Tuesday, 7 August 2012

SOLAT KETIKA TERLANTAR SAKIT DIHOSPITAL

Sudah 13 hari berlalu sejak saya menelan ubatan baru HAART pada (26 Julai 2012) iaitu menukar dari jenis SLN30 kepada Socrin dan Tenvir-EM, kesan sampingan yang paling utama ialah "ting tong" terasa terawang-awang dan blur dan terasa mudah sangat badan hendak tumbang. 

Maksud ting tong disini ialah ketidakupayaan mengawal tubuh badan kita, sekeliling terasa begerak dan untuk meredakannya hanya perlu baring walaupun masih terasa persekitaran berpusing tetapi ianya (baring) dapat meredakan keadaan. Tidur adalah jalan terbaik.

Beberapa hari selepas menelan ubatan ini, saya rasakan kesan ting tong ini sudah hilang tetapi ianya kembali datang. Saya cuba mencari sebab kenapa ini berlaku, bila difikir kembali kemungkinan kerana saya tidur awal selepas menelan ubatan tersebut, maka kesan ting tong kurang dirasai. Maybe.

Ketika diawal permulaan menelan ubatan ini pegerakan saya berjalan ketika menuju kemasjid untuk solat subuh pun terhoyong hayang, yang pasti sejak menelan ubatan Stocrin dan Tenvir-EM ini bangun sahur saya terpaksa dikejutkan pada setiap pagi, ada ketika kesan ting tong ini masih terasa sebaik bangun dari tidur.

Hanya ini sahaja kesan yang saya hadapi, kesan lain tidak pula saya alami.

Sehari dua lagi kita akan masuk hari ke 20 Ramadhan, sesuatu yang paling saya tunggu untuk melipat gandakan amalan. Saya menjadi risau bagaimana sekiranya kesan ting tong ini masih ada, adakah peluang saya untuk berikhtikaf di masjid tertutup pada tahun ini? Ya Allah terasa amat ruginya sekiranya saya tidak dapat melakukanya pada tahun ini sebagaimana tahun-tahun yang lalu (setahun sahaja saya tidak pergi kerana telah mula mengalami tanda-tanda sakit yang semakin teruk akibat CD4 yang rendah – baca dibahagian bawah entry ini). 

Ramadhan hanya datang setahun sekali, adakah saya masih ada peluang pada tahun ini?

Beberapa hari lalu ketika saya melayari internet sehingga hampir pukul 2 pagi, kesan ting tong langsung tidak saya alami, tetapi ianya datang kembali dimalam berikutnya. Kebiasaannya kepala mula berpusing (bukan pening) keadaan sekeliling begerak apabila tiba sahaja pukul 12 tengah malam, iaitu selepas dua jam saya menelan ubatan tersebut, bukannya sakit tapi keadaan yang tidak selesa itu membuatkan diri terpaksa begerak baring ke katil.

Sukar untuk saya bayangkan keadaan ini, bagaimana “plan” saya untuk ke masjid yang terletak lebih kurang 1 km dari rumah. Bagaimana hendak saya menunggang ke sana sekiranya diri dalam keadaan ting tong. Masjid  yang kerap saya berqiamulail pada setiap 10 malam terakhir didalam bulan Ramadhan pada setiap tahun semenjak bergelar PLHIV 6 tahun yang lalu.

Beberapa hari lalu saya sengaja menguji diri dengan tidur lewat dan cuba mengesan adakah ting tong ini masih ada. Semalam saya cuba mendirikan solat dalam keadaan ting tong. Gagal. Memang tidak ada keupayaan untuk melakukannya dengan sempurna dalam keadaan tersebut. Walau bagaimanapun kebiasaannya sekarang sebaik selepas bangun sahur kesan itu semakin bekurangan. Hari ini hoyong hayang ketika berjalan menuju ke masjid dipagi yang gelap pun semakin bekurangan - lurus jalannya.

Kesan masih agak kuat hanya disebelah malam sebelum tidur. Sehingga kesaat ini saya masih mengharapkan kesan ini agar segera hilang supaya saya boleh melakukan rutin tahunan saya yang akan datang dalam sehari dua lagi.

Adakah saya masih ada peluang?

Perlukah saya paksakan diri begerak untuk berikhtikaf?

Ya, dalam hati ketika ini hendak sahaja memaksakan diri  begerak ke masjid tetapi sekiranya sudah ditakdirkan saya tidak mampu melakukanya atau tiada peluang untuk berqiamulail 10 malam terakhir Ramadhan pada tahun ini dimasjid, saya masih boleh cuba melakukannya disisi katil dalam bilik dirumah, yang pasti saya kena melawan kesan ini agar saya boleh berjaga sepanjang malam sehingga subuh.

Ya Allah rugi rasanya jika kita tidak mengambil peluang mencari Lailatul Qadar terutama di 10 malam terakhir dalam bulan Ramadhan ini.

Nasihat saya bagi mereka yang mampu bangunlah, cuba lakukan sekadar yang termampu, berdoalah untuk kebaikan diri, ahli keluarga, saudara mara dan rakan-rakan (komuniti PLHIV) serta seluruh muslimin dan muslimat seluruh dunia.

Bila melihat para pesakit dihospital, saya percaya 80% pesakit yang beragama islam itu tidak mengerjakan solat apabila masuk waktu solat. Sakit sebenarnya bukan alasan untuk kita tidak bersolat walau dimana sekali pun kita terlantar terutama apabila terlantar di hospital.


Kepenting solat yang perlu dilakukan dalam semua keadaan amat jelas berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

Solatlah dalam keadaan berdiri. Jika tidak mampu dalam keadaan duduk. Jika tidak mampu maka solatlah dalam keadaan mengiring. (riwayat al-Bukhari).

Perlaksanaan solat ketika sakit sebenarnya amat mudah bagi mereka yang sudah tahu, tetapi tidak mudah bagi mereka yang tidak tahu malah mereka akan rasa begitu berat untuk melaksanakannya. Alhamdulillah sebelum saya terlantar teruk dihospital dulu saya sudah pun tahu sikit sebanyak tentang cara melakukan solat semasa sakit, dan saya sebenarnya sudah buat sedikit persediaan kerana hati saya seperti sudah tahu bahawa satu hari nanti saya akan tetap terlantar dihospital. 

Saya cerita kembali pengalaman saya selama 10 hari terlantar dihospital suatu ketika dulu;  

Desakan dan tangisan emak ditangga rumah menyuruh saya ke hospital tetap saya tidak endahkan, kerana bimbang status saya HIV positif akan diketahui semua. Kemungkinan berkat doa emak yang berterusan akhirnya dalam keadaan terpaksa saya serahkan segala-gala kemungkinan apa sahaja yang akan berlaku dan bersetuju untuk ke hospital.

Ya ketika terasa nyawa sudah berada dihujung tanduk.

Saya dibawa oleh dua adik perempuan saya ke klinik perubatan Islam terlebih dahulu, ustaz tu meletakkan tangan dikepala saya dan membaca berbagai surah termasuk Yassin. Ketika membaca Yassin ustaz itu "stop" seketika, saya ingat ia lupa so saya tolong sambungkan bacaannya, rupa-rupanya memang ia sengaja "stop". Ustaz tu ada beri sebab kemungkinan kenapa saya sakit antaranya yang saya ingat ialah kerana hafalan surah Yassin ni amat berat, maybe sebab itu saya sakit kerana tidak mampu memikul hafalan surah tersebut (lebih kurang cam tu lah) Wallahuallam. Selain dia cuba membuangkan anasir-anasir yang tidak elok dalam tubuh badan saya. Saya ketika itu dalam keadaan seram sejuk dan mengeletar tetapi masih mampu begerak amat perlahan.

Ketika saya sampai diwad kecemasan seluruh tubuh badan saya diperiksa oleh pegawai yang bertugas, lelaki perempuan, melayu, cina dan india semua ada. Wayer berbagai colour dilekat diseluruh badan, darah diambil dan saya ditanya dengan berbagai soalan. Mulut saya tetap saya kunci tidak sama sekali saya akan mengaku bahawa saya ini ada HIV. 

Kulit wajah saya ketika itu mengelupas kering berdarah dan sedikit pedih, ianya telah saya alami semenjak beberapa bulan sebelum tetapi tidaklah seteruk seperti hari itu. Sukarnya untuk bernafas, dalam keadaan tercungap-cungap sesekali terpaksa menarik nafas panjang yang dalam. Bantuan oksigen disalurkan melalui hidung saya. Saya dibawa ke bilik x-ray. Menunggu dan akhirnya ditolak masuk kedalam bilik wad.

Ada ketika tubuh badan saya akan menggigil kesejukan yang amat sangat. Tidur malam badan saya akan berpeluh sehingga semua alas tilam dan bantal basah lenjun. Rambut saya bertaburan gugur disekitar bantal dan tilam. Ketika masih dirumah lagi semasa melangkah kaki untuk kebilik air, sudah tidak mampu saya lakukan tetapi saya paksakan diri kerana tidak mahu keluarga lain tahu tentang keadaan saya ketika itu. Pintu bilik saya kunci dari dalam. Batuk berterusan tanpa henti berbotol ubat batuk berbagai jenis sudah habis saya teguk.

Sakit?

Sebenarnya saya tak sakit seperti sakit perut dibedah atau sakit tangan patah akibat kemalangan. Sakit saya ketika itu hanya tidak mampu dalam menguruskan diri, lemah, sesak nafas, batuk dan terlantar. Tubuh badan saya akan rasa sedikit selesa sekiranya hanya terlantar tanpa bergerak. Mengesotkan badan ke kiri kanan atau cuba angkatkan badan untuk bangun ketika diatas katil sudah tidak mampu dan sukar untuk dilakukan. Terasa amat payah, hanya dengan sedikit pegerakan sahaja membuatkan pernafasan saya menjadi tercugap-cungap, sesak dan rasa amat tidak selesa.
Semasa dibilik dalam rumah sebelum saya kehospital, ada ketika saya sudah tidak mampu untuk bergerak ketandas. Pernah tercicir najis dilantai hanya kerana tidak sempat hendak menuju ke mangkuk tandas. Antara yang saya bimbang ketika itu ialah rasa nak buang air sama ada besar atau kecil kerana pegerakan yang sedikit akan membuatkan saya menjadi sukar bernafas dan lemah yang amat sangat.

Tiada sesiapa yang boleh saya harapkan, ego saya ketika itu masih tinggi kerana tidak mahu emak, adik dan kakak yang tinggal serumah nampak keadaan saya ketika itu. Najis yang sedikit jatuh terpaksa saya sendiri membersihkannya dalam keadaan amat payah. Semua saya lakukan sendirian kerana tidak mahu menyusah dan merisaukan ahli keluarga yang lain.

Mengambil air sembahyang untuk solat terlalu sukar, apa yang saya lakukan..... jika terdaya saya bangun duduk, jika tidak saya hanya cuba mengesot dan perbetulkan kaki saya mengadap kearah kiblat dan dalam keadaan terlentang dan saya terus bersolat dalam keadaan ketiadaan air sembahyang, walau pun bilik air hanya dua langkah disebelah katil. Itu juga namanya solat, solat hormat waktu bagi saya yang berasa amat tidak berkemampuan untuk bergerak berlebihan ketika itu. Yakin sangat saya ketika melakukannya dulu.

Ketika dihospital, sudahlah saya tidak berdaya bergerak, bilik mandi dan tandas pula terletak agak jauh dari katil malah saya terpaksa buang air kecil mengunakan bekas kencing yang disediakan. Adik beradik saya halang dari datang menziarahi jika datang pun saya akan suruh mereka pulang cepat. Saudara mara lain saya "warning" supaya tidak diberitahu langsung.

Alhamdulillah, mereka semua tidak tahu saya terlantar kerana sakit apa, sehingga sekarang masih menjadi rahsia, walaupun mulut saya terasa amat "ringan" dibuka untuk memberitahu kepada dua adik perempuan saya ketika mereka membawa saya ke klinik sebelum kami ke hospital tetapi saya gagal meluahkannya. Tidak sampai hati untuk memberitahu ketika itu.

Dihospital ketika keadaan saya teruk, saya hanya bersolat terlentang dan bila badan semakin kuat saya melakukan solat secara duduk diatas katil. Saya keluar hospital pada tengah hari di Hari Raya Aidil Adha. Sekembali kerumah keadaan saya masih lemah sukar begerak tetapi alhamdulillah semakin baik hari ke hari.

Itu kisah hampir 3 tahun yang lalu.

Walau bagaimanapun apabila tubuh badan saya semakin kuat dan kembali sihat semua solat yang ditinggalkan itu telah pun saya "qada"kan kembali. Sepanjang 10 hari terlantar dihospital, saya sendiri tidak pernah bertanya kepada doktor sakit apa yang telah menyerang saya akibat CD4 saya yang terlalu rendah ketika itu. Saya sendiri sehingga kini masih tidak tahu jawapannya yang tepat. Yang pasti melalui pembacaan artikel dan majalah berkaitan kesihatan saya pasti saya telah mendapat penyakit TiBi atau tuberkulosis. Maybe atau yang sewaktu dengannya.

Apa yang hendak saya tekankan disini adalah nasihat yang merupakan peringatan terutama buat diri saya sendiri malah buat kita semua PLHIV mahu pun NON-PLHIV. Kita tidak tahu bila kita akan terlantar sakit, esok, lusa, minggu depan atau next month atau tahun depan, so elok juga kita belajar secara asas atau cuba praktis melakukan solat, belajar supaya kita faham mudah-mudahan sekitanya ditakdirkan kita terlantar suatu hari nanti dihospital insyaallah pada ketika itu kita sudah tahu dan faham cara melakukannya. Jika dilihat caranya amat mudah untuk dilaksanakan, tetapi tentu payah sekiranya kita tidak tahu atau pernah mempelajari cara melakukanya.

Ingat jika dipanjangkan umur dan jika kita tidak ditakdirkan mati mengejut maka kemungkinan kita terlantar suatu hari nanti samaada dihospital atau dirumah amat cerah.


CARA MENUNAIKAN SOLAT KETIKA SAKIT
photo - fikrahhalaqah.com
1.  SOLAT SAMBIL DUDUK

- Keadaan duduk adalah seperti duduk antara 2 sujud
- mengadap kiblat
- Niat, takbir, sujud dan duduk tahiyat awal/akhir adalah sama seperti solat biasa
- Rukuk dilakukan dengan menundukkan kepala sehingga kedudukannya bertentangan dengan tempat sujud
- Iktidal pula dilakukan dgn mengangkat kepala tegak semula
- Sujud seperti biasa. Namun, jika tak mampu, bolehlah dengan menundukkan kepala rendah sedikit daripada tunduk ketika rukuk.


photo - fikrahhalaqah.com
2. SOLAT BARING MENGIRING 
- mengiring di atas rusuk kanan
- muka dan dada mengadap kiblat 
- Rukuk dan sujud dilakukan dgn cara menunjukkan isyarat kepala. Tundukkan kepala  semasa rukuk, sementara sujud dilakukan dgn menundukkan kepala lebih rendah drp ketika rukuk.- Jika tidak mampu, bolehlah menggunakan isyarat kelopak mata bagi rukuk, manakala sujud dengan isyarat menutup mata.

3. SOLAT BARING MELENTANG 
- baring melentang dan kakinya diluruskan ke arah kiblat
- tinggikan sedikit kepala dengan menggunakan bantal (atau seumpamanya) supaya muka mengadap kiblat
- Rukuk dan sujud dengan isyarat kelopak mata seperti dalam suasana solat mengiring diatas
- Jika tidak terdaya, bolehlan rukuk dan sujud dengan cara lintasan (niat) di hati dengan mengingati setiap perbuatan dalam solat
- Tangan diangkat seperti biasa ketika takbir. Jika tidak berdaya, memadai dengan ucapan Allahu Akbar sahaja.

Sebab kenapa kita begitu sukar untuk melakukan solat ketika terlantar sakit dihospital; 


1) Dari sudut pesakit: 
Sekiranya pesakit yang sebelum mengalami sakit adalah termasuk dalam 'golongan yang memelihara solat' maka solat semasa sakit tidaklah menjadi satu kesukaran kepadanya. Sebaliknya jika pesakit yang sebelum mengalami sakit adalah termasuk dalam 'golongan yang tidak memelihara solat' maka solat semasa sakit menjadi suatu yang memberatkan pada dirinya.

Apa yang dimaksudkan sebagai 'golongan yang memelihara solat' adalah mereka-mereka yang istiqomah dalam menunaikan solat secara berjamaah, di awal waktu dan di tempat mana azan dilaungkan (lelaki di masjid surau dan wanita di rumah masing-masing). Mereka juga adalah orang-orang yang sentiasa mempastikan orang-orang disekitar dirinya juga menunaikan solat bersama-samanya. 

2) Dari sudut orang yang menjaganya: 
Ini juga sama seperti pada point # 1 di atas. Sekiranya orang yang menjaga pesakit itu adalah orang yang dalam hidupnya sentiasa 'memelihara solat' maka langkah-langkah untuk mempermudah pesakit menunaikan solat akan berjalan secara spontan tanpa terasa berat dan sulit pelaksanaannya. 

3) Dari sudut hospital: 
Sistem hospital di Malaysia bukanlah sistem yang mesra ibadat! Wad-wad hanya disediakan untuk membolehkan pesakit berehat! Tidak ada satu hospital yang bangunannya direkabentuk bagi menyediakan pesakit baring mengarah ke arah qiblat. Tidak ada satu hospital yang menyediakan kemudahan atau peralatan yang memudahkan pesakit mengambil wudhu' atau tayamum. Tidak ada satu hospital pun yang memantau dan memastikan bahawa setiap pesakit Muslim adalah 'memelihara solat'. Tidak ada satu hospital yang kakitangannya terlatih dalam bab 'memelihara solat' pesakit.

Sekurang-kurangnya points # 1 dan # 2 mesti ada bagi membolehkan pelaksanaan ibadat solat menjadi satu aktiviti ibadat yang mudah! Perkataan 'khusyuk' dalam ayat 45 surah Albaqoroh itu adalah merujuk kepada khusyuk di luar dan di dalam solat. Orang yang khusyuk diluar solat maka insyaa-Allah mereka akan juga memperolehi khusyuk (menurut kadarnya) di dalam solat. Solat tidak menjadi suatu yang memberatkan bagi orang-orang yang khusyuk. 

Satu perkara yang perlu dimaklumi adalah keharusan untuk pesakit di wad hospital mengumpulkan (jamak) dan memendekkan (qosar) solat untuk solat-solat yang diperbolehkan untuk jamak qosar.






LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (15) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (59) najmi jumpa doktor (10) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (90) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (10) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)