yang hanya mengenalkan dirinya sebagai Ryan berkongsi kisah hidupnya dengan saya melalui email. 

Kerana dia sudah pun berkahwin saya sangka Ryan adalah seorang biseksual tetapi dinafikan olehnya, dia kata dia seorang gay tegar.

Sebelum itu saya ingin beritahu dialah yang telah suruh dan mengajar saya masukkan iklan nufnang dalam blog Hidup Mesti Diteruskan ini. Saya memang tak tahu menahu tentang nufnang ni sebelum ini, yang saya tahu iklan tu menyemak aje, so dia lah yang terang dan yang mengajar saya cara masukkan iklan tersebut satu persatu. Terima kasih Ryan.

Jika tidak silap, saya mengenali Ryan selepas Hari Raya Aidil Fitri yang lalu (bulan September 2012) dan sejak itu kami sering berbalas email. Habis kisah luar dalam rumah tangganya dia mengadu cerita kepada saya, tapi cerita yang baik-baik lah, yang saya tahu dia sudah berkahwin dan mengadu sukar hendak penuhi nafkah batin isterinya kerana nalurinya lebih kepada lelaki.

Pendek dan ringkas sahaja kisah luahan Ryan yang disampaikannya secara "sempoi" sepontan dan humor, saya cuba "edit" email beliau tetapi lagi di edit lagi bercelaru saya dibuatnya, jadi saya biarkan sebahagian besar email Ryan dipaparkan dalam entry kali ini.

Okey kita baca luahan hati kisah dari Ryan;


Dibuli anak-anak mak angkat

Ryan mempunyai tiga adik beradik, kakak dijaga abah manakala Ryan di “campak” kepada keluarga angkat begitu juga dengan adik, entah apa lah dosa kami dibuang begitu, alasan emak kandung kata ketika itu hidupnya susah.

Hidup dengan keluarga angkat pun ketika itu agak susah tetapi mereka dapat menjaga Ryan dengan baik, masaalahnya anak-anak keluarga angkat itu tidak beberapa “ngam” dengan Ryan, so Ryan terpaksa hidup dalam dunia Ryan sendiri. Ulang alik ke sekolah dan terus memerap dirumah.

Selepas SPM hajat dihati ingin menyambung pelajaran tetapi ditentang hebat oleh anak-anak emak angkat Ryan, kerana kata mereka tiada siapa yang hendak menanggung segala perbelanjaan belajar nanti. Walau bagaimana pun sempat juga Ryan belajar disebuah kolej tetapi sekejap, kemudian Ryan bekerja di KFC.

Tapi mana tahan asyik kena buli dengan abang ipar je kan... masa tuh juga Ryan belek akhbar harian Metro cari tempat nak belajar. Ryan call satu-satu, dorang cakap tunggu surat tawaran di hantar baru datang register, tapi Ryan cakap tak boleh. Ryan gi terus ke sana. tapi mak angkat dah tahu semua tuh, nak tak nak dia terpaksa lepas kan juga Ryan pergi.  

Pergi KL tumpang abang (anak bongsu mak angkat) duit di bekal kan hanya RM150 sahaja. 

Sampai KL, abang drop kat rumah kawan dia, tumpang sana. Memula sampai KL Ryan rasa jakun macam terpegun sangat-sangat. Sebab mana pernah sampai ke KL kan. Rasa teruja pon ada. Esok tuh abang terus hantar ke tempat belajar, Ryan daftar disana tetapi kena bayar RM150. Waaahh. terkejut bukan kepalang. sebab duit kat tangan masa tu hanya ada RM150. Itu lah satu-satu nya duit yang ada kat Ryan

Nasib baik kolej tuh belanje. hahaha... Ryan hanya sempat belajar selama 6 bulan je. sebab tak de duit, nak makan pun tak ada duit. Kadang-kadang Ryan buat muka tak malu mintak simpati ngan kedai makan kat minah indon pembantu kedai tuh untuk alas perut. Lepas tuh tak sambung dah belajar Ryan terus kerja part time kat hotel. Ryan malas nak pikir sebab tujuan utama kerana nak lari dari abang ipar yang kejam dikampung dan Ryan sememangnya nak bina hidup baru.


Mula terjebak dalam dunia Gay


Masa tuh lah Ryan baru tahu dunia GAY nih.. solat memang entah kemana lah kan. Lalai... Ryan ber "kapel" ngan seorang mamat tuh tapi sempat setahun je lepas tuh putus sebab dia juga baru datang KL macam Ryan gak. Bila dia dah jumpa BF yang baru seronok sangatlah dia.

Terdetik di hati nak berubah sebenarnya, tetapi tak tau cara macam mana. Perlu ada niat dan azam yang kuat kot. Ryan mula slow-slow try lupa dengan dunia gay tuh.  

Ryan masih ingat kata ustaz jangan tinggal solat, so masa tuh lah Ryan kembali cuba melakukan solat.

Lepas tuh Ryan masih sempat lagi "kapel" ngan mamat nih sejak tahun 2007 sampai sekarang. Bila "kapel" Ryan ni dah kawen dua tahun lepas, hati Ryan rasa macam kosong je. Masa tuh lah juga Ryan terpikir nak juga kawen.  

So terus Ryan berdoa lepas solat minta Allah kasi seorang isteri yang baik-baik kepada Ryan kerana mudah tak payah Ryan nak didik dia (isteri) tu sangat.  

Walaupon BF dah kawen, kami masih ber "kapel" sampai sekarang...huhuhu

Entah macam mana tak tahu.. masa bulan puasa, selepas 6 bulan BF (kapel Ryan) kawen, ada orang datang merisik Ryan (sebenarnya kawan hosmet yg merisik, dia tanye itu ini). katanye pompuan tuh seorang yang berjawatan besar, berpangkat tinggi, stabil dari segi kewangan dan Ryan lak rasa pelik.. hahahaha.. lepas tuh cakap kat orang tu yang Ryan nak pikir dulu.

Selang seminggu, seorang ustazah nih. (yakni cikgu Ryan risik untuk adik pompuan dia, keluarga dia semua alim-alim) dia call dan dia tawarkan anak dia kat Ryan. Ryan pon terima je dengan hati terbuka. Kalau nak tahu mak kandung yang buang Ryan bukan main dok tentang rancangan Ryan nak kawen ni.. Ryan ada suruh dia (mak kandung) cari isteri untuk Ryan tapi tak pulak nak carikan.



Ryan bertunang terus kawen pada bulan Jun 2012 yang lalu.

Malam pertama memang Ryan gugup nak mampus, malam kedua masih lagi gugup tetap gagal nak masuk pasal tak tau pintu kat mana kan.

Seterusnya dapat tembusi juga pintu tuh.. so ok lah kan.. sebab main kat kampung memang ok, ye laa.. bini tak kuar suara takot orang dengar.

Bile main kat KL, bini kuar suara, terus tak leh nak masuk, sbb "anu" layu di tasik madu... kecewa sangat-sangat.

Sekarang Ryan masih lagi berusaha untuk cuba puaskan isteri... tak tau mcm mana cara.

Walau bagaimana pun Ryan tetap bersyukur pada Allah kerana masih lagi nak menolong Ryan walaupon Ryan nih gay tetapi Tuhan tetap nak jodohkan Ryan dapat isteri dari keluarga yang baik-baik

Walaupon Ryan nih gay tapi Ryan dah tak sosial macam dulu-dulu. Ryan memang sudah tak sosial sejak Ryan berkapel ngan BF yang akhir tuh. Sejak dari tu lah Ryan tak main ikut suka2 hati.

Siapa sangka Ryan yang gay tegar ni pun sudah berkahwin, Ryan harap hati Ryan terus terbuka sayang kepada isteri dan minta-minta Ryan tak kembali ke aktiviti lama tuh.



Semalam berita terbaru yang buat saya sendiri rasa gembira yang saya terima dari Ryan; 

Email Ryan kepada saya pada Tue, Nov 20, 2012 at 11:08 AM; 

Ryan ada menda nak ckp kat abang... abg pulak asyik sangat ngan ***********. langsung terbantut apa yang Ryan nak kasi tau kat abang

masa tuh Ryan muntah-muntah, pening-pening, loya-loya... tak leh bau orang goreng ikan, mesti muntah-muntah... masa tu tak tau lagi yang wife lambat datang period, sebab dia memang selalu lambat seminggu. So maknanya kena tunggu dua minggulah untuk wat pretnen test..

seminggu lambat datang period,
Ryan pi beli pretnen test. sebab tak tahan sangat loya-loya dan mual-mual. Esok pagi tuh pi buat, hasil nye positif pretnent syukur.. termakbul juga doa Ryan... sebab kami berenjut bukan dalam waktu subur tapi tak tau ar kan.. sebab itu semua kerja Allah.

makna nya sekarang dah masok sebulan dah loya-loya, mual-mual, rasa tak sabar le pulak nak tunggu lagi lapan bulan...


Ya isteri Ryan dah mengandung (klik disini), isteri mengandung suami yang muntah dan loya-loya hehehe. Buat Ryan saya berharap awak kembali berubah menyayangi isteri yang satu itu sahaja, kawal diri lupakan kisah lalu (jangan ber"kapel-kapel" dah) dan sayangi anak yang bakal dilahirkan itu nanti, jangan lupa terus berdoa minta perlindungan dan rahmat dari Allah SWT.




LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (15) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (59) najmi jumpa doktor (10) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (90) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (10) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)