Tuesday, 16 February 2016

PESAKIT AIDS DIUSIR DARI HOSPITAL DAN TERLANTAR DITEPI JALAN



Berita ni berlaku setahun yang lalu, dimana seorang pesakit HIV (AIDS) telah diusir dari sebuah hospital. Tengok keadaannya kesian sangat. Kalau korang faham bahasa spanish, korang faham lah sebab apa dan kenapa. Yang saya faham (guna translate google le) hanya melalui tajuk berita yang dipaparkan dalam video diatas tu. Kat video atas tu "Pesakit AIDS di Colombia telah diusir dari hospital" kat bahawa tu pulak " Pesakit HIV tidur di tepi jalan".

Tak tahulah kenapa dia diusir. Adakah dia diusir disebabkan dia seorang pembawa HIV AIDS? atau sebab kakitangan hospital tu takut nak merawatnya? atau sebab dia tidak ada duit nak dapatkan rawatan? atau mungkin katil dalam hospital tu dah penuh kut. Apa pun kes ni hanya berlaku di negara Colombia, negara yang "femes" dengan ratu cantik dunia tu.

Bila tengok keadaan lelaki ni sedikit sebanyak memang saya nak bandingkan dengan keadaan pesakit HIV AIDS dinegara kita. Kalaulah kes macam ni berlaku di Malaysia, adoiii memang kena belasah kaw-kaw pihak pengurusan hospital tu kan. Tiba-tiba teringat satu kes dulu mengenai seorang tu yang menyarankan agar semua pesakit HIV dikuarantin

Tapi alhamdulillah kes seperti ini tidak berlaku disini dan tidak mungkin akan berlaku disini (buat masa ini lah) Dimasa hadapan wallahuallam. Sebab itu kita kena bersyukur. Bersyukur sebaik sahaja kita disahkan positif HIV, kita di ajak dan dipujuk baik-baik agar dapatkan rawatan dihospital. Kemudian diberi kaunseling, bimbingan serta ubat-ubatan, ubat percuma pulak tu, malah pada hari ini dinegara kita sudah banyak terbina rumah-rumah perlindungan bagi pesakit HIV AIDS. Sesiapa yang rasa terpinggir bolehlah cuba daftar masuk mana-mana rumah perlindungan ini, pendek kata pembawa HIV tidak kira lah dapat jangkitan disebabkan daripada aktiviti seks bebas ke atau cucuk jarum ke, kita semua akan dilayan dengan baik.

Dulu saya pernah masuk hospital sebab telah mendapat jangkitan penyakit opportunistik, selama 10 hari, bila dah keluar hospital tidak dikenakan bayaran sesen pun. Mak saya hairan kenapa pihak hospital tak ambil duit, bila saya "baca-baca" baru saya tahu, sekiranya seorang pesakit masuk hospital sebab masaalah berkaitan HIV AIDS mereka tidak  akan dikenakan bayaran (tapi kalau sebab lain kenal lah bayar..kut-kut accident ker kan).

Jangan tak tahu negara Singapore contohnya, langsung tidak ada subsidi-subsidi dari kerajaan kalau dalam bab sakit -sakit ni, bukan aje penyakit HIV AIDS malah semua penyakit. Kalau sakit atau accident ke dan nak pergi hospital mereka perlu bayar sendiri (mahal pulak tu), sebab tu mereka diwajibkan ada simpanan khas untuk sakit (Medisave)

Bagi pesakit HIV AIDS di Singapura, rawatan dan ubatan kena bayar sendiri, kos disana memang mahal, ya lah kalau ada simpanan pun kalau guna tiap-tiap bulan beli ubat akan habis jugakkan, sebab itu ada dikalangan mereka yang terpaksa terbang ke negara Thailand bagi mendapatkan bekalan ubatan HAART (ART), sebab kat Thailand lebih banyak pilihan ubatan serta harga ubatan sangat murah. 

Di negara Afrika pulak ramai pesakit HIV AIDS disana yang masih tidak menerima rawatan ubatan, sebab bekalan tidak mencukupi disebabkan bilangan pesakitnya yang ramai dan negara pulak miskin.

Banyak negara maju lain contohnya di USA, kalau kita accident atau sakit dan dibawa ke hospital pertama sekali yang mereka tanya, ada insuran tak? Kalau tak ada insuran, mati katak lah kita terlantar kat atas trolly dan dibiarkan aje. Tapi kalau kat negara kita, ko indon ke, ko bangala ke, ko datang secara haram ke tapi katakanlah kalau ko accident dan dibawa ke hospital kerajaan yang pertama sekali mereka akan diberi rawatan sampai baik, nyawa itu yang utama. Tapi bila dah baik tu, kalau ko tak da permit datang sini secara haram memang kena hantar balik lah.

Jadi saya selalu tekankan disini dari dulu lagi agar kita hendaklah selalu bersyukur, bersyukur dengan apa yang kita ada, bersyukur agar segala kemudahan yang kita perolehi selama ini dapat dipertingkatkan dan berterusan selamanya. Serta berterima kasih. Jika main ambik aje dan tidak pernah bersyukur, tidak mustahil segala kenikmatan, kemudahan yang selama ini kita perolehi boleh ditarik balik olehNya. Masa itu berduyun-duyunlah PLHIV kita ke Thailand untuk dapatkan ubatan murah sebab nak teruskan hidupkan. Kalau PLHIV normal tu pergi ke Thailand mereka pergi dan kemudian terus balik, tapi kalau PLHIV gay ni risau jugak nanti bila pergi dia tak mahu balik-balik sebab kaki dah melangkah ke PatPong nak layan a go go boy heeee..... Ha itu bagi mereka yang ada duitlah tapi bagi yang tidak berkemampuan, akan terlantar merengkuklah diatas katillah menunggu dijemput.

Berbalik kepada video diatas, "apa ke jadah" si wartawan tu buat, siap interview lagi, kalau ya pun bawalah lelaki tu ke tempat yang lebih sempurna, barulah interview, ni tidak disitu jugak dia suakan microfon tu, agaknya lepas dia interview dia blah gitu aje...lepas tu datang pulak wartawan lain. - NajMi



No comments:

Post a Comment

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST