Monday, 1 February 2016

NAFSU SONGSANG BOLEH DIHAPUSKAN TERUS DENGAN IZIN ALLAH SWT

Assalamualaikum abang Najmi,

Pertama sekali, terima kasih sebab telah banyak membantu memberi semangat, nasihat, dorongan serta menyeru kepada kebaikan kepada muslimin dan muslimat di luar sana. Masih adakah harapan di hati abang najmi untuk merasai nikmat berumahtangga? Jika ada walaupun sebesar zarah, mintalah kepada Allah.


Pada pandangan saya, 

Nafsu kepada lelaki dan nafsu kepada perempuan adalah dua perkara yang berbeza. Dan nafsu songsang boleh dihapuskan terus dengan izinNya. InsyaAllah. Saya seperti abang juga, hanya mempunyai nafsu terhadap lelaki sejak dari kecil dan langsung tidak tertarik kepada perempuan. Tetapi saya tidak pernah menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki.

Titik perubahan saya bermula apabila saya jatuh cinta pada kawan sekuliah,seorang lelaki straight. Saya hanya menyukainya dalam diam dan berkawan dengannya dalam masa yang sama mengharap dia juga akan menyukai saya. Alangkah salahnya rasa mempunyai fikiran sebegitu. Saya hidup dalam denial sehinggalah bekerja. Kami bekerja di negeri sama dan selalu keluar bersama. 

Beruntungnya saya kerana Allah menegur saya dengan cara yang lembut apabila kawan saya menyatakan hasratnya untuk bertunang dengan seorang kawan perempuannya. Terasa gelap dunia ini dan pedih rasanya pada ketika itu. Pada malam itu juga saya bertaubat dan berdoa bersungguh-sungguh agar Allah menghapuskan naluri songsang dalam diri saya.



Allah Maha Besar. 

Selang beberapa hari, saya rasakan nafsu saya terhadap lelaki semakin pudar. Saya dengan bersungguh-sungguh juga cuba membayangkan perasaan lelaki straight terhadap lelaki lain dan merasakan lelaki lain juga sama dengan saya,tiada sebab untuk tertarik. Saya juga tidak melabelkan diri saya sebagai gay sebab saya tidak mahu merosakkan mindset saya. Saya buat agar nafsu itu tertutup selama-lamanya. Niat kerana Allah.Alhamdullilah, doa saya termakbul.

Tetapi timbul pula perasaan gelisah. Diri terasa kosong kerana tidak ada nafsu terhadap lelaki mahupun wanita. Keinginan berkasih sayang masih ada tetapi tidak ada jalan untuk disalurkan. Namun, saya terasa damai kerana bebas dari belenggu nafsu buat pertama kali sepanjang hayat hidup saya. Saya terasa seolah-olah mendapat seluruh isi dunia dengan hilangnya nafsu songsang dalam diri.

Saya tidak berhenti disitu saja. Saya berterusan memperbaiki diri dan amalan saya, memperbanyakkan zikir dan mengelakkan segala macam hiburan.

Saya berterusan berdoa pada Allah dengan sepenuh hati agar dikurniakan pula nafsu pada permpuan, agar saya dapat mengerjakan amal soleh berkahwin kerana Allah. Bilamana saya memerhatikan perempuan, saya bertanya kepada diri, 'apa yang menghalangku daripada menyukai perempuan' saya asah pemikiran saya untuk menyukai dan bernafsu terhadap perempuan. Saya selalu baca ayat Kursi 3x sambil memegang tempurung kepala bahagian hadapan kerana di situ terletaknya akal fikiran manusia.kadang-kadang saya memegang dada saya sambil membacanya agar dihadirkan nafsu syahwat dan rasa suka terhadap perempuan.

Alhamdullilah, walaupun saya masih belum bersedia rasanya untuk berkahwin, namun nafsu terhadap perempuan sudah ada, walaupun masih lemah ibarat kanak-kanak yang baru belajar berjalan. Saya akan terus mengasah nafsu ini kerana Allah dan insyaAllah suatu hari nanti. Dia akan membuka jalan untuk saya berkahwin. Saya kalau boleh mahukan perkahwinan yang membahagiakan kedua-dua belah pihak.

Pesanan saya...

Kepada semua yang mempunyai masalah yang sama, jangan berhenti berharap dan berusaha. Nafsu itu sudah terbentuk dengan kita selama berbelas, bahkan berpuluh tahun, sudah tentulah memerlukan masa untuk meluruskannya. Ingatlah bahawa Allah lah pemilik nafsu syahwat kita. Berimanlah dengan perkara ini. Mintalah kepadaNya nescaya Dia tunaikan. Kita kena percaya dulu baru Allah bagi.

Allah Subhanahu Wataala berfirman dalam Surah Al-Ghaafir ayat 60 yang tafsirannya:


"Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina."

Allah Ta’ala berfirman yang bermaksud:
“Ibrahim berkata :’Tidak ada orang yang berputus asa dari rahmat Rabbnya, kecuali orang-orang yang sesat.’”(Q.S. Al Hijr: 56)

Allah Ta’ala berfirman yang bermaksud:
“Ibrahim berkata :’Tidak ada orang yang berputus asa dari rahmat Rabbnya, kecuali orang-orang yang sesat.’”(Q.S. Al Hijr: 56)

Semoga doa yang baik dari seluruh muslimin dan muslimat diterima Allah. Amin.


ANONYMOUS
Monday, January 25, 2016 10:15:00 am
Sumber dari ruang komen pembaca DISINI






1 comment:

  1. dia bkn 100% gay rsenya..pape pon,tahniah utk dia..alhamdulillah

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST