Thursday, 25 February 2016

SOALJAWAB - PASANGAN SAYA MEMANCUTKAN AIR MANINYA KEDALAM BONTOT SAYA


1) Salam, saya nak tanya, saya baru melakukan tindakan berisiko 3 hari lepas dengan melanggan. Semasa saya melakukan, kondom terkoyak. Terkoyak dipenghujung tindakan berisiko. Jadi hari ini saya ada demam-demam, sakit tekak pew semua. Apa pandangan abang. Saya menyesal and nak berubah - FARED

Fared, kondom koyak dihujung, macam mana boleh koyak beso sangat ke heeeeee.....atau size kondom tu kecik atau kondom dah tamat tempoh. Susah nak jelaskan, senang kata jika ada luka pada zakar saudara dan bergesel dg cecair faraj wanita yg ada hiv, risiko tetap ada. Demam sakit tekak tu mungkin sebab masaalah lain, biasa lah dah takut tentu fikir bukan-bukan - NAJMI


2) Salam, saya nak tanya, adakah saya berisiko nak dapat HIV apabila saya menyentuh setitis air mazi pelacur dengan satu jari, tapi jari saya tidak cedera, saya bimbang saya dihantui HIV. Saya menyesal - INSAN BREDOSA

Insan berdosa - sentuh saja tak mengapa tak jangkit hiv. - NAJMI


3) Salam abang, baru-baru ni saya kencing sakit sikit dan ada sedikit bernanah. Saya pergi jumpa doktor, lepas doktor injection dan bagi ubat, satu hari nanah tersebut terus hilang. Malam sebelum itu saya demam sejuk tapi lepas injection demam kurang. Apakah penyakit saya abang? - ANONYMOUS

Anonymous - abang rasa jangkitan penyakit kelamin Gonorea - NAJMI

4) Assalammualaikum abang Najmi. Saya selalu menjadi silent reader dalam blog abang ni. Bagi saya blog abang ni memang memberi keinsafan terhadap diri saya. Saya nak share cerita saya macam mana saya boleh terbaca blog abang ni. Saya merupakan salah seorang yang juga melakukan aktiviti berisiko. Diikutkan lebih kurang 8 orang sudah saya bertukar pasangan. Ada yang main secara ringan dan berat. 

Pada September tahun lepas, last sekali saya lakukan aktiviti berisiko tu, hanya ringan-ringan sahaja tiada berlaku sebarang pancutan. Kemudian, lebih kurang 9 hari selepas itu, saya mendapat demam yang sangat teruk dan setelah pergi ke hospital saya disahkan denggi. Lepas saya sihat, dalam dua minggu selepas itu, saya keluar bersama seorang rakan saya dan saya terminum air minuman dia (ketika itu saya tidak tahu dia HIV) dan dua minggu selepas itu baru dia beritahu saya bahawa dia HIV positive. Saya pun rasa berputar dia sewaktu dia bagitahu saya ketika itu. Dengan itu, saya berasa was was adakah saya dijangkiti apabila minum minuman orang yang HIV positive. Lalu, saya search kat internet dan jumpa blog abang. 

Then, saya pun pergi buat test dan Alhamdulillah result Negative. Bila saya balik rumah je, saya fikir-fikir balik, adakah demam denggi haritu betul-betul ke demam denggi ke demam HIV. So saya pun repeat test pada 17/2/2015 dan result dia masih negative Alhamdulillah. Diikutkan 4 bulan 3 minggu selepas tarikh dari aktiviti berisiko. Lepas je kejadian kawan saya yang terkena HIV tu saya mula berubah dan insaf dan tidak lagi melakukan aktiviti berisiko lagi. 

Cuma saya nak tanya abang najmi, hari tu saya lepak dengan kawan saya yang HIV tu, tangan saya luka and kami duduk satu table, then saya letak jela tangan kat atas meja tapi tangan kawan saya tu tidak ada luka and kami tak bersentuhan pun tapi saya takut takut kalau dia ada terpegang jerawat dia then tangan dia letak atas meja lepas tu luka saya kena ke apa. Adakah cara macam tu berjangkit? Itu je saya nak tanya. Saya rasa tu je la cerita saya nak kongsi. Harap-harap abang Najmi faham cerita yang saya kongsikan ni. - ANONYMOUS

Salam minum air minuman pembawa HIV tidak menyebabkan jangkitan malah kalau kita kongsi straw sekali pun tidak menyebabnan jangkitan dan duduk semeja bersama pembawa HIV sama ada dia ada luka atau tidak, pun tidak menyebabkan jangkitan. Begitu juga jika saudara ada luka jika bersama pembawa HIV pun tidak menyebabkan jangkitan. 

Sebenarnya jika jari tangan saudara tidak ada luka saudara boleh aje sentuh darah pembawa HIV, itu tidak menyebabkan jangkitan HIV. Jika saudara ada luka sekali pun saudara masih boleh peluk bersalam dengan pembawa HIV, semua itu tidak menyebabkan berlakunya jangkitan. 

Yang berkemungkinan boleh berjangkit jika ada luka ditangan saudara bergesel bersentuhan dengan luka terbuka seorang pembawa HIV, haa itu mungkin ada risiko berjangkit. sepekara lagi kuman HIV tidak boleh hidup lama bila berada luar badan manusia, kuman cepat sangat mati, jika kawan HIV saudara itu ada terpegang jerawat yang ada luka lah (kalau tak ada luka tidak jadi masaalah apa-apa) darah dari jerawat dikesatnya dimeja (contohnyalah) ketika itu kuman dah pun kojol....:)) Kesian kat kawan saudara yang ada HIV tu, sama ada dia tahu atau tidak, sebab saudara masih ada rasa takut bimbang bersama dengan dia serta masih ada pandangan serung terhadapnya.- NAJMI


5) Salam abang Najmi yang di hormati. Pada 30hb 12 2016 saya ada melakukan hubungan luar tabii bersama seorang nyah. Semasa saya melakukan tusukan, saya memakai kondom dan ada menukar kondom 3 kali. Dan saya ada memberikan oral (blowjob) kepadanya (nyah tersebut) tanpa kondom sebanyak 3 kali berasingan selama 10 saat (dia tidak mengeluarkan mani dan mazi wallahualam). Dan dia juga ada memberikan oral (blowjob) kepada saya dengan menggunakan kondom. Dia ada menjelaskan bahawa dia sangat takut jika seks tanpa kondom,dan ada memberitahu yang jika diberikan dua ribu pun belum tentu dia mahu melakukan tanpa kondom. Dia juga mengatakan yang dia bebas HIV (wallahualam).

Pada 13hb Jan 2016(14 hari) saya ada membuat pemeriksaam HIV di klinik kerajaan dan resultnya -VE(negative). Dan pada 4hb Feb 2016 (35 hari) saya ada ulangi pemeriksaan HIV di klinik kerajaan atas alasan untuk berkahwin dan resultnya -ve negative. Sejak akhir-akhir ini, kulit tangan, kaki dan disekeliling badan mengering dan memutih (seolah berdebu). Dapat rasakan yang kulit ini terasa kering dan kesat. Timbul juga biji-biji berair seperti ruam (lima biji ditangan, enam biji dilengan, dan tumbuh sebiji-biji disekeliling kawasan badan). 
Adakah saya dijangkiti atau berisiko dijangkiti HiV? Mohon penjelasan dan nasihat dorongan dari abang NajMi. Saya stress setiap hari memikirkan hal ini. Dan saay sudah bertaubat dan berazam untuk jauhi maksiat dengan perkahwinan kelak.Peristiwa ini hanya berlaku sekali dalam hidup..:( - ANONYMOUS
Saudara mengunakan kondom, jadi risiko dijangkiti sangat rendah. Melalui penjelasan saudara abang boleh katakan saudara tidak dijangkiti HIV, tetapi kalau dapat penyakit kelamin akibat geselan tubuh dan kena bendalir badan lain itu mungkin ada. Macam selalu abang kata bila dah rasa takut dijangkiti HIV kita mula lah fikir yang bukan-bukan, sebab itu rasa kulit kering atau naik jerawat semuanya kita sangka sebab HIV, pada hal semua tu pernah kita alami sebelum ini, cuma masa tu kita tidak ambil peduli kan.
Jika maaih ragu-ragu abang nasihatkan buat je ujian HIV sekali lagi selepas 3 bulan dari tarikh aktiviti berisiko yang terakhir itu (walaupun pada abang ianya tidak perlu, sebab peluang saudara dapat HIV mungkin tak ada) jika masih ada rasa gatal-gatal dan sebagainya jumpa doktor abang rasa itu mungkin sebab masaalah lain tu. - NAJMI


6) Salam, Saya ada melakukan seks sejenis tanpa kondom pada akhir Januari lepas, Kini genap sebulan 6 hari. Pasangan saya telah memancutkan air maninya ke dalam bontot saya. Saya juga ada melakukan oral seks. Pada minggu pertama saya merasa panas badan dan pergi ke klinik dan melakukan HIV test (Non-reaktif), serta merta saya merasa sihat mungkin disebabkan gembira, namun doktor tidak mengesahkan result test tersebut kerana baru seminggu dari tarikh aktiviti berisiko. Doktor juga ada memeriksa suhu badan saya tetapi doktor menyatakan suhu badan saya normal. Saya ada berpeluh malam pada minggu pertama tetapi tidak lenjun.. Kini setelah sebulan, saya mengalami putih di bahagian permukaan atas lidah, tumbuh 2 benjolan di permukaan lidah tetapi tidak sakit, terdapat bintik merah pada kulit lengan (datang dan pergi)..selalu muncul pada waktu petang hingga maghrib...saya tidak mengalami cirit birit, muntah2, selera makan masih ada, tidur juga nyenyak. saya banyak mengikuti blog ini. adakah ini tanda2 HIV.. -ABU- 01/03/2016

Salam ABU, Tidak semestinya sebab HIV jika kita alami gejala-gejala seperti yang disebutkan, kemungkinan disebabkan masaalah lain. Saudara tidak akan dijangkiti HIV sekiranya pasangan saudara tidak ada HIV tetapi boleh mendapat jangkitan penyakit kelamin lain jika pasangan kita ada penyakit kelamin. Kita tidak tahu status pasangan kita sebab itu perlunya ujian HIV. Lakukan ujian selepas 3 bulan, jika selepas 3 bulan result negatif bermakna gejala-gejala yang saudara alami itu adalah disebabkan masaalah lain, atau mungkin kerana terlalu bimbang dan fikir yang bukan-bukan maka apa sahaja perubahan pada tubuh, saudara akan menyangka ianya disebabkan HIV, padahal mungkin gejala-gejala itu sebenarnya telah saudara alami sebelum itu. Apa yang penting disini saudara perlu jalani ujian HIV selepas 3 bulan dari tarikh akhir aktiviti seks yang dilakukan, kerana selepas 3 bulan baru ujian tersebut dikatakan konkrit.- NAJMI





30 comments:

  1. salam, sy nk tanya sikit, berdasarkan pengalaman abg, kos rawatan semua tu abg tanggung cmne? sy masih tak buat test lagi...(takut sgt dgn result)...tapi sy tgh consider utk ambil insuran yanng cover HIV related medication (kalau ade). abg ade ape2 info berkaitan insuran yang cover hiv medication?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Kos rawatan pesakit HIV dihospital kerajaan adalah percuma, ubatan peringkat pertama percuma, ubatan peringkat kedua mungkin kita terpaksa bayar sikit. Jika kita jaga dan patuh makan ubatan pertama insyaallah kita tidak perlu ubatan peringhkat kedua atau ke 3. Ujian darah serta ujian kesihatan lain yang berkaitan masaalah HIV adalah percuma. Mengenai insurance setahu abg tak akan cover bila ada kaitan dg hIV. Baca entri mengenai insurance serta komen2 didalam blog ni ya..

      Delete
  2. Salam,

    Saya ada melakukan seks sejenis tanpa kondom pada akhir Januari lepas, Kini genap sebulan 6 hari. Pasangan saya telah memancutkan air maninya ke dalam bontot saya. Saya juga ada melakukan oral seks. Pada minggu pertama saya merasa panas badan dan pergi ke klinik dan melakukan HIV test (Non-reaktif), serta merta saya merasa sihat mungkin disebabkan gembira, namun doktor tidak mengesahkan result test tersebut kerana baru seminggu dari tarikh aktiviti berisiko. Doktor juga ada memeriksa suhu badan saya tetapi doktor menyatakan suhu badan saya normal. Saya ada berpeluh malam pada minggu pertama tetapi tidak lenjun.. Kini setelah sebulan, saya mengalami putih di bahagian permukaan atas lidah, tumbuh 2 benjolan di permukaan lidah tetapi tidak sakit, terdapat bintik merah pada kulit lengan (datang dan pergi)..selalu muncul pada waktu petang hingga maghrib...saya tidak mengalami cirit birit, muntah2, selera makan masih ada, tidur juga nyenyak. saya banyak mengikuti blog ini. adakah ini tanda2 HIV..

    -ABU- 01/03/2016

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ABU
      Tidak semestinya sebab HIV jika kita alami gejala-gejala seprti yang disebutkan, kemungkinan disebabkan masaalah lain. Saudara tidak akan dijangkiti HIV sekiranya pasangan saudara tidak ada HIV tetapi boleh mendapat jangkitan penyakit kelamin lain jika pasangan ada penyakit kelamin. Kita tidak tahu status pasangan kita sebab itu perlunya ujian HIV selepas 3 bulan, Apa yang penting disini saudara perlu jalani ujian HIV selepas 3 bulan dari tarikh akhir aktiviti seks yang dilakukan, kerana selepas 3 bulan baru ujian tersebut dikatakan konkrit.

      Delete
    2. Salam Abg Najmi,
      Saya ABU... Saya telah membuat Test HIV (HIV Ag/Ab Screening (CMIA) di BP Health pada 15/06/2016 ( 4 bulan 3 minggu dari tarikh aktiviti berisiko). Pada hari ini 17/06/2016 saya telah memperoleh result(Non-Reaktif)..dekat depan kaunter BP Health saya menangis. 4 bulan 3 minggu saya hidup dalam stress dan kerisauan. Adakah result tersebut konkrit? Apapun saya salute, respek dekat staff BP Health sebab tidak prejudis..malah melayan sy dengan baik dan tanpa rasa was-was semasa mengambil sample darah. -ABU- MASIH RISAU.

      Delete
    3. Salam Abg Najmi,

      Saya ABU, saya telah melakukan Ujian HIV Ag/Ab Screening (CMIA) pada 15/6/2016 di BP Health (Non-Reactive)- 4 bulan 2 Minggu. Selepas itu saya membuat Sekali lagi UJIAN HIV dan UJIAN HEPATITIS A pada 26/6/2016 (Genap 5 Bulan)di PathLab. Keputusannya HIV(NON-REAKTIF) tetapi HEPATITIS A (REAKTIF). Saya sangat risau... saya juga risau sekiranya Saya menghidap Hepaitis B/C. Adakah peluang sembuh bagi penghidap Hepatitis A. Terima Kasih Abg Najmi. -ABU- 29/06/2016.

      Delete
    4. Salam Abg Najmi... Apa khbar. Abg najmi Sihat? Lama benar rasanya Abg Najmi senyap. harapan kami agar Abg Najmi Sihat. Saya cuma nak kongsikan result Hepatitis B dan Hepatitis C yang saya buat di BP Health pada 30/06/2016. Result telah keluar pada 02/07/2016. HBsAg : Non-Reactive, Anti-HBs : 150 mIU/mL, Note :Immune. Manakala Hepatitis C (Anti-HCV- Non Reactive). Yang saya risaukan ialah bacaan Hepatitis B tu...adakah bacaan itu normal atau sederhana atau menghampiri reactive. Harap2 semuanya baik... namun saya telah didiagnos Hepatitis A. Sekarang saya amalkan memakan banyak buah-buahan. Saya bercadang mendapatkan rawatan hepatitis A selepas raya kerana saya takut sekiranya Hepatitis A saya tinggi menyebabkan saya ditahan dalam wad semasa raya.Namun semasa raya ini saya akan berhati-hati supaya tidak menjangkiti Hepatitis A ini kepada keluarga saya. Hujung bulan Julai ini saya bercadang membuat Ujian HIV (Genap 6 Bulan) doakan result nanti semua yang baik sahaja. Amin. Amin.Amin. -ABU- 03/07/2017.

      Delete
    5. Salam Abg Najmi..saya menunggu balasan abg najmi... Saya telah genap 6 bulan dan telah melakukan Ujian HIV, HEPATITIS A dan B, ujian Sifilis, dan screening body. Syukur HIV Negatif, Sifilis Negatif, Hepatitis B Negatif dan Hepatitis A juga negatif. Saya merasa pelik sebab bulan Jun yang lepas saya disahkan menghidapi HEpatitis A (ujian di PathLab). Namun yang demikian, tahap fungsi Hati saya menurun iaitu SGOT/AST dan SGTP/ALT saya agak tinggi. patutlah saya merasa sering letih dan tidur nyenyak. Namun begitu saya masih risau sekiranya masih dalam "window period". Saya juga takut kalau penyakit yang saya hadapi ini (Masalah hati) merupakan sakit yang tidak ada ubat. _ABU_

      Delete
    6. Salam Abu maaf abang lambat balas komen abu, abang harap abu dalam keadaan sihat sejahteria serta dilindungi Allah selalu. Jika ditanya detail mengenai Hepetatis ni abang tidak beberapa faham, perlu ditanya pada mereka yang lebih pakar. Abang doakan abu sihat pada hari ini waktu ini sekarang ini...Ameen

      Delete
  3. Assalamualaikum Abg Najmi. Lama tak dengar khabar, FB Abg pun dah tak aktif. Abg, saya perlukan bantuan Abg, pasangan saya disahkan positif HIV. Saya buntu, apa yang perlu saya lakukan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Miserable Man

      Ya fb abg dah tak aktif...Jika pasangan saudara sah ada HIV, dia perlu dapatkan rawatan segera dihospital. Jika saudara lakukan ujian mengunakan HIV KIT dan didapati result positif, maka pasangan saudara perlu lakukannya sekali lagi dimana-mana klinik luar, jika benar positif dapatkan surut pengesahan dari doktor diklinik berkenaan dan kemudian rujuk ke hospital kerajaan yang terdekat. Rawatan dihospital kerajaan adalah percuma. Di hospital kerajaan nanti mereka akan membimbing pasangan saudara itu..

      Delete
  4. Miserable Man, jangan panik. Rawatan HAART yang ada sekarang sangat berkesan untuk HIV - sekarang ni tahun 2016 dan telah banyak kemajuan dalam bidang perubatan. Jangan risau. Awak kena bagi support kat pasangan awak. Teman dia ke hospital. Insya allah, dia akan akan dapat jalani kehidupan seperti insan normal yang lain.

    ReplyDelete
  5. Bole bg email abg najmi?sy nk pm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alah kalau tanya kat sini pun guna anonymous orang tak tahu pun, abg jarang nak bukak email, apa pun saudara boleh tinggalkan email saudara dalam ruang komen disini, abg tak akan publishkan email saudara tu...

      Delete
    2. Salam Bang saya nak tanya Adakah seseorang itu melakukan hubungan sejenis boleh di jangkiti HIV walaupun itu adalah kali 1 pertama, dia tidak memakai kondom, dan selepas melakukan hubungan sejenis Buntut keluar darah , dan air mani terpancut kat dalam, Dan kedua duanya tidak ada penyakit HIV,

      Delete
    3. Tidak ada jangkitan HIV kalau kedua2 anda tidak ada HIV. Nasihat abang jangan lah buat lagi sebab, lain kali silap haribulan kita mungkin main dg orang yang ada HIV pulak

      Delete
  6. Assalamu'alaikum tuan, saya ada melakukan aktiviti berisiko dengan melanggan. Setelah klimaks, sy berehat sebentar tanpa menanggalkan kondom yg saya pakai. Ketika saya ingin menanggalkan kondom, saya dapati kondom saya koyak di bahagian atas, yang tinggal cuma bahagian bawah. Bagaimana sekalipun zakar saya tiada apa2 luka. Adakah saya berpontensi dijangkiti HIV? Saya ada bertanya pada tuan kedai sejurus keluar dari bilik, dia gelakkan saya dan berpesan supaya saya tidak perlu risau kerana semua pekerja disitu bebas dari sebarang penyakit dan juga menelan pil. Pil apa saya tak tahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana ada tuan punya kedai nak kata pekerja dia ada HIV...mereka pun tak tahu. manalah tahu kut2 pekerja seks tu baru sahaja dijangkiti hiv dua tiga hari lepas selepas main dengan seorang pembawa hiv.

      buat lah ujian HIV

      Delete
  7. salam bang, sy ada benjolan kelenjar nodus limfa di sekitar leher, bawah ketiak dan pgkal peha dari umr 7thn sampai sekarang umur 28thn. Skrg semakin rasa xselesa di leher tapi kawasan bwh ketiak dan pngkal peha rasa dah hilang lepas amalkn herba. Sy tak pernah lakukan aktiviti berisiko cuma lalui kehidupan mcm biasa pergi sekolah, kolej, u dan skrg berkerjaya. tapi selalu rasa agak terkanan jugak sebab dulu masa sekolah selalu tengok iklan tanda2 hiv ni ada kaitan dengan kelenjar di leher ni. cuma saya tak buat ujian darah. Saya jumpa blog abg ni pon sebab search tentang nodus limfa ni terus jadi lagi pening. haha. ok bang. assalamualaikum. kpd yang lain tu semoga Allah bagi pertunjuk pada kita semua utk tinggalkan aktiviti2 yg berisiko dan x elok ni. Amin. Maha Adil Rabbku

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kalau kita tidak pernah buat sebarang aktiviti berisiko usah lah bimbang, bukan HIV tu. Bengkak dileher tu tidak semestinya sebab HIV, ianya mungkin disebabkan masaalah lain.

      Delete
  8. Assalamualaikum Abg najmi.sy ade buat aktiviti berisiko padapada 9/5/2016 di Rumah urut sekitar cheras. Sy melakukan hubungan kelamin dgn mggunakan kondom.tp ap yg merisaukan sy, setelah sy pancut sy masih teruskan permainan mwndayun sehingga kondom tercabut.sbaik saja sedar kondom tercabut, sy terus berhenti Dan cuci dgn segera.sy Sgt mwnyesal dgn perbuatan sy Dan rsau tkut dijangkiti HIV kerana sy batuk Dan selsema sudah berlarutan hingga hari ini.tp tanda2 lain tiada.tolong sy Abg..bgi penjelasan utk sy.sy buntu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat ujian darah ya, jika pasangan kita tu tidak ada HIV tidak adalah berlaku sebarang jangkitan

      Delete
  9. Assalamualaikum

    Saya merupakan salah seoorang ustaz.Saya dijumpai oleh seseorang lelaki ( gay ) yang ingin bertanya tentang hukum dan Hiv/Aids..Jika bab hukum saya boleh jawab..cuma bab HIV/AIDS yang saya tidak boleh jawab.

    Persaoalannya
    1) Jika dia meliwat seseorang sedangkan dia tidak menghidap AIDS/HIV sebelum ini adakah dia terdedah dengan HIV Dan AIDS
    2) DIa pernah melakukan sex dgn Gay 3 orangl..dia orang kedua yang meliwat..adakah dia mudah dijangkiti aids.
    3) Jika dia tidak membawa Aids/HIV dan pasangannya jugak tidak membawa HIV/AIDS dan mereka melakukan aktiviti meliwat...adakah mereka juga terdedah dengan penyakit AIDS/HIV

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      1 - Jika dia tidak ada HIV dan dia meliwat seorang yang juga tidak ada HIV tanpa kondom maka tidak boleh berlaku jangkitan HIV disitu (tetapi jangkinan penyakit kelamin mungkin ada, jika salah seorang dari mereka adalah pembawa).

      Sekiranya dia tidak ada HIV dan meliwat seseorang yang ada HIV tanpa kondom risiko dia dijangkiti memang ada,

      2 - Sama ada dia orang pertama atau ke dua mahu pun ke tiga jika orang yang dia liwat itu positiv HIV maka risiko dia mendapat jangkitan tetap ada, apatah lagi liwat tanpa kondom. Perlu diingat HIV dan AIDS adalah 2 pekara yang berbeza.

      3 - Seperti yang saya sebutkan di atas, jika kedua-dua pasangan itu tidak ada HIV AIDS maka tidak boleh berlaku sebarang jangkitan HIV. Kita hanya boleh mendapat jangkitan HIV melalui pasangan yang ada HIV sahaja.Jika tidak ada HIV disitu mana datangnya kuman itu. Kuman HIV bukannya boleh tiba-tiba muncul dalam tubuh badan manusia.

      Delete
  10. Salam..Bang,sy nak tanya..lebih kurang 6 tahun lps (2010) sy ada melakukan aktiviti yg berisiko sblm sy berkahwin pd 5 tahun lepas (2011)..Baru2 ni ada tgk drama psl hiv..tiba2 sy rasa risau mengenangkan apa yg pernah sy buat sblm ni..tp sblm kawen mmg ada amik test hiv kan..ujian negatif. perlu ke sy buat ujian darah utk hiv skrg ni??betul2 menghantui diri..huhu..terima kasih bang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak perlu sebab awak memang tiada HIV. usah bimbang

      Delete
  11. Nak tanya skit.. Blow job tanpa kondom boleh kena hiv tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh berjangkit jika terdapat pendarahan didalam mulut, atau orang yang dihisap tu pula ada HIV. tapi jika dua2 orang tu tak ada HIV, maka tidak akan berlaku jangkitan HIV. Tapi kemungkinan boleh dapat jangkitan penyakit kelamin, jika orang yang dihisap tu ada penyakit kelamin. wallahuallam

      Delete
  12. Salam abg Najmi..sehat ke skrg

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (15) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (58) najmi jumpa doktor (10) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (90) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST