Thursday, 11 February 2016

SYA - SAYA TAKUT, SANGAT TAKUT UNTUK BUAT UJIAN HIV



Assalamualikum, saya SYA. 

Abang Najmi. Saya telah melakukan aktiviti berisiko tetapi sampai sekarang saya tidak pernah buat ujian HIV. Saya takut, saya sangat takut. Aktiviti berisiko itu sudah setahun berlalu tetapi saya masih belum ada kekuatan untuk buat ujian darah. Saya takut dengan keputusan andai kata saya positif HIV. Dari segi mental dan fizikal saya tidak kuat hendak hadapi. 

Saya baca entri abang Najmi dan dah baca setiap komen. Saya negetif HIV sehingga saya kenali dia, seorang yang berisiko positif HIV. Dia pun tidak pernah buat ujian darah, dia sendiri tidak tahu sama ada dia ada HIV atai tidak. Saya sebenarnya tidak ada apa yang nak ditanya sebab apa yang saya hendak tanya semua sudah ditanya pembaca lain. Yang perlu saya buat untuk kepastian hanya lakukan ujian darah sahaja. 

Ya Allah semoga Allah berikan kekuatan pada saya.

SYA
Wednesday, February 10,2016 11:18 00am



Salam SYA, ya tidak ada cara lain untuk kita tahu status diri kita melainkan dengan menjalani ujian HIV. Benar semua orang takut hendak buat ujian HIV sebab takut bila dapat keputusan positif kan. 

Tahu sama ada kita ada HIV adalah lebih baik daripada tidak tahu. Bila dah tahu kita tidak ada HIV maka kita tak lah stress-stress lagi memikirkan mengenainya, boleh lah kita lebih berhati-hati dimasa depan, hati pun akan lebih tenang dan dapat teruskan kehidupan. 

Tapi jika kita sudah tahu kita ada HIV maka kita boleh dapatkan rawatan awal sebelum kita mendapat AIDS, sebab bila dah terlambat dapat rawatan dan dapat pula AIDS kemungkinan kita akan tewas ketika itu. Abang pasti saudara sudah tahu untuk mendapat AIDS ianya akan mengambil masa sekitar 4-5 tahun jika tidak mendapatkan rawatan awal, ketika itu badan kita akan mula sakit-sakit yang akhirnya kita terpaksa dirawat dihospital. 

Saudara hanya takut untuk jalani ujian HIV, nasihat abang sebagai orang islam, berdoa kepada Allah, buatlah solat hajat solat taubat dll serta berdoa banyak-banyak minta Allah bukakan pintu hati saudara dan rakan agar tidak gentar untuk jalani ujian HIV. Dalam masa sama minta dielakkan dari dijangkiti, sekiranya disahkan HIV sekali pun mintalah agar beri kekuatan ketenangan untuk menerima apa jua dugaan yang diberi. - NAJMI








7 comments:

  1. Salam bang..abg dulu bln ke berapa dapat detect ada hiv

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti sebab dulu agak aktif melakukan aktiviti tu so memang tak pasti, dpt tahu bila nak renew work permit, baca entri tentang NAJMI

      Delete
  2. Salam bang saya buat seks dgn tkg urut tnpa kndm tp seblm enjuklasi saya dah keluarkan...pancut pon kat luar..adakah ia membawa risiko kpd hiv jgk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seks tanpa kondom tetap berisiko dijangkiti hiv walaupun dipancut kat luar

      Delete
  3. salam abang najmi...

    saya Adam. abg pernah post pasal cerita saya. ADAM 26 - SELEPAS 5 HARI, PASANGAN SEKS SAYA BERITAHU DIA ADA HIV. Sampai hari ini..sy mcm sya.takut untuk buat ujian.banyak kali pergi hospital kerajaan, tp sy patah balik. x ada kekuatan.banyak fikir negatif. family sy, kerjaya sy.setiap hari sy berada dlm keadaan tertanya2...sy ada bca komen abg dekat entry terbaru. sama ada tau atau tidak.kita mesti buat test darah...yup betul.sy faham.tp belom ada kekuatan untuk lakukan.

    sy cuba untuk berfikiran positif.tp negatif tu lebih kuat.hahahahhaa....erm. x tau la...entry terbaru blog abg sentiasa sy tggu. bgus sebab sentiasa bg nasihat dorongan positif..terdetik juga dihati kenapa sy ditakdirkan ada nafsu pada lelaki....memang susah nk dibuang....arggghhhhh...apepun time kasih abg.walaupun x knl.tp blog ne jd medium sy luahkan perasaan. just share each other...berubah ke arah lebih baik..walaupun org ckp gay mmg payah nak berubah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam adam,
      Abg faham tentang perasaan takut nak buat ujian tu, tapi cuba adam lawan perasaan tu, kalau tak nak buat diklinik luar hospital, buat kat klinik swasta tp kena bayr sikit lah. Jangan tunggu lama2 stress aje hidup tu nanti....Apa pun terima kasih kerana belek2 blog ni semuga kita sama2 dpt pengajaran diswbalik apa yang abg share kan tu...

      Delete
  4. Buat lah segera ujian HIV, jika tidak slagi itu akan dibelenggu rasa takut dan paranoid.. jika memang ada hiv ada banyak rakan yang boleh membantu dari segi nasihat dan sokongan..

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST