Friday, 22 June 2018

APAKAH VAKSIN YANG SESUAI DIAMBIL OLEH PLHIV JIKA KELUAR NEGARA


Saya akan keluar negara, dalam jangkamasa yang agak lama jadi saya mula fikirkan apakah vaksin yang sesuai diambil. Saya tanya staff di klinik RVD dihospital disini, dia kata, boleh ambil apa vaksin pun dan katanya tidak ada masaalah. Walaubagaimana pun pendapat pandangan doctor pakar perlu kita pertimbangkan juga. Jadi saya telah kebeberapa klinik sekitar bandar berjumpa mereka yang pakar bertanyakan mengenai vaksin yang perlu diambil bagi seorang PLHIV jika mahu ke luar negara.

Kesimpulannya, harga setiap vaksin yang saya tanya agak berbeza diantara satu klinik dengan satu klinik yang lain. Vaksin juga perlu diambil berdasarkan negara mana yang hendak kita tuju.

Bagi saya seorang PLHIV, saya rasa saya perlu mengambil semuanya (kalau boleh lah) sebab selain ianya insyaallah boleh melindungi tubuh saya dari serangan virus tertentu, pengambilan vaksin juga boleh meningkatkan keyakinan diri saya ketika berada diluar negara.

Negara mana yang akan saya tujui? Ada yang dekat dan ada yang jauh insyaallah. Ada yang ikut pakej insyaallah dan ada yang secara 'brutal' sangat brutal hihihi insyaallah. Doakan keselamatan saya ya...

Disini saya kongsikan vaksin apakah yang telah saya ambil bersama kos vaksin yang telah saya bayar;

1) VAKSIN FLUQUADRI 2018 latest version (influenza), tahan setahun, kemudian ulang lagi cucuk.
Harga RM100.

2) VAKSIN TYPHIM SINGLE DOSE (typhoid/kepialu), untuk cirit birit, tahan 3 tahun, kemudian ulang lagi.
Harga RM70.

3) VAKSIN HEP A - dua dose, ulang sekali lagi selepas 6 bulan.
Harga sekali cucuk RM160

4) VAKSIN PNEUMOCOCCAL (elak kena sakit pneumonia) cucuk sekali setiap 5 tahun, kena ulang lah.
Harga RM150.

5) VAKSIN HEP B, 3 dose,
First dose
Second dose lepas sebulan dari tarikh dose pertama
Third dose lepas 5 bulan dari tarikh dose ke dua
(seumur hidup).
Harga RM60 (sekali dose)

6) VAKSIN MENVEO (meningitis) 0.5ml.
Protection exp :13-06-2023
Bertahan sehingga 5 tahun, perlu di cucuk lagi selepas 5 tahun.
Harga RM140

Total kos keseluruhan buat masa ini RM680. Insyaallah jika ada rezeki akan saya ulang lagi pengambilan vaksin diatas. Apa vaksin yang boleh saya ambil lagi? Ada yang boleh rekemenkan tak?

Terdapat vaksin Hep A dan B yang digabungkan sekali dan harganya lebih murah jika dibandingkan sekiranya kita ambil vaksin Hep A dan B secara berasingan. Tanya pada klinik mengenai vaksin gabungan 2 dalam 1 ini.



LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (15) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (59) najmi jumpa doktor (10) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (90) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (10) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)