Wednesday, 4 July 2012

REMAJA DAKWA DILIWAT LEBIH 40 KALI

MELAKA 3 Julai - Seorang bekas penghuni Rumah Budak Laki-Laki Tun Abdul Aziz, Durian Daun di sini mendakwa pernah diliwat sekurang-kurangnya 40 kali setahun sejak berusia 12 tahun sepanjang tiga tahun ditempatkan di institusi perlindungan itu mulai tahun 2005.

Remaja yang mendakwa diliwat (tengah) bersama Muhammad Khairul Hafiz (kiri) berkata sesuatu mengenai dakwaan kes dera di Rumah Budak Laki-laki Tun Abdul Aziz, Durian Daun pada sidang akhbar di Bandar Hilir, Melaka, semalam.

Remaja yang kini berusia 19 tahun mendakwa, sepanjang tempoh itu dia menjadi mangsa deraan fizikal dan seks oral yang dilakukan oleh beberapa kakitangan dan penghuni institusi tersebut. Menurutnya, semua perbuatan itu bagaimanapun terpaksa dirahsiakan kerana setiap gerak-geri penghuni sentiasa diperhatikan bagi mengelak mereka melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.

"Selain diliwat oleh seorang kakitangan yang sehingga kini masih bekerja disitu, saya juga mengalami penderaan seksual apabila batang pengelap dimasukkan kedalam dubur, dipukul dengan batang besi, kayu dan macam-macam lagi hanya kerana melawan tindakan kakitangan terbabit."


"Bayangkan dalam tempoh setahun berada disitu, saya diliwat lebih 40 kali termasuk penderaan seksual sehinggalah akhirnya pada 4 April 2007, saya dibawa ke Balai Polis Melaka Tengah kerana dituduh melakukan liwat," katanya.

Turut hadir pada sidang akhbar itu, Presiden Persatuan Kebajikan dan Sosial Malaysia (Perbak), Muhammad Khairul Hafiz. Remaja itu mendakwa, tuduhan liwat terhadapnya dilakukan oleh kakitangan yang meliwatnya sebagai kononnya dia pula yang meliwat salah seorang penghuni dirumah perlindungan itu.

"Ketika disoal siasat polis, saya terpaksa mengaku melakukan perbuatan itu kerana tidak tahan diliwat dan didera secara seksual jika kembali semula kesitu. Selepas itu saya dipindahkan ke Asrama Akhlak Bukit Baru pada 2 Februari 2008," katanya.

Sementara itu, Muhammad Khairul berkata, beliau mempunyai bukti yang kukuh terhadap dakwaan remaja tersebut tentang berlakunya perbuatan liwat di institusi perlindungan dibawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) itu. Tambahnya, beliau juga telah membuat laporan polis di Balai Polis Presint 7, Putrajaya pada 27 Jun lalu berhubung dakwaan liwat itu dan turut meminta polis menyiasat semula laporan yang telah dibuat JKM. Antara bukti kukuh yang saya peroleh adalah surat pengakuan daripada salah seorang kakitangan Rumah Budak Laki-Laki Tun Abdul Aziz yang melihat berlaku perbuatan liwat oleh empat penghuni rumah itu.

"Sebenarnya kes ini bukanlah yang pertama, malah saya juga telah merujuk dengan seorang pegawai penyiasat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka yang memberitahu terdapat tujuh kes liwat dilaporkan pada tahun ini sahaja," katanya.

Ditanya kenapa mengambil tempoh yang lama sebelum membuat pendedahan itu hari ini, remaja itu berkata, dia tidak tahu saluran yang perlu untuk memberitahu kejadian itu sehingga dia bertemu dengan Muhammad Khairul.

Sumber : Akhbar Utusan Malaysia.



Disebabkan nila setitik habis rosak susu sebelanga.
Harapkan pagar tetapi pagar makan padi.

Saya percaya perbuatan seumpama ini dilakukan oleh segelintir songsang atau biseksual yang bekerja di JKM dan segelintir di merata tempat lain, tetapi bila segelintir itu dikumpulkan menjadi satu tentu ianya menjadi besar jumlahnya kan. Malah perbuatan liwat seumpama ini saya yakin ada berlaku dikebanyakan tempat yang mengumpulkan para remaja lelaki didalam satu kawasan seperti di asrama sekolah, IPT, rumah kebajikan, rumah bujang dan paling "confirm" dipenjara-penjara. Mereka yang kuat iman sahaja yang berjaya mengelak diri dari terlibat.

Kebanyakan para remaja sekarang mereka ini ada perasaan ingin tahu dan mencuba sesuatu terutama apabila terpengaruh melihat "prono" didalam internet. Ramai juga yang akan berasa seronok dengan pengalaman seperti ini (diliwat) dan mereka hanya akan berdiam diri walaupun pernah diliwat tanpa kerelaan dan tidak akan melaporkan kepada pihak berkuasa. Mereka inilah yang akan mengembang biakkan amalan songsang ini kemasyaratan luar seterusnya.

Prono....

Teringat cerita rakan saya yang "maen" dalam khemah waktu malam dengan rakannya sendiri ketika menjalani aktiviti diluar sekolah dikawasan hutan dan pernah terlibat "maen" dengan pengawas "senior" didalam bilik asrama dan paling mengejutkan "maen" dengan seorang remaja yang meng"imam"kan solat. Ini antara cerita dalam kain yang saya sharekan disini, kejadian seperti ini sangat biasa dikalangan songsang tetapi teramat luar biasa bagi mereka yang normal. Renungkanlah dan perhatikan tingkah laku anak-anak kita, bukan sahaja lelaki tetapi juga anak remaja perempuan.

Ya ada juga yang membenci terhadap perbuatan diliwat dengan paksaan tetapi mereka ini (remaja) tidak tahu kemana hendak merujuk dan beritahu tentang masaalah yang mereka hadapi (seperti kes diatas) dan sudah tentu juga kerana malu.

Bagi kes remaja diatas ini alhamdulillah kerana beliau diberi kekuatan Allah disamping menerima bantuan sokongan daripada  Muhammad Khairul, sehingga ia berani kehadapan menuntut keadilan. Insyaallah Allah bersama beliau dan mereka yang terlibat meliwat (merogol) mudah-mudahan akan dihadapkan kemuka keadilan kelak.

Berlaku dimana-mana....

Ingat perbuatan ini berlaku dimana-mana sahaja, kemungkinan perbuatan ini juga boleh berlaku didalam rumah kita sendiri.

Wallahuallam



LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (15) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (59) najmi jumpa doktor (10) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (90) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (10) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)