Tuesday, 9 October 2012

PERLUNYA PENDIDIKAN SEKS AWAL

APABILA memperkatakan mengenai pendidikan seks, pasti ramai ibu bapa yang mengangkat tangan tanda tidak setuju. Malah sering kali seks dikatakan sesuatu yang memalukan, tabu dan tidak patut dibincangkan secara terbuka sedangkan hakikatnya apa yang ibu bapa tidak tahu anak-anak sudah lebih menyerlah dan tahu selok-belok mengenai seks.


Buktinya pemaparan di media massa mengenai pelbagai salah laku seksual pada awal usia remaja. Persoalannya, bilakah masa yang sesuai bagi mendedahkan pendidikan seks kepada anak-anak? Jawapan yang sering diberikan ibu bapa ialah, “Tunggu apabila anak besar!”

Sebenarnya waktu terbaik memberikan pendidikan seks adalah ketika kanak-kanak lagi. Ini kerana sekiranya pendidikan seks diberikan ketika remaja, ini sudah terlambat. Berkemungkinan segala informasi mengenai seksual diperoleh anak-anak menerusi Internet dan rakan sebaya serta dikhuatiri mereka mendapatkannya daripada sudut pandangan yang salah.

Menurut Pakar Perunding Perbidanan dan Sakit Puan, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof Madya Dr Jamiyah Hassan, pendidikan seks bukan hanya mengajar anak-anak bagaimana melakukan hubungan seks. Tetapi ia merangkumi ilmu mengenai fungsi reproduktif manusia, penjagaan kesihatan, masa sesuai melakukan hubungan seks dan kesannya.

Selain itu, pendidikan seks juga adalah pengajaran nilai yang seharusnya wujud bersama hubungan seks itu, misalnya nilai masyarakat bahawa hubungan seks hanya patut berlaku selepas berkahwin, juga perlu disertakan dengan rasa kasih sayang, tanggungjawab dan hormat-menghormati. Dengan mengetahui mengenainya, anak-anak akan menjadi lebih terbimbing apabila berhadapan dengan seks dan seksualiti. 




“Dalam erti kata lain, pendidikan seks bermaksud mengajar anak secara berterus-terang perkara berkait rapat dengan isu seksual sejak mereka mula berakal. Ia perlu diberi secara bertahap mengikut perkembangan usia anak-anak.

“Misalnya pada usia satu hingga lima tahun, ibu bapa boleh memperkenalkan kepada si kecil organ tubuh seperti rambut, kepala, tangan, kaki dan perut serta perbezaan antara alat sulit lelaki dan perempuan. Selain itu, katakan juga alat sulit itu tidak boleh dipertontonkan sembarangan apatah lagi disentuh tanpa pengetahuan orang tua.


“Pada usia tujuh hingga 10 tahun pula, anak-anak perlu diajar mengenai adab meminta izin serta perkara yang tidak boleh dilihat. Peringkat usia 10 hingga 14 tahun pula, mereka perlu dijauhkan daripada perbuatan yang boleh menimbulkan nafsu berahi. Ketika ini amat penting menceritakan mengenai haid, mimpi basah dan juga perubahan fizikal yang berlaku pada seorang remaja.


“Remaja perempuan akan mengalami perubahan bentuk payudara manakala lelaki pada suara serta alat sulit mereka,” jelasnya.


Tambahnya, sangat penting remaja mengetahui mengenai hubungan seks serta perbezaan di antara penderaan seksual dan rogol serta apa yang perlu dilakukan jika perkara ini berlaku kepada mereka.


Ini kerana ramai kanak-kanak di negara ini masih mentah dan tidak tahu mereka dianiaya secara seksual atau dirogol kerana pengetahuan mengenai seks ini tidak pernah didedahkan kepada mereka.


Mereka juga perlu tahu apa yang terkandung dalam undang-undang berkaitan seks. 
Misalnya membuat hubungan seks dengan kanak-kanak di bawah umur adalah jenayah rogol sedangkan kebanyakan remaja tidak mengetahuinya. Begitu juga sekiranya mengikut Undang-undang Jenayah Syariah, ia dianggap zina dan boleh dikenakan hukuman.

“Penjelasan ini bukan hanya diberikan kepada anak-anak perempuan saja tetapi ibu bapa harus memberi penekanan kepada anak lelaki supaya mereka tahu menghormati wanita sama seperti mereka menghormati adik, kakak atau ibu mereka. 


 
“Sekiranya mereka tidak mahu perlakuan seksual seperti rogol atau melakukan hubungan seksual suka sama suka berlaku kepada ahli keluarga, sepatutnya anak lelaki turut mengelak melakukannya ke atas teman wanita dan menjaga maruah mereka,” katanya.


Dr Jamiyah menjelaskan, dalam kebanyakan kes pada peringkat awal remaja, kebanyakan mereka melakukan hubungan seks disebabkan desakan teman lelaki bagi membuktikan cinta dengan pasangan. Tanpa tempat rujukan yang wajar (ibu bapa), mereka mungkin terdorong melakukannya kerana takut kehilangan orang tersayang.


“Ada pula rakan mencabar atau memberi maklumat yang salah seperti mengatakan, semua orang sudah melakukannya, anda bila lagi? Maklumat seperti ini perlu diperbetulkan oleh ibu bapa supaya mereka berani mengatakan tidak.


“Dalam banyak keadaan, apabila remaja mula membuka mulut untuk memperkatakan mengenai seks, ibu bapa terus memarahi mereka kerana beranggapan anak-anak tidak perlu tahu. Ini bukan jalan yang bijak.


“Tentu saja rasa marah itu wujud tetapi dengan memarahi tanpa membuka minda mengenai mengapa perbuatan itu tidak patut berlaku hanya akan membuatkan remaja menjauhkan diri dan mungkin mengambil keputusan melakukannya,” ujarnya.


Katanya, seks bukan untuk remaja jika remaja belum berdikari dan tidak mampu menyara diri sendiri. Mereka sebenarnya belum bersedia untuk melakukan hubungan seks sekiranya menyangka seks itu sama dengan cinta, merasa terpaksa, takut mengatakan tidak, menyangka semua orang melakukannya, tidak tahu fakta mengenai kehamilan dan tidak terfikir seorang wanita boleh hamil daripada hubungan seks yang pertama.



“Mereka perlu tahu seks tanpa ikatan perkahwinan adalah tindakan tidak bertanggungjawab. Agama dan budaya melarang hubungan tanpa perkahwinan kerana perkahwinan adalah kontrak perjanjian untuk menjalankan tanggungjawab antara suami dan isteri. Lelaki dan wanita ada fungsi, manakala wanita bukan untuk ditindas,” katanya yang memberitahu, langkah menyedarkan remaja untuk menjauhi seks tanpa nikah jarang diberikan oleh mana-mana pihak termasuk sekolah.

Melakukan seks pada awal usia boleh mengundang pelbagai risiko. Antaranya kehamilan yang tidak dikehendaki, pengguguran yang tidak selamat, penyakit jangkitan kelamin termasuk HIV dan Aids serta segala bentuk keganasan seks yang wajar dihindari. Remaja perlu tahu daripada segi fizikal dan psikologi mereka belum bersedia untuk menjalankan tanggungjawab dan memikul kesannya.


Apa yang dikhuatiri akibat seks pada awal usia ini akan mendedahkan mereka kepada kehamilan bawah umur (17 tahun ke bawah) serta masalah seperti darah tinggi yang boleh menyebabkan sawan dan kematian, anemia (pucat), kelahiran bayi kurang berat badan, kelahiran bayi tidak cukup bulan dan kadar kematian bayi yang tinggi. 

 
Mereka juga tidak mendapatkan pemeriksaan kesihatan kerana malu dan ini menyebabkan kandungan mudah diserang masalah kerana mereka tidak mendapatkan ubat-ubatan sesuai ketika mengandung.


“Lebih malang bagi remaja yang menggugurkan kandungan kerana ini akan mendedahkan mereka kepada masalah kesihatan atau boleh menyebabkan mereka sukar mengandung di kemudian hari,” katanya.


Dr Jamiyah juga menjelaskan, senario pembuangan bayi yang berlaku kini didorong oleh rasa tekanan yang kuat, malu serta tiada tempat mengadu menyebabkan mereka membunuh atau membuang bayi itu. Jika diikutkan naluri, seorang wanita tidak akan sanggup membunuh bayi yang dikandungnya namun dengan fikiran berkecamuk serta tidak boleh berfikir secara waras, mereka membuat keputusan singkat dengan membunuhnya. 

 


KEBURUKAN SEKS AWAL USIA:

1) Mendedahkan remaja kepada penyakit kelamin (STD). Kira-kira 63 peratus daripada 12 juta pesakit baru STD setiap tahun adalah remaja berusia bawah 25 tahun 

2) Kehamilan remaja (bawah 15 tahun) mendedahkan risiko kematian dua setengah kali ganda lebih tinggi berbanding ibu berusia 20 hingga 24 tahun. 

3) Bayi kepada ibu kurang 15 tahun - tiga kali ganda lebih tinggi menghadapi risiko kematian dalam 28 hari pertama selepas kelahiran. 

4) Kebanyakan ibu muda keciciran peluang untuk belajar dan mendapatkan pekerjaan yang baik. 

5) Pengguguran tidak selamat sama ada dilakukan oleh bukan pengamal perubatan terlatih atau menggunakan kaedah yang tidak saintifik boleh mengakibatkan komplikasi kematian, kehilangan darah, jangkitan kuman dan kecederaan pada organ pembiakan.

Artikel ini disiarkan pada : 2011/12/01
Sumber : myMetro

 

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (15) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (59) najmi jumpa doktor (10) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (90) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (10) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)