Monday, 1 February 2016

TOP vs BOTTOM - PARTNER SAYA TIDAK SUKA PAKAI KONDOM, ADAKAH RISIKONYA TERLAMPAU TINGGI??



Salam abang,
Nak tanya ni, saya seorang gay dan berposisi sebagai seorang bottom dan juga seorang +ve HIV. Kalau partner top saya itu hendak having sex dengan saya tanpa menggunakan condom memang berisikokan? Adakah risikonya terlampau tinggi..? Sebab partner saya ni tidak suka pakai condom.. Macam mana ya.

Aku Dahagakan Kasih dan Sayang
Sunday, January 31, 2016 4:35:00 pm

Salam.

Mungkin ramai dari kita yang tidak ada HIV ni berfikir, bahawa tiada risiko apabila melakukan anal seks tanpa kondom dengan siapa sahaja asalkan kita sebagai Top. Adakah itu benar? Apakah berperanan sebagai Top akan mengurangkan risiko kita dalam berhubungan seks yang tidak selamat?

Saya sendiri pernah menyangka dan berfikiran bahawa seorang Top itu sangat susah dijangkiti HIV, kerana dulu saya mempunyai seorang rakan lelaki yang pure Top dan kerap melakukan aktiviti meliwat tanpa kondom (tak best pakai kondom katanya) dengan ramai pasangan tetapi sehingga hari ini beliau masih kelihatan sihat, mungkin nasibnya baik kerana tastenya kalangan remaja gay yang baru nak naik dan mungkin sentiasa dapat budak-budak yang tidak ada HIV. Ya walaupun susah dijangkiti HIV tetapi risiko mendapatkannya tetap ada.

Sama juga hal nya juga dengan seseorang HIV positif yang mungkin berfikir bahawa mereka tidak perlu menggunakan kondom dengan sesiapa, termasuk pasangnnya yang negatif, asalkan ia sebagai berposisi sebagai Bottom. 

Ramai kalangan gay menyangka dan percaya bahawa HIV akan lebih mudah disebarkan dari seorang TOP ke BOTTOM tetapi tidak sebaliknya (BOTTOM kepada TOP). Wah, lebih mudah bukan bererti tidak mempunyai risiko sama sekali ya.

* Bagai mereka yang masih tidak faham, istilah TOP bermaksud seorang lelaki yang meliwat (peneterasi), manakala BOTTOM pula seseorang yang kena liwat. Versatile atau Flexi ialah mereka yang mampu melakukan kedua-dua posisi


Kenapa seorang Bottom lebih berisiko ketika melakukan anal seks tanpa Kondom?
Ada dua sebab:

1. HIV terdapat pada cecair badan, salah satunya adalah cecair mani. Ketika seseorang positif HIV itu ejakulasi didalam dubur, HIV boleh memasuki peredaran darah melalui lapisan kulit sensitif / tipis di dubur.

2. Lapian sensitif / tipis di dubur lebih terdedah untuk mengalami luka dan lecet yang disebabkan oleh geseran pada saat melakukan seks anal. Luka dan lecet ini boleh menjadi pintu masuk HIV kedalam aliran darah.

Apakah bermakna Seks dubur tanpa kondom selamat untuk para Top?

TIDAK. Menjadi Top TIDAK mengelakkan kamu dari dijangkiti HIV. Cuba kita fikir, apakah Gay HIV positif hanya dikalangan mereka yang Bottom sahaja? Tidak kan. Ramai laki-laki Top yang juga menjadi HIV positif kerana seks dubur tanpa menggunakan kondom.

Bagaimanakah HIV boleh disebarkan dari Bottom ke Top?

HIV dalam cecair tubuh dalam dubur boleh menguncup kepada pasangannya melalui utetra (lubang kencing). Penularan juga boleh berlaku melalui luka ataupun lecet pada zakar Top ketika saat melakukan (peneterasi) seks anal.

Antara faktor lain memudahkan berlakunya jangkitan..

Samaada Top atau Bottom mereka sama-sama berisiko dijangkiti HIV apabila melakukan seks tanpa kondom jika mereka mempunyai STI (sexually transmitted infection) seperti gonorrhea, siflis dan lainnya. Ya, STI (jangkitan penyakit kelamin) meningkatkan risiko kemungkinan anda untuk dijangkiti HIV kerana luka / lecet / ruam STI boleh menjadi pintu masuknya kuman HIV.



Klik Entri ini, saksikan Video - PENYEBARAN DAN PENCEGAHAN HIV





10 comments:

  1. Salam bang. Sy nk tny sy ada buat aktiviti berisiko.perempuan tu melancapkn sy guna air liur dia dgn banyk. Sy takot kalau dia hiv adakah sy boleh berjangkit? Lg satu masa sy nk keluar air mani. Dia masuk kn dalam mulut dia utk sy lepas dlm mulut dia. Ada kan sy berisiko?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dikatakan hiv ada terdapat dLam air liur tetapi jumlahnya terlalu sedikit, jika wanita itu ada hiv dia menggunakan air liurnya sebagai pelincir, risiko jangkitan masih rendah kemungkinan zero peratus. Yang penting tiada luka terbuka dizakar saudara. Saudara lepaskan air mani masuk kedalam mulutnya, bermakna risiko wanita itu dijangkiti hiv (sekiranya saudara ada hiv lah) sangat tinggi terutama jika dalam mulut wanita itu ada luka. Bagi diri saudara risiko mungkin tiada melainkan sekiranya ada luka berdarah dalam mulut wanita itu (jika ada hiv lah) dan terdapat juga luka di zakar saudara, wallahuallam. Nasihat abang hentikan aktiviti tersebut, hari ini mungkin selamat mana tahu dimasa depan jika tak dapat hiv mungkin boleh dapat penyakit2 lain pulak.

      Delete
  2. ala..br nk tulis entry mcm ni...ala :( ..hehe..nice entry abg najmi.. :)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum abang najmi.. jika sesorang tu dijangkiti HIV positif...dan hendak melakukan medical check up untuk apply kerja... adakah detail pesakit semua di mention dalam result check up dia??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, setahu abg lah kalau nak kerja di dalam negara tidak memerlukan untuk buat ujian hiv, itu yg abg tahu lah, lainlah kalau nak kerja atau belajar kat luar negara. Sepekara lagi jika perlu lakukan ujian hiv sekali pun perlu minta kebenaran dari kita terlebih dulu...wallahuallam

      Delete
  4. Assalammualaikom abang najmi

    Minggu lepas saya ada melalukan iktiviti berisiko dengan money boy .. Tapi tiada sebarang penetration atau dia tak jolok saya pon .. Dia cuma blowjob saya dan buat urutan biasa .. Tanpa menggunakan kondom.. Adakah risiko saya untuk dijangkiti HIV ?

    Thank you

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blowjob setahu abg risiko dijangkiti hiv sangat rendah mungkin zero %, tapi mungkin masih boleh dapat penyakit kelamin. Dikatakan kuman ada dalam air liur tapi bilangannya sangat2 sedikit sehingga tidak memungkinkan boleh berlaku jangkitan. Tapi risiko mungkin ada jika pada zakar saudara ada luka berdarah luka terbuka, manalah tahu luka sebab digaru dg kuku atau luka sebab cukur dan kebetulan ada pulak luka berdarah dalam mulut pasangan tu, mungkin akibat tergigit lidah ke atau gusi berdarah ker so bila luka dan luka ni bergeselan maka secara lojik risiko jangkitan boleh berlaku. Nasihat abang sebaiknya elak dari melakukan aktiviti itu lagi, abg tak nak galakkan sesiapa pun melakukannya sebab dalam agama ianya salah kan, tapi jika tak boleh tahan sangat sebaiknya guna kondom..

      Delete
  5. salam bang najmi, ari 2 sy penah tnye psal Ez-Trust HIV rapid test, sy dah beli n dah guna, alhamdulillah result nyer -hiv, cume sy was2 skit sebab result die agak cepat kluar, mmang mcm 2 ke?? and abg najmi penah dpat testimoni lain yg gune home kit nie tak?? yang result die +hiv??..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah nak lawan perasaan was2 ni, sebaiknya buat lah ujian di klinik dari mereka yang pakar atau lebih baik buat di BP Lab atau klinik luar yang mana mereka buat ujian di makmal mengunakan darah yang diambil dilengan. Rasanya abg ada terima ramai kisah pembaca yang dapati diri positif mengunakan HIV KIT dan bila buat ujian di klinik masih tetap positif cuma, cuba selak entri2 yang lalau terutama dilabel "BARU DIDIAGNOSIS"

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST