Friday, 3 August 2012

WAJAH KITA PLHIV SEMAKIN BOLEH DIKENALI RAMAI

Semalam ketika berada di masjid untuk menanti solat Isyak dan Tarawih saya terpandang kelibat wajah seorang pemuda yang mempunyai mirip kesan "lipoatrophy". 

Pemuda berkulit cerah dalam lingkungan umur bawah 30an, serta merta saya bayangkan yang dia juga berkemungkinan HIV positif. Jarang saya temui wajah seperti beliau diluar kecuali nampak wajah seperti ini hanya ketika di hospital semasa menanti dipanggil untuk berjumpa dengan doktor.

Malah wajah rakan PLHIV didalam FB juga tidak nampak pun kesan seperti ini, maybe mereka menelan ubatan yang lain tanpa Stavudine atau tidak menelan SLN30 atau sememangnya mereka masih belum memulakan HAART dan mungkin kerana faktor usia yang muda atau mereka telah memulakan rawatan HAART pada ketika kiraan CD4 yang masih tinggi sekitar 200 keatas. Wallahuallam

Saya perhatikan disekeliling dalam masjid membandingkan dan membayangkan wajah kesan lipoatrophy dengan wajah-wajah ahli jemaah yang lain. Saya tak nak bandingkan dengan wajah orang-orang muda yang hanya beberapa kerat sahaja didalam masjid ketika itu tetapi saya bandingkan dengan wajah jemaah yang berusia antara 60 hingga 70 tahun, walau pun usia mereka lanjut saya tidak nampak kesan lipoatrophy diwajah mereka. Kulit mereka walaupun sudah kendur atau berkedut tetapi masih tersimpan lemak disebalik kulit wajah.

Antara kesan lipoatrophy ialah pada wajah, memakan lemak dibawah kulit muka sehingga membuatkan rupa paras kebanyakan PLHIV menjadi lemah, cengkung dan lesu. Saya juga bandingkan wajah seseorang yang bertubuh kurus non-PLHIV dengan wajah saya, jelas sekali masih terdapat perbezaan antara non-PLHIV yang kurus dan cengkung walaupun sudah berusia lanjut dengan wajah akibat kesan lipoatrophy. Perlu diingat sekali lagi cengkung dikalangan non-PLHIV yang bertubuh kurus adalah berbeza dengan cengkung akibat kesan lipoatrophy, itu adalah dari pemerhatian saya yang saya rasa adalah benar.

Pada Hari Raya Aidilfitri tahun lalu, dua sepupu dan seorang rakan adik perempuan saya yang berkunjung kerumah diwaktu yang berbeza telah menegur tentang adanya perubahan pada wajah saya ketika itu. Kurus dan cengkung. Alasan saya ialah kerana diet. Kerana kolestrol dalam tubuh saya semakin tinggi kerana itu saya control makan atau paling senang saya hanya menjawab kerana berpuasa. Saya pada ketika itu masih tidak faham tentang apa itu lipoatrophy, jadi kisah itu berlalu begitu sahaja.

Gambaran lipoatrophy - photo google

LIPODISTROFI (LIPOATROPHY) adalah kesan akibat pengambilan ubatan HAART, antara ubatan penyebab lipoatrophy ialah Stavudine, ubatan jenis ini telah lama diharamkan di Amerika Syarikat tetapi masih tetap terus digunakan terutamanya dinegara-negara yang miskin dan mundur.

Selesai bersolat saya buka email dan baca kisah seorang rakan non-PLHIV saya yang perihatin dan faham tentang masaalah berkaitan PLHIV. Dia memberitahu telah terserempak dengan seorang kawannya yang bertubuh semakin kurus dan cengkung dan dia bergurau menyatakan bahawa wajah kawannya itu mempunyai simptom seperti kesan HIV.

"u r having HIV symptoms".

Memeranjatkan bila rakannya menjawab, 

"u had very sharp eyes, by looking at me u can read me like a book" 

Mengalir air mata rakannya itu dan mengakui telah disahkan HIV positif pada awal tahun ini.

Tidak semua orang faham tentang bagaimana kesan rupa wajah lipoatrophy ini kecuali hanya dikalangan mereka (non-PLHIV) yang benar-benar dekat dan faham serta sangat perihatin tentang kaitan permasaalahan ini dikalangan PLHIV, hanya mereka sahaja yang dapat mengesan dan mengenalinya.

Lipoatrophy memberi kesan kepada masaalah keyakinan dalam diri kepada kebanyakan PLHIV termasuk diri saya. Hanya mereka yang mengalaminya sahaja yang tahu bagaimana rasa akibat kesan lipoatrophy tersebut dalam kehidupan harian. Belum sampai tahap saya untuk segan bertentang mata dengan ahli keluarga yang lain. Bagaimana agak sekiranya saya sedang bekerja dan terpaksa bertemu setiap hari dengan rakan-rakan atau lebih teruk sekiranya seseorang itu terpaksa bekerja bertemu "client" baru pada setiap hari.

Tidak dinafikan masih ada PLHIV yang tidak kisah tentang kesan ini diwajah mereka, tetapi pada saya bilangan mereka kecil malah saya juga cuba untuk tidak mengambil kisah sangat tentang kesan ini, tetapi agak sukar untuk tidak berterusan memikirkannya.  Bagi mereka yang tidak mengalaminya usah cakap besar bahawa anda tidak kisah tentang masaalah ini.

Sekiranya masyarakat diluar sana faham tentang apa itu lipoatrophy, maka mereka semua akan mudah mengenali wajah-wajah pembawa virus HIV yang berada disekeliling mereka. Ini membuatkan saya tiba-tiba rasa risau, bagaimana sekiranya ada dikalangan saudara mara dan sepupu sepapat saya yang faham dan tahu tentang lipoatrophy ini? Bagaimana sekiranya mereka menegur saya pada Hari Raya Aidilfitri tahun ini seperti mana teguran rakan email saya diatas kepada rakannya itu?

Kerisauan dikenali sebagai pembawa HIV sehingga saya terpaksa melakukan solat hajat mohon Allah elakkan pekara ini terjadi kepada saya. Mudah-mudahan tidak ada dikalangan saudara sepupu sepapat saya yang menyedari bahawa saya mempunyai kesan lipoatrophy atau dikalangan mereka yang akan begurau berkata " Eh kamu macam ada HIV aje"

Saya juga berdoa agar ahli keluarga, saudara mara serta rakan-rakan yang mengenali saya secara peribadi dialam nyata, yang telah singgah membaca blog ini tidak akan menyedari atau mengesyaki blog ini adalah milik saya. Dua hari lepas melalui "feedjit" saya terperasan blog ini telah dikunjungi seseorang dari Las Vegas, kerana ada kerisauan melampau diketahui salah seorang ahli keluarga dinegara tersebut, saya terus menukar photo di profile saya diblog ini. Boleh tahan juga teruk saya ni kan.
Saya antara ramai yang bukan seperti beberapa PLHIV diluar sana yang semakin berani mendedahkan diri, alhamdulillah itu tanda positif buat mereka semua tetapi tidak ramai yang boleh melakukannya seperti anda. 

Kehidupan antara kita semua berbeza ada yang mendapat sokongan ahli keluarga dan ada yang tidak (kerana ahli keluarga tidak diberitahu). Ada yang dijangkiti HIV dengan cara terhormat tetapi ada yang mendapat HIV melalui tingkah laku yang teruk. Ada yang mendapat HIV melalui cara teruk yang normal tetapi ada yang lebih teruk "dijangkiti melalui cara yang teruk" - songsang. Dikalangan kita punya sebab untuk terus berdiam diri, faktor serta corak kehidupan serta persekitaran hidup kita semua berbeza dan usah kerap perlekehkan sesama kita hanya kerana keberanian kita mendedahkan diri. Terus lakukan dalam masa yang sama terus tunjukkan contoh dan terus berdoa agar kami semua terbuka untuk menjadi lebih terbuka pada suatu hari nanti.

Setiap individu mempunyai rahsia yang berbeza, mungkin sesuatu itu mudah bagi anda tapi tidak mudah bagi kami. Mungkin anda sudah sampai pada tahap keyakinan sehingga mampu keluar dari ruang lingkup kehidupan sebelum ini. Ianya juga mengambil masa untuk mendapat keyakinan tersebut. Keberanian anda akan menjadi contoh dan semangat buat kami yang lain. Sekali sekala terasa jauh hati juga dengan perumpamaan yang diberikan, tetapi tentu anda tidak kisah.

Alhamdulillah saya telah pun bertukar ubatan yang mempunyai jenis "Stavudine" kepada yang tidak mempunyai Stavudine penyebab lipoatrophy, mudah-mudahan akan ada perubahan yang boleh meyakinkan diri ini di masa akan datang. Insyaallah.

Insyaallah tahun ini di Hari Raya saya akan kerap menghembus angin dalam mulut supaya kesan lipoatrophy kurang kelihatan hehehehe


LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (15) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (59) najmi jumpa doktor (10) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (90) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (10) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)