Thursday, 20 September 2012

NURUNN - DIPERKOSA, BERSUAMI GAY DAN DISAHKAN HIV +VE

Trauma akibat dirogol menjelang hari perkahwinan, malang berkahwin dengan seorang pengamal songsang dan disahkan positif HIV, kerana jangkitan dari sang suami.

Saya kerap berbalas email dengan seorang sahabat yang hanya menamakan dirinya Nurunn a'lan nur25:24 yang baru sahaja saya kenali. Beliau kerap meninggalkan komen dalam hampir setiap entry saya yang lalu dan beliau adalah seorang ibu yang sangat saya hormati. 

Pada permulaan perkenalan kami melalui email, saya sememangnya tidak tahu akan kisah silam yang pernah beliau alami dan tempuhi, yang saya hanya tahu beliau adalah seorang PLHIV. 

Alhamdulillah beliau sudi bercerita secebis kisah hitam yang pernah beliau alami dalam entry kali ini. Pertama kali ketika saya meng"edit" kisah beliau untuk dijadikan entry dalam blog saya kali ini saya sendiri berasa sebak ketika membaca, sukar bagi saya membayangkan gambaran suasana keadaan semasa beliau dirogol, bagaimana lemahnya kudrat beliau untuk melawan ketika bersendirian dalam bilik hotel dalam keadaan amat memalukan.

Saya pasti ada hikmah yang lebih cerah dan berkekalan menanti anda wahai Nurunn a'lan nur25:2. Terima kasih Nurunn a'lan nur25:24 kerana sudi berkongsi kisah;

photo ini seolah-olah menerangkan segala-galanya

Assalamualaikum,

Semoga Najmi dalam peliharaan Allah dan terima kasih kerana sudi menulis kisah hidup saya. Najmi saya berharap semoga kisah saya ini boleh dijadikan pendoman dan renungan buat semua terutama kepada mangsa rogol seperti saya ini yang terpaksa menjalani kehidupan dalam keadaan trauma, sangat tertekan dan sentiasa dalam keadaan delima serta terasa amat kabur kehidupan ini sebaik sahaja saya disahkan pula mendapat jangkitan HIV.

Saya menaip kisah ini semasa duduk disejadah selepas solat subuh segala apa yang masih saya ingat saya cuba luahkan. Saya sebenarnya bersyukur kepada Allah kerana masih lagi bernyawa sehingga kini dan masih lagi diberi kesempatan hidup oleh Allah dan masih mampu sujud kepada Nya. 

Bayangkan sekiranya saya mati tidak bernyawa atau dibunuh selepas dirogol? Sudah pasti saya tidak dapat mengirim email ini kepada abang. Bersama ini saya sertakan photo (diatas) renungan mata penuh yang amat bermakna buat saya yang memberi gambaran tentang jiwa serta luahan hati yang tidak dapat diluahkan dengan kata-kata.... :(


Najmi,

Untuk  pengetahuan awak saya telah mempunyai * orang anak. Yang sulung adalah lelaki sudah pun remaja berusia 20 tahun dan sedang belajar di ***** *****  ***** ***** dan anak yang paling bongsu berusia 13 tahun.

Saya mengajar di **** *** Sekolah Menengah ******** * dan menetap pun disini. Saya baru sahaja mengajar disini dalam 6 tahun, sebelum itu saya mengajar di ******** ****** selama hampir 10 tahun.

Saya berasal dari ******* dan sudah pun berkahwin selama hampir 20 tahun. Malangnya usia perkahwinan saya tidak berpanjangan mungkin inilah yang dikatakan takdir dari Allah swt. Selama 20 tahun saya berusaha menjaga perkahwinan kami, tetapi Allah maha bijak sana dalam mengaturkan segalanya.

Sepanjang 12 tahun sebagai isteri saya langsung tidak mengesyaki apa-apa tentang tingkah laku suami, cuma sejak 7 tahun kebelakangan ini baru lah saya tahu bahawa suami saya mempunyai hubungan songsang dengan adik angkatnya dan selama itulah berkemungkinan saya telah dijangkiti dengan virus HIV melaluinya.

Sejak 5 tahun kebelakangan ini hati saya mula tertanya-tanya apabila suami mula menunjukan tanda-tanda batuk yang berpanjangan. Manakala saya juga kerap mendapat sakit kepala ditambah migrain serta kerap muncul ulser dalam mulut yang teruk. Kerana sebab inilah membuatkan hati saya berkata-kata dan tertanya-tanya kenapa semua ini boleh berlaku kepada suami saya. Suami saya seorang yang tinggi egonya malah dia tidak pernah hendak mengaku apa-apa disebalik masaalah kesihatan yang menimpa dirinya dan saya ketika itu.

Kejadian dua bulan sebelum majlis perkahwinan

Najmi,

Sebelum melangsungkan perkahwinan saya telah ditimpa musibah ketika saya berusia 24 tahun. Sebenarnya saya adalah seorang mangsa rogol, kejadian berlaku di PR Kuala Lumpur. Saya telah dirogol oleh dua lelaki yang saya tidak kenali langsung. 

Sewaktu saya berjalan balik menuju ke bas stand PR, waktu itu saya telah dipukau. Saya ditanya arah jalan menuju ke PR oleh dua orang lelaki, ketika seorang bertanya ketika itu lah rakannya telah menepuk bahu saya, dan sebaik di sentuh saya seperti dipukau. 

Saya terus mengikut kemahuan mereka dan mengekori mereka apabila diagak minum. Ya saya pasti saya telah dipukau dan saya kemudian menyerahkan segala gelang serta kad bank giro saya kepada mereka (saya ketika itu hanya bertugas sebagai guru sandaran di Pantai Dalam dan berapa banyak lah sangat duit saya ketika itu)

Saya kemudian diajak ke hotel murah berdekatan, ketika itu saya tidak mampu berfikir apa-apa. Selepas diajak minum itulah yang menyebabkan tubuh saya menjadi lemah tetapi saya masih mampu berjalan dan hanya mengikut mereka berdua.

Ketika didalam bilik hotel lelaki pertama yang berusia sedikit telah minta saya membuka semua pakaian saya, saya sangat lemah saya sungguh-sungguh tidak berdaya Najmi. Saya dipaksa melakukan oral seks sehingga saya muntah. Badan saya lemah dan akhirnya saya dinodai dengan paksa oleh lelaki itu. Hanya yang mampu saya buat ketika itu hanya menangis dan menangis sahaja.

Kemudian masuk pula kawan lelaki tersebut, dia lebih muda dari lelaki pertama, sekali lagi saya dipaksa melakukan oral seks untuknya. Dia paksa saya, badan saya ketika itu semakin lemah, mata saya menjadi mengantuk teramat sangat, yang saya dengar suara lelaki tersebut memarahi saya kerana saya tidak mampu melakukan oral seks terhadapnya. Saya hanya mampu menangis dan menangis, tubuh badan saya tidak mampu untuk saya gerakkan lagi ketika itu kerana terlalu lemah. Yang saya ingat saya hanya menyebut  nama Allah…. Ya Allah…. Ya Allah.... berulang kali sahaja dan terus menangis, sehingga saya tidak mampu mengingati apa yang berlaku lagi selepas itu.

Badan saya lemah sangat sehingga saya pengsan tidak sedarkan diri, mungkin selama lebih 2 jam terlantar didalam bilik hotel tersebut, saya hanya sedar apabila pintu bilik hotel diketuk dari luar. 

Ya Allah baru saya sedar saya dalam keadaan berbogel dan saya rasa teramat sakit dibahagian “tempat sulit” saya. Saya mula dapat menghidu bau masam akibat muntah saya diatas cadar katil dalam bilik hotel itu. Pakaian saya diletakkan ditepi katil, terlalu lemah untuk saya capai pakaian tersebut tetapi saya kuatkan kudrat mencapai pakaian dan sarungkan kembali ke badan. Kepala saya terasa amat sakit ketika itu.

Saya memaksa diri keluar dan cuba gagahkan diri ke bas station dan mengambil bas pulang ke rumah. Saya pun tidak sedar, rupa-rupanya dalam beg saya masih ada berbaki wang RM5 mungkin kedua lelaki tersebut sengaja meninggalkan baki buat tambang saya pulang kerumah.

Yang pasti ketika didalam bas baru saya sedari hampir semua wang ringgit serta kad giro saya telah diambil, mujur kad pengenalan saya masih ada. Ketika itu saya menjadi bingung kepala saya semakin kuat sakitnya. Dengan pertolongan Allah saya selamat sampai kerumah walaupun dalam keadaan lemah yang teramat sangat. Sedihnya hanya Allah sahaja yang tahu. 

Saya masih tidak ceritakan kepada emak, bimbang sekiranya abah mendapat tahu, pasti mati saya dikerjakannya. Abah saya seorang yang sangat garang, emak saya pun banyak makan hati kerana sikap panas baran abah. Akhirnya saya menjadi takut dan tidak langsung bercerita kejadian yang menimpa.

Malam itu saya tidak sedarkan diri, sesekali meraung dan menjerit seperti orang tidak siuman. Emak saya telah hubungi kakak saya, dan kakak saya lah yang banyak membantu saya sehinggalah hari ini. 

Pada kakak, saya minta dirahsiakan segala yang berlaku memandangkan tarikh perkahwinan saya semakin hampir, lagi dua bulan. Pada kakak saya banyak mengadu, dan ada pada kakak juga saya minta agar tolong beritahu abah agar perkahwinan saya dibatalkan sahaja. 

Tetapi bila mengenangkan akan sikap baran abah, kami terpaksa batalkan niat untuk meminta abah batalkan perkahwinan itu. Kami tahu yang akan menjadi mangsa nanti adalah emak sekiranya perkahwinana ini dibatalkan. Sudah tentu abah akan malu pada orang kampong, malah kad perkahwinan sudah banyak diedarkan dan saudara mara semuanya sudah tahu.

Kerana semua ini lah yang telah membuatkan saya terpaksa terus merahsiakan peristiwa yang menimpa saya, dan sejak kejadian itu saya lebih banyak menangis. Pada kakak saya minta dia agar terus merahsiakan segala apa yang telah berlaku. Sehinggalah akhirnya saya selamat melangsungkan perkahwinan dan peristiwa ini tetap saya rahsiakan dari pengetahuan suami. Saya beranggapan biarlah pekara ini berlalu begitu sahaja. 

Selepas seminggu kejadian saya ada terfikir hendak buat lapuran polis dan hendak membuat pengesahan sama ada saya mengandung atau tidak tetapi saya jadi bimbang teramat sangat, sepekara lagi kejadian sudah berlaku hampir seminggu siapa yang hendak percaya cerita saya itu lagi, akhirnya ianya terus menjadi rahsia.


Syukur kerana akibat kejadian dinodai oleh dua lelaki itu tidak membuatkan diri saya mengandung. 

Saya akhirnya selamat melahirkan anak pertama hasil perkongsian hidup bersama suami, tetapi hati saya masih tidak tenang, saya cuba menjalani kehidupan seperti biasa tetapi lama kelamaan saya semakin tertekan hati dan jiwa saya masih tetap tidak tenang. Peristiwa lama mudah membuatkan hati saya kembali bimbang, sedih, takut dan keliru, lama kelamaan saya semakin trauma dan mudah mengalami sakit kepala.

Akhirnya kejadian yang menimpa saya telah diceritakan oleh kakak angkat saya (yang sangat saya percayai) kepada suaminya. Saya menyesal memberitahu rahsia tersebut kepada kakak angkat dan saya menganggap dia seorang yang tidak amanah.

Pada tahun 2006 baru lah suami saya mendapat tahu tentang sejarah hitam yang telah menimpa saya sebelum menjelang berkahwin kami. Bila suami saya mendapat tahu akan hal ini telah menyebabkan rumahtangga kami goyah. Niat kakak angkat saya hendak membantu tetapi rupanya telah menimbulkan masaalah yang lebih besar dalam rumah tangga kami. 

Akhirnya suami saya tidak hubungi saya langsung, saya sungguh kecewa. Suami saya bukan membantu tetapi menjadikan perkahwinan kami "deras" menuju kepada kehancuran. Sudah beberapa kali saya memohon maaf kepadanya, namun seperti yang saya katakan diawal tadi, suami saya seorang yang tinggi ego nya. Saya sudah tidak dipedulikannya lagi. Saya rasa sungguh amat tertekan.

Bayangkan Najmi, rahsia ini akhirnya terbongkar juga, sehingga abah saya mengetahuinya, emak saya hanya mampu menangis bila mendapat tahu kesengsaraan yang terpaksa saya tempuhi dan pendamkan selama ini. Dan yang paling saya bimbang hal ini diketahui oleh anak-anak.


Terbongkar kisah suaminya yang songsang

Dan diringkaskan cerita, rupa-rupanya Allah telah menunjukkan kebenaran rahsia yang lebih aib. Allah telah mendedahkan kisah hubungan songsang suami saya ketika suami saya mengalami batuk yang teruk. Saya cuba bawa suami ke klinik kakak angkat saya ketika itu, dia menjalani rawatan alternatif menggunakan kaedah rawatan aliran tenaga aura elektrik dan ketika itu lah suami saya telah disahkan sebagai pembawa virus HIV. 

Setelah sembuh dari batuk saya cuba nasihatkan nya agar berubat, namun dia tetap ego dan tetap mengatakan bahawa dirinya sihat. Sememangnya suami saya seorang yang mementingkan kesihatan mengambil supplement dan kerap pergi ke gym.

Namun saya berasa sedih kerana suami menyalahkan saya dengan mengungkit kisah hitam saya sehingga dia pernah menyebut anak sulungnya itu benih bercampur dari mana?
Itu yang menjadikan saya semakin tertekan, sehingga menjejaskan kesihatan saya dan pretasi kerja saya juga semakin teruk. 

Saya sememangnya sudah membuat appointment berjumpa pakar pskiktrik di PPUM dan dalam masa 5 tahun kebelakangan ini saya menjadi isteri yang sangat “sakit mental”, kerana suami kerap meletakkan kesalahan kepada saya dan saya sudah tidak mampu untuk menyelamatkan rumahtangga kami lagi kerana sikap suami yang tidak langsung berlaku jujur kepada saya. 

Saya ada bertanya kepadanya adakah jangkitan HIV yang dihidapinya itu datangnya dari hubungan dia dengan adik angkatnya tetapi sehingga sekarang dia masih tidak jujur pada saya. Akhirnya biar saya sahaja yang membuat ujian darah bagi membuktikan bahawa HIV bukan datang dari saya. Suami pernah berkata saya yang telah dirogol dan saya penyebab dia dijangkiti HIV. 

Tetapi mustahil setelah 3 kali mengandung ujian darah saya okey. Anak saya yang ke 4 adalah kembar lelaki dan cukup sihat, ini lah yang menyebabkan kuat kata hati saya bahawa HIV bukan disebabkan oleh kejadian hitam yang menimpa saya bertahun dulu, tetapi HIV datang akibat dari aktiviti songsang suami saya itu.

Ya saya juga telah disahkan HIV positif dan pada bulan Jun 2012 yang lalu kiraan CD4 saya berada pada paras 453 dan kakak saya jugalah merupakan orang pertama yang mengetahui saya HIV+ve.

Allah Maha Mengetahui dan sebaik-baik pengatur hidup kita ini. Saya akhirnya berpisah juga dengan suami secara baik dan saya redha dengan apa yang berlaku. Hidup saya sebagai isteri memang tidak pernah dihargai dan disayangi olehnya, tak mengapa lah.


Najmi,

Sememangnya saya benar-benar hampir sakit jiwa, namun jauh disudut hati saya sentiasa memohon agar Allah sentiasa memberi kekuatan saya ketika menghadapi ujian hidup ini, dan saya juga sentiasa berdoa agar bekas suami diberi hidayah dan diberi kesempatan waktu serta diampukan oleh Allah dan mudah-mudahan dia kembali sedar.

Ya Allah perkenanlah doa hambamu ini dan biarlah perpisahan ini membawa rahmat dan kebaikan kepada diri saya dan buat dirinya. Juga saya sentiasa berdoa memohon kepada Allah semoga ditutupkan aib kelakuan bekas suami dari diketahui oleh ahli keluarganya dan dari pengetahuan anak-anak saya.

Najmi,

Memang saya tidak sampai hati hendak bercerita tentang semua hal peribadi ini, tetapi tidak mengapalah semoga ianya menjadi pendoman buat semua dan perlu diingat saya tidak semudah untuk menjaja kisah saya ini kepada kawan-kawan lain, apa tah lagi kepada keluarga disebelah bekas suami saya. Bagi saya biarlah segalanya menjadi rahsia dan hanya Allah sahaja yang mengetahui pengakhiran yang terbaik buat semua ini.

Namun jauh disudut hati saya berharap ada sinar baru buat saya dan mampu berjuang dalam hidup walaupun telah banyak kesedihan yang telah saya tanggung. 

Namun seikhlasnya saya nyatakan disini, saya sebenarnya redha dengan anugerah HIV+ ini, kerana ini lah telah menyelamatkan jiwa saya dari terus dikatakan dan dituduh.  Sebab dari sini terbukti kisah hitam dirogol dulu bukan penyebab saya dijangkiti HIV dan bukan datang dari saya. Itulah yang hendak saya jelaskan, semoga suami saya faham benar-benar bahawa HIV yang terdapat dalam dirinya dan dalam diri saya adalah berpunca dari sikap tidak jujur bekas suami saya itu semasa dalam perkahwinan dulu.


Bunuh diri.......Hidup mesti diteruskan

Pada bulan Dicember 2010, saya pernah terfikir hendak membunuh diri, saya memandu amat laju ketika keluar dari jalan besar menuju ke bandar. Saya rasa amat “tension” memikirkan masaalah rumahtangga yang saya alami dan berbagai masaalah yang sudah tidak cukup ruang berligar dikepala ini ketika itu. 



Saya memandu kembara dengan kelajuan 120km sejam dan bayangkan had laju yang dibenarkan antara 60-80 km sejam sahaja dijalan tersebut. Saya seolah tidak sedar diri sehingga mampu dan berani memandu selaju itu. Ya saya mengharapkan kematian ketika itu, ya saya mengharapkan berlakunya accident, biarlah saya mati maka akan tamatlah segala penderitaan saya. 

Nauzubillah

Pendeknya akal fikiran saya ketika itu, tetapi Allah masih belum mahukan saya mati ketika itu. Ketika sedang laju memandu tiba-tiba saya terdengar suara azan dari radio IKIM yang saya pasang ketika itu. Ya Allah laungan azan itu lah yang membuatkan saya kembali tenang, kereta kembali diperlahankan dan terus berhenti ditepi jalan dan saya meraung sendirian disitu. 

Saya kemudian menuju ke sbuah masjid dan duduk sendirian disitu. Selepas puas menangis sehingga bengkak kedua belah mata saya sujud syukur ke hadrat Allah kerana tidak berlaku sesuatu yang buruk sebentar tadi (memandu laju). Rasa malu sungguh kerana tindakan saya itu seolah-olah tiada iman langsung dalam hati ini, kemudian saya terfikir pasti ada insan lain yang lebih teruk diduga Allah daripada saya.


Photo buat kenangan anak-anak

Untuk pengetahuan awak photo yang saya "send" bersama ini (email) ada kaitan dengan kisah saya juga, photo wajah saya selepas puas menangis dan dalam keadaan mata yang bengkak. (Najmi delete selepas ini)

Selepas niat hendak mati accident, saya sering bermimpi yang saya sudah pun mati, kerana dalam mimpi tersebut seringkali saya nampak sekujur “mayat” saya sendiri, bukan sekali malah hampir dua minggu saya mengalami mimpi tersebut. 

Tiba-tiba saya menjadi risau, kejadian (mimpi) itu berlaku dalam bulan Feb 2011 ketika rumahtangga saya sedang menuju kehancuran. Kerana tekanan yang melampau kepala saya kerap migrain dan saya terfikir seandainya Allah benar-benar hendak mengambil nyawa saya, saya benar-benar redha. Malah dalam doa saya pun saya ada memohon agar Allah ambil sahaja nyawa saya ketika itu. Saya perlu lakukan persediaan.

Pada ketika itu saya sempat mengambil gambar sendiri mengunakan handphone dengan niat untuk “send” kepada anak-anak saya supaya apabila ibu mereka tiada lagi didunia ini mereka boleh menatap gambar saya melalui handphone. Tenguk lah puas-puas wajah ibu ketika mereka rindu dan doakan kesejahteraan buat ibu mereka apabila saya telah tiada didunia ini nanti. 

Saya juga sempat menbelikan mereka seorang satu AlQuran. Waktu itu terasa amat sedih Allah sahaja yang tahu, hanya itu yang terfikir untuk saya mempersiapkan diri sekiranya saya dijemput Allah nanti. Semua yang saya lakukan ini kesan akibat mimpi yang saya alami itu.


Najmi,

Ini lah sahaja yang dapat saya kisahkan tentang perjalanan hidup saya kepada awak, saya harap awak dapat faham apa yang ingin saya sampaikan selama ini dan saya masih lagi suka melihat object makhluk Allah berkuda itu, saya selalu membaca didalam entry awak yang lalu ( Disini ) dan saya sendiri tidak tahu kenapa saya suka benar membaca enrty tersebut berulangkali tanpa jemu.

Saya juga faham bahawa, PLHIV seperti kita sememangnya berasa bimbang dikenali orang lain apatah lagi status kita diketahui oleh ahli keluarga, seperti yang awak alami... Najmi bimbang status najmi diketahui keluarga, sama lah seperti saya, saya juga bimbang anak-anak mendapat tahu ibunya yang selama ini menyediakan masakan untuk mereka adalah pembawa kuman HIV. Kita sama-sama diuji oleh Allah begini. 

Ini lah keajaiban yang datang dari Allah dan hanya Allah sahaja yang tahu disebalik hikmah terjadinya semua ini, semoga jumpa dilain masa. Awak jaga kesihatan ya… terima kasih kerana sudi menjadikan saya sebagai sahabat berkongsi rasa dan duka.

Allah sahaja layak membalas segala kebaikan awak.

Wasallam
Nurunn a'lan nur25:24


LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (15) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (59) najmi jumpa doktor (10) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (90) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (10) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)