Thursday, 18 February 2016

PANDUAN UJIAN SARINGAN HIV SECARA SUKARELA DAN TANPA NAMA



PENGENALAN 

HIV /AIDS adalah penyakit yang menjangkiti seseorang sekali sahaja dalam seumur hidup dan ia tidak ada penawar. Langkah-langkah pencegahan seperti tidak melakukan seks sebelum berkahwin, tidak mengambil dadah dan tidak melakukan seks dengan orang yang bukan pasangan hidup merupakan langkah yang dapat mencegah penularan HIV. Walau bagaimanapun, penyebaran penyakit dapat disekat sekiranya seseorang itu tahu ianya dijangkiti HIV dan mengambil langkahlangkah wajar mengelak dari menyebarkan penyakit kepada orang lain. 

Melalui perkhidmatan saringan HIV sukarela dan tanpa nama ini, individu boleh mengetahui status HIV negatif dalam masa 15 minit iaitu menggunakan kaedah ujian ‘rapid test’. Individu tidak perlu mendedahkan maklumat peribadi termasuk nama dan alamat semasa melakukan ujian ini. Hanya maklumat tentang umur, bangsa, jantina dan tingkahlaku risiko diambil dari individu yang menjalani ujian tanpa nama ini. Perkhidmatan ini disediakan di semua Klinik Kesihatan Kerajaan setiap hari dalam waktu pejabat. 

Bagi individu yang disahkan dijangkiti HIV, segala maklumat peribadi pesakit akan dikendalikan secara ‘sulit’ PROGRAM UJIAN SARINGAN HIV SECARA SUKARELA DAN TANPA NAMA 7 oleh pegawai-pegawai tertentu sahaja. Mereka akan diberi penjagaan selanjutnya melalui pakej perkhidmatan yang akan meliputi kaunseling, pemeriksaan susulan dan rawatan yang akan disediakan di Klinik Kesihatan dan juga hospital.


OBJEKTIF 

i. Menyediakan perkhidmatan saringan HIV yang mudah, cepat dan sulit kepada masyarakat. 

ii. Menggalakkan individu yang berisiko untuk tampil menjalani ujian bagi pengesanan awal dan pencegahan. 

iii. Menyediakan pakej perkhidmatan yang meliputi kaunseling, rawatan dan tindaksusulan. 


PELAKSANAAN 

a. Kumpulan sasar 

Perkhidmatan ini terbuka kepada semua individu yang merasakan diri mereka berkemungkinan dijangkiti HIV. 

i. Mereka yang mempunyai pasangan yang dijangkiti HIV. 
ii. Penagih dadah. 
iii. Pekerja seks. 
iv. Homoseksual dan pasangan. 
v. Mereka yang pernah berkongsi jarum suntikan dadah. 
vi. Mereka yang mempunyai pasangan penagih dadah. 
vii. Mereka yang ada hubungan seks dengan pekerja seks. 
viii. Mereka yang mempunyai berbilang pasangan seks. 
ix. Mereka yang ada hubungan seks dengan yang di atas. 


b. Kemudahan Menjalani Ujian 

Semua Klinik Kesihatan yang dikendalikan oleh Jabatan Kesihatan Negeri 


c. Kaedah Ujian 

Ujian saringan HIV akan dijalankan menggunakan kaedah ujian segera (Rapid test). Sekiranya di dapati ‘reaktif’, contoh darah individu itu akan diambil dan dihantar ke Pusat Saringan HIV (makmal hospital). 


d. Prosedur Ujian HIV Tanpa Nama (anonymous) 

i. Mana-mana individu yang ingin menjalani ujian HIV tanpa nama ini perlulah pergi ke mana-mana klinik kesihatan kerajaan. 

ii. Tidak perlu mendaftar di kaunter pendaftaran. Berjumpa terus dengan mana-mana pegawai bertugas di Klinik Kesihatan dan minta ujian HIV tanpa nama dilakukan. 

iii. Pre test kaunseling akan diberi oleh pegawai perubatan/pembantu perubatan. Jika keputusan ‘rapid test’ ‘tidak reaktif’, individu diberi penerangan tentang ‘window period’ (post test counseling) dan dinasihatkan untuk mengulangi ujian, 6 bulan dari tarikh saringan. Individu tersebut boleh memilih untuk membuat temujanji atau terus ke Klinik Kesihatan. 

iv. Jika keputusan ‘rapid test’ adalah ‘reaktif’, nasihat akan diberikan dan persetujuan diperolehi daripada individu tersebut untuk menjalani ujian pengesahan. 


e. Prosedur Ujian Pengesahan HIV 

i. Ujian pengesahan HIV dilaksanakan secara ‘sulit’. Hanya pegawai perubatan/ pembantu perubatan yang menjalankan ujian sahaja yang tahu maklumat peribadi individu. 

ii. Pegawai perubatan / pembantu perubatan akan mengisi borang mohon ujian pengesahan (HIV-97) dan dihantar bersama sampel darah (5 mls) yang dimasukkan di dalam botol EDTA. 

iii. Sampel darah ini akan dihantar terus ke Pusat Saringan HIV yang telah ditetapkan bagi sesebuah daerah. 


f. Pengujian Di Hospital Pusat Saringan HIV 

i. Semua sampel darah yang diterima oleh makmal pusat saringan HIV akan didaftarkan untuk tujuan identifikasi 

ii. Keputusan ujian hendaklah direkodkan ke dalam komputer dan juga dicatatkan ke dalam borang HIV-97 . 

iii. Borang HIV-97 yang asal hendaklah dikembalikan kepada Pegawai Perubatan/Pembantu Perubatan yang memohon ujian. Keputusan perlu diperolehi dalam tempoh 2 minggu. Sekiranya tidak diterima, Pegawai Perubatan/Pembantu Perubatan yang memohon perlu membuat susulan. 


g. Menyampaikan Keputusan Ujian Pengesahan HIV 

i. Individu berkenaan dikehendaki berjumpa Pegawai Perubatan/ Pembantu Perubatan pada hari temujanji yang telah ditetapkan (2 minggu selepas sampel darah di ambil) bagi mengetahui keputusan ujian pengesahan dan kaunseling selepas ujian. 

ii. Bagi ujian HIV NEGATIF, individu berkenaan akan diberi temujanji dalam masa 6 bulan untuk ujian pengesahan ulangan. 

iii. Bagi ujian HIV POSITIF, individu berkenaan akan dimaklumkan dan diberi post test kaunseling oleh pegawai perubatan. Seterusnya akan dirujuk ke mana-mana Klinik Kesihatan yang mempunyai Perkhidmatan Pengurusan HIV di Peringkat Jagaan Kesihatan Primer yang dipilih oleh Individu berkenaan. Jagaan seterusnya akan meliputi perkhidmatan kaunseling, pemeriksaan dan rawatan. 


h. Melaporkan Kes Kepada Pegawai Kesihatan Daerah 

i. Adalah menjadi tanggungjawab Pegawai Perubatan atau Pembantu Perubatan yang meminta ujian pengesahan HIV untuk melaporkan kepada Pegawai Kesihatan Daerah terhadap semua HIV Positif.

ii. Segala maklumat yang terdapat dalam borang HIV-97 perlu dilengkapkan dan dihantar kepada Pegawai Kesihatan Daerah secara ‘SULIT’ (dimeterai).







No comments:

Post a Comment

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST