Thursday, 25 February 2016

CMIA PRINCIPLE TEST - PERLUKAH SAYA ULANGI LAGI UJIAN HIV SELEPAS 3 BULAN??


Pada hari ke 31 selepas aktiviti berisiko yang saya lakukan (melakukan hubungan seks dengan tanpa kondom) saya telah melakukan ujian HIV di makmal swasta. 

Resultnya:
JENIS PEMERIKSAAN:
HIV Ag / Ab combo
HASIL: 65.03 (Dengan reagen architect abbott)
Duplo dengan Rapid VISITEC
HIV TRIO: Negatif
Oncoprobe HIV 1/2 Antibody
Rapid Test: Negatif
Kesimpulan: indeterminate
Anjuran: Semak semula HIV Ag / Ab combo 1 bulan kemudian

Soalan saya, apakah angka 65.03 itu titer saya? angka itu sangat jauh di atas 1, apakah bermakna saya reaktif? dan sudah pasti positiv HIV? bagaimana pertimbangannya dengan hasil ujian di bawahnya yang negatif? Terima kasih banyak 

Jika kita telah dijangkiti HIV, biasanya sistem kekebalan tubuh baru membentuk antibodi tiga minggu hingga tiga bulan selepas kita terdedah. Ini disebut masa jendela (window period). Jadi, jika kita merasa kita terdedah, atau telah melakukan tingkah laku berisiko bakal menghidap penyakit HIV, kita sebaiknya menunggu tiga bulan selepas peristiwa berisiko sebelum kita diuji. 

Kita juga boleh lakukan ujian awal, tetapi adalah perlu untuk mengulangi ujian tiga bulan selepas aktiviti berisiko itu berlaku (bukan selepas ujian pertama). Sepanjang masa jendela (window period) ini, ujian antibodi akan menunjukkan hasil non-reaktif (negatif), tetapi walaupun begitu, perlu diingatkan jika kita sudah dijangkiti kita dapat menularkan jangkitan kepada orang lain.

Menurut garis panduan (Indonesia), hasil ujian HIV yang non-reaktif tiga bulan atau lebih setelah peristiwa berisiko itu berlaku, bermakna kita tidak dijangkiti HIV, atau dalam kata lain, kita HIV-negatif. Begitu juga sebaliknya. - Oleh: Caroline 




Saya pernah siarkan perkongsian seorang pembaca mengenai ujian yang ada ab (antibodi) dan ag (antigen) dulu di dalam entri di CMIA PRINCIPLE TEST - HIV TEST KIT GENERASI PALING LATEST, antara yang diterangkannya ialah,

"Cmia principle test ini adalah kit test HIV generasi ke-4 iaitu generasi yang paling latest, di mana ianya ada kemungkinan untuk detect jangkitan HIV seawal seminggu selepas infection (berjangkit). Sebab itu bagi sesiapa yang pernah buat ujian HIV dalam tahun 2013 ini, kalau tuan/puan ada nampak pada "report hiv test TUAN/PUAN ada tertulis HIV 1 and 2 ag/ab not detected, itu maknanya kaedah ujian itu menggunakan teknik ujian generasi ke 4, di mana ujian tersebut tidak hanya mengesan antibody(ab) malah mengesan antigen(ag) yang sudah boleh dikesan seawal 4-7 hari selepas jangkitan" 

Masih ada pembaca yang bertanya, adakah selepas buat ujian mengunakan kaedah  CMIA ini, iaitu jika ujian dilakukan belum cukup 3 bulan (90 hari) itu telah menunjukkan keputusan HIV yang tepat? dan tidak perlu tunggu atau ulang lagi selepas 3 bulan, almaklumlah ujian CMIA ni terkini dan telah disahkan keberkesanannya oleh ramai pakar HIV. Jawapan saya, boleh menggunakan kaedah ujian ini dan sekiranya keputusan didapai negatif bermakna itu satu PETANDA YANG SANGAT BAIK dan kemungkinan ujian selepas 3 bulan nanti akan tetap juga negatif.

Ada pembaca yang bimbang dapat HIV selepas buat aktiviti berisiko, dan kalau boleh mereka hendak buat ujian awal dan mereka tidak sanggup menunggu sehingga selepas 3 bulan bagi mendapatkan keputusan yang konkrit. Kebiasaanya saya cuba nasihatkan agar buat ujian yang ada ab dan ag ni (CMIA) sebab ujian ini dikatakan boleh mengesan kehadiran kuman lebih awal dengan tepat. Walaupun dikatakan boleh kesan kuman lebih awal tetapi kita masih perlu ulangi ujian selepas 3 bulan dari tarikh aktiviti berisiko sebab, garis panduan oleh WHO (World Health Organization) dan CDC (United States Centers for Disease Control and Prevention) masih menetapkan ujian antibody selepas 90 hari atau 3 bulan dari tarikh aktiviti berisiko baru dianggap sebagai konklusif, sekurang-kurangnya ujian awal mengunakan kaedah CMIA ini sekiranya negatif akan memberi "good indicator" sebelum kita mengambil ujian antibody kedua pada hari ke 90. Senang kata, kita ikut aje garis panduan dari WHO, iaitu ulangi ujian lagi selepas 3 bulan bagi mendapatkan keputusan yang tepat, 

Sepekara lagi tak perlulah kita nak faham sangat dengan bahasa-bahas sains yang tertera didalam slip result HIV kita tu, saya sendiri banyak yang tidak faham, yang perlu kita faham ialah sama ada reaktif atau non reaktif aje itu saja dah cukup. Tapi kalau nak tahu juga bahasa-bahasa sains tersebut kenalah tanya sendiri pada klinik berkenaan. 

Segala kebimbangan, stress, takut dijangkiti HIV, tidak senang hidup, syak wasangka yang bukan-bukan apabila badan mula tidak sihat atau naik gatal-gatal dan sebagainya serta tidak sabar menunggu lama sehingga 3 bulan bagi mendapatkan ujian yang tepat, makan tak kenyag dan mandi tak basah semua itu adalah harga yang perlu kita bayar akibat keterlanjuran kita selepas terlibat aktiviti tersebut. So sekali lagi nasihat saya beringat lah sebelum terkena....:)- NAJMI



6 comments:

  1. Bang...saya buat test combo...tp dia hanya tulis non reaktif..x ada nombor2 pon...range x ada nombor pon..adakah ia benar sah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena tanya kat klinik tersebut, adakala mereka sangka ianya tak perlu sangat utk kita tahu sebab yang penting sama ada reaktif atau tak ada. Untuk pengetahuan saudara perkongsian ang dalam entri diatas abg perolehi dari sumber di Indonesia. Walau bagaimana pun setahu abg ada kalangan rakan2 lain yang buat ujian HIV di sini ada terima angka2 seperti diatas. Wallahuallam

      Delete
  2. hi..saya pun baru lepas dapat result hiv test cmia ni..alhamdulillah non reactive dua2...that was my first time buat hiv test sebab saya tak sexually active tp pernah buat sex jugak...bila baca blog ni saya terpanggil nak buat test tp takut..takut keputusan nye positive..tapi saya gagahkan juga diri ni g buat test tu...4 hari nak tunggu keputusan rasa macam x tak tentu arah...masa nak pergi ambil result tu....rasa macam kaki tak jejak bumi dah...tapi bersyukur sangat ia non reactive. saya bersyukur sebab saya terbaca blog ni dan blog ni banyak bg kesedaran pada saya. kalau dah sangap sangat keluarkan je la sendiri...kalau dah terkena menyesal tak sudah..tapi pada yang dah terkena kuatkan la semangat sebab anda adalah pejuang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sebab negatif, tak semua org yang buat seks bebas tu mesti kena hiv, kalau kita buat dg pasangan yg tak ada hiv maka tak akan berlaku jangkitan lah kan. Tapi sebab kita tak tahu status diri pasangan kita maka disitulah letaknya risiko kemungkinan akan dijangkiti. Jika berkemampuan cepat2 lah kahwin, bagi gay yang tak mampu nak kahwin kalau sangap ingat pada Allah, banyakkan zikir doa padNya agar diperkuatkan iman, tp kalau tak dapat tahan2 baru lah keluarkan sendiri, sebaiknya tahan sebab bila air dah penuh biasanya akan keluar melalui mimpi basah...:)

      Delete
  3. salam abg najmi. cmia test ni apa yg sy baca akn dpt result konkrit selepas 28 hari infected. btul ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ujian cmia ni sangat sensitif, dikatakan boleh kesan antibody malah antigen seawal 4-7 hari selepas dijangkiti, malah kebanyakan pakar hiv mengatakan ujian cmia ni boleh dikatakan kan tepat atau muktamad pada minggu ke 6. Tidak seperti ujian lain yang dikatakan muktamad selepas 3 bulan

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST