Tuesday, 10 July 2012

"SERIAU" NURSE SODOMI URAT DARAH AKU

Tik...tik...tik...bunyi air jatuh diatap bumbung yang menandakan hujan renyai di luar rumah ketika saya terjaga pada pukul 5.40 pagi. Selepas tahajjud dan subuh, saya capai jaket hijau dan terus keluar rumah, mengayuh "porsche" menuju ke hospital besar.

Sempat jugak ambil photo haha

Pukul 6.35 pagi saya tiba di hospital setelah mengayuh selama setengah jam. Saya perhatikan dikaunter menunggu sudah menanti lebih 20 orang yang nak diambil darah hari ini. Saya duduk mengikut barisan kerusi dibelakang 17 orang yang sudah menanti dihadapan.

Tengok sudah ramai yang menanti
Kena puasa, makna jangan makan apa-apa sebelum ambil darah

Uncle baju putih tu marah seorang kakak yang potong "queue"

Sebenarnya tidak sakit mana ambil darah ni, tetapi entah kenapa hati saya ni ada sikit rasa "seriau" atau risau setiap kali nak datang ambil darah. Sejak malam semalam dah mula resah tapi nak buat macam mana hidup mesti diteruskan, nak tak nak kaki terpaksa melangkah juga kehadapan.


Pukul 7.00 pagi kaunter mengambil nombor giliran dibuka, rosak pulak mesin nombor giliran dan terpaksa guna cara manual. Setelah saya serahkan borang dan dapatkan nombor giliran saya duduk menanti dipanggil sekali lagi untuk diberi pegang beberapa tabung pengisi darah. Tidak sempat panas kerusi yang saya duduk sudah dipanggil dan mengambil tabung dan kemudian diarah bediri didepan pintu bilik ambil darah.

Kakak nurse tu sampai herot wajah ia masa menarik darah

Ketika berdiri didepan pintu bilik darah tu, saya perhatikan ada tiga nurse yang bertugas mengambil darah iaitu seorang kakak, seorang nyonya dan seorang lagi aci. Tiga bangsa utama Malaysia yang bertugas pada hari ni. Saya tengok mana yang "cool" ketika meng"sodomi" urat darah orang tu, kakak tu saya perhatikan semasa ia sodomi urat darah budak lelaki melayu tu sampai senget mukanya ketika darah ditarik. Dalam hati kata aku tak nak kakak ni sodomi aku, yang aci tu saya tak nampak cara ia sodomi urat kerana belakang badannya menghala ke arah saya tetapi yang si nyonya tu nampak lebih relek, so bila nyonya tu selesai sodomi urat seorang apek tu, saya terus meluru ke mejanya.

Diambilnya borang saya, dibaca kemudian diperhatikan wajah saya, kemudian diperhatikan kembali borang dan berkata

"Aiya... saya mau tengok muka mau ingat lain kali saya sudah boleh kenal".

Jika tidak silap saya sudah beberapa kali urat darah saya di sodomi oleh nyonya ni dan seingat saya pernah ia berkata pada saya satu ketika dulu.

"Aiya.... saya ingat lu cina".

Hahaha ini adalah kata-kata yang sering sangat saya dengar dalam hidup ini. Kemudian diikatnya lengan saya dengan pengikat dan disapukan "alcohol" di tempat yang nak  di"sodomi"nya tu.

Oppsss... langsung tidak rasa apa-apa pun semasa jarum dicucuk

Saya pulak sibuk standby kamera handphone nak ambil photo semasa jarum dicucuk dan darah diambil. Hati ketika itu sudah tidak ada lagi rasa "seriau". Semasa nak adjust handphone di jari dan menjeling sikit mata kearah screen mencari arah dan masa yang sesuai untuk di "klik", saya tengok darah sudah ditarik keluar memang langsung tak terasa bila waktu jarum tu ditusuk ke dalam urat darah saya. Tulah bezanya antara mereka yang sudah berpengalaman dengan yang tidak kan, kalau nasib kita tidak baik dan bila kita dapat nurse yang kurang berpengalaman mahu dua tiga kali ia menyucuk lengan kita dan kadang-kadang boleh jadi lebam.

Pukul 7.35 pagi selesai, alhamdulillah hari ini proses mengambil darah berjalan memang terlalu cepat, jika tidak kebiasaan yang selalu saya alami akan mengambil masa paling cepat pun berakhir pada pukul 8 pagi, kalau saya datang lewat ke hospital maka proses mungkin akan berakhir sampai tengah hari. Insyaallah seminggu dua akan datang ada temujanji pula dengan doktor, mudah-mudahan CD4 ok.


Dalam perjalanan balik ke rumah, saya melalui Padang Polo, nampak kereta Sultan Perak di sini bersama beberapa pegawai polis pengiring, sebenarnya Sultan Perak hampir setiap pagi datang berjalan "exercise" mengelilingi Padang Polo ni dua tiga rounds, sudah lama baginda excersice bersama ribuan rakyaat disini. Dan seperti biasa di padang ini setiap pagi penuh dengan orang ramai yang "takut mati" disini hehehe kebanyakkannya bangsa cina. Mereka ini berhempas pulas setiap pagi untuk jaga kesihatan sebaik mungkin kalau boleh mereka ni tak nak mati, hmmmm bagus lah tu, tetapi dalam berjaga-jaga tu pernah juga saya mendengar cerita seorang lelaki cina yang tiba-tiba tumbang ketika berjogging disini dan mati kerana serangan jantung. Mati kalau nak mati dimana sahaja boleh pun berlakukan.

Pukul lapan pagi saya sampai di rumah, tukar baju terus capai lap top.



LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (15) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (59) najmi jumpa doktor (10) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (90) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (10) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)