Tuesday, 25 September 2012

PENGAKUAN LESBIAN, GAY, BISEKSUAL DAN TRANSGENDER

Pengakuan empat insan yang mewakili kelompuk golongan LGBT, yang mengidam kebebasan hidup mengikut naluri masing-masing.


Pengakuan Gay – Harry 28
“Mereka (masyarakat) hanya tahu bercakap, bukan mudah sebenarnya untuk kami lalui hidup dengan naluri begini. Kadang-kadang saya dihantui dengan bayangan sendiri,” kata Harry menceritakan pengalaman dirinya menjadi seorang gay.

Menurut Harry, adakala hidupnya cukup tertekan kerana sering dicemuh dan didesak berubah apabila berhadapan dengan keluarga serta sanak saudara berikutan tingkah laku dan perwatakannya yang lembut.

“Apa mereka ingat saya boleh berubah dalam sekelip mata. Saya pernah dipaksa berkahwin (dengan perempuan), bagaimana pun saya bekeras menolak dan terpaksa melarikan diri. Mereka (keluarga) tidak akan faham situasi kami (gay), apatah lagi masyarakat diluar sana. Mereka hanya tahu mendesak dan mengongkong kami, mengapa tidak memberi kami (kebebasan) hidup dengan naluri begini,” katanya.

Harry turut membidas orang tuanya yang selalu menyalahkannya memilih hidup demikian sedangkan keluarganya itu sendiri yang mendesak dan membiasakan dirinya bergaul dengan perempuan sejak kecil.

“Masa kecil dulu, saya dibiasakan berkawan dengan perempuan. Apabila saya menginjak kaki kesekolah, berkawan dengan lelaki memberi perasaan yang luar biasa terhadap saya.

“Saya lelaki, tetapi saya mahu mendampingi lelaki seperti kawan wanita yang lain. Lama kelamaan saya sedar, saya tidak boleh memilih teman hidup melainkan lelaki,” katanya.
Ketika ditemui, Harry ditemani pasangannya yang memperkenalkan dirinya sebagai Zam, 32, begitu pun pasangannya itu lebih banyak berdiam. Mereka mendakwa sudah bercinta hampir empat tahun.

Ditanya jika Harry sedar gaya hidup bebasnya sebagai lelaki homoseksual itu bertentangan dengan ajaran Islam, Harry menjawab dia tidak pernah membelakangkan agama selama bergelar seorang lelaki gay.

“Tidak bermakna jika saya gay, saya bukan Islam. Saya masih lagi Islam, Cuma naluri saya terhadap lelaki saja tidak dapat saya buang. Saya tidak mahu menipu diri saya, saya sukakan lelaki dan ia membuatkan saya bahagia. Antara saya dan agama, itu urusan saya dengan Tuhan,” katanya.

Mengenai gerakan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) sebagaimana yang digerakkan Sekualiti Merdeka dinegara ini, Harry berkata perjuangan golongan itu hanya menyentuh hak asasi mereka dan untuk mengelakkan diskriminasi.

“Saya faham gerakkan begini terlalu menyentuh sensitivity umat Islam, tetapi setidak-tidaknya ada pihak perlu sedar supaya kami tidak didiskriminasi,”katanya.


Pengakuan Bisex – Aliff 42
Lelaki ini sudah berkahwin dan mempunyai tiga anak hasil perkongsian hidup dengan isterinya selama 13 tahun. Namun, disebalik sifat lelaki, tersembunyi satu perasaan didalam diri Aliff yang menjadi rahsia buat dirinya sepanjang bergelar suami.

Siapa sangka, Aliff adaah seorang suami yang turut melakukan hubungan songsang sesama lelaki.

Menurut Aliff, tabiat itu sukar dibuang lebih-lebih lagi dia cukup tertarik dengan kaum sejenis.

“Saya berkahwin atas dasar ingin berubah dan kembali kepangkal jalan. Namun, naluri dan nafsu saya terhadap lelaki sukar dibendung. Walaupun sudah berkahwin, mempunyai anak dan isteri malah keluarga saya juga bahagia, perasaan songsang itu tidak dapat dihindarkan.

“Boleh dikatakan ketika saya melihat lelaki tulen, perasaan saya sama seperti melihat wanita seksi yang berjalan didepan mata. Malah, boleh dikatakan dalam setahun, lebih lima atau enam kali saya mencari pasangan homoseksual. Bagaimanapun, tujuan saya hanya untuk melepaskan nafsu tetapi tidak pernah terfikir untuk menjalin hubungan cinta kerana sayangkan keluarga,” katanya.

Menurut Alif, faktor utama menjadikan dirinya sebagai lelaki songsong ialah kerana sejak kecil lagi dia terbiasa memakai pakaian wanita.

Selain itu, lelaki ini lebih suka bergaul dengan kaum sejenis dan menjadikan perasaanya terhadap lelaki lebih kuat.

“Sejak kecil, ayah dan ibu saya inginkan anak perempuan. Malah sejak kecil juga, saya sudah dibiasakan dengan pemakaian budak perempuan. Mungkin sebab itu, naluri saya berubah bila semakin meningkat dewasa. Ketika sejak kecil sudah “dilatih” seperti itu, akibatnya saya menjadi mangsa.

“Pelbagai cara sudah saya buat untuk cuba kembali kepangkal jalan. Namun semuanya tidak berhasil. Akhirnya, saya pasti akan kembali kejalan songsang ini. Bagaimanapun, saya sedar hukuman dan dosa yang perlu saya tanggung. Untuk itu saya cuba mengawal diri selagi boleh untuk tidak terjerumus kearah maksiat berkenaan.

“Walaubagaimanapun, saya hanya manusia biasa. Sejauh mana saya mengawal perasaan dan nafsu, saya tetap akan melakukannya walaupun tidak selalu, “ katanya.


Pengakuan Lesbian – Lisa 27
Jika penampilan dan perwatakan menjadi ukuran, tiada siapa boleh menyangka Liza hanya berkeinginan dengan wanita saja. 

Daripada segi wajah dan penampilan, Liza bukan saja cantik malah pandai bergaya. Sebagaimana Harry, Liza juga menjadi lesbian kerana latar belakang hidupnya.

Cuma bezanya dengan Harry, dari zaman kanak-kanak hingga dewasa Liza hanya tahu berkawan dengan wanita.

“Pernah juga nak bercinta dengan lelaki, tetapi sya tidak selesa. Saya kekok apabila dengan lelaki, tidak seperti bersama dengan perempuan.

“Mungkin juga sebab pergaulan saya sejak kecil begini yang hanya ditemai wanita, tapi hakikat sebenarnya perasaan saya tidak pernah untuk lelaki. Ia semulajadi, ia perasaan yang sukar digambarkan dengan kata-kata,” katanya.

Menurut Liza, berbanding lelaki gay, golongan lesbian lebih mudah menutup perwatakan mereka, kecuali lesbian jenis pengkid.

“Sebab itu, keluarga tidak mengetahui saya seorang lesbian. Penampilan saya sama seperti wanita lain, cuma saya hanya sukakan perempuan sebagai pasangan saya.

“Tidak semua lesbian mahu kelihatan seperti lelaki, begitu juga gay, bukan semua mahu kelihatan seperti perempuan. Ia soal naluri dan perasaan, ada yang Cuma ketahui apabila mengenali mereka (gay atau lesbian) dengan lebih dekat,” katanya.

Liza mengakui dia sudah mempunyai pasangan hidup, dan sudah bersama lebih lima tahun.

“Saya kenali dia sejak belajar di kolej dulu lagi. Kami tinggal bersama selepas habis belajar,” katanya.

Ditanya pandangannya mengenai LGBT, Liza berkata, masaalah lesbian tidak lah seperti mana yang dihadapi golongan gay.

“Gay biasanya lebih menonjol. Sama seperti transgender. Lesbian hanya pengkid yang menjadi perhatian, tetapi mudah untuk kami (lesbian) sembunyikan semua itu.

“Bagi saya, tak perlulah gerakan LGBT ini diteruskan, tidak ada kesudahannya, rakyaat dinegara ini tidak akan dapat menerimanya, mustahil. Lebih baik teruskkan hidup seperti biasa, tidak peduli pun,” katanya


Pengakuan Mak Nyah (Trans gender) – Elis 29
“Bukan saya meminta jadi begini. Tetapi mungkin ia adalah takdir kami. Lagi pun bukan mudah berada didalam golongan ini. Dikeji dipinggirkan masyarakat dan keluarga serta berdepan dengan dosa yang amat besar adalah risiko yang sya lalui.

Sejak kecil, saya mempunyai naluri sebagai seorang perempuan. Walaupun susuk tubuh dan pandangan luaran saya adalah lelaki, tetapi jiwa saya lebih kepada wanita.

Kini bila sudah dewasa dan boleh menentukan hala tuju sendiri, saya memilih untuk menjadi “wanita” kerana naluri saya adalah naluri kaum berkenaan,” kata Elis atau nama sebenarnya, Redzuan 29.

Berbeza sepert gay, Elis lebih menyerupai perempuan tulen. Dengan menyimpan rambut panjang, mengunnakan botox agar kulit menjadi putih gebu dan pembedahan plastic membesarkan payu dara adalah elemen biasa bagi golongan ini.

Katanya, golongan mak nyah sepertinya lebih cenderung mencari lelaki tulen sebagai pasangan hidup.

“Bukan saya tidak terfikir untuk berubah. Malah beberapa kali saya cuba mengubah diri kepada lelaki tetapi tidak berjaya. Walaupun secara luaran saya adalah lelaki, namun hati dan jiwa saya tetap sama.

“Saya tidak meminta untuk dilahirkan sedemikian. Menurut fahaman saya, golongan seperti saya ini mengalami masaalah berkaitan genetic. Malah faktor hormone turut menjadi penyebab mengapa saya tidak mampu berubah menjadi lelaki tulen,” katanya.

Syukur kerana saya dikurniakan HIV


Pandangan Ketua Biro Tugas-tugas Khas (Undang-undang), Angkatan Belia Islam Malayia (Abim) Mohd Khairul Anwar Ismail tentang LGBT.

Semakin lama semakin ramai pula golongan sebegini yang berani tampil secara terbuka, lebih-lebih selepas munculnya satu gerakan yang dikenali sebagi Seksualiti Merdeka, satu pegerakan yang memperjuangkan hak dan kebebasan golongan LGBT.

Walaupun pelbagai sekatan dibuat kerajaan untuk menghalang gerakan ini daripada terus bercambah, mereka masih aktif terutama melalui blog dan laman web sosial.

Ia sebenarnya bukan gerakan yang boleh dipandang ringan, kalau dibiar ia akan melarat dan menjadi barah dalam masyarakat. Itu diakui sendiri Pandangan Ketua Biro Tugas-tugas Khas (Undang-undang), Angkatan Belia Islam Malayia (Abim) Mohd Khairul Anwar Ismail.

Menurut Khairul yang juga peguam, menegaskan golongan berkenaan melaui Sekualiti Merdeka cuba mendesak kerajaan supaya LGBT diterima dalam undang-undang negara sebagai warganegara yang setaraf dengan golongan heteroseksual, yakni golongan manusia yang memiliki naluri normal.

“Mereka menuntut pekara itu melalui hak asasi kemanusiaan dan kebebasan dalam undang-undang negara dengan harapan kecenderungan seksualiti seseorang perlu diambil kira dalam undang-undang, tidak hanya terhad pada ketetapan seks, gender dan orientasi seksual sedia ada.

“Secara mudahnya, golongan ini mahu supaya LGBT ini sama taraf dengan golongan normal, sama seperti penerimaan masyarakat barat terhadap mereka,” katanya.

Mohd Khairul tidak menolak seandainya gerakan LGBT dinegara ini cuba mempertahankan hak mereka daripada diskriminasi dan layanan buruk masyarakat, ia adalah hak dan kebebasan mereka untuk bersuara.

Bagaimana pun katanya, tidak perlu hingga membuat desakan supaya meminta LGBT itu sama taraf dengan golongan lelaki dan perempuan normal.

“Jika mereka katakan mengenai diskriminasi dan layanan buruk, ada undang-undang yang mereka boleh ambil untuk tindakana lanjut. Undang-undang negara kita sudah cukup lengkap untuk mempertahankan sesiapa sahaja.

“Perlu diingat juga, Malaysia Malaysia adalah sebuah negara Islam, dan undang-undangnya berpaksikan ajaran Islam itu sendiri. Ia perlu dihormati,” katanya.

Selain itu Mohd Khairul berkata, walau apapun bentuk hak yang didakwa cuba untuk golongan ini memperjuangkan, ia sebenarnya adalah agenda tersembunyi untuk menghapuskan undang-undang sedia ada berkaitan seks luar tabii dan liwat.

“Apa yang membimbangkan, mereka sebenarnya cuba meraih simpati masyarakat antarabangsa kepada hak mereka dengan harapan dapat memberi tekanan kepada pihak berkuasa menghapuskan undang-undang berkenaan.

“Dengan penghapusan undang-undang ini, ia sekali gus menjadikan akan menjadikan hubungan songsang ini sebagai hak seribadi semata-mata. Tidak mustahil selepas itu mereka meminta pula untuk membenarkan perkahwinan sesame jenis,” katanya.

Mohd Khairul menegaskan sekalipun penggerak gerakan LGBT dinegara ini mendesak supaya suara mereka turut diberi perhatian, ia tidak patut dipertimbangkan.

“Mereka adalah minority, dan apa yang mereka lakukan (melalui gerakan Seksualiti Merdeka) adalah tindakan yang boleh menganggu ketenteraman awam.

“Sewajarnya, mereka patut menghormati suara majority dan jangan timbulkan keadaan yang tidak disenangi masyarakat majority,” katanya.

Mengulas mengenai lapuran depan Metro Ahad hari ini, Khairul berkata ia adalah contoh bagaimana kumpulan ini cuba menerapkan fahaman liberalism, terutama berkaitan LGBT kepada generasi muda dan ia sebenarnya penyakit sosial yang sangat membimbangkan.

“Saya tidak takut dengangerakan Sekualiti Merdeka, ia mudah dipatahkan. Hiburan melampau dan pesta LGBT sebegini lebih berbahaya.

“Dari situ lah generasi muda ini mudah terpengaruh dan mereka akan terdedah dengan pelbagai maklumat tidak betul mengenai kelakuan mereka. Mereka akan bertuhankan Barat,” katanya.

Sumber Metro Ahad 23 Sept 2012 

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (15) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (59) najmi jumpa doktor (10) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (90) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (10) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)