Tuesday, 8 March 2016

SOFYAN - AYAH MEMELUK SAYA SETELAH MENDAPAT TAHU SAYA POSITIF HIV

photo hanya hiasan

Kenakalan sebagai seorang remaja yang bergelumang dengan dadah menjadi penyebab Sofyan (35) menghidap HIV / AIDS. Pada tahun 2005, dia telah disahkan positif menghidap penyakit HIV selepas membuat pemeriksaan diklinik.

Pada mulanya, sama sekali tidak terlintas dalam fikiran Sofyan yang dia akan dijangkiti HIV. Kisah bermula apabila tiba-tiba seorang rakan rapatnya telah meninggal dunia. Dan tak lama selepas itu, seorang lagi sahabatnya juga meninggal dunia.

"Sebelum sahabat keduanya meninggal dunia, saya sempat menziarahinya. Dia beritahu, dia telah dijangkiti HIV dan dia menyuruh saya segera jalani ujian darah. Waktu itu saya tidak faham dan tidak tahu apa itu HIV," ujar Sofyan, ketika ditemubual oleh seorang wartawan, pada hari Rabu (2/12/2015).

Tidak lama selepas itu, seorang sahabatnya yang lain turut dimasukkan kehospital. Dia juga menasihakan agar Sofyan jalani pemeriksaan untuk memastikan samaada dia juga telah dijangkiti HIV atau tidak. "Saya keliru ketika itu dan tidak tahu dimana atau kemana harus saya pergi bagi menjalani ujian tersebut," katanya.

Akhirnya dia dipermudahkan untuk jalani ujian HIV dan hasilnya dia juga positif HIV. "Waktu itu saya tidak ada rasa risau atau bimbang, kerana ketika itu saya sememangnya tidak faham, apa itu HIV. Saya fikir, tidak mungkin saya juga telah dijangkiti dan setahu saya penyakit itu penyakit orang-orang barat," tuturnya.

Setelah melalui berbagai proses rawatan, Sofyan akhirnya berjaya meninggalkan najis dadah yang menjadi penyebab dia dijangkiti dengan penyakit itu. Dia juga akhirnya mulai faham dan tahu apa itu HIV. Tapi dia terus merahsiakan status diri dan tidak memberi tahu  kepada ibu bapanya mengenai penyakit yang dihidapinya itu.

Rahsia itu dipendam selama hampir empat tahun. Dia mengakui sukar, bagaimana untuk menjelaskan penyakitnya kepada ibu bapa. Sehinggalah pada tahun 2009, ayah Sofyan telah masuk ke dalam bilik tidurnya.

Pada masa itu, ayahnya telah membaca buku-buku mengenai HIV / AIDS yang terdapat didalam bilik Sofyan. Sofyan yang baru pulang kerumah dan masuk ke bilik terkejut apabila melihat ayahnya sedang meneliti buku-buku tersebut. Kira-kira setengah jam, Sofyan hanya mampu mundar mandir dan keluar-masuk bilik dan dia tidak berani untuk mendekati ayahnya.

Ahirnya saya ditanya ayah, "Ini buku siapa? Sofyan ada HIV ya? Ketika itu saya bingung bagaimana hendak jawab pertanyaan ayah, kalau hendak berbohong juga tidak tahu macam mana caranya," katanya.

Dalam keadaan takut dan risau, Sofyan akhirnya terpaksa mengakui bahawa dia telah dijangkiti HIV. Dan tanpa diduga, bukan amarah yang diperlihatkan oleh ayah. Tapi dia lantas memberi pelukan erat pada Sofyan.

"Ayah memeluk saya sambil menangis. Dia beritahu, "Maaf ayah tidak mampu mengurus  kehidupan kamu dengan sebaik-baiknya," jelasnya.

Kata Sofyan, ayahnya sudah mendidiknya dengan betul dan sebaik mungkin, cuma dirinya yang selama ini salah membuat perhitungan memilih apa yang baik dalam hidup," beritahunya.

Ayah dan Sofyan menangis sambil berpelukan. Ayah sempat berpesan agar Sofyan banyak bersabar. Setelah memberi nasihat, ayah turun dari bilik Sofyan yang ada di tingkat dua rumahnya.

"Selang satu jam kemudian, bapa saya pengsan di tingkat satu," katanya.

Ayah Sofyan sememangnya mempunyai sejarah penyakit jantung itu pun koma dan sempat dirawat di hospital. Tidak lama selepas itu, ayah Sofyan menghembuskan nafas terakhir. Itu yang kemudiannya menjadi penyesalan tak sudah dalam hati Sofyan.

"Paling menyesal kerana tidak mengakui mengenai status HIV pada ayah. Saya rasa sangat -sangat berdosa. Saya sememangnya mahu memberitahu padanya tetapi bingung dan risau bagaimana cara yang terbaik untuk memberi penjelasan padanya," sesalnya.

Setelah ayahnya meninggal dunia, Sofyan mengaku sangat sedih dan asyik terperuk didalam rumah sahaja dan dia sememangnya sangat menyesali kerana tersilap langkah mengambil dadah sehingga menyebabkan dirinya dijangkiti HIV. 

Hari demi hari akhirnya Sofyan kembali bangkit. Dia kini punya motivasi untuk menyuarakan nasihat pada orang lain agar mengelakkan diri dari dijangkiti HIV. Dia aktif di Rumah Cemara, sebuah organisasi berasaskan komuniti yang fokus pada pendidikan yang betul mengenai HIV / AIDS.


Sumber - GOOGLE



2 comments:

  1. dalam masa seminggu saya dah habis baca entry dalam blog dan ia sangat memberi kesan kepada sampai saya tergerak nak buat ujian HIV di BP healthcare...i was sexually active tapi tak la active mana...tp lepas dah kerja saya dah stop or maybe dah sangat sangat jarang sex..saya takde hadapi apa2 symptom hiv...tp bila baca blog saya rasa takut tapi saya beranikan diri untuk buat ujian hiv..alhamdulillah saya non reactive or hiv negative...masa nak p amik result tu...rasa melayang-layang..pertama skali yang saya fikir adalah parents saya...sama macam dalam post ni...kita kalau boleh tak nak parents kita sedih sebab kita sebab tu saya tengok ramai penghidap HIV bertindak untuk tak bagi tau keluarga..saya sangat tabik mereka sebab mereka sorang2 boleh mengharungi ujian ni..

    pesana saya..kalau rasa2 diri tu exposed to HIV pegi la buat ujian..jangan sampai kite jadi penyebar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sebab itu saya mengujudkan blog ni, agar pembaca yang membaca akan sedar mengwnai hiv aids dan tergerak hati mereka terutama yang aktif seks bebas terutama gay2 diluar sana agar buat ujian hiv.

      Terima kasih kerana mengunjungi blog ni

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST