Monday, 12 December 2011

SERBA SEDIKIT TENTANG SAYA

sambungan dari Pengenalan tentang diri saya;

Kali ini aku nak bercerita serba sedikit tentang kehidupan saya sejak memegang status positif hiv. Kalu ada yang baik boleh kita contohi jika ada yang tidak baik kita ambik ikhtibar dari secebis pengalaman kehidupan saya ini. 

Yang penting bagi mereka yang baru di sah kan +ve dan tercari-cari maklumat tentang hiv dan yang blur-blur tu elok lah juga membaca pengalaman hidup pesakit hiv yang lain untuk mengambil ikhtibar dan tahu tindakan apa yang perlu di ambil di hari seterusnya.

Usia saya sekarang dah 45 tahun tua dah kan, hampir 6 tahun saya hidup bersama virus hiv didalam badan ini, tanpa diketahui orang serta ahli keluarga saya hingga sekarang. Setelah berhenti kerja sejak 6 tahun yang lalu saya masih terus menganggur hingga ke hari ini. Kawan baik saya seorang yang berbangsa cina, selalu berkata yang saya ni pemalas walaupun secara bergurau (ia hiv –ve). 

Sekali sekali saya smash balik kat ia, kerana ia ni selalu merungut tentang pekerjaan ia, stress ia kat tempat kerja memang selalu ia rungutkan pada saya sampai ia pernah jatuh sakit dan terpaksa jumpa doctor kerana stress. 


Sebenarnya banyak tempat dah saya apply kerja tapi banyak company di sini tak nak terima orang tua seperti saya. Sebenarnya selepas saya berhenti kerja dan balik kampong saya memang dah mencuba hampir semua tempat yang saya rasa sesuai untuk saya mencari rezeki, sehingga sanggup nak berkerja kat 7eleven kat rumah, tapi dalam umur yang dah meningkat kebetulan saya agak memilih kerja masa tu, kerana saya cuba mencari kerja yang tidak menganggu ibadah solat 5 waktu saya, kalu boleh saya nak bekerja berdekatan dengan masjid kerana bila diri dah +ve amal ibadat menjadi amat penting dalam hidup masa tu, rasa hayat ni dah tak lama. 

Solat berjemaah dimasjid dah menjadi pekara yang penting yang perlu saya amalkan setiap hari sehingga pernah saya terfikir nak jadi muazin saja, melaungkan azan kat masjid pun jadi lah, dengo tugas muazin pun ada elaun kan kebetulan hati saya seronok dengan pengalaman Allah yang telah makbul kan doa saya untuk melaungkan azan di masjid belakang rumah hanya setelah beberapa hari hati ini meronta-ronta berdoa mintak nak try laungkan azan tu. Alhamdulillah terketar-ketar jugak lah tapi masih ada keberanian nak laungkan kebetulan muazin yang bertugas lewat datang ke masjid ketika itu.

Ia orang terus masukkan dalam akaun bank saya
Berbalik tentang kerja, kawan cina saya ni dalam perli-perli ia pada saya, dia dan seorang lagi kawan cina lain saya yang tinggal  di NY (dan dah berkahwin sesame jenis dg mat saleh kat NY tu hehehe) masih mahu menghurur bantuan wang pada saya. 

Kalau di kira-kira balik jumlah semua yang di beri mahu mencecah ribuan ringgit juga lah. Bukan saya minta ia terus masukkan dalam buku akaun kita okey jugak lah sekurang-kurang dapat meringankan beban saya sementara saya tak bekerja ini. Mereka faham keperluan saya sebagai +ve. Hanya mereka berdua saja yang tahu diri saya +ve selain doctor dan nurse. Tapi kawan yang satu dah jadi rakyat Amerika duk nun jauh kat sana, sorang lagi buzy tinggal di KL hanya sesekali berjumpa berbual-bual.

Sebenarnya nak kata saya malas tak lah jugak, cuma rezeki saya Allah kurangkan sikit aje. Alhamdulilah 6 tahun hingga hari ini mungkin berkat solat Dhuha setia hari yang saya lakukan Allah terus memberi rezeki pada saya, memang sedikit tak sampai RM100 sebulan yang saya dapat yang diberi oleh adik dan kakak saya. Duit tu lah yang saya guna setiap bulan. Cukup. 

Saya percaya rezeki yang Allah beri bukan hanya yang kita nampak depan mata melalui wang ringgit sahaja, tetapi kesihatan yang baik sehingga kita tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan untuk membeli ubatan juga satu rezeki dari Allah. Ingat saman atas kesalahan memandu laju atau salah letak kereta dan kena saman, kereta rosak yang perlu dibaiki contohnya itu semua tak da rezeki namanya. Allah ambil balik rezeki dari kita. Kalau Allah nak bagi kita rezeki musibah macam tu tentu Allah elakkan dari menimpa kita kan.

Kalau terasa nak melancung aku ambil cuti dan terus berangkat
Ok kalau nak tahu semasa saya berkerja di negara jiran dulu, saya adalah antara pekerja yang gila overtime. Pantang ada peluang dah tentu saya buat OT, sampai hari cuti pun saya sapu untuk dapatkan double pay tu. Tu pasal kalu dulu tiba-tiba terasa terfikir nak pi Hong Kong jalan-jalan, ke Cambodia tengok Angkor Wat atau ke Gunung Bromo di Jawa or ke Bali atau tiba-tiba ternampak pemandangan indah lembah Hunza di Gilgit utara Pakistan melalui majalah dan terasa nak pergi dan kebetulan ada cuti saya akan terus beli air tiket, tup tup seminggu kemudian dah ada kat sana. 

Tidak ada istilah malas saya ketika sebelum disah kan +ve dulu hingga pernah saya tak balik rumah sebab saya buat overtime hampir 24 jam. So bila kawan saya kata saya pemalas hmmm sikit-sikit tu agak terkilan jugak lah.

Satu lagi masaalah saya walaupun dah 45 tahun saya ni masih tak tau memandu kereta dan tak ada lesen motor. Pelik kan. Maybe akibat accident dulu-dulu hingga saya tawar hati nak memandu. Cuma sekarang ni aje ada rasa nak try memandu tapi dah tak da orang nak ngajar pulak. Saya sebenarnya lebih selesa menunggang basikal mountain bike sejak dibangku sekolah lagi dan lebih kerap sejak 6 tahun lalu setelah di sahkan +ve. 

Menjadi tunggangan harian saya
Hampir setiap hari saya menunggang hampir 10km kadang-kadang lebih. Nak ke shopping komplek kat tengah bandar, nak ke padang untuk berjogging, nak berenang kat swimpool awam, nak berjumpa doctor, nak ambil ubat kat hospital yang terletak hampir 10km tu semuanya saya guna basikal. Ya hingga hari ini saya masih menunggang. Teringat saya ketika saya berada di Lhasa Tibet, kalu bukan kerana saya yang baru tiba dari Kathmandu tentu pelawaan seorang pengembara Jepun yang mengajak saya menunggang basikal bersama seorang lagi kawan berbangsa Eropah ke Nepal melalui dataran tinggi Tibet tu akan saya terima. Menunggang basikal untuk sampai ke Kathmandu mungkin mengambil masa hampir sebulan. Bukan kah itu satu pengalaman paling menarikkan.

berjalan hampir lebih 10 km semasa CD4 pada kiraan 12
Okey nak saya kongsikan bersama disini, pada ketika kiraan CD4 saya 12 saya masih kuat berjalan pulang dari hospital setelah mengambil keputusan CD4 di hospital swasta, berjalan kaki hampir lebih 10 km pulang ke rumah (itu time tengah terkejut lah tu bila lepas tengok keputusan tu hahaha). 

Seorang sukarelawan ketika saya berjumpa semasa sessi pertama saya berjumpa doctor berkata maybe kerana saya menunggang basikal hari-hari hingga membuatkan tubuh dalam badan saya agak kuat. Sepekara lagi saya tidak minum arak, tidak merokok, jauh sekali dadah hanya salah saya kerana terbabas sedikit tu ajer… Faham-faham lah ya. Apa pun basikal telah menjadi satu keperluan penting buat diri saya. Ini telah serba sedikit membantu menguatkan tubah badan saya dengan bantuan dan kehendak Allah.

Opppsss…. Sambung pasal kerja, sampai la ni saya masih mengganggur. Kadang-kadang nak kerja pun takut jugak. Takut stress, tau-tau lah politik dalam tempat kerja boleh buat CD4 menurun nanti hehehe. Apa pun hingga kini saya berserah pada Allah, sekarang saya dah tak kisah kalau kerja pump minyak pun kalau bagus buat diri ini, saya akan buat. Yang penting saya berdoa Allah gerakkan hari saya untuk saya mendapatkan satu pekerjaan yang paling sesuai, pekerjaan yang tidak melalaikan, pekerjaan yang yang boleh mendekatkan diri ini semakin hampir padaNya. Dan saya serah kan pada nya sekarang. Kita tunggu dan lihat.

Alhamdulillah pada ketika ini saya tidak ada tanggungan hutang bank ker, kereta ker, hutang rumah yang saya beli share dengan kakak pun dah lama langsai, dalam EPF adalah tinggal sikit lagi. Apa pun saya cuma ada hutang sikit pada mak yang tolong langsaikan hutang credit card saya dulu dalam 8K hahaha. Tapi ia cakap tak harap sangat saya bayar balik, kira halal lah tu. Apa pun insyaallah saya akan pulangkan semula. 

Alhamdulillah, berkat kerja keras masa di negara jiran dulu saya ada buat pelaburan sikit di sana. Actually bolah keluarkan sekarang tapi sengaja saya nak tunggu beberapa tahun lagi sehingga tamat tempoh matang pelaburan saya disana tu. Nanti boleh lah keluar kedua-duanya sekali tu pun kalu panjang umur, kalau tak kaya lah kakak saya kerana ia lah yang boleh ambil semua simpanan tu nanti kiranya saya bertemu Allah.

Walau bagaimana pun saya berharap pada ketika itu diberi kekuatan tenaga serta sihat tubuh badan untuk memenuhi satu impian saya ni yang paling nak saya buat. Lama juga sudah saya berdoa pada Allah agar dimakbulkan impian saya melaksanakan ibadah umrah. Saya berterusan berdoa pada Allah agar dimakbulkan keinginan saya itu, yang penting pada masa itu CD4 saya harus cukup kuat. Tapi kalau Allah tak nak jemput saya ke sana pun tak pa lah tentu ada sebab musababnya kan. Saya terima jer. Saya redha.

Syukur juga kerana mendapat hiv ni, kalu tidak kerana mendapat penyakit ini dah tentu hati ini sekeras macam batu dan tak pernah nak berniat langsung ke sana. Kerana +ve lah yang telah membuat saya menukar hampir 360 darjah cara kehidupan saya sekarang, walaupun perubahan berlaku berperingkat-peringkat dan perlahan-lahan. Alhamdulillah.

Bagi mereka yang diuji Allah dengan mendapat anugerah penyakit ini, usah berkeluh kesah sangat cuba “think positif”. Allah maha Adil dan ia amat tahu apa yang terbaik bagi setiap hambanya. Kita yang +ve ini adalah antara insan yang terpilih dan telah di kuit atau yang di ‘poke’ oleh Nya agar kita sempat merenung kembali kehidupan lampau yang telah kita lakukan dan bermuhasabah diri. Tentu ada yang tak kena, mungkin kita sangka kita tidak pernah buat salah, tidak pernah buat maksiat, kita ini baik sepanjang hidup, tapi Allah maha mengetahui. Berbaik sangka dengan Allah dan berfikiran positif walaupun kita sendiri sudah positif hiv ni hehehe

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (15) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (59) najmi jumpa doktor (10) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (90) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (10) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)