Monday, 13 August 2012

10 TANDA TUBUH BADAN KEKURANG AIR

Badan manusia sebenarnya mempunyai 70% air yang mengawal suhu, melindungi organ dalaman dan membantu peedaran oksigen ke sel tubuh. Kekurangan air dalam badan walaupun sedikit boleh memberi kesan kepada tubuh badan. Justeru anda perlu memastikan kandungan air dalam tubuh badan sentiasa stabil untuk mengelakkan badan daripada dehidrasi.


Berikut adalah 10 tanda kamu mengalami dehidrasi dalam badan. Jadi pastikan kamu minum air setiap hari.

1 Mulut kering dan lidah bengkak - Cara terbaik untuk mengelak mulut kering dan lidah bengkak ia;ah minum air ketika haus, berjumpa lah dengan doktor.

2 Air kencing berwarna kuning pekat – Apabila badan kekurangan air, buah pinggang akan cuba menjimatkan air dalam badan atau menghentikan pengeluaran air kencing. Akibatnya air kencing akan bewarna lebih gelap atau kuning pekat.

3 Sukar buang air besar – Ketika mengalami dehidrasi, usus besar akan menjimatkan air dalam badan dan akhirnya menyebabkan bahan buangan menjadi keras dan kering.

4 Kulit menjadi kurang kenyal – Kamu juga boleh mencuba dengan mencubit kulit dibahagian siku. Sekiranya dicubit dan kulit lambat kembali normal atau tidak kenyal, maka kamu sebenarnya mengalami dehidrasi.

5 Jantung berdebar-debar – Jantung memerlukan badan yang sihat atau normal untuk berfungsi. Sekiranya berlaku penurunan aliran darah akibat dehidrasi, kebiasaannya jantung akan berdebar-debar.

6 Kekejangan otot – Kekejangan otot biasanya berlaku selepas selesai melakukan latihan atau sukan. Ia berlaku sekiranya badan mengalami dehidrasi kronik.

7 Pening – Dehidrasi menyebabkan kepala menjadi pening dan pengsan. Salah satu tanda dehidrasi ialah badan rasa melayang ketika bangun dengan cepat ketika diposisi duduk atau tidur.

8 Mudah penat – Dehidrasi kronik akan mengurangkan jumlah darah dan tekanan darah. Ia juga akan mengurangkan jumlah oksigen ke darah. Tanpa oksigen yang cukup, otot dan fungsi saraf akan bekerja dengan lambat dan menjadikan kamu cepat penat.

9 Air mata kering – Air mata digunakan untuk membersih dan menyegarkan mata. Air mata akan berhenti keluar sekiranya jumlah air dalam badan semakin kurang.

10 Panas dalam badan – Air memainkan peranan penting dalam mengawal suhu badan. Apabila kamu mengalami dehidrasi, tubuh akan berhenti mengeluarkan peluh dan membuat badan kamu berasa panas.



Diet dengan air sejuk
Air sejuk sebenarnya menjadi peranan penting jika kamu sedang melakukan diet kerana ia diperlukan oleh tubuh untuk membakar kalori. Ketika kamu minum air sejuk, tubuh badan sebenarnya sedang membakar kalori kerana harus memanaskan air tersebut untuk menyamai suhu semasa badan. Jika kurang air dalam badan, ia melambatkan proses pembakaran lemak. Minum air sejuk ada lah diet yang sangat mudah dan murah berbanding dengan cara diet yang lain. Jika kamu tetarik dengan diet ini, apa kata kamu cuba .com KESIHATAN dibawah;

1 Mesti tahu khasiat minum air sejuk – Lebih baik untuk kamu mengetahui khasiat minum air sejuk kerana ia akan memberi semangat kepada kamu untuk meneruskan diet.

2 Minum air sejuk dengan banyak – Jika ingin mendapat berat badan yang ideal, minumlah air sejuk dengan jumlah yang banyak. Walaupun sudah pasti kamu akan ke bilik air untuk membuang air kecil dengan kerap, tetapi hasilnya sepadan dengan penurunan berat badan kamu.

3 Buat variasi dalam berdiet – Sudah pastinya, minum air sejuk akan membuatkan kamu bosan. Jadi berikan sedikit citarasa dalam minuman kamu. Letak sedikit lemon atau limau nipis. Tetapi, jangan pula ditambah gula dalam minuman kerana ia akan menambahkan jumlah kalori dalam tubuh kamu yang sekali gus mengagalkan kamu untuk berdiet.

4 Fikir secara positif – Kamu pasti akan berulang alik kebilik air untuk buang air kecil atau minum air. Tetapi fikrlah secara positif kerana secara tidak langsung, kamu sebenarnya sedang melakukan senaman dengan berjalan. Cuba lakukannya sambil belari-lari anak.

5 Kawal corak pemakanan – Makan dengan jumlah yang sedikit mungkin pada pemikiran kamu dapat mengurangkan berat badan. Tetapi, jika makan sedikit sebenarnya badan kamu kekurangan nutrisi dan ia tidak elok untuk kesihatan. Pilihlah makanan sihat seperti buah-buahan dan sayuran yang rendah kalori. Untuk menambahkan tenaga, kamu boleh makan bijirin yang tidak mengandungi gula.

6 Campur air sejuk dengan lemon – Mencampurkan lemon dengan air sejuk sebenarnya dapat menurunkan berat badan dengan cepat. Ini kerana lemon mempunyai khasiat untuk melancarkan air kencing sehingga lebihan cecair dalam tubuh kamu akan dikeluarkan dalam jumlah yang lebih besar.

Sumber : .com KESIHATAN Utusan Malaysia


LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (15) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (59) najmi jumpa doktor (10) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (90) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (10) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)