Wednesday, 17 February 2016

DUGAAN ALLAH BERI SAYA HIV, WALAUPUN SEKEJAP...

photo hanya hiasan

Ujian rapid test yang saya lakukan adalah positif. 
Memang nyata naik dua line. Ya Allah takut sangat. Dunia rasa gelap. Saya mula fikir masa depan. Dalam masa sama saya cuba berfikiran positif tapi rasa macm ini adalah satu hukuman mati buat diri saya. 
Lepas itu saya tanya kawan-kawan bagaimana nak mendapatkan rawatan. Tapi kawan bagi tahu rawatan saja sebulan mencecah RM500. Mana saya nak cari duit. Tapi kalau nak start rawatan kena sahkah sekali lagi melalui ujiah darah kat makmal. 
Seminggu lepas itu saya gagahkan diri pergi ke PathLab. Hari itu, sehari sebelum hari raya cina 2016. Even badan saya naik bintik sebiji kat tangan pun saya dah kata ini adalah tanda HIV. 
Saya buat Elisa Test. Janji seminggu keluar result. Tapi dah seminggu dia orang masih tidak call saya pun untuk suruh ambik result. Dalam hati pikir result tu mesti positif. Sebab itu dia orang buat double check. 
Hari ke-9, baru dia orang call suruh saya ambil result. Saya gagahkan diri naik motor pergi ambil resul. Bila sampai, saya tengok result non-reactive. Maknanya saya negative HIV. 
Air mata saya terus mengalir. Teringat janji saya dengan Allah, kalau negative saya nak pergi buat umrah. Terkenang jugak kawan-kawan yang cuba ambil kesempatan atas kesulitan orang lain. Buat teman-teman kat luar tu, hargailah pluang yang Allah bagi. Keseronokan tu hanya sementara. Kebanyakan masyarakat dinegara kita, mereka boleh terima kita jika kita ada penyakit kanser tapi masih ramai yang tidak boleh terima pesakit HIV. TQ Abg Naj Mi, hari-hari saya baca blog abang.

ANONYMOUS
Wednesday, February 17, 2016 5:45:00 pm

Salam, terima kasih kerana berkongsi cerita. Sebenarnya melakukan ujian hiv menggunakan HIV KIT (melakukannya sendiri) ada baik dan ada buruknya. Kermungkinan boleh berlaku kesilapan semasa kita menggunakan HIV KIT itu terutama bagi mereka yang pertama kali menggunakannya dan beberapa faktor kesilapan lain. Walaubagaimana pun menggunakan rapid test HIV KIT dengan cara yang betul akan menghasilkan keputusan yang dikatakan 99.9% tepat.
Sekiranya kita mendapati ujian yang kita lakukan itu menunjukkan positif kita akan rasa sangat takut, keseorangan dan tidak tahu apa yang perlu dibuat. Masa itu mulalah kita menangis murung dan sebagainya. Jika kita melakukan ujian di klinik, yang mana ujian dilakukan oleh seorang yang pakar, kemungkinan berlaku kesilapan sangat rendah. Dan sekiranya lah didapati positif serta merta kita akan diberi sedikit penerangan kounseling dan akan diberitahu apa yang perlu kita buat seterusnya.
Tindakan saudara adalah betul, apabila saudara mendapati keputusan darah saudara selepas menggunakan HIV KIT menunjukkan positif, saudara kemudian tidak menunggu masa lama untuk menjalani sekali ujian di klinik luar. Ada setengah orang bila telah dapati ujian menggunakan HIV KIT positif, mereka terus takut dan tidak mahu menjalani ujian pengesahan seterusnya di klinik luar, sama ada di klinik luar hospitak atau mana-mana klinik swasta yang lain. Abang kata mengenai pekara ini sebab ada pembaca yang beritahu pasangannya tidak mahu melakukan ujian di klinik luar selepas ujian menggunakan HIV KIT menunjukkan dia positif.
Alangkah senang hati saudara apabila mendapati ujian ke dua itu negatif, bayangkan jika saudara masih tidak menjalani ujian dimakmal tersebut, pasti sehingga hari ini saudara masih dalam keadaan tidak tentu hala dan takut kan. Benarlah seperti apa yang dikatakan..."testing makes us stronger".
Walaubagaimana pun abang tidak pasti bila kali terakhir saudara ada melakukan aktiviti berisiko, dan bagaimana aktiviti berisiko itu dilakukan. Nasihat abang lakukan sekali lagi ujian selepas 3 bulan dari tarikh aktiviti berisiko yang terakhir, sebab selepas 3 bulan baru ujian hiv yang kita buat itu dikatakan telah tepat. Walaubagaimanapun ujian di PathLab berkenaan merupakan sesuatu yang baik dan kemungkinan saudara akan tetap negatif selepas ujian 3 bulan kemudian.
Mengenai kos rawatan, kawan saudara silap. Untuk pengetahuan saudara dan dia, rawatan HIV di hospital besar kerajaan adalah percuma, malah semua kos ujian darah serta ubatan peringkat pertama juga percuma. Alhamdulillah kan. Tapi kalau di hospital swasta sudah tentu kena bayar, dan dengar kata memang agak mahal juga kos rawatan di hospital swasta.
Walaubagaimana pun syukur saudara didapati negatif selepas ujian ke dua. Syukur kerana Allah memberi ketakutan yang singkat kepada saudara, itu juga menunjukkan bahawa Allah "poke" saudara yang mungkin sedang berada dalam keadaan lupa. Alhamdulillah semuga Allah permudahkan saudara untuk menunaikan umrah dan seterusnya dapat memperbaiki diri, pertingkatkan amalan serta takwa. Jika berada disana kelak boleh lah tolongkan doakan yang baik buat abang ya...ya doakan agar abang juga berkesempatan menjejaki kaki ke sana juga..insyaallah - NAJMI


No comments:

Post a Comment

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST