Saturday, 25 February 2012

SONGSANG DI GANTUNG SAMPAI MATI

Pernah kah anda yang dilahirkan normal (tidak songsang) mengangkat tangan kehadrat Allah swt mengeluarkan ucapan dibibir melahirkan rasa syukur kerana tidak dilahirkan sebagai manusia songsang? Tidak kira lelaki mahupun perempuan diluar sana, pernah atau tidak anda terfikir walau sedetik betapa beruntungnya anda kerana anda dilahirkan normal? Pernah atau tidak anda terfikir bagaimana keadaan sekiranya ketika ini anda adalah seorang songsang? Pernah atau tidak anda yang normal cuba-cuba memaksa diri supaya anda ada rasa “horny” kepada kaum sejenis? Heeee...tak da korje yeaa......tentulah teramat payahnya kalau dipaksa diri, susah malah anda akan merasa jijik, kemungkinan timbul juga rasa geli geleman, begitulah juga perasaan yang sama muncul sekiranya para songsang dipaksa berbuat pekara yang sedemikian rupa.

Jika saya diberi peluang membuat pilihan tentu sekali saya akan memilih menjadi seperti anda semua yang dilahirkan normal. Tetapi Allah lebih mengetahui sesuatu yang kita sendiri tidak tahu. Saya sendiri dulu tidak pernah terlintas di fikiran betapa bertuahnya saya dilahirkan dengan segala cukup sifat tiada yang cacat pada tubuh badan, ya tidak pernah terlintas difikiran saya untuk mengucap syukur. 

Dulu saya tidak tahu malah tidak ambil tahu, tapi sekarang baru saya tahu kenapa dilahirkan begini, siapa yang memberitahunya? Hiv yang memberitahu saya, hiv yang banyak mengajar saya untuk memperbetulkan jalan yang selama ini bengkok supaya kembali lurus. Semua dugaan yang Allah beri (samaada songsang mahupun hiv) adalah bersebab dan sekiranya kita bijak menangani segala dugaannya maka ganjaran pahala yang teramat besar menanti kita. Soalan saya sekali lagi adakah anda yang normal pernah bersyukur? Beri jawapannya pada diri sendiri.........

Syukur kerana saya dikurniakan hiv.

Ingin saya tegaskan disini sekali lagi, sekiranya Allah putarkan kehidupan saya kebelakang sehingga berhenti dan bermula kembali pada saat ketika saya berada didalam klinik ketika menerima keputusan pertama hiv dahulu dan Allah memberi peluang sekali lagi untuk saya memilih sama ada mahu menerima virus hiv atau tidak? Dengan nama Allah sekali lagi saya tetap berkata saya akan memilih untuk bersama hiv. Hiv merupakan satu anugerah yang amat besar telah saya terima dari Allah swt.

Saya pernah cuba timbulkan rasa kesal atau rasa tidak puas hati pada Allah kerana diberi hiv didalam diri ini, tetapi saya tidak mampu untuk mengeluarkan perasaan tidak puas hati tersebut sebaliknya saya masih tetap berasa bahawa hiv itu lah yang terbaik untuk saya, tidak ada langsung rasa kesal malah sentiasa bersyukur. Saya tidak boleh nak gambarkan keadaan kiranya saya ketika ini masih bebas dari hiv. Tentu lingkup hidup saya ketika ini. Kerana hiv lah saya mula bersyukur pada Allah keatas segala nikmat yang diberikan pada saya selama ini. Alhamdulillah kerana saya sudah mula pandai bersyukur.

Mudah-mudahan selamatlah hidup saya didunia ini dan diakhirat. Sememangnya saya sedang cuba kearah menjadi lebih baik tetapi seperti semua orang tahu dugaan syaitan amat kuat, menghasut mengoda dengan bermacam-macam cara dan dimana-mana sahaja.  Moga Allah sentiasa melindungi saya dan kita semua.

Amin
Tu ia pembuka kata bagi entry kali ini.....panjang berjela-jela.....heheeeeee



Rasullullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda yang bermaksud : "Barangsiapa yang kalian dapati melakukan perbuatan kaum Luth, maka bunuhlah kedua pelakunya"


Mohamad Asgari 16 and Ayaz Marhoni 18 (photo) were Iranian teenagers from the province or Khorasan who were publicly hanged in Edalat Square in Mashhad northeast Iran on July 19, 2005. They were executed after being convicted by the court of having raped a 13-year old boy. The case attracted international media attention. The British group OutRage! alleged that the teenagers were executed for consensual homosexual acts and not rape

http://www.executedtoday.com/2009/07/19/2005-mahmoud-asgari-ayaz-marhoni-gay-teens-iran/
http://en.wikipedia.org/wiki/Mahmoud_Asgari_and_Ayaz_Marhoni
http://www.irqr.net/English/files/MASHHAD%20PLACE_OF_MARTYRDOM.pdf





Ini satu berita yang kemungkinan ramai yang dah pernah baca dan tahu akan kisahnya. Apa kata kalau kita imbau kembali tentang peristiwa diatas, walaupun telah lama berlalu tetapi tentu masih terdapat pengajaran disebalik berita ini yang boleh kita semua renungkan kembali. 
Jika dibandingkan saya dengan dua remaja ini rasanya diri saya inilah yang sebenarnya lebih layak digantung berulang-ulang kali..

Menurut Kelompok Hak Asasi Gay dan Lesbian, pemerintah di Iran telah menghukum mati hampir 4 ribu homoseks sejak tahun 1980.

Menurut Scott Long, dari Program Human Rights Watch Lesbian, Gay, Bisexual and Transgender, orang di negara Iran yang dituduh gay biasanya akan mendapat siksaan.

Menurut Hossein Alizadeh, dari International Gay and Lesbian Human Rights Commission berkata, gay di Iran hidup dalam “ketakutan akan hukuman mati dan siksaan dan juga stigma sosial yang dikaitkan dengan homoseksualitas.”

Diatas adalah kata-kata pihak yang cuba menghalalkan sex songsang, kata-kata orang yang cuba menghalalkan sesuatu yang Allah telah kata haram. Kumpulan atau pertubuhan yang sama mula berani bersuara di negara kita. Saya sebenarnya sedih juga melihat gambar tentang hukuman mati yang di jalankan di Iran ini dan sedih melihat dua remaja yang  sedang  bertungkus lumus bermain dengan perasaan takut teramat sangat pada ketika nyawa hendak diambil tu. Bolehkah saya rasa sedih atau berdosakah saya kerana ada rasa simpati terhadap nasib dua remaja ini? Kalau ahli agama tentu akan berkata kita tidak boleh ada rasa simpati terhadap kaum Luth yang bersalah seperti ini kan.  

Mengikut apa yang saya baca kedua remaja diatas telah mengaku serta menyesal atas perbuatan mereka dan mengakui yang mereka tidak tahu langsung bahawa perbuatan mereka boleh membawa sehingga ke tali gantung. 

Saya tidak pasti sama ada mereka dihukum kerana rogol suka sama suka dengan mangsa atau tidak, jika dikebanyakan negara kalau orang dewasa “maen” dengan budak bawah umur walaupun budak tu suka tapi masih dianggap merogolkan. Atau pun mungkin dua remaja itu merogol sehingga membawa kepada satu kematian? Adakah mereka telah diberi peluang untuk bertaubat atau peluang kedua untuk memperbaiki diri terlebih dahulu? Sekiranya peluang kedua telah diberi tapi masih lagi berdegil melakukan aktiviti songsang termasuklah merogol atau lebih dahsyat sekiranya membunuh maka “gantung aje lah” kalau itu sudah termaktub dalam undang-undang negara tersebut.


Sungguh tidak beruntungnya orang di Malaysia, yang songsang lagi bebas mengumpul “dosa” serta bebas melakukannya... tanpa rasa bersalah dan tidak ada langsung rasa takut malah semakin berani. Pergi saja ke asrama lelaki dimana-mana sekolah atau pusat pengajian tinggi tentu terdapat aktiviti songsang yang berlaku. 

Mereka yang tidak kuat pegangan agama sejak kecil pasti mudah terjebak. Apa kata kita tangkap budak remaja di asrama tersebut dan kita bawa ke tali gantung seperti di Iran, macam mana ok tak? Agak-agak rasa kejam tak? Kita hendap dulu gerenti selori boleh diangkut, tu belum lagi kita masuk ke pusat urut songsang yang bersepah di sekitar KL, Johor dan Penang dan sebuah di Ipoh. Masseurnya pulak bukan calang-calang orang selain rakyat tempatan ada juga yang di import dari luar negara seperti Thailand, Pakistan, Nepal dan dari Indonesia. Made in China tak da tapi cina Malaysia ramai, melayu juga dua kali lima ramainya.

Hanya Allah sahajalah yang boleh menghukum dan memberi hidayah kepada  golongan songsang di Malaysia. Tanpa hidayah Allah songsang akan terus hanyut.

Syukur kerana saya dikurniakan hiv.



Tidak pasti pulak tentang hukuman terhadap songsang di negara Afghanistan. Patutnya kena ada hukuman gantung supaya genjala seperti “Bacha Bazi atau penari budak lelaki” yang menjadi amalan di sana berkurangan atau terhapus terus. Yang kesiannya nasib budak remaja yang membesar dipersekitaran seperti ini yang terpedaya sejak dari kecil lagi.  Apabila dewasa mereka akan membuat pekara yang sama terhadap kanak-kanak yang lain pula, maka berterusan lah jika tidak dibendung.

Dalam Islam songsang memang diharamkan. Ada hadist yang diriwayatkan oleh imam Ahmad, Muslim, Abu Dawud dan Tarmidzi bahwa Rosulullah Saw bersabda :

"Lelaki tidak boleh melihat Aurat lelaki, Perempuan tidak boleh melihat aurat perempuan, lelaki tidak boleh berkumpul dengan lelaki dalam dalam satu kain. perempuan juga tidak boleh berkumpul dengan perempuan lain dalam satu kain"




"Di Iran kami tidak mempunyai homoseksual seperti di negara anda." – kata Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad

Saya suka ketegasan Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad dalam isu songsang. Bolehkah pemimpin negara kita menunjukan ketegasan yang sama seperti ini. Ketegasan amat penting. Tegas diiringi bersama dengan tindakan, jangan hanya pandai bercakap serta berdolak dalik mempersalahkan orang lain kalau sendiri tidak mampu nak melaksanakannya. Yang paling penting cari jalan, berbincang bersama supaya songsang tidak terus bermaharajalela dinegara ini. 

Undang-undang di negara Iran teramat lah tegas terhadap sesiapa sahaja yang mengamalkan hubungan songsang. Mereka langsung tidak diberi peluang untuk insaf? bak kata omputih
“There’s no second chance’”.

Walau bagaimana pun kita perlu menghormati undang-undang negara lain seperti di negara Iran, selagi caranya betul dan mengikut landasan hukum Allah yang sebenar-benarnya. Wallahualam Allah sahaja yang tahu.  

Bayangkan kalau hukuman seumpama ini dijalankan di Malaysia, berapa ribu agaknya yang telah digantung disini? Kemungkinan saya antara yang telah selamat digantung. Atau pun kemungkinan juga saya ketika ini sudah berumah tangga dan punya sepuluh anak kut dek kerana takut kena akan hukuman tersebut. Kemungkinan juga bilangan golongan ini disini tidak berkembang biak langsung seperti yang kita nampak hari ini.

Bersediakah kiranya kita mengikut langkah negara Iran melaksanakan hukuman gantung pada songsang?

Pengaruh persekitaran seperti kehidupan yang bebas dibandar atau tinggal diasrama antara punca berkembang biaknya songsang. Serta tidak ada hukuman tegas lagi jelas yang nampak didepan mata yang boleh dijadikan pengajaran atau peringatan pada semua di negara ini. Diburukan lagi dengan adanya internet yang tidak bertapis.



Tidak ada ketakutan di Malaysia seperti ketakutan yang dialami para songsang di Iran, kerana itu songsang atas nama hak asasi manusia semakin berani menyalak memperjuangkan apa yang mereka rasa benar. Percayalah mereka tidak akan berdiam diri. Dengan bantuan luar mungkin mereka akan berjaya sehingga kemungkinan perkahwinan sesama jenis akan dihalalkan juga disini suatu hari nanti. Ya, maybe bukan berlaku didalam kehidupan kita sekarang ini, tetapi tidak mustahil akan berlaku pada generasi kita yang  akan datang. Mana tahu cucu cicit kita dan cucu cicit awak antara orang pertama, yang akan berkahwin sesama jenis di Malaysia nanti. Nauzubillah

Pada pendapat saya golongan ini sememangnya semakin bertambah dan semakin menular di negara kita. Tidak percaya pergi ke Facebook dan cuba friend dengan seorang yang anda fikirkan songsang. Bukan susah nak cari tengok profile picture yang mereka letak pun sudah boleh kenal. Anda akan dapat melihat aktiviti mereka semua malah budak sekolah rendah pun ada yang berani memperomosi diri. 

Dari utara hingga ke selatan, ada saja tempat beriadah khas untuk songsang, bayar RM15 dah boleh berseronok. Sebuah club di Bukit Bintang yang saya rasa telah hampir 20 tahun beroperasi masih gah menjalankan perniagaan hingga kini. Malam minggu penuh dengan songsang, jom kita tangkap dan gantung mereka semua nak tak? Ya saya pernah kesana juga tapi itu pada zaman gelap. Dihadapan club tersebut terdapat sebuah sauna tempat songsang berseronok berdekatan dengan kedai mamak. Saya sebenarnya teramatlah bersyukur kerana ditempat tinggal saya sekarang tidak ada club seperti itu, kalau ada tentu saya mudah kembali hanyut di goda syaitan...

So jom sesekali kita berdoa moga amalan songsang tidak terus berkembang biak dinegara kita. Terbantutnya perkembangan amalan songsang di sini bermakna terbantut jugalah angka peningkatan hiv/aids di Malaysia kan.

Syukur kerana saya dikurniakan hiv. 

 

Dalil dari Sunnah Tentang Haramnya Homoseksual 

Dari Jabir Radhiyallahu ‘anhu, dia berkata bahwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda maksudnya : "Sesungguhnya yang paling aku takuti (menimpa) umatku adalah perbuatan kaum Luth” [HR Ibnu Majah : 2563, 1457. Tirmidzi berkata : Hadits ini hasan Gharib, Hakim berkata, Hadits shahih isnad]

Dari Ibnu Abbas Radhiyallahu ‘anhuma, dia berkata bahwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda maksudnya : "Allah melaknat siapa saja yang melakukan perbuatan kaum Luth, (beliau mengulanginya sebanyak tiga kali)” [HR Nasa'i dalam As-Sunan Al-Kubra IV/322 No. 7337]


LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (15) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (59) najmi jumpa doktor (10) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (90) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (10) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)