Thursday, 13 September 2012

ASTAGFIRULLAH, SEORANG IMAM PRANCIS NIKAHKAN PASANGAN GAY

REPUBLIKA.CO.ID, BERLIN -  Seorang imam di Prancis telah menikahkan pasangan gay yang sebelum ini sudah berkahwin di Afrika Selatan, negara yang menghalalkan perkahwinan sesama jenis. Gila, imam tersebut membaca surah Al Fatihah sebelum melakukan upacara perkahwinan tersebut.

 

Ludovic Mohamed Zahed, seorang lelaki Perancis yang berasal dari Algeria, dan pasangannya Qiyam al-Din berasal dari Afrika Selatan, dilaporkan telah berkahwin sesuai dengan Syariah (undang-undang Islam) di hadapan seorang imam yang berasal dari Mauritania bernama Jamal dan melaksanakan perkahwinan mereka pada 12 Februari 2012, menurut laporan laman Albawbaba pada 2 April lalu. Keduanya boleh berkahwin di Afrika Selatan di bawah rang undang-undang perkahwinan sejenis yang telah diiktiraf di sana, tetapi Perancis tidak mengiiktiraf pernikahan sesama jenis. 

Zahed menjelaskan kepada stesen TV France 24 bahawa bagaimana ia bertemu dengan Din pada tahun lalu di sebuah konvensyen mengenai AIDS di Afrika Selatan. “Saya berada di dewan kuliah ketika seorang imam di mana yang juga seorang gay, telah memperkenalkan saya kepada Din. 

Kami mendapati bahawa kami mempunyai banyak persamaan. Selepas dua bulan, saya memutuskan untuk berkahwin, kerana undang-undang Afrika Selatan mengiiktiraf perkahwinan sejenis, “ujarnya. 

Setelah pernikahan yang diadakan oleh keluarga Din, pasangan ini memutuskan untuk kembali ke Perancis dan menetap di kota Paris, mereka berharap bahawa kerajaan Perancis akan mengiiktiraf perkahwinan mereka. Namun kerajaan Perancis menolak sebulat-bulatnya perkahwinan mereka. 

Zahed, yang mendapat restu dari keluarganya untuk perkahwinan sejenis, mengatakan bahawa dia menghadapi lebih banyak halangan dari undang-undang Perancis daripada diskriminasi dari kalangan umat Islam sendiri.

 

Walaupun penyelesaian hukumnya masih tertunda, Zahed memutuskan untuk membuat pernikahannya dengan seorang imam yang berasal dari Mauritania, imam itu yang telah banyak menyokongnya. 

Pernikahan terjadi di sebuah rumah sederhana di Servon di Paris, dan dihadiri oleh orang tuanya dan kaum kerabat terdekat.“Bernikah di depan keluarga saya, adalah seperti kehidupan baru bagi saya, saya tidak akan pernah membayangkan hari ini dan hari akan datang, melihat kegembiraan di mata orang tua saya setelah mereka berusaha berjuang dengan perilaku seksual saya dan cuba dengan sedaya upaya mungkin untuk mengubah arah orientasi seksual saya, “tegasnya. 

Zahed merupakan pesakit AIDS sejak usia 19 tahun, semenjak menderita AIDS dia mendakwa mencari tujuan hidup yang baru untuk lebih dekat dengan agama. 

“Aku berubah untuk menjadi lebih beribadah dan berdoa; saya merasa lebih beragama, dan aku telah menunaikan Umrah dan haji sebanyak dua kali, untuk mencari sebuah kehidupan yang sederhana dan normal,” katanya. 

“Walaupun banyak ancaman yang saya terima melalui telefon dan Internet, saya tetap akan berada dalam perjuangan saya untuk menentang pandangan negatif yang saya terima dari orang Arab dan Muslim. Saat ini saya merasa lebih selesa berkeadaan begini,” katanya.

Ludovic Mohamed Zahed, seorang lelaki Perancis yang berasal dari Algeria, dan pasangannya Qiyam al-Din berasal dari Afrika Selatan, dilaporkan telah berkahwin di hadapan seorang imam yang berasal dari Mauritania
Zahed ingin melanjutkan pelajaran PHD dalam Islam dan homoseksualiti dan dia juga mengetuai sebuah organisasi yang meneliti masalah yang berkaitan dengan Islam dan homoseksualiti. Dia mengatakan keutamaan utama adalah untuk mendapatkan izin untuk pasangan barunya agar tinggal dan bekerja di Perancis. 

Sumber : Disini 

Zahed buka masjid mesra "Gay" akan dibuka di Perancis DiSINI

 

Ya Allah... Mana silapnya ni......mungkin kerana dasar kerajaan Afrika Selatan yang mengikhtiraf perkahwinan sejenis membuatkan golongan songsang semakin berani. Aduhhhh....mudah-mudahan pekara sedemikian tidak berlaku di negara kita Malaysia. Paling penting jangan aku sendiri yang terpengaruh, dan orang lain tidak terpengaruh sama dengan perbuatan sebegini.  

Perlu diingat LGBT dan perlakuan seumpama dan sewaktu dengannya adalah diharamkan oleh agama Islam. 

Dan jangan anda terpengaruh dan jangan sekali-kali menyokong perbuatan seperti ini walaupun anda seorang songsang. Ingat hidup kita tidak lama, esok lusa pun boleh jalan masuk ke kubur, anda hendak mati dalam kemungkaran? Aku tak nak dan jangan sekali-kali kita ada niat dalam hati hendak menyokong.

Wallahuallam

 

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (15) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (59) najmi jumpa doktor (10) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (90) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (10) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)