Saturday, 13 February 2016

PERLUKAH GAY BERKAHWIN? LUAHAN HATI SAUDARA ZZACK

hanya hiasan

Salam....saya Zzack

1 - Saya tiba-tiba terfikir nak menaip "perlukah gay berkahwin" di google search dan tersampailah pada blog ni....agak letih membaca sampai ke bawah tapi menarik dan juga menakutkan (especially kes HIV dalam dunia gay)

2 - Saya merupakan seorang professinal, bergaji kelas A, berumah besar, kereta besar.....tapi semua orang akan bertanya semua dah lengkap tapi kenapa masih tidak berkahwin???????

3 - Saya seorang lelaki yang boleh lah dilabelkan seorang yang handsome dan berperwatakan seperti lelaki biasa, tidak lembut dan pakaian yang casual seperti lelaki lain (tak adalah warna wani atau lip lap lip lap fesyen gaya-gaya).

4 - Sejak dari kecil, seawal darjah 4 saya dah mula perasan yang saya ni ada perasaan suka tengok lelaki. First lelaki yang saya suka tengok ialah wrestler dimana badan mereka sasa dan dada bidang.(ayah saya suka tengok wrestling so itulah titik pertama mengexposekan saya kepada tubuh lelaki). Saya hanya pendamkan saja perasaan seba b saya tidak tahu apa apa lagi ketika itu, tapi sebagai budak saya rasa kenapa aku lain dari yang lain?

5 - Perkara berlarutan sehingga aku akil baligh dimana perasaan saya memuncak pada lelaki dan tidak sekelumit pun ada perasaan pada perempuan. Saya pernah menagis sebab kenapa Tuhan jadikan saya berbeza??? Saya tidak minta perasaan ini? Dia datang natural. Adakah adil saya dilabelkan sebagai bukan umat Nabi Muhammad sedangkan saya tidak pilih benda gay ni???? Siapa yang tidak mahu hidup normal seperti lelaki lain???? Yang ada isteri dan anak yang comel?????....

6 - Tapi saya sedar saya tak mahu hipokrit seperti berkahwin tapi diam diam still main dengan jantan. Saya tidak boleh mencintai perempuan seperti saya mencintai lelaki (saya pernah bercinta dengan lelaki dan saya tahu apa itu perasaan cinta, ia sama aje, cuma berlainan jantina...love is love)

7 - Tapi masyarakat masih dangkal dan dungu dan menganggap semua lelaki patut kahwin!!!!!!.....Ko rang yang heterosexual senang lah cakaplah.....sebab korang tidak paham macam na jadi gay atau bisex. Bayangkan korang kena dvelope perasaan nafsu kat seseorang yang korang tidak ada nafsu melihatnya...senang ke?

8 - Dan orang masih melolong lolong memgatakn akal diberi Tuhan untuk memilih fitrah semulajadi. Senangnya korang sebut ayat ni ya?.Yalah senang sebut sebab korang heterosexual. Kalau kene kat batang hidung sendiri baru tahu betapa susahnya.

9 - Bagi aku, benda ni ada kaitan genetik. Kalau tidak sebab genetik masakan golongan ini bertambah dan bukan Malaysia je ada gay...satu dunia ada gay!.....Dalam famili aku belah mak, ada dua orang tomboy/lesbian....so menguatkan lagi teori aku ini adalah genetik.

10 - Korang rasa sepupu aku tu pilih nak jadi lesbian atau tomboy ka?....dah sifat dalaman dia tu sifat lelaki, sebab tu lah dia berpakaian lelaki...samalah kes pondan, dia pakai pakaian permpuan pun sebab dia rasa dia perempuan.

11 - Pagi tadi rancangan Apa Kata Wanita. Cikgu Erin mak nyah yang dah insaf tu, pengacara tanya dah jumpa ka calon isteri. Fuck off that question. Cikgu Erin tu memang lah dah berubah tapi nafsu dia takkan berubah kepada lelaki.

12 - So point aku....kalau dah gay tak yah lah nak kahwin. Orang duk kata sampai bila?...Wei tepuk dada tanya seleralah...bagi aku sampai bila-bila lah. Tapi aku kesian yang kahwin sebab alasan nak orang jaga sampai tua, nak anak (keberangaklian salah seorang anak gay pun boleh jadi sebab ia genetik so menambahkan kaum gay dan menyusahkan anak kita pula).

13 - Kawan gay /bisex aku pun ada kahwin....TAPI layanan biasa biasa ja kat isteri, tiada pelukan, tiada gengaman tangan, tiada kissing, tiada manja manja sebut sayang..aku pun tak tahu mereka buat sex camne...terus jolok dan raba tetek ja kut?. Tapi nak buat camna...pilihan masing masing lah kan. Aku tak sanggup nak hidup pura pura camtu...bagi aku kalau aku dah bercinta, sentiasa aku nak peluk aje dia, pegang tangan dalam kereta, kissing tanda cinta, buat aktiviti sama sama dan hidup rasa lebih semangat dengan orang yang kita sayang dan sentiasa berada di sisi. Tapi aku langsung tidak ada hati nak buat tu dengan wanita. Kesian mereka kalau aku kahwin.

14 - Aakah aku perlu kahwin dengan lesbian?...senangkan, masing masing boleh cover dan ada mutual. understanding, nak cari lesbian yang feminin bukan tomboi lah, we still can be a good fren, do activity together and maybe bila re...


ZZACK
Saturday, February 13, 2016 7:54:00 pm
Sumber dari ruang komen pembaca DISINI


Salam Zzack,
Ayat akhir tu tergantunglah pulak....:). Saya juga selalu dengar ada penceramah-penceramah kata naluri gay ni boleh diubah menjadi strg8, saya hanya senyum dalam hati. 
Pada pandangan saya, seseorang gay yang 100% tegar itu memang tidak boleh nak diubah atau dipaksa bernafsu agar menyukai seorang wanita. Penceramah-penceramah ni kata mereka telah berjaya mengubah gay kembali kepada normal. 
Bagi saya jika dah 100% tegar memang tidak boleh diubah, yang boleh berubah tu mungkin dikalangan mereka yang masih ada baki beberapa peratus nafsu pada wanita dalam hati mereka, mereka ini jika diasah nafsu tersebut insyaallah boleh berubah. Dikalangan lelaki biseksual, mereka tidak ada masaalah dua-dua jantina mereka boleh balun.
Bagi kita yang 100% tegar ni, perlulah berfikir positif bersangka baik kenapa Allah, kenapa Allah kurniakan nafsu gay ini? mungkin melalui nafsu gay ini kita mampu masuk ke syurganya kelak. Jalan terbaik kearah itu ialah dengan memperkuatkan iman kita. Kena kuat, sabar melawan dugaan syaitan. Mempertingkatkan takwa kita pada Nya. Elak diri dari terjebak dalam kegiatan yang sangat "lazat" itu, berserah dan berdoa selalu kepadanya agar diperkuatkan hati kita. Insyaallah jika kita berjaya mengatasi dugaan ini syurgalah tempat kita kelak.
Allah memberi dugaan kepada semua makhluk ciptaannya, cuma dugaan yang diberi adalah berbeza diantara satu sama lain. Saudara diberi dugaan bernaluri seorang gay, sekiranya saudara mampu mengatasi dugaan tersebut maka berjayalah saudara didunia serta diakhirat kelak.
Teringat kisah saudara RON, dalam blog ini dientri yang lalu, beliau berpelajaran, mempunyai pekerjaan yang sangat baik serta handsome tapi 100% gay tegar, beliau kata kalau dalam dirinya ada sekelumit nafsu pada wanita, insyaallah dia akan mengasahnya bersungguh-sungguh. Saya mendapat tahu beliau terpaksa berkahwin dengan seorang wanita yang alim sopan bertudung labuh yang dicari oleh ibunya, pasti ada perasaan sangat gementar untuk berkahwin...Pada hari ini beliau sudah berkahwin dan saya sendiri tidak tahu mengenai perkembangan dari beliau lagi, bagaimanalah beliau menempuh alam berumah tangga tersebut sehingga hari ini.
Banyak nasihat yang saya terima dikalangan lelaki gay sendiri, jika rasa diri tidak mampu hendak berkahwin (dalam memberi nafkah batin) elok jangan berkahwin. Berkahwin lah sekiranya seorang gay itu ada mampu dan ada keyakinan untuk membahagiakkan isteri, jangan kahwin tapi masih main belakang, menipu, mengainaya isteri dan sebagainya. Besar dosanya. Bagilah apa jua alasan jika ditanya ibu bapa atau kawan-kawan, kenapa masih membujang, insyaallah lama-lama mereka akan jemu bertanya lagi. - NAJMI



11 comments:

  1. Daripada Jabir bin Abdullah dari Nabi s.a.w sabdanya:

    "Tiap-tiap penyakit itu(ada) ubatnya. Apabila menepati ubat terhadap penyakit tersebut, maka sembuhlah dengan izin Allah"
    (Riwayat Muslim dan Ahmad)

    Selami hadis di atas.Abg Najmi tahu x kenape pada tahun 1973 American Psychiatric Association mengatakan bahawa homosexuality bukan penyakit?Sbb bila org ramai menerima konsep ini,maka secara tak langsung minda kita dibasuh supaya yakin bahawa gay x blh diubah.Amerika sebenarnya diperintah oleh penyembah2 syaitan.sbb itulah dikeluarkan teori2 genetik dsbg.mereka menentang sbrg bentuk percubaan utk menyembuhkan insan2 istimewa yg Allah uji.Harap abg najmi dan kawan2 semua jgn tertipu dgn propaganda mereka.kasihanilah saudara seagama abg yg ingin berubah..jgn bunuh harapan mereka.sy syg abg najmi dan para pembaca blog abg najmi,sbb tulah sy tegur.sy x sanggup tgk kita semua tertipu..semoga Allah mengampuni dosa dan merahmati sy dan kawan2 semua..amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana memberi pandangan nasihat dalam isu mengenai masaalah ini, semoga kita semua selamat sejahtera di dunia dan diakhirat kelak...amin

      Delete
  2. Abg najmi baca ni,mungkin boleh membantu http://boysunderattack.com/gay.html

    Lagi satu link untuk memulihkan akal yg sihat
    http://yourbrainonporn.com

    ReplyDelete
  3. Agama boleh mengajar manusia, hidup dengan moral yang baik
    tapi tak boleh ubah sexuality orang. Saya pikir Zzack kat atas pon dah kenal diri dia sendiri. Saya paham kesukaran bagi seorang gay untuk memenuhi kehendak hidup sebagai seorang hetero. Utk Zzack ..u are not alone in this journey. Cuma nya kita tak ramai, dan kita tak kuat. So, please bertahan dan hidup macam biasa. Insyallah someday akan ada pelangi juga dalam hidup ko. :p

    ReplyDelete
  4. sy pon same je dgn abg Najmi dan pembaca ni...cume pkr tmbhn sy risawkn adlh: penerimaan trhdp sy sbg plhiv...nak ke org pmpuan menerima plu+plhiv? mmg nk bg kehidupan gembira utk pmpuan tu akn sgt2 terbantut...ntah la..sy pon dh makin tua...adik laki sy pon dh kawen...sdeh jugak ble pikirkn hal2 ni..dan pnah terpikir nk kawen dgn lesbian jer..dua2 skdr memenuhi tuntutan keluarga..hmm...

    ReplyDelete
  5. Perkahwinan itu satu tanggungjawab.
    kalau tak boleh nak sayangi wanita better dont.
    Macam aku sendiri pun tak pikir nak kahwin. But yeahh family kan. Parents nak tengok kita kahwin. Buat apa kahwin kalau feeling kat perempuan tu tak ada. Just my 2 cents.

    ReplyDelete
  6. yes..
    agree dengan semua di atas.

    Perkahwinan tu tanggungjawab
    Perkahwinan itu cinta
    Cinta itu ialah untuk sama-sama ke syurga
    Kalau bukan utk ke syurga.. bukan cinta namanya

    PLU/Gay/Bisex/Top/Bottom...
    saya simpati dan semoga Allah bantu kita semua

    Tapi jangan lah kahwin kalau hati tak kuat utk berubah
    Dalam perkahwinan tu ada isteri yang menjadi tanggungan kamu.. " dan dilebihkan lelaki ke atas wanita..." seperti kata Tuhan

    Bila dah kahwin nanti ada anak
    Tanggungjawab terhadap anak pulak
    Didik bagi jadi manusia yg Allah redha
    Didik anak dalam suasana rumahtangga yg baik.. biah solehah

    Unless they dont touch their wife.. xde lah anak..
    Tapi buat apa kahwin kan kalau xde nafsu kat perempuan

    Tapi sebagai isteri PLU.. yang tak nak berusaha berubah kalaupun dah kahwin
    Nasihat saya..
    Klau tak rasa yakin
    kalau tak dapat yakinkan diri sndiri
    kalau hanya kerana peer pressure
    Kalau nak tutup lubang

    Jangan lah kahwin..
    Jangan lah aniaya org.. isteri..anak2..
    diorg berhak untuk bahagia
    diorg berhak punya masa depan yg baik
    nanti kat sana ada mertua..iapr duai..keluarga..

    janganlah kahwin semata2 nak jadikan dia ibu tunggal!!!

    its not that I mind to be a single mother.. InshaAllah He will help.
    Memangla susah.. siapa kata senang
    Pandangan masyarakat lagi..

    So.. pengajarannya..
    Jangan kahwin ;)

    peace yo!

    ReplyDelete
  7. Saya nak tny semua di atas.Jika diberi pilihan,adakah korg nak hidup tanpa nafsu syahwat langsung (bukan nafsu mkn,tido etc2 ye) atau hidup dengan nafsu gay.just wondering.kdg2 kita sdri sygkan nafsu gay tu mungkin kerana kita ada crush or bf for the moment.klo mcm tu mmg xkan blh hilang perasaan sukakan lelaki sbb kita takut kita dh x cintakan dia dh klo nafsu gay hilang.takpela,bila tiba satu masa nanti,moga2 Allah buka hati kita untuk berubah..saya jadi saksi di dunia dan di akhirat bahawa Allah telah menghapuskan perasaan nafsu saya pada lelaki. Biar saya meninggal sbg hamba yg merayu kepadaNya biarpun belum kesampaian apa yg dihajati drpd hamba yg sombong berpaling daripada meminta kepadaNya.Samaada Allah kurniankan apa yang sy hajati atau mengambil saya dahulu sbb hidup dan mati saya hanya utk Allah..semoga kita semua dirahmati Allah.amin..

    ReplyDelete
  8. Pernah kawen dgn gay/bisex. Dia tu baik sangat tapi sakit bila perasaan cinta dgn layanan tu tak ada. Masih sayangkan dia dan berdoa dari jauh dgn harapan dia dapat ubah naluri.

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST