Tuesday, 23 October 2012

PENYAKIT KELAMIN - USAH BERLENGAH BUAT RAWATAN


BARU-BARU ini saya menerima e-mel daripada seorang lelaki homoseksual yang mengatakan kemaluannya mengeluarkan nanah dan berbau serta melekit-lekit hingga mengganggu keselesaannya.

Daripada apa yang dikatakannya, saya mengagak ia tanda lelaki berkenaan terkena jangkitan penyakit kelamin atau ‘STI’. Cecair kuning yang berbau dan kesan pedih ketika membuang air kecil pula antara kemungkinan kesan jangkitan kepada salur kencing.

Jangkitan hanya dapat dikenal pasti apabila cecair itu diambil untuk dikaji jenis kuman dijangkiti. Kemudian, baru rawatan sewajarnya dapat diberi. Lelaki itu berkata, dia khuatir mendapatkan rawatan doktor kerana risau keputusannya, lalu memilih mendiamkan diri.

Bagi saya, pilihan itu membahayakan kesihatannya. Jika doktor mengenal pasti jenis jangkitan dialami dan memberi rawatan sewajarnya, penyakit terbabit akan pulih. 
 
Perkara sebaliknya berlaku jika anda terus mendiamkan diri.

Jika terkena jangkitan dan ia merebak ke dalam salur kencing dan terus mara ke pundi prostat dan salur sperma serta buah zakar, bahagian terbabit mengalami keradangan dan bengkak serta kerosakan ketara kepada organ itu dan kesudahannya anda mungkin mandul.

Memandangkan anda pengamal aktiviti berisiko tinggi, kemungkinan besar jangkitan dialami lebih serius daripada jangkaan anda.
Kemungkinan juga anda dijangkiti beberapa jangkitan lain seperti Herpes / (Herpes dan Pencegahannya) Hepatitis B, Gonorrhea dan HIV kerana semua kuman dan virus ini dijangkiti melalui hubungan seks rambang.


Seks rambang untuk anda yang mengakui homoseks ialah seks oral dan seks anal (liwat). Namun dengan rawatan moden, jangkitan sakit kelamin boleh diubati.


Jika kebetulan anda juga terkena jangkitan kuman virus HIV, kini ada ubat dapat mengawal penyakit terbabit untuk memberi kualiti hidup lebih sempurna.


Bagaimanapun, seks di luar tabii sentiasa memberi kesan kepada penggunanya. Mungkin belum terlambat anda kembali ke pangkal jalan. Jika tidak, cuba dekatkan diri dengan tuhan bagi mendapatkan petunjuk-Nya.


Jangan berlengah mendapatkan rawatan doktor bagi menjalani pemeriksaan dan ujian darah serta mendapatkan rawatan sewajar.


Anda boleh pergi ke mana-mana hospital kerajaan untuk menjalani pemeriksaan dan ujian darah. Anda juga boleh berjumpa doktor di hospital swasta.

Jangan biar penyakit menular sehingga merosakkan sistem reproduksi anda.

Sumber : myMetro

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (15) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (59) najmi jumpa doktor (10) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (90) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (10) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)