Monday, 8 October 2012

SYAHRIL - KISAH KEDUA SAUDARA SEPUPU SAYA

Syahril (bukan nama sebenar) adalah antara puluhan saudara sepupu saya. Kisah Syahril berbeza sedikit dengan kisah Alif (Kisah Pertama Sepupu Saya). 

Syahril tinggal agak jauh dari rumah saya dan saya sekeluarga amat jarang menemui beliau sekeluarga. Hubungan kami memang tidak rapat. Syahril adalah sepupu disebelah bapa saya. Saya dan adik beradik lain lebih rapat dengan saudara sepupu disebelah emak.

Umur Syahril pada hari ini sekitar awal 40an. Kami hanya berjumpa sekiranya ada kenduri kendara atau apabila kami sekeluarga datang menzirahi keluarga Syahril nun terletak dikawasan pendalaman apabila datangnya Aidil Fitri. 

Secara ringkas raut wajah Syahril boleh saya katakan mirip wajah saya dan adik beradik yang lain, susuk tubuhnya sederhana mengikut baka kedua tok (ibubapa bapa saya) kami yang bertubuh kurus. Syahril membesar bersama tiga adik beradik yang lain seorang adik lelaki dan dua saudara perempuan.

Saya sebenarnya tidak tahu "detail" bagaimana Syahril boleh terjebak dengan najis dadah dan sebenarnya tidak tahu banyak tentang sejarah kehidupan Syahril. Saya mendapat tahu bahawa Syahril adalah penagih dadah hanya beberapa tahun yang lalu sahaja. Kebanyakan cerita tentang dirinya, saya hanya mendengar melalui emak. 

Seperti kebanyakan penagih dadah yang lain mencuri dan menjual barangan dalam rumah untuk mendapatkan wang sudah menjadi kebiasaan buat Syahril. Pantang kita "lepa" sikit beg duit atau beg tangan diatas meja, pasti panjang tangan nya menyeluk. 

photo : bujangsenangbn.blogspot.com

Ibubapa Syahril dikatakan sudah tidak tahan dengan sindiran dan tomahan jiran sekampung, sekiranya ada barangan hilang dirumah jiran pasti mereka akan menuduh Syahril yang mencuri. Keluar masuk penjara, keluar masuk lokap sudah menjadi kebiasaan bagi dirinya dan pernah juga saya mendengar Syahril juga pernah dibawa kePusat Pemulihan Dadah, tetapi apabila keluar dari pusat pemulihan tersebut "baik" nya hanya sekejap sahaja. Syahril akan berubah apabila kembali bertemu dengan rakan "penagih" yang lain.

Orangnya rajin kalau bekerja dan ringan tangan membantu, pernah ketika saya sekeluarga datang ke kenduri kahwin adik perempuannya, dialah antara yang paling kuat bekerja membancuh air dan melayan tetamu. Tetapi sekiranya kami saya sekeluarga datang kerumahnya pada hari biasa (hari raya), kebiasaannya Syahril lebih suka menyembunyikan diri didalam bilik atau akan keluar rumah pada hari tersebut.


Kisah bermula beberapa tahun yang lalu;

Seingat saya ketika itu saya baru sahaja memulakan rawatan HAART lebih kurang 3 tahun yang lalu. Emak mendapat "call" dari ibu Syahril memberitahu dalam tangis bahawa Syahril pada ketika itu sudah terlantar koma di Hospital Sungai Buloh. Saya yang sememangnya "free" disuruh emak pergi menziarahi Syahril di hospital, kesian pula bila mendengar kisahnya ketika itu.

Saya tiba di Hospital Sungai Buloh pada waktu tengah hari, tidak susah saya berjalan dari stesen keretapi Sungai Buluh hingga ke hospital kerana lokasi persekitaran hospital sudah biasa bagi diri saya kerana beberapa bulan sebelum itu saya pernah bermalam hampir seminggu di asrama hospital berkenaan ketika menemani emak saudara yang menjalani pembedahan disana.

Syahril bersama ibu dan adik beradiknya ke Kuala Lumpur untuk tinggal beberapa hari dan berhari raya disana, seperti yang beritahu oleh ibunya kepada saya, tidak pernah dibuat-buat, tiba-tiba sahaja Syahril bersetuju hendak megikut kedua ibubapanya ke Kuala Lumpur untuk menyambut hari raya dirumah adik perempuannya di sana. Katanya rindu hendak melihat anak saudaranya.

Dalam keadaan luaran yang sihat tiba-tiba Syahril jatuh pengsan dirumah adik perempuannya di Kuala Lumpur dan serta merta terus koma. 
photo hiasan : ketanggalangit.blogspot.com

Apabila bertemu dengan ibu Syahril dihospital, tanpa ditahan-tahan ibunya terus sebak menangis dihadapan saya, hilang malu hilang segan dia bercerita dalam tangisan. Apa yang boleh saya katakan hanyalah meminta supaya ibu Syahril terus bersabar, saya minta ibunya agar kerap berdoa mohon kepada Allah agar selamatkan Syahril dan yang penting kata saya doa seorang ibu itu amat mustajab. 

Tanpa ditanya, ibunya tanpa segan dan malu memberitahu saya bahawa anaknya itu adalah seorang positif HIV dan dia sudah pun memulakan rawatan HAART tetapi oleh kerana sikap Syahril yang "endah tak endah" suka-suka telan suka-suka tidak telan ubatan HAART dan tidak mengikut waktu yang tepat telah menjadi punca sebab Syahril tiba-tiba jatuh pengsan dan terus koma.

Saya ketika itu sedikit tergamam apabila diberitahu bahawa Syahril seorang HIV positif, dalam masa yang sama ibunya itu memang tidak tahu bahawa saya juga seorang HIV positif seperti anaknya. Nasihat saya terus pada ibunya, 

"Jangan mudah memberitahu kepada semua orang bahawa Syahril ada HIV kerana tidak semua orang boleh dan dapat menerima berita itu dengan lapang dada". 

Pesan saya pada ibunya juga agar jangan sekali memberitahu emak saya malah orang lain yang datang melawat tentang pekara tersebut. Saya katakan padanya,

"Orang tidak akan tahu, tetapi orang akan tahu kalau kita yang memberitahu, tidak perlu beritahu kerana ianya boleh menyebabkan pandangan serong masyarakat terhadap Syahril nanti terutama apabila Syahril sudah kembali sembuh kelak".


Seperti keadaan yang dialami Syahril ketika dihospital - photo hiasan

Saya masuk kebilik dan melihat Syahril terlantar dikatil, kelihatan wayar "berceratuk" dibadan dan dadanya. Mulutnya ternganga sedikit dan dimasukan tiub bagi menyedut kahak. Susuk tubuhnya tidak kurus, kelihatan masih padat berisi dan langsung tidak menunjukan gambaran yang Syahril ketika itu sedang dalam keadaan koma disebabkan HIV/AIDS. 

Walaupun saya ketika itu seorang PLHIV tetapi apabila sebut sahaja orang lain yang mengidap HIV saya sendiri menjadi gementar. Terus terang saya juga seperti kebanyakan orang ramai diluar sana yang ada rasa gementar untuk menyentuh seorang pesakit HIV lain ketika itu. Daif sungguh saya ketika itu, tetapi bagi menunjukkan saya tidak takut dan perihatin ketika itu, saya usap-usapkan juga serta mengurut-gurut kaki Syahril yang sudah hampir seminggu terlantar disitu. 

Terdapat dua pesakit lain yang juga berada dalam keadaan koma sebilik dengan Syahril yang saya sendiri tidak pasti mereka koma disebabkan penyakit apa. Kelihatan juga pengusung (penutup) keranda ditolak keluar masuk ditingkat tersebut, sudah pasti itu menandakan adanya kematian.

Menjelang petang pada hari yang sama, doktor dikatakan meminta kebenaran untuk menyedut air tulang belakang (maaf kalau saya salah tulis), saya difahamkan sudah berulang kali doktor meminta kebenaran tetapi ibunya membantah. Ibunya akan menangis jika ditanya kerana beranggapan melakukan proses tersebut boleh memudaratkan Syahril, malah beberapa kali ibunya ada menyebut ia rela anaknya pergi dijemput Allah dari terus terseksa seperti itu. 

Saya hanya mampu menyuruh ibunya bersabar dan minta ibunya supaya jangan doakan yang tidak baik buat anaknya. Saya minta ibunya melakukan solat hajat dan minta pertolongan Allah. Dalam keadaan tersebut tumpah juga air mata saya apabila melihat keadaan ibunya yang tidak tentu arah ketika itu. Meronta lemah mengharapkan sempati. Bapa dan adik beradik Syahril ketika itu tidak berada di hospital kerana mereka bergilir menjaga dan yang pasti bapanya juga tidak bersetuju proses menebuk dijalankan. 

Sekali sekala dengar juga ditelinga saya bahawa peluang Syahril untuk sembuh adalah tipis dan kedengaran juga ketika berbual dengan beberapa yang datang melawat mengatakan bahawa "kuman sudah sampai ke otak". Wallahuallam saya sendiri masih tidak pasti maksud sebenar "kuman sudah sampai ke otak" ketika itu, yang saya faham peluang untuk hidup lebih lama sudah tiada.

Saya meninggalkan Hospital Sungai Buluh menjelang senja dan ke rumah adik lelaki untuk bermalam diKuala Lumpur dan berjanji akan datang melawat sekali lagi pada keesokan harinya.


Seminggu kemudian

Seminggu sekembali saya ke rumah dikampung, emak mendapat lagi panggilan dari ibu Syahril memberitahu bahawa doktor sudah hampir mengesahkan bahawa Syahril sudah tidak punya harapan untuk sembuh lagi, bila - bila masa dia akan didatangi malaikat Izrail. Keadaannya masih tidak berubah masih koma dan sudah terlantar lebih dua minggu. Ibubapa serta adik beradik Syahril saya pasti sudah cukup bersedia untuk menerima berita sedih yang bakal mereka terima.

photo : myzarra.blogspot.com

Emak mengajak saya dan abang sulung ke Hospital Sungai Buloh untuk melawat Syahril. Hampir tiga jam perjalanan dari rumah ke hospital. Kami juga telah dimaklumkan, boleh melawat Syahril pada bila-bila masa kerana Syahril sudah diketogerikan sebagai pesakit yang sudah tidak ada harapan. Hanya maklumkan pada security guard yang mengawal, nama dan numbor katil Syahril kami terus sahaja dibenarkan masuk walaupun ketika itu bukan masa waktu untuk melawat.

Saya lihat keadaan Syahril hampir sama seperti kedatangan saya seminggu yang lalu, terlantar tidak bermaya dan sesekali melihat matanya seolah-olah menguit, kedatangan kami disambut dengan linangan air mata ibunya. 

Pesakit disebelah katil Syahril sudah tiada, manakala saya diberitahu pesakit yang koma dihujung kaki Syahril sudah pun meninggal dunia beberapa hari lalu. Kami tidak dapat berbuat apa-apa sekadar melihat dan berdoa berterusan agar Allah sembuhkan kembali Syahril hanya itu yang mampu saya lakukan. 

Tiba-tiba terbayang dikepala saya, risau datang dibenak hati ini, bagaimana sekiranya saya mengalami keadaan sama seperti mana yang Syahril alami ketika itu, ya... tiba-tiba jatuh koma. Bezanya ahli keluarga Syahril semuanya sudah tahu yang Syahril adalah seorang HIV positif, manakala saya pula seluruh ahli keluarga sehingga hari ini masih tidak tahu yang saya adalah pembawa kuman HIV. Bagaimana kiranya saya tiba-tiba tidak sedarkan diri dan siapa yang hendak beritahu segera pada pihak hospital yang saya ada HIV? 
photo : anaaisyah.wordpress.com

Segala yang berlaku itu semuanya dengan kehendak Allah SWT, ajal maut setiap makhluk ciptaannya itu juga berada ditangan Nya.  

Tidak sampai seminggu kemudian emak saya diberitahu bahawa Syahril sudah kembali sedar dari koma, dan selang beberapa hari kemudian kami dikhabarkan yang Syahril sudah boleh dibenarkan keluar dari hospital. 

Alhamdulillah syukur teramat sangat, semuanya terjadi kerana kuasa dariNya dan saya pasti sedikit sebanyak adalah kerana berkat doa berterusan dari seorang ibu yang tidak henti berdoa agar Allah menyembuh dan memberi peluang kedua buat si anak.

Terbaru saya ada mengirim SMS bertanya khabar keadaan Syahril pada ibunya. Dan saya diberitahu Syahril sekarang sudah kembali sihat cuma ibunya memberitahu kedua belah tangan Syahril sudah menjadi lemah dan Syahril sudah diketogerikan sebagai OKU (Orang Kurang Upaya). 

Keluarga Syahril terpaksa menjual rumah dan tanah dikampung yang telah diduduki puluhan tahun dengan harga yang agak murah dan mereka sekeluarga kini sudah pun berpindah jauh sedikit keutara semuanya dilakukan semata-mata bagi mengelak sindiran dan tomohan berterusan dari jiran sebelahan.

Nasihat saya buat PLHIV diluar sana, sekiranya anda sudah memulakan rawatan (menelan) ubatan HAART, anda kena pastikan menelan tepat pada waktunya, dengar dan ikut nasihat doktor. Jangan endah tak endah waktu menelan ubatan dan pastikan anda menelan setiap hari sama ada pada setiap 12 jam sekali atau 24 jam sekali. 

Sekiranya kita tidak mengambil berat, sehingga tidak menelan berhari-hari atau terus lupa menelan atau enggan menelan kerana tidak suka kepada kesan ubatan tersebut, anda berkemungkinan boleh tiba-tiba jatuh koma seperti sepupu saya ini. 

Bagaimana sekiranya anda jatuh ketika sedang menunggu bas ditepi jalan, bagai mana sekiranya anda terlentuk tidak sedarkan diri ketika berada dikatil didalam rumah sendirian, lebih malang bagaimana sekiranya anda koma dan terus "jalan" ketika sedang melakukan perbuatan yang tidak elok.

So.... ikut nasihat doktor, insyaallah kita akan selamat....Wallahuallam
 

KISAH PERTAMA SAUDARA SEPUPU SAYA



LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (15) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (59) najmi jumpa doktor (10) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (90) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (10) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)