Wednesday, 17 February 2016

SONGSANG - SELIDIK SEJARAH SILAM DAN BERI PELUANG KE DUA

Lanjutan dari kisah AMRAN KLIK DISINI.....



PENAJA BERHAK TARIK BIASISWA

KUALA LUMPUR 16 Feb, 2016 - Penuntut Malaysia diluar negara yang terbabit masaalah displin atau moral termasuk gejala seks seperti lesbian, gay, transgender dan bisekual (LGBT) boleh digantung pengajian atau ditarik balik biasiswa mereka.

Bagaimanapun jika penuntut terbabit pelajar persendirian, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) tidak dapat mengambil tindakan kerana ada undang-undang negara luar yang membenarkan LGBT.

Sharif Abdul Hamid

Menurut sumber Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), penuntut Malaysia diluar negara tertakluk pada syarat dan penjanjian dengan penaja sama ada tajaan dalam bentuk biasiswa atau pinjaman.

"Penuntut yang terbabit gejala sosial seperti LGBT boleh dikena kan tindakan oleh penaja mengikut syarat dipersetujui termasuk menarik balik tajaan mereka atau diminta membayar semula sejumlah wang yang dibelanjakan sebelum ini. "Ada kes sebelum ini, ibu bapa sebagai penjamin kepada penuntut yang terbabit LGBT diminta membayar semula amaun kepada syarikat berkaitan kerajaan. Tapi jika dia membabitkan penuntut persendirian yang dibiayai oleh keluarga, KPT tidak dapat mengambil sebarang tindakan," katanya.

Sementara itu kelab UMNO Luar Negara (KULN) tidak menafikan ada pelajar Malaysia terbabit gejala seks songsang ketika menuntut diluar negara, namun jumlahnya tidak diketahui kerana mereka tidak mendedahkan perangai mereka dikhalayak. Setiausaha Sekretariat KULN Datuk Shariff Abdul Hamid berkata, namun ia selama ini diketogerikan sebagai kes terpencil kerana individu terbabit tidak mendedahkan sisi negatif mereka kepada umum.

"Kebanyakan yang terbabit kes ini mungkin kesepian dan berada jauh daripada kelompok ,asyarakat Malaysian serta mudah terpengaruh budaya baru," katanya dipejabat Menara Dato Onn disini baru-baru ini. Mengulas kes Amran yang secara terang terangan mengakui gay dan keluar Islam untuk menjadi atheis, Shariff berkata, pihaknya belum menerima maklumat mengenainya. "Setakat ini kami hanya menerima maklumat daripada media sosial. Apapun Kelab UMNO Kanada yang berpusat di Montreal cuba menjejaki penuntut terbabit untuk berbincang masaalah dihadapinya," katanya.

Menurutnya sehingga kini 79 KULN di 23 buah negara mempunyai 15,000 ahli dengan keahlian tertinggi di Medan iaitu 400 manakala United Kingdom pula mencatatkan cawangan terbanyak iaitu 19 cawangan.

"Setiap penuntut Malaysia yang terbabit dengan KULN mengikut pelbagai program keagamaan dan kesukarelawanan yang mengukuhkan jati diri mereka. "Apabila penuntut ini terbabit kelas agama: kursus perkahwinan dan program riadah, mereka rasa dekat dengan budaya Malaysia serta mustahil terjebak dengan gejala tidak bermoral seperti LGBT dan lain-lain," katanya.


SELIDIK SEJARAH SILAM SEBELUM JATUH HUKUM

KUALA LUMPUR 16 Feb, 2016 - "Jangan mudah menghukum dan mencemuh golongan terjebak gejala lesbian, gay, transgender dan biseksual (LGBT) ini, sebaliknya beri peluang kedua serta dekatkan mereka dengan masyarakat supaya kembali pulih," kata perunding motivasi dan kaunseling Hushim Salleh. Menurutnya, masyarakat perlu melihat latarbelakang punca mereka terbabit gejala LGBT seperti kemungkinan ada kisah silam diliwat ketika kecil atau membesar dalam keluarga porak peranda.

Hushim Salleh

"Kebanyakan gay ini bermula diasrama dengan konsep abang angkat dan adik angkat sehinggalah berlanjutan kepada hubungan terlarang dan berterusan apabila mereka dewasa,"katanya.

Beliau berkata latarbelakang keluarga seperti ibubapa yang sibuk dengan kerja atau bercerai menjadi faktor anak yang dahagakan kasih sayang mencari hiburan diluar dengan cara tidak sepatutnya. Katanya apabila kanak-kanak ini membesar dan belajar disekolah asrama atau institusi pengajian tinggi, mereka menikmati kebebasan dengan cara salahkerana tiada lagi pengawasan ibubapa dan guru displin menyebabkannya mudah terpengaruh dengan gejala tidak bermoral seperti LGBT.

Hushim yang berpengalaman 30 tahun mengendalikan kaunseling kecelaruan gender berkata,  setiap minggu ada dua atau tiga kes gay dirujuk kepadanya. Menurutnya, tempoh pemulihan bergantung kepada pelbagai faktor. Ada yang pulih dalam masa 3 bulan dan paling lama mengambil masa 15 tahun.

"Golongan gay ini boleh berubah kembali kepangkal jalan dengan kaunseling dan terapi mengikut jadual ditetapkan selain mendekatkan diri dengan agama. Masyarakat dan keluarga terutama ibu bapa purlu memberi sokongan moral. Jika tidak, mereka akan mencari perlindungan daripada rakan gay atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) proLGBT yang berselindung atas nama hak asasi manusia," katanya.


Sumber Akhbar Harian Metro
16 Feb, 2016



No comments:

Post a Comment

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST