Monday, 1 February 2016

INSAN STRESS - KEBIMBANGAN MELAMPAU APABILA KONDOM DITERBALIKKAN OLEH TUKANG URUT

photo hanya hiasan

Assalamualaikum abang Najmi.

Saya merupakan seorang lelaki dan telah melakukan aktiviti berisiko pade 16/12/2015 dan sebelumnya tetapi tidak ingat selang dus bulan dari tarikh akhir aktiviti saya. 

Bagaimana saya lakukan aktiviti berisiko tu pada tarikh last macam ni, saya pakai kondom dan selepas cucukan pertama tukamg urut tersebut tanggalkan kondom dan pasangkan kembali dengan menebalikkan kondom tersebut. Saya perasan seperti ada bendalir kat kondom tersebut..

Adakah kuman akan mati di udara disaat proses tukaran tu berlaku?

Apa yang saya alami sebelum tarikh last aktiviti saya, saya ada terasa, sakit pinggang yang tak selesa pade 2-3 mnggu sebelum tarikh last aktiviti berisiko. kemudiaan seminggu sebelum tarikh last aktiviti pinggang saya kembali normal tiada berlaku kesakitan lagi.kesakitan saya berlangsung selama dua minggu. Dan sakit itu diikuti oleh semut tapak tangan dan mencucuk kat tepi jari telunjuk sebelh kiri.

Saya risau sehingga pada tarikh 1/01/2016 saya terasa sakit di ari-ari. Dan pada keesokkannya saya kencing seprti biasa, saya hold dari jumpa doctor 2 hari dan pada hari ketiga baru lah saya berjumpa doktor. Dan dari hasil ujian air kencing terdapat bakteria dan air kencing terdapat protein dan darah. Doktor diagnose saye sakit UTI atau dengan kata lain kencing kotor. Doktor sediakan antibiotic untuk saya. 

Dan selepas 2 hari saya makan ubat tersebut, saya terasa pening datang tiba-tiba. Dan seolah-olah hilang balance badan. Dan saya duduk rehat ianya kembali normal. Penyakit tu datang balik esoknya. Dan saya pening sepanjang hari tapi tidak disertakan mual.

Pada 10/01/2016 saya lakukan repaid test untuk urine Dan hasil result semua negatif kecuali terdapat protein sikit dalam urin, saya jadi risau dan disertakan air kencing berbuih. Saya risau ada problem di buah pinggang.jadi pada 15/01/2016 saya telah lakukan ujian darah kat BP Lab, dan hasilnya buah pinggang saya OK, dan urin test semua negatif kecuali total bilirubin saye tinggi tapi doktor cakap tiada apa yang perlu dirisaukan.

Semasa tunggu ujian darah tersebut saya ada baca entry abang dan buatkan saya paranoid disebabkan masaalah penyakit ni, saye stress sangat-sangat. Ujian darah tu saya ambil keputusannya pade 20/01/2016.

Pada 27 dan 28 /01/2016 saya mengalami mual-mual dan pening sepanjang hari berserta badan saya lemah tapi tak lemah sangat. Dan saya masih boleh lakukan aktiviti harian, sebelum pening kepala tu berlaku, saye sering terase mual selame 5 hari dan saya nak katakan hilang selera makan tidak, saya mash makan seperti biasa tapi disebabkan risau saya tiada keinginan untuk makan bende lain sekarang badan saya rasa seolah nak demam dengan sedikit lah tapi kembali rasa normal pada sebelah petangnya, badan tak panas, cuma terasa macam nak demam, itu jelah rasa sekali terasa badan nak demam.

Untuk pengetahuan abang, semasa saya menunggu ujian darah celah peha saye terasa sakit yang tidak berapa sakit lah, keadaan seperti menyucuk-yucuk tapi datang sekejap kemudiaan hilang. Dan bende tu hilang total selepas saye lakukan rawatan traditional di kampung saya, tiada apa-apa bengkak berlaku. Dari segi cirit birit, saya tak alami tetapi kadang-kadang pembuangan saya cirit birit. Dan kadang-kadang macam biasa dalam satu hari tu. Bintik-bintik kat badan pulak tiada, gatal-gatal pun tiada.

Adakah mual-mual dan pening yang saya rasa tu dalam tempoh 4-5 hari tu simptom kuman nak membiak atau ia adakah stress je bang.?

Walaupun sebelum tu saya pernah jugak melakukan aktiviti berisiko ni yang saya tak teringat bila kali kedua terakhir saya lakukan. Simptom yang abang sebut tiada saya alami, cuma ada masalah pinggang dan kadang-kadang tapak tangan saya kebas sedikit dan terasa cucuk-cucuk di jari telunjuk saya tapi ia hilang dalam masa beberapa minit.lepas tu tiada dah and datang sekejap and terus takada dah lepas makan ubat antibiotic doktor bagi tu.

Saya rasa takut kenapa selepas tarikh terakhir saya buat saya dapat kencing kotor dan ujian lab saya dah buat untuk hepatitis and siflis semuanya negatif..

Saya terasa sangat takut untuk buat ujian HIV seolah-olah saya tak boleh terima keadaan jika ianya berlaku pada saya. Hidup saya akan gelap kalau ianya berlaku, bang hampanya kedua ibu bapa saya, ia sangat menginsafkan saya. Bantu saya bang..

INSAN STRESS
Friday, January 29, 2016 7:59:00 pm



Pakai kondom selepas cucukan pertama, kondom diterbalikkan dan anda rasa seperti ada bendalir faraj dizakar saudara. Kuman akan mati bila berada diruang udara bergantung pada keadaan, sekiranya proses terbalikan kondom dilakukan dengan cepat, kemungkinan kuman masih ada. Saudara akan dijangkiti hiv jika terdapat luka pada zakar dan bergeselan dg bendalir faraj tersebut. Tapi dalam keadaan saudara abang rasa risiko saudara dijangkiti hiv (jika wanita itu ada hiv lah) sangat rendah dan kemungkinan tidak dijangkiti. Itu hanya jangkaan abang lah.

So tiada cara lain bagi mengetahui status saudara melainkan melalui ujian darah hiv.

Kebiasaannya apa bila kita mula sangka kita kemungkinan telah dijangkiti hiv, kita mula berfikiran bukan-bukan, adakala akibat gigitan nyamuk pun kita sangka simptom hiv, naik jerawat pun kita sangka akibat hiv, semua itu adalah disebabkan ketakutan yang bukan2 dan salah sangka. 

Semua simptom yang abang share didalam blog ini hanya merupakan satu peringatan buat kita semua, tidak semestinya apabila kita ada mengalami simptom-simptom tu bermakna kita telah dijangkiti HIV. Penyakit-penyakit lain pun ada mempunyai simptom-simptom sama dengan simptom-simptom HIV. Yang penting sekiranya kita ada terlibat melakukan aktiviti berisiko seperti tidak memakai kondom, seorang yang aktif melakukan seks berbilang pasangan atau cucuk jarum, jika kita ada alami masaalah seperti simptom-simptom itu maka kenalah kita beranikan diri melangkah kakli untuk jalani ujian HIV. Macam abang kata ianya merupakan satu peringatan agar kita jalani ujian HIV.

Belum lagi confirm saudara ada hiv saudara dah mula fikir penerimaan ibu bapa dan lain-lain. Akibat stress kerana fikir yang bukan-bukan ni boleh menyebabkan sistem imunisasi badan anda menurun, akibatnya mula lah datang rasa lemah lesu mungkin gatal-gatal badan, pening dan sebagainya.

Bagi menghilangkan segala permasaalahan, nak tak nak saudara kena buat ujian HIV, buat lah di BP Lab, bagi meredakan kebimbangan dihati, seperti yang abang rasa, risiko saudara dijangkiti HIV mungkin zero peratus, tapi untuk lebih tepat kena jalani ujian darah

Lepas tu nasihat abang jangan lagi melakukan aktiviti itu lagi, kadang kala bila dalam keadaan seronok ketika melakukannya kita mungkin boleh terpengaruh sehingga mengabaikan keselamatan ketika melakukan seks, akhirnya datang penyesalan lagi...- NAJMI






1 comment:

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST