Saturday, 11 August 2012

SAUNA SONGSANG DI MALAYSIA SEMAKIN MENCAPAI STANDARD ANTARABANGSA

Entry ini ada kaitan dengan kehidupan saya sebelum ini, tiba-tiba terasa ingin menulis berkenaan kisah disebalik sauna (pusat kesihatan) setelah menerima panggilan talipon dari rakan cina saya dari Kuala Lumpur minggu lalu. Entry ini telah lama saya siapkan cuma tidak pasti bila hendak klik dan publishkan, oleh kerana ianya melibatkan kisah yang berlaku dalam bulan Ramadhan so saya terpaksa postkan juga.

Sauna maybe agak asing dikalangan kita di Malaysia maybe agak asing dikalangan “normal” tetapi ianya tidak asing bagi songsang. Kegiatan sauna songsang semakin berkembang secara haram disebalik lesen (pusat kesihatan) yang diberi di tanah air kita ini.

Apa perasaan anda?

Sepuluh minit sebelum berbuka puasa beberapa hari yang lalu, rakan saya yang tinggal di KL call saya memberitahu bahawa ia baru sahaja pulang dari sebuah sauna baru di Selangor. Sebuah sauna yang mirip dengan sauna di Amarika katanya yang dia belum pernah nampak ada sauna seperti itu di Malaysia lagi. Kelebihan sauna tersebut ianya dilengkap dengan screen layar besar menayang “Blue Songsang” terbaru sepanjang masa.

Kebetulan dia pergi pada hari jumaat minggu lepas, tema pada hari itu memerlukan pengunjung berbogel disekitar dalam kawasan tersebut dan hanya dibekalkan dengan satu tuala kecil bagi menutup “anu”, jika anda berani simpankan sahaja tuala tersebut dalam loker.

Sepanjang pengetahuan saya sauna di Malaysia, selain mempunyai bilik mandi yang terbuka ianya juga punya berpuluh bilik kecil yang lain sama ada terang atau gelap dan dilengkapi beberapa peralatan “gym” sekadar untuk mengaburi mata pihak berkuasa.  Dan yang penting mesti ada sauna dan “steam room” yang gelap. Lain tempat lain ragam bentuk dekorasi dalamannya. Dan tujuan utamanya adalah sebagai tempat pertemuan untuk melepaskan nafsu secara bebas.

Saya becerita ini hanya untuk memberi gambaran lebih jelas kepada golongan “normal” diluar sana dan anda semua yang membaca perlu tahu bahawa kewujudan sauna songsang semakin berkembang di negara kita terutama di sekitar ibu kota.


Singapore - Negara ini semakin menerima golongan LGBT, kerana itu terdapat hampir lebih sepuluh sauna untuk songsang dinegara ini. Beberapa buah terdapat disekitar China Town, terdapat sebuah di Bugis yang terletak bersebelahan dengan Masjid utama di Arab Street  dan disekitar Raffles City serta City Hall. Seperti di negara kita ianya pasti mempunyai sauna dan steam room. Bilik kecil gelap yang banyak adalah sesuatu yang wajib yang perlu ada serta peralatan “gym”. Di Singapore tempat seperti ini juga dibina kolam mandi, kebiasaanya golongan ini akan mundar mandir dan berulang alik keluar masuk kedalam kolam dalam keadaan bogel serta jakuzi.

Terdapat dua sauna yang "high class" di Singapore – One Seven dan Towel Club kedua-duanya terletak disekitar pusat bandar (City Hall) tumpuan pelancung dan kawasan pusat menbeli belah terkenal. Dekorasi dalamannya memang “class” kedua-duanya dikunjungi ramai pelancung asing dan dikalangan mereka yang berstatus.

Seperti sauna-sauna yang lain di negara ini One Seven dan Towel juga pada setiap hari menetapkan tema khas yang perlu dipatuhi oleh para pengunjung, seperti spedoo dan naked dan sebagainya berbeza tema pada setiap hari dengan bayaran sekitar SD20 – SD30. Dan kebiasaannya terdapat diskaun bagi mereka yang berumur sekitar bawah 21 tahun. Adakalanya remaja dibawah umur 21 tahun ini dibenarkan masuk percuma.


Segala peralatan dalam kedua-dua sauna ini agak lengkap dan terkini. One Seven juga menayangkan “blue” disebuah screen besar dalam satu ruang bagi membangkitkan ghairah selain bilik yang berbagai rupa yang menawarkan berbagai peralatan seperti rantai, penjara, buaian dan sebagainya untuk keseronokan pengunjung. Hampir lima tahun saya tidak pernah berkunjung ke negara ini yang pasti sauna di negara ini pasti berkembang.

Hong Kong – Sauna terdapat disekitar kawasan utama seperti di Mongkok, Thimsashui dan dibeberapa kawasan tumpuan orang ramai. Anda hanya perlu pergi kesebuah sauna sahaja untuk mendapat maklumat lokasi sauna yang lain disekitar bandar raya ini. Mereka juga mempunyai hubungan dengan sauna di Singapore, kadang-kadang anda akan mendapat koupon diskaun untuk masuk ke sauna di Hongkong semasa anda mengunjungi sauna di Singapore. Sepanjang yang saya tahu masih tidak ada sauna di sini yang sehebat seperti One Seven atau Towel Club di Singapore tetapi sekarang saya tak tahulah, yang pasti kelengkapan asas mesti ada.

Beijing – Bandar ini mempunyi banyak “Bath House” sering dikunjungi oleh semua golongan tidak kira tua dan muda, bath house sudah menjadi budaya buat masyarakat di China sama seperti di Korea mahupun Jepun. Kerap kali saya berkunjung ke bath house ketika musin dingin.

Pemandangan biasa bath house "lama" di sekitar China. Chinese will go to a bath house to take a proper shower

Terdapat sebuah bath house yang hanya dikunjungi oleh golongan songsang (yang saya tahu), ketika berjalan tanpa sengaja saya ternampak beberapa pemuda masuk kesatu lorong dalam satu kawasan sekitar tidak jauh dari Tianamen Square. Dengan pertolongan dan dorongan syaitan gerak hari saya tahu bahawa itu adakah bath house untuk golongan songsang, saya mengikut dari belakang.

Ya benar bath house ini dikunjungi oleh golongan songsang dan seperti bath house yang lain, ianya mempunyai tempat mandi yang terbuka tetapi tiada “gym” tetapi masih tetap mempunyai sauna dan steam room. Berbeza dengan bath house yang lain disekitar Beijing, bath house ini ada mempunyai banyak bilik di tingkat atas. Ada ketika polis datang masuk memeriksa tetapi kerana tiada kegiatan yang mencurigakan maka tiada tindakan yang diambil. Keadaan sama terdapat juga di Shanghai, dan terdapat ramai "money boy" dalam bath house disana.

Rekabentuk dalaman Sandunovskiye, bath house di Moscow

Moscow – Mempunyai sebuah bath house yang paling terkenal "Sandunovskiye", alhamdulillah tidak terjumpa setelah puas turun naik "metro" mencari.  Seperti kebanyakan bath house di China, bath house ini bukan dikhas untuk golongan songsang tetapi didatangi semua peringkat umur dan latarbelakang.

Ulaan Baator - Bath house ada dimerata-rata, dibawah flat rumah pangsa pun ada tetapi tidak jumpa yang khas untuk golongan tersebut.


Thailand – Rasanya lebih banyak bilangan sauna dari tokong di sini. Negara ini amat terkenal dengan kegiatan pelacuran yang merupakan punca pendapatan utama negara (betoi kan). Mempunyai lebih banyak sauna yang setanding hebat seperti di Singapore antara yang terkenal dan hebat ialah “Babylon and Barracks”. Bukan sahaja di Bangkok, sauna untuk golongan ini terdapat banyak di bandar-bandar utama seperti Phuket, Chiang Mai dan Pattaya.
 
Kuala Lumpur – Seringkali kita disogokkan dengan cerita kisah anggota penguatkuasa yang menyerbu pusat-pusat hiburan yang menawarkan wanita-wanita disekitar Selangor. Hari ini diserbu esok ia beroperasi kembali. Sudah menjadi lali bagi kebanyakan kita sehingga sudah tidak kisah lagi dengan berita-berita yang di paparkan. Pusat gay juga tidak terkecuali.


Saya teringat satu ketika dulu rakan cina saya di KL call saya ditengah malam, menyuruh saya meneka dimana ia ketika itu. Sukar untuk meneka akhirnya ia mengaku berada di balai polis selepas ditangkap bersama yang lain ketika berada di rumah urut songsang di KL. Ujian kencing diambil dia terpaksa menghabiskan masa sehingga pagi di balai polis tersebut.

Kenapa kebanyakan kita tidak ambil kisah? Kerana ianya tidak melibatkan diri kita atau ahli keluarga kita atau jalan mudah untuk kita mengelak dari membicarakan tentang masaalah ini ialah memberi alasan “segalanya kerana politik”. Kerana politik pekara ini dibangkitkan dan bla…bla…bla...bla….

Begitu juga kisah songsang, pada ketika ini, hari ini kisah ini agak senyap, bagaimana sekiranya akhbar mula memaparkan secara berterusan tentang aktiviti songsang dan liwat di Malaysia ini, maka akan ada yang berkata semuanya kerana disebabkan politik kerana hendak pilihanraya kerana hendak memusnahkan kerier seseorang individu bla...bla...bla…bla....


Saya sebenarnya tidak pasti berapa banyak bilangan sauna dan pusat urut songsang di Malaysia terurama di sekitar ibukota, yang pasti terdapat sekitar hampir 3 buah di Brickfield dan sebuah di Bukit Bintang terdapat juga sebuah di Chow Kit Road dan sebuah di Jalan Ipoh. Lain-lain tempat seperti di Cheras, Miharja dan Damansara. Itu yang saya tahu bagaimana ditempat yang lain disekitar Selangor, Johor Baharu dan Penang?

Sudah tentu ada yang baru beroperasi seperti mana rakan saya beritahu pada minggu lalu.

Yang lebih best sauna yang rakan saya kunjungi semalam menyamai standard seperti di USA katanya lah. Sauna ini merupakan sebuah lagi sauna yang baru saya tahu wujud beroperasi, saya pasti tentu ada beberapa buah sauna seperti itu yang wujud dinegara kita yang kebanyakan kita tidak tahu terletak dimana. Pernahkan anda semua risau dengan kewujudan sauna yang semakin banyak dinegara kita ini?

Sebaik selesai rakan saya becerita tentang sauna tersebut, tiba-tiba ada keinginan hendak pergi menjenguk. Hahaha maknanya saya masih belum sempurna. Kemudian saya fikir pula macam mana dengan solat? Jika kita masuk kesauna pasti solat maghrib akan ditinggalkan kerana kebiasaanya sauna dibuka waktu petang, petang adalah masa terbaik untuk "bercaklimpong" dalam sauna yang kebanyakannya dibuka sekitar pukul 5 petang sehingga 11 malam.

Alhamdulillah sepanjang yang saya ingat setelah saya diberi kesedaran Allah, solat saya akan cuba lakukannya dalam waktu. Kerana ada sifat menjaga solat dalam waktulah yang membuatkan saya tawar hati hendak berkunjung ke tempat-tempat seperti ini.

Pernah satu ketika dulu, saya cukup menjaga solat dalam waktu tetapi dalam masa yang sama syaitan masih mendesak saya untuk mengunjungi sebuah sauna di Brickfield. Ya, saya masuk juga sekitar pukul 5 petang, tetapi ketika berada didalam saya kerap melihat masuknya waktu solat maghrib ketika itu. Sepuluh minit sebelum masuk waktu maghrib saya minta kebenaran keluar dari sauna dan pergi berjemaah di masjid India berhampiran sauna tersebut, selesai solat saya kembali masuk ke sauna. Pelik bukan. Melakukan pekara tidak baik tidak semestinya solat perlu kita tinggalkan walaupun ianya pelik.

Tapi itu dulu.


Saya pernah terbaca kisah di Jakarta sekumpulan pelacur yang menjaja diri berhenti bekarja untuk menunaikan solat.

Ramai yang beranggapan kalau sudah melakukan perbuatan keji maka solat tidak perlu kita buat kerana Allah pasti tidak akan terima amalan kita. Pada saya itu salah jika terlanjur atau kerap melakukan maksiat sekali pun, solat jangan kita tinggalkan, samaada Allah hendak terima atau tidak itu soal lain, yang penting tiang agama perlu kita cuba tegakkan. Walaubagaimanapun sebaiknya elakkan dari pekara seperti ini dari berlaku.

Bagaimana dengan orang yang makan rasuah, menipu dan mengfitnah tetapi tetap mengerjakan solat? Alhamdulillah seperti yang selalu saya katakan, amalan seperti diatas telah semakin lama jauh saya tinggalkan, maybe berkat kesungguhan menjaga solat dalam waktu sejak dulu lagi kut.

Rezeki yang saya perolehi pada setiap bulan amat sedikit tetapi tetap mencukupi. Bila difikir kembali kenapa Allah hadkan rezeki saya, saya pasti tentu ada sebabnya. Saya rasa sekiranya rezeki saya banyak melimpah ruah, kemungkinan langkah kaki saya kembali ligat seperti dulu. Alhamdulillah rezeki yang sedikit itu masih mampu saya bersedekah pada setiap minggu.

Rakan cina saya di KL pernah mengajak saya ke Hongkong atau Macau atau Bangkok atau Chiang Mai, katanya ia belanja. Bukan saya tidak hendak ikut pergi tetapi saya memikirkan pertama soal berkaitan solat, lebih teruk kalau ikut dia pasti sauna adalah tempat lawatan utama kami. Alhamdulillah sehingga kita saya masih terus memberi berbagai alasan, dia juga nampaknya semakin sibuk.

Penang dan Georgtown juga boleh tahan setanding dengan KL

Berbalik kisah sauna baru yang wujud di Selangor (saya tahu lokasinya dimana) dan dikunjungi rakan cina saya minggu lepas, lebih memeranjatkan apabila katanya terdapat remaja dan lelaki melayu yang berkeliaran dalam keadaan bogel (siang dalam bulan Ramadhan), yang pasti selagi keinginan belum tertunai selagi itu pintu keluar sauna tersebut mereka tidak akan nampak.

Untuk pengetahuan semua yang tidak tahu, seperti kebanyakan sauna, sauna tersebut juga ada "daily themes" nya yang tersendiri. Isnin - twin power, Selasa - blackout, Rabu - gen-Y galore (remaja bawah 24 tahun boleh masuk free), Khamis - expose, Jumaat - fundoshi, Sabtu dan Ahad  - swim wear, underwear or nothing.

Remaja bawah umur 24 tahun boleh masuk dengan kadar bayaran hanya RM10 sahaja dan terbaru pada setiap Sabtu dan Ahad remaja boleh masuk percuma dan yang pasti sudah tentu mereka akan terdedah mendapat jangkitan berbagai penyakit kelamin atau jangkitan HIV.

Siapa remaja melayu tersebut yang berada disana waktu siang dalam bulan Ramadhan? Anak lelaki kitakah? Adik kitakah? Saudara kitakah? Kawan kitakah? Atau mungkin suami kita?

Yang pasti mereka tidak faham atau tahu hukum hakam berkaitan perbuatan yang telah dilakukan mereka dalam Islam. Terutama bila berlaku dalam bulan yang mulia ini. Dalam kes golongan normal si suami dikenakan kifarah, salah satu berikut; iaitu:
1) Dia wajib membebaskan seorang hamba (Nota: Zaman ini tiada hamba yang boleh dibebaskan), justeru itu si suami terpaksa memilih dua pilihan yg lain, iaitu
2)  Berpuasa selama dua bulan berturut-turut (Nota: Si isteri tidak dikenakan kifarah); atau
3)  Dia memberi makan 60 orang miskin, jika tak mampu berpuasa dua bulan berturut-turut. Dalam pada itu, dia perlu tetap menggantikan semula puasanya yang tertinggal pada hari dia menyetubuhi isterinya itu, yakni sehari di luar bulan Ramadhan. (sumber google)

Haa.... itu kes "normal" macam mana dengan kes tak normal, seperti saudara kita yang mencari mangsa dalam sauna diatas tu?

Hendak salahkan siapa?

Hendakkah kita terus biarkan sauna seperti dinegara lain itu wujud tanpa kawalan  berterusan dinegara kita? Suatu hari kesannya pasti akan terkena pada batang hidung kita sendiri. Terus terang saya agak risau dengan perkembangan ini, selain ianya boleh mempengaruhi anak-anak remaja Islam yang lain juga boleh mempengaruhi orang-orang seperti saya yang sekian lama telah cuba menjauhi tempat-tempat seperti ini.


LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (15) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (59) najmi jumpa doktor (10) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (90) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (10) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)