Saturday, 13 February 2016

JANGKITAN OPPORTUNISTIK (JO) BOLEH BERLAKU APABILA CD4 TELAH BERADA DIBAWAH 200

JANGKITAN OPPORTUNISTIK

Apa itu jangkitan opportunistik?

Dalam tubuh, kita ada membawa banyak kuman - bakteria , parasit , kulat dan virus. Sistem kekebalan yang sihat mampu mengawal kuman ini. Tetapi apabila sistem imun dikalangan pesakit HIV atau dikalangan mereka yang mengambil ubat-ubatan tertentu, kuman ini mungkin tidak boleh terkawal lagi dan akhirnya akan menyebabkan masalah kesihatan.

Jangkitan yang mengambil kesempatan daripada kelemahan dalam sistem pertahanan (kekebalan) tubuh ini disebut "opportunistik". Istilah "jangkitan opportunistik" sering kali dipendekkan menjadi "JO".

Jumlah pesakit dikalangan pesakit HIV yang mengalami jangkitan opportunistik kini sudah menurun secara drastik sejak adanya terapi antiretroviral (ART). Namun jangkitan opportunistik masih tetap menimbulkan masalah, terutama bagi orang yang telah lama dijangkiti HIV tetapi baru tahu diri dijangkiti HIV dan lambat menerima rawatan. 

Ujian untuk Jangkitan Opportunistik

Kita boleh dijangkiti jangkitan opportunistik, walaupun telah "diuji positif" untuk jangkitan opportunistik tersebut, kerana jangkitan opportunistik tersebut masih belum menimbulkan tanda-tanda penyakit. Misalnya, hampir setiap orang yang ada HIV jika menjalani ujian virussitomegalia (cytomegalovirus atau CMV) ternyata masih positif. Ini kerana penyakit CMV sangat jarang berkembang kecuali apabila jumlah CD4 turun di bawah 50, yang merupakan tanda-tanda berlaku kerosakan berat terhadap sistem kekebalan.

Untuk menentukan sama ada kita telah dijangkiti dengan jangkitan opportunistik, darah kita perlu diuji untuk antigen (kuman penyebab jangkitan opportunistik) atau untuk antibodi (protein yang dibuat oleh sistem kekebalan untuk memerangi antigen). Sekiranya antigen dikesan bermakna kita telah dijangkiti. Sekiranya antibodi dikesan bermakna kita akan terdedah pada jangkitan. 

Kita mungkin diberikan imunisasi atau vaksin melawan jangkitan tersebut, atau sistem kekebalan mungkin "membunuh" jangkitan dari tubuh kita, atau pun kita mungkin tetap dijangkiti. Jika kita dijangkiti kuman penyebab jangkitan opportunistik, dan jika jumlah CD4 kita cukup rendah sehingga membolehkan jangkitan opportunistik berkembang, doktor kita akan mencari tanda penyakit aktif. Tanda ini bergantung pada jangkitan opportunistik.

Jangkitan Opportunistik dan AIDS

Orang yang tidak dijangkiti HIV boleh mendapat jangkitan opportunistik sekiranya sistem kekebalan mereka rosak. Misalnya, terlalu banyak ubat yang digunakan untuk merawat kanser sehingga menekan sistem kekebalan. Beberapa orang yang telah menjalani rawatan kanser berisiko mendapat jangkitan opportunistik.

HIV melemahkan sistem kekebalan, sehingga jangkitan opportunistik dapat berkembang. Jika kita dijangkiti HIV dan mengalami jangkitan opportunistik, kita mungkin telah berada pada tahap AIDS. Jika kita positif HIV, dan mengalami salah satu atau lebih jangkitan opportunistik "rasmi" ini, maka kita dianggap AIDS.

Jangkitan Opportunistik Mana yang Paling Umum?

Pada tahun-tahun pertama wabak AIDS, jangkitan opportunistik menyebabkan banyak kesakitan dan kematian. Namun, setelah orang mulai menerima rawatan ART, penyakit akibat jangkitan opportunistik semakin berkurangan. Tidak jelas berapa ramai orang yang hidup dengan HIV akan jatuh sakit akibat jangkitan opportunistik tertentu.

Dikalangan wanita, penyakit pada faraj boleh menjadi tanda awal kepada jangkitan HIV. Masalah ini, antara lain, termasuk penyakit radang pelvik dan vaginosis bakteria.

Berikut disenaraikan jangkitan opportunistik yang paling umum:

  • Kandidiasis adalah jangkitan kulat pada mulut, tekak, atau faraj. Kadar CD4: boleh berlaku walaupun dengan kiraan CD4 yang agak tinggi. 
  • Virus sitomegalia (CMV) adalah jangkitan virus yang menyebabkan penyakit mata yang boleh menimbulkan kebutaan. Boleh berlaku ketika kiraan CD4: di bawah 50.
  • Dua jenis virus herpes simpleks boleh menyebabkan herpes pada mulut atau kelamin. Ini adalah jangkitan yang agak umum. Penyakit ini boleh terjadi bila-bila masa tidak ada had dalam kiraan CD4.
  • Malaria. Penyakit ini lebih umum dan keadaan lebih teruk dikalangan orang yang telah dijangkiti HIV.
  • Mycobacterium avium complex (MAC) adalah jangkitan bakteria yang boleh menyebabkan demam berulang, seluruh badan terasa tidak enak, mengalami masalah pencernaan, dan kehilangan berat badan yang berlebihan. Boleh berlaku ketika kadar CD4: di bawah 50. 
  • Pneumonia Pneumocystis( PCP) adalah jangkitan kulat yang boleh menyebabkan pneumonia (radang paru-paru) yang teruk. Boleh berlaku ketika kadar CD4: di bawah 200. PCP juga menjadi jangkitan opportunistik yang agak biasa dikalangan orang yang belum mengetahui telah dijangkiti HIV, atau PLHIV yang belum menerima rawatan ART.
  • Toksoplasmosis, (tokso) adalah jangkitan protozoa yang menyerang otak. Boleh berlaku ketika kadar CD4: di bawah 100. 
  • Tuberkulosis (TB) adalah jangkitan bakteria yang menyerang paru-paru, dan boleh menyebabkan meningitis (radang pada sistem saraf pusat). Penyakit ini boleh terjadi bila-bila masa tidak ada had dalam kiraan CD4.

Mencegah Jangkitan Opportunistik

Sebahagian besar kuman penyebab jangkitan opportunistik sangat umum, dan sekiranya kita telah dijangkiti beberapa jangkitan ini. Kita boleh mengurangkan risiko jangkitan baru dengan mengamalkan penjagaan kesihatan dan kebersihan.

Walaupun kita dijangkiti beberapa jangkitan opportunistik, kita boleh merawat mengunakan ubat yang akan menghalang perkembangan penyakit dari terlalu aktif. Pencegahan ini dipanggil profilaksis. Cara terbaik untuk mencegah jangkitan opportunistik adalah memulakan rawatan ART. 

Merawat Jangkitan Opportunistik

Untuk setiap jangkitan opportunistik, terdapat ubat atau kombinasi ubat-ubatan tertentu yang nampak boleh mengawal. Rawatan ART boleh memulihkan sistem kekebalan yang rosak dan lebih diyakini berjaya memerangi jangkitan opportunistik



No comments:

Post a Comment

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST