Saturday, 11 February 2012

MIMPI


Mimpi tu ada makna ke?

Mengikut kata orang dulu-dulu ada sesetengah mimpi tu membawa makna yang baik dan buruk bergantung tentang apa yang dimimpikan. Selalu juga saya saya menonton drama Korea di Astro ONE 393 sehingga saya tahu sekiranya seseorang ibu di Korea mimpikan sebuah taman dipenuhi pohon buah-buahan atau apa saja pokok yang sedang berbuah lebat menandakan seseorang terutama anak sendiri akan mengandung. Pernah juga dengar orang kata mimpi tengah malam sebelum waktu subuh itu mimpi yang benar serta punya alamat tertentu sama ada baik atau buruk. 

Manakala mimpi disiang hari atau selepas subuh itu hanya mainan syaitan. Kebanyakan mimpi yang kita alami adalah mainan tidur itu yang selalu kita dengar, syaitan yang menganggu ketika kita tidur. Biasanya orang akan kata usah percaya pada mimpi. Tapi dalam Islam sekiranya seseorang mimpi bertemu junjungan kita Nabi Muhammad saw, alim ulama kata mimpi itu adalah benar kerana syaitan tidak mampu menyerupai Nabi, beruntung sungguh mereka yang bermimpi bertemu baginda kan.

Bagi golongan remaja dan bagi kebanyakan kita sudah tentu pernah mengalami mimpi basah. Itu menandakan perubahan usia dari kanak-kanak ke remaja. Percaya atau tidak saya yang dah mencapai usia 43 tahun, beberapa tahun lalu masih "giat" mengalami apa yang dikatakan mimpi basah ni, cuma mimpi ini semakin berkurangan sejak setahun yang lalu. Kenapa ya? Ya mimpi basah versi saya opsss… pernah juga mimpi basah yang normal juga hehehehe..

Bagaimana pula boleh muncul mimpi bagi sesetengah pesakit hiv yang baru mula menelan ubatan seperti Stocrin? Apa sangkut paut ubatan sehingga boleh menghasilkan mimpi buruk? Otak memainkan peranan besar dalam menghasilkan mimpikan. Kepenatan serta cara kehidupan seharian juga mempengaruhi bentuk mimpi yang kita alami di malam hari.
Betul ker mimpi itu hanya mainan tidur? Harap-harap begitu lah hendaknya. Dalam diri ini memang saya cuba elakkan daripada mempercayai tentang alamat mimpi-mimpi tersebut. Saya cuba menganggap ianya tidak lain hanya mainan tidur.


Malam tadi saya bermimpi sebatang dari gigi saya tercabut, mula nya saya tidak ingat tentang mimpi itu tapi selepas solat suboh semasa baring hendak menyambung tidur kembali dan ketika mulut sedang sibuk membaca surah Yassin tiba-tiba saya teringat kembali tentang mimpi pada malam tadi. Ternampak juga kelibat arwah bapa dalam mimpi saya itu. Biasa lah mimpi ni selalunya tidak logik kadang-kadang melompat-lompat hingga kita sendiri tidak faham apa yang kita mimpikan.

Selalu saya dengar orang tua berkata sekiranya kita mimpi gigi tercabut alamatnya akan ada berita buruk yang akan berlaku. Kebiasaannya orang kata akan ada kematian orang–orang terdekat. Ada yang kata kalau gigi atas tercabut maka akan ada orang yang lebih tua dari kita akan mati dan kalau yang bawah pula biasanya orang yang lagi muda akan jalan…... Ada pula yang kata kalau gigi atas tercabut akan ada orang terdekat yang akan mati manakala gigi bawah orang jauh akan pergi meninggalkan kita. Amboi banyaknya alamat yang orang dulu-dulu tahu ya… hmmmm entah betul ke tidak ni? Sekiranya tiada kematian akan ada sesuatu berita burak bakal kita alami. Argahhhh betul ker ni. Saya cuba tidak mahu mempercayainya.

Tiba-tiba saya terkenang kembali kisah hampir 7 tahun dulu ketika saya menetap di selatan tanah air. Saya mengalami mimpi hampir seluruh gigi atas dan bawah saya gugur tercabut. Mimpi berlaku sebelum subuh senang cakap tengah malam. Bila terjaga ketika itu saya menjadi risau, cepat-cepat saya ludah 3 kali ke kiri badan dan beristigifar seperti yang diajar Rasulullah. Itu yang saya buat kalau termimpikan sesuatu yang buruk hehehehe.

Kemudian saya mencanangkan mimpi saya pada kawan sekerja kerana saya pernah dengar kalau kita beritahu orang tentang mimpi buruk kita maka mimpi buruk itu tidak akan berlaku. Selang beberapa hari selepas itu saya mendapat berita dari mak di kampong memberitahu tentang peceraian adik perempuan saya yang baru seminggu berkahwin, ya saya baru saja balik dari kampong untuk majlis perkahwinan itu. 

Alkisah cinta adik perempuan saya selama 7 tahun berkecai hanya dalam seminggu. Di talak dihadapan mak pak mertua sendiri secara tidak sengaja ..... Kisahnya semasa suaminya menyambung pelajaran di "oversea" sebelum mereka bernikah, ia digoda pelajar wanita disana. Walaupun pelajar wanita itu tahu mereka sudah bertunang tapi ia tetap mengoda, sehingga malam selepas bernikah wanita iatu sanggup menghantar sms menyuruh boyaferen ia itu menceraikan adik perempuan saya.

Diganggunya adik saya lagi mengunakan SMS. Ohhhh........... panjang kisahnya dah boleh buat film yang box office. Apa pun saya sebagai abang tentu kesiankan nasib adik perempuan saya ni. Nasib baik seluruh ahli keluarga mak pak mertua ia menyebelahi dan masih menyayangi adik saya sampai kini kerana mereka sendiri tahu tentang kisah sebenarnya. Lama juga ia merana. Alhamdulillah sekarang adik perempuan saya sudah pun mendirikan rumahtangga dan bahagia nampaknya.

Awak ada hiv Naj Mi

Oppsss berbalik tentang mimpi saya 7 tahun yang lalu, tidak lama selepas saya dapat berita tentang perceraian adik perempuan saya, saya dapat satu lagi berita yang membuatkan saya menjadi tidak tentu hala. Keputusan klinik BP Health mengesahkan saya hiv positif. Kisah ini sudah pun saya ceritakan di dalam entry yang lalu. So saya kembali berfikir apakah ada kaitan antara mimpi gugur seluruh gigi dengan dua berita buruk yang saya terima selepas itu? Adakah hanya kebetulan.

Ya malam tadi saya bermimpi lagi tentang gigi saya tercabut, tidak pasti dan jelas sama ada gigi bahagian atas atau yang bawah, yang pasti memang gigi saya dah rongok, apa maknanya ni? Langsung saya tak dapat menyambung tidur lagi, so saya buka lappy dan terus menulis entry ini, biar semua orang tahu yang saya mimpi gigi tercabut malam tadi. Apa pun saya masih percayakan mimpi itu hanya mainan tidur. Apa yang akan berlaku selepas ini hanya lah kebetulan belaka kan....kan..kan

Harap-harap kali ini juga benar ia hanyalah mainan tidur.

Wallahualam

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (15) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (59) najmi jumpa doktor (10) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (90) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (10) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)