Thursday, 11 February 2016

SOAL JAWAB - SAYA BARU MELAKUKAN AKTIVITI BERISIKO, ADAKAH SAYA BOLEH DIJANGKITI HIV...?



1) Assalamualaikum saya nak tanya satu soalan kalau kita ada luka kita duduk sebelah orang yang ada HIV tinggi ke risiko kena HIV?
Wednesday, February 03, 2016 1:26:00 pm

Kalau ada luka dan kita duduk disebelah seorang yang ada HIV, tidak ada langsung risiko dijangkiti


2) Assalam. Adakah HIV boleh berjangkit walaupun disebabkan luka kecil di jari?. Orang yang ada +hiv terluka dan saya cuba membantu nya. Kerana saya tak tau pada waktu tu saya juga terluka tetapi luka di jari saya kecil sahaja.
Monday, February 01, 2016 10:37:00 am

Salam, Hiv boleh masuk kedalam badan kita, jika darah segar baru (yang tak kering lah) terkena pada luka terbuka walaupun kecil di badan atau jari kita. Apa pun bergantung pada nasib juga adakala jangkitan tidak berlaku kerana beberapa faktor. Walaubagaimana pun jika benar darah segar dari seorang plhiv tersebut ada terkena pada luka terbuka saudara, maka risiko kemungkinan dijangkiti tu tetap ada, so jalan terbaik jalani ujian HIV


3) Assalam bang najmi.saya ada melakukan aktiviti berisiko. tapi saya memakai kondom cuma yang saya takut, saya tersilap hisap puting dia sampai keluar susu. Apa pendapat abang najmi? Adakah saya berisiko ? Tq bang. Saya doakan abang sihat seadanya.
Tuesday, February 02, 2016 3:20:00 pm

Memakai kondom boleh mengelak saudara dr dijangkiti hiv, hisap puting sampai keluar susu, banyak ker susu yang dihisap? Bergantung juga keadaan dalam mulut saudara jika ada luka terbuka, berdarah, risiko mungkin ada. Tetapi pada pandangan abang saudara bukan hisap sampai kenyang susu tu, mungkin tersedut sikit. Hmmm rasanya mungkin masih susah nak dapat jangkitan. Wallahuallam


4) Salam bang. Saya nak tanya saya ada buat aktiviti berisiko. perempuan tu melancapkan saya guna air liur dia dengan banyak. Saya takut kalau dia HIV adakah saya boleh berjangkit? Lagi satu masa saya nak keluar air mani. Dia masukkan dalam mulut dia untuk saya lepas dalam mulut dia. Ada kan saya berisiko?
Tuesday, February 02, 2016 9:54:00 am

Dikatakan hiv ada terdapat dalam air liur tetapi jumlahnya terlalu sedikit, jika wanita itu ada hiv dan dia menggunakan air liurnya sebagai pelincir, risiko jangkitan masih rendah kemungkinan zero peratus. Yang penting tiada luka terbuka dizakar saudara. Saudara lepaskan air mani masuk kedalam mulutnya, bermakna risiko wanita itu dijangkiti hiv (sekiranya saudara ada hiv lah) sangat tinggi terutama jika dalam mulut wanita itu ada luka. Bagi diri saudara risiko mungkin tiada melainkan sekiranya ada luka berdarah dalam mulut wanita itu (jika ada hiv lah) dan terdapat  juga luka di zakar saudaha, wallahuallam. Nasihat abang hentikan aktiviti tersebut, hari ini mungkin selamat mana tahu dimasa depan jika tak dapat hiv mungkin boleh dapat penyakit-penyakit lain pulak.


5) Salam abang nak tanya saya tak sedar bila saya period tapi lepas melakukan seks lepas setengah jam cam tu tengok-tengok ada darah period kuantiti yang terlalu sikit, agak-agak abang boleh dapat HIV tak? Saya tak pasti sama ada dia keluar sebelum atau selepas buat, yang pasti kedua-duanya bebas dari virus ni..
Tuesday, February 02, 2016 1:53:00 am

6) Salam abang Najmi ni saya Adam, saya nak tanya kalau melakukan seks sesama jenis dan mengeluarkan air mani kedalam dubur pasangannya, kedua-dua orang boleh dapat penyakit HIV ker, walaupun kedua-duanya negativ HIV?

Salam. Jika kedua dua anda tidak ada HIV bermakna tidak ada risiko dijangkiti HIV, HIV hanya boleh berjangkit jika salah pasangan seks anda pembawa HIV


7) Assalammualikum en Najmi, nak tanya, tanda-tanda HIV tu kalau berpeluh tu hanya waktu malam saja kah atau tidak kira waktu?

Melalui pengalaman abang dulu ketika CD4 abang dah sampai jumlah 12 (kira dah peringkat AIDS lah tu) abang berpeluh hanya waktu malam, peluh dalam kuantiti yang sangat banyak sehingga boleh diperah sarung bantal sebelah pagi akibat basah, ianya disertai dengan demam lemah tak bermaya kira memang kita dalam keadaan sakit lah. Manakala peluh sebab simptom sebaik selepas dijangkiti HIV, seingat abang abang tak mengalaminya dulu. Jika hanya peluh belah siang dan mungkin malam peluh yang biasa-biasa tu abang rasa itu sebab keadaan cuaca kita yang panas ketika ini, peluh tu normal.


8) Abang najmi, saya baru lakukan kegiatan yang berisiko.. huhu.. dan terus menyesal.. adakah saya perlu check esok @ tggu lagi 2@3 bln utk tahu saya hiv +ve a@ tak? harap abang boleh bantu jawab soalan saya. saya baru buat sesuatu yg berisiko. huhu.. terus saya menyesal. huhu.. boleh kah saya check terus untuk tahu saya ni ada HIV atau tak? huhu.. kenapalah la saya lakukan juga benda nie..
Saturday, February 06, 2016 3:00:00 am

Salam, Baru tu bila? Tanpa kondom? Nak tahu jugak bagaimana cara aktiviti tu berlaku, sebab ramai yang salah anggap mengenai maksud risiko itu.

Kalau diluar negara kita mungkin boleh dapatkan rawatan PEP atau Post Exposure prophylaxis (klik kat label rawatan PEP ni dalam blog ni) tapi abang tak pasti samaada, ada  atau tidak rawatan perkhidmatan PEP tu kat Malaysia ni (baca entri mengenai PEP ni)

So sebaiknya buat ujian selepas 2 atau 3 minggu, kalau negetif tu petanda baik, dan kemudian ulang lagi selepas 3 bulan sebab lepas 3 bulan resultnya dikatakan konkrit.

Ujian HIV adalah konkrit selepas 3 bulan dr tarikh aktiviti berisiko yang kita buat. Tapi hari ini ada ujian CMIA (generasi ke 4) yang dikatakan boleh mengesan kehadiran kuman seawal 28 hari. Cuba tengok pada result saudara jika ada ab/ag bermakna itu ujian terkini, yakni selepas 28 hari result dah dikatakan conclusive.

Itulah yang perlu kita hadapi jika masih gagal kawal nafsu, abang faham susah nak kawal nafsu, tapi mungkin ini satu pengajaran buat saudara agar tidak mengulangi perbuatan tu lagi. Fikir positif, mudah-mudahan pasangan saudara tu tidak ada hiv, dan saudara tidak dijangkiti...


9) Assalammualaikom abang Najmi. Minggu lepas saya ada melakukan akktiviti berisiko dengan money boy. Tapi tiada sebarang penetration atau dia tak jolok saya pun. Dia cuma blowjob saya dan buat urutan biasa. Tanpa menggunakan kondom. Adakah risiko saya untuk dijangkiti HIV. Thank you
Saturday, February 06, 2016 6:38:00 pm

Blowjob setahu abang risiko dijangkiti HIV sangat rendah mungkin zero %, dan rasanya tidak ada kes jangkitan HIV melalui aktiviti ini, tetapi kena ingat mungkin masih boleh dapat jangkitan penyakit kelamin. Dikatakan kuman ada dalam air liur tapi bilangannya sangat-sangat sedikit sehingga tidak memungkinkan boleh berlaku jangkitan. Tapi risiko mungkin ada jika pada zakar saudara ada luka berdarah luka terbuka, manalah tahu luka sebab digaru dengan kuku atau luka sebab cukur dan kebetulan terdapat juga luka berdarah didalam mulut pasangan tu, mungkin akibat tergigit lidah ke atau gusi berdarah ker so bila luka dengan luka ni bergeselan maka secara lojik risiko jangkitan boleh berlaku. Nasihat abang sebaiknya elak dari melakukan aktiviti itu lagi, abang tak nak galakkan sesiapa pun melakukannya sebab dalam agama ianya salahkan, tapi jika tak boleh tahan sangat sebaiknya guna kondom.


10)  Salam bang..saya buat benda tu masa akhir 22 Nov 2015, saya akan kahwin pada bulan mac ini. Dua minggu lepas tu saya ada check kat Lab dan doktor beritahu saya keputusan negatif valid sampai bulan 7. Kemudian saya buat test rapid 3 kali, lepas tu pada minggu lepas saya buat test Lab dan result masih negatif juga. Adakah saya selamat untuk kahwin?
Wednesday, February 10, 2016 7:40:00 pm

Salam, kebiasaanya virus HIV boleh dikesan dalam badan selepas 2-3 minggu selepas aktiviti berisiko, saudara telah buat ujian HIV beberapa lepas tu dan keputusan negatif, setahu abang keputusan sudah konkrit selepas 3 bulan dari aktiviti berisiko. Walaupun belum cukup 3 bulan ujian dilakukan, ianya satu petanda baik dan kemungkinan tetap negetif selepas 3 bulan sangat besar. Cuba buat ujian HIV generasi ke 4 atau CMIA yang dikatakan boleh kesan HIV seawal selepas 28 hari. Tanya mengenai ujian ini di klinik luar.




8 comments:

  1. Asalamualaikum bang najmi..saya ada melakukan oral sex pada awal nov 2015 dan pancut dlm mulut wanita tu .dua minggu selepas tu saya mengalami demam ringan, terdapat ruam halus dilengan dan dada tetapi tidak gatal dan ada bisul diketiak .pada peretengahan bulan dis 2015 saya buat pemeriksaan darah di pathlab dan result utk hiv dan vdrl adalah non raective...masalahnya sampai sekarang saya sering mengalami demam ringan..ruam yg sekejap ada sekejap hilang,rasa kebas dikaki dan jari tangan,selsema dan batuk serta rasa sakit dileher .apa pandangan bang najmi dalam hal ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pancut dalam mulut wanita tu...jika tak ada luka berdarah dizakar dan tak ada luka berdarahkat dalam mulut wanita tu tak akan menyebabkan jangkitan hiv. Baca soaljawab no 9 dalam entri diatas. Biasalah kalau kita ada rasa bimbang takut dijangkiti kita akan fikir bukan2...segala demam, ruam kebas dan lain2 tu masaalah yang biasa yang saudara alami sebelum ini, sebab tak ada rasa bimbang sebab hiv maka semua simptom2 tu saudara tak perasan...pada pandangan abg simptom2 yang saudara alami tu bukan sebab hiv mungkin sebab masaalah lain..walaubagaimana pun jika masih alami masaalah kesihatan yang berlarutan sebaiknya kena lah jumpa doc...

      Delete
  2. lama tak jengah masuk blog abg najmi

    Amran Musa

    ReplyDelete
  3. Assalam abg najmi.. Saya ada buat aktiviti b2b pda hjung oktober 2015.. Saya ada rsa seperti cirit birit n sakit d leher samapai selarang.. Saya ada buat ujian ab/ag pda hari ke 28 n result non reactive.. Bole ke saya berpegang dgn result tu?

    ReplyDelete
  4. Assalam abg.. Sy firdaus.. Sy pernah p urut b2b n dy ada blowjob sy n sy ada hisap tetek dia.. Slps 2 saya ada cirit birit n sakit di leher sampai sekarang.. Saya ada biat ujian ab/ag pada hari ke 28 n result non reactive.. Adakah result tu benar??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Jika baca dalam entri CMIA dalam blog ni diberitahu bahawa boleh kesan hiv seawal selepas 28 hari jika ada ujian ab dan ag, itu yang diberitahu pada abg lah. Itu merupukan petanda yang sangat bagus dan kemungkinan akan tetap negatif jika saudara melakukan lagi ujian selepas 3 bulan.

      Cirit birit mungkin sebab masaalah lain tu...

      Delete
    2. Tq abg.. Adakah tekak kering adlh ptnda hiv n kulat d mulut 2 macam mna??

      Delete
    3. Tekak kering tak semestinya hiv
      Kulat dlm mulut putih macam sawang, boleh ditarik, biasanya yg alami kulat mulut ni dah peringkat aids bila cd4 dah sangat rendah, itu dipanggil jangkitan penyskit opportunistik, sampai hilang deria rasa ( itu pengalaman abg dulu lsh )

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST