Wednesday, 17 February 2016

HAZIM ISMAIL - PELAJAR MELAYU MENGAKUI GAY DAN ATEIS
















KUALA LUMPUR: Seorang pelajar Melayu yang kini menyambung pelajarannya dalam bidang psikologi di Universiti Winnipeg, Kanada terpaksa meminta bantuan dana daripada orang awam selepas perbelanjaannya disekat oleh ibunya.

Hazim Ismail 20, disekat pembiayaan selepas ibu remaja tersebut mengetahui bahawa beliau seorang homoseksual dan ateis selepas gambar beliau dan rakannya di bar gay di bandar tersebut pada penghujung tahun lalu. Memetik laporan Free Malaysia Today, Hazim yang mengalami gangguan personaliti kemudiannya membuka halaman GoFundMe pada November lalu bertujuan untuk mengumpul dana bagi meneruskan pengajiannya pada tahun ini.

“Saya bergelut dengan masalah gangguan personaliti dan selepas disisih oleh keluarga, saya hampir putus asa menghadapi cabaran hidup. “Sebagai penyelesaian, saya meminta jasa baik orang ramai untuk menyumbang kepada saya melalui halaman yang diusahakan sendiri,”ujarnya.

Tambahnya lagi, menerusi halaman yang diusahakannya itu, beliau berjaya memperoleh $5,365 iaitu melebihi daripada sasaran yang beliau tetapkan iaitu $5,000.
Hazim juga turut berterima kasih kepada semua masyarakat Winnipeg di atas sokongan yang diberikan kepadanya. Pihak pengurusan Universiti Winnipeg turut mengeluarkan kenyataan menyokong remaja tersebut.

“Hazim seorang yang berani dan pintar. Kami berbangga dengan kehadirannya sebagai pelajar kami dan akan sentiasa memantau kempen GoFundMe dengan memastikan dia mampu menyempurnakan pengajian musim sejuk di sini,” kata Universiti Winnipeg menerusi satu kenyataan.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------


KISAH HAZIM ISMAIL INI MENGINGATKAN SAYA.....

Beberapa tahun lalu saya ada menerima email dari seorang pelajar yang meluahkan rasa sedihnya kerana dia gagal untuk melanjutkan pelajaran keluar negara. Dia telah mendapat tawaran dan dia begitu teruja ketika itu. Malangnya nasib tidak menyebelahi dia, kerana gagal dalam kesihatan (ujian darah) bagi mendapatkan biasiswa. Ya dia disahkan positif HIV. 

Dia ada beritahu bahawa, dia juga seorang gay tetapi tidak aktif sangat tetapi pernah terlibat dalam aktiviti seks dengan hanya beberapa orang pasangan sahaja sebelum itu. HIV tidak mengira berapa jumlah pasangan yang kita telah buat, ada orang pertama kali melakukan aktiviti berisiko dah boleh dapat HIV.

Saya diberitahu ibubapanya juga tahu mengenai status dirinya, hendak tak nak dia terpaksa melanjutkan pelajarannya dipusat pengajian didalam negara. Dan pada hari ini saya dapati dia telah berjaya dalam kehidupannya dan telah tamat pengajiannya dan sudah bekerja. Dia seorang pemuda yang kelihatan ceria, tinggi lampai (bolehlah jadi model) dan berkulit putih mulus heeee

Seperti katanya dulu, dia redha dengan ketentuan dari Allah swt, dan bersikap positif. Mungkin ini (tidak keluar negara untuk melanjutkan pelajaranya) adalah yang terbaik buat dirinya. Kemungkinan sekiranya dia keluar negara, dia mungkin akan gagal mengawal nafsu seksnya (kerana tastenya mat saleh heeee...katanyalah) Dan tidak mustahil akan merosakkan dirinya, akan runtuh iman dan akidahnya, malah kemungkinan akan hilang pegangan agamanya apabila berada jauh dari keluarga. Kerana Allah Maha Mengetahui (tidak keluar negara) itulah yang terbaik buat dirinya.

Walaupun saya sudah tidak berbalas email lagi, saya tahu pada hari ini dia nampak telah berjaya dalam kehidupan dan sudah bekerja. Doa saya agar dia terus pertingkatkan iman dan takwa, diberi kekuatan kesihatan yang baik dan selamat dunia dan akhirat. 

Kes ini juga mengingatkan saya mengenai masaalah saudara Azlan Razalee dalam entri AZLAN - TEMAN LELAKI SAYA MAHU KAMI BERHIJRAH KE USA AND STAY THERE FOREVER" Azlan minta pandangan saya mengenai rancangan penghijrahan tersebut, dan saya ada beri nasihat serta pandangan saya klik sahaja di entri tersebut.NAJMI



2 comments:

  1. Moga Amran sukses dan kembali ke pangkal jalan. Aamiin... Better usah menghinakan? Sebab kehidupan kita belum pasti endingnya dalam iman...

    Teruskan menulis saudara Najmi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. benar ieta, semuga beliau kembali ke jalan yang benar hendaknya...amin3

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST