Monday, 2 July 2012

HIV DALAM DARAH DIKESAN SELEPAS 14 HARI MENDERMA


KUALA LUMPUR 21 Mei - Darah penderma yang baru dijangkiti virus HIV tidak boleh dikesan mengandungi virus tersebut dalam tempoh 14 hari selepas dia mendermanya, kata seorang pegawai mikrobiologi di Pusat Perkhidmatan Darah Kuala Lumpur (PPDKL).

Pegawai itu, Ahmad Azani Othman berkata, disebabkan faktor 'tempoh eram' atau window period selama kira-kira 14 hari itu, seseorang penagih misalnya yang baru dijangkiti virus HIV melalui perkongsian jarum dan kemudian menderma darah keesokan harinya, ujian saringan akan menunjukkan keputusan negatif (bebas HIV).

''Begitu juga dengan mereka yang baru sahaja membuat hubungan jenis dengan individu dari kelompok berisiko tinggi seperti pelacur dan kemudiannya pergi menyumbang darahnya beberapa hari kemudian, ia juga akan menunjukkan negatif,'' jelasnya.

Ini kerana, katanya selepas tempoh tersebut (14 hari) barulah sistem imunisasi dalam darah akan mengeluarkan sejenis antibodi bagi melawan virus tersebut.

''Kehadiran antibodi inilah yang akan dicari dan digunakan dalam ujian saringan dan saringan yang dijalankan selepas tempoh ini berupaya mengesan sama ada penderma dijangkiti virus berkenaan atau tidak,'' katanya.


Bagaimanapun, Ahmad menambah, bagi seseorang pembawa HIV yang telah melepasi tempoh eram 14 hari tersebut, darahnya yang diuji dapat disahkan positif dalam masa dua jam sahaja.

Sehubungan itu, menurut beliau, maklumat mengenai gaya hidup penderma adalah amat penting bagi mengelakkan darah tercemar diterima oleh orang lain.

Dalam kes guru al-Quran di Jitra, Kedah, beliau dijangkiti darah HIV setelah menerima darah dari penderma selepas lima hari darah itu diderma.

Ahmad yang berkhidmat di Makmal Mikrobiologi dan Transfusi PPDKL itu memberitahu demikian kepada Utusan bagi menjelaskan bagaimana darah pembawa HIV boleh dikesan di dalam tubuh penerima darah.

Ahmad seterusnya menerangkan, kesemua sampel darah penderma diuji menggunakan kaedah 'Enzyme Immunoassays' (EIA) yang mengesan kehadiran antibodi semula jadi tertentu yang dikeluarkan oleh badan manusia apabila kehadiran virus dalam tubuh dikesan.


''Sistem imunisasi manusia akan mengeluarkan antibodi yang berbeza mengikut penyakit dan kaedah EIA yang melibatkan penggunaan beberapa peralatan berkomputer canggih seperti mesin 'Photo Spectrum' diperakui efektif kerana ia sungguh peka dan sensitif dalam mengesan kehadiran sebarang organisme dalam darah,'' jelasnya.

Seorang Juruteknologi Makmal Perubatan, Bainun Daud berkata, Pusat Kawalan Penyakit (CDC) di Atlanta, Florida, Amerika Syarikat menghantar sampel darah untuk diuji di sini dua kali setahun dan keputusan ujian saringan PPDKL dikatakan sentiasa tepat dengan data ujian CDC.

Selain itu, makmal PPDKL turut diuji oleh makmal Badan Kesihatan Sedunia (WHO) di Australia yang bertanggungjawab ke atas rantau Asia Tenggara dan Pasifik tiga kali setahun dan keputusannya juga sentiasa 100 peratus tepat.


Sumber : Utusan Online



LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (15) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (59) najmi jumpa doktor (10) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (90) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (10) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)