Thursday, 18 February 2016

BUDAKKAMPUNG - NAK TAHU CARA AKU TEST HIV? - AKU PERGI DONATE BLOOD....



Assalamualaikum W.B
Apakhabar kepada semua view blog saya nie (AKU TERKENA HIV POSITIVE), harap-harap korang semua sihat selalu dan dilindungi Allah. Rasanya dah lama saya bukak account nie, tapi tidak pernah pulak saya ceritakan serba sedikit tentang kehidupan saya dan bagaimana saya boleh terkena detection HIV positive ni kan.
Pada permulanya, saya adalah seorang yang sangat social, bermula pada umur saya dalam lingkungan 15 tahun, saya banyak menceburi dalam dunia kegelapan ini. Okey rasaya saya tak perlu untuk terus bercerita tentang kehidupan saya pada masa lampau, tapi main point saya adalah untuk menceritakan bagaimana saya terkena HIV positive nie. 

Hari ni sudah masuk 10.1.2016 sudah hampir 1 tahun 5 bulan saya hidup dengan HIV nie.
Kalau saya nyatakan umur saya mesti ada yang tak menduga, saya baru berumur 22 tahun. Tapi sudah menanggung hidup sebagai seorang PLHIV huhhh... Kehidupan yang amat berat untuk saya hidup. Dengan atas dorongan tunang saya dan kakak saya, saya teruskan kehidupan ini dengan tenang. Satu nasihat saya, kalau anda sudah tahu anda seorang HIV, teruskan kehidupan anda dan cari orang yang anda boleh percaya dan ceritakan kepada mereka, jangan terlalu ramai untuk menceritkan tentang ini, tapi pilihlah dalam seorang atau dua orang sahaja.
Okey kita berbalik pada cerita, pada saya awal saya active HIV nie, pada 20.08.2014.. huh tarikh keramat bagi aku, tiga benda yang terjadi dalam satu hari je tau. Okey pada masa tu aku punya bacaan CD4 700 something la, tak berapa nak ingat, nasib baiklah masih tak sampai ke tahap AIDS. 
Okey pada mulanya macam mana hati aku tergerak nak test HIV kan, aku pergi buat blood donation, memang apabila kita ikut "law and regulation" dekat Malaysia nie tak boleh donate blood sebab apabila seseorang tu telah buat aktiviti bebas seperti cucuk dadah, melanggan pelacur, homosex dan banyak lagi kan, tapi dengan cara ini je yang dapat detect kita punya HIV kan. So aku pun donate lah. 

Selang seminggu aje daripada salah satu hospital kerajaan call aku, untuk buat rapid test, berharap sangat lahkan, agar tidak ada apa-apa tapi disahkan positif, AKU HIV POSITIVE terkejut jugak aku dibuatnnya tapi aku tidak rasa apa-apa sangat pada masa tu, sebab aku rasa, memang layak kena dekat aku, sebab aku nie terlalu aktif dengan dunia-dunia nie. Selang sebulan aku kena, barulah terasa sedih sikit, fikir jugak pasal apa aku boleh kene sakit nie.
Bagi aku, kalau dah sakit HIV ni banyak benda tidak boleh involve. Such as nak kerja dengan government susah, nak buat apa-apa pun susah. Entahlah kan. Macam diskriminasi pulak kan, kalau pesakit HIV nie tak boleh kerja kerajaan.
Okey lah, rasanya cukup sampai sini aku nak cerita, nanti kita sambung lagi sekarang dah jam 1.53am dah boleh buat karangan. Roommate aku dah tidur semua.. hahah.. biasa la student kan duduk ramai-ramai. Okey sebarang pertanyaan boleh terus email dekat saya ye (budakkampung6261@gmail.com)  kita berkongsi pendapat dan cara penyelesainyanya. 


Yang ikhlas : hamba Allah
budakkampung
9 Januari, 2016
Sumber Blog : AKU TERKENA HIV POSITIF



Ini cara senang kalau nak test HIV pergi aje donate darah. Tapi hakikatnya tidak jugak senang, selain itu bukan sedikit darah kita yang diambil semasa proses ambil darah tu kan. Tapi bagi sesetengah dari kita mungkin cara ini adalah cara yang lebih mudah seperti apa yang telah "budakkampung" buat.

Tidak dinafikan masih ada dan mungkin ada segelintir klinik yang merumitkan proses ujian HIV TANPA NAMA ini, sebab saya ada terima keluhan pembaca yang menghadapi kesukaran untuk menjalani ujian HIV TANPA NAMA diklinik kerajaan, malah ada yang tidak dilayan dengan baik.

Ada pembaca (gay) beritahu saya jalan mudah mereka adalah dengan menipu, bagi alasan hendak melangsungkan perkahwinan, kalau tidak macam-macam yang akan ditanya, nanti. Sebab, kenapa nak buat ujian? pasal apa? dah buat apa? buat dengan siapa? dan sebagai. Adakala yang ditanya itu sebenarnya soalan yang tidak perlu ditanya.

Bagaimana cara budak bawah umur untuk buat ujian HIV?

Bagi kalangan budak-budak sekolah terutama yang dibawah umur ni, rasanya lagi lah rumit proses untuk jalani ujian HIV ni. Seorang pembaca bawah umur ada mengirim email kepada saya bertanya bagaimana cara dia hendak melakukan ujian HIV diklinik, sebab dia pernah melakukan aktiviti berisiko. Dia tidak mahu ibubapanya tahu, sudah tentu tiada duit untuk buat ujian diklinik swasta dan yang pasti dia takut untuk jalani ujian terutama diklinik kerajaan, sebab dia masih dibawah umur, masih bersekolah. Nak tak nak saya nasihat dia agar beritahu ibubapanya, hmmm....adakah betul nasihat saya ini?

Saya sendiri tidak pasti sekiranya ada seorang remaja dibawah umur, yalah mungkin contohnya umur 15 tahun telah buat seks tidak selamat dan kemudian terbaca maklumat mengenai HIV dan AIDS, timbul rasa takut dan ingin jalani ujian HIV TANPA NAMA, bagaimana prosesnya? Perlukah dia beritahu ibubapanya untuk membawanya ke klinik bagi menjalani ujian HIV? Saya rasa tidak mungkin mereka akan beritahu ibu bapa, mereka akan cari jalan lain mungkin cuba mengunakan HIV KIT yang dijual (itu pun sekiranya mereka ada duitlah) atau jalan selamat hanya diamkan sahaja, sehingga memungkinakan mereka jatuh sakit seperti apa yang dialami oleh ADIK MS (Klik DISINI).  Sekiranya ada pembaca yang tahu mengenai cara mengatasi masaalah ini boleh tinggalkan komen.........!!!!

Berbalik kepada kisah "budakkampung", buat pengetahuan "budakkampung", kita disini tidak seperti negara Singapore dalam bab menderma darah. Jika melakukan penipuan ketika mengisi borang kita boleh dijatuhkan hukuman penjara dan mungkin juga didenda.

Kisah seorang pekerja berbangsa cina ditempat saya bekerja dulu, 

Dia ni seorang bisekual (sebab saya pernah nampak kelibat dia didalam sebuah sauna gay disana dulu), dia telah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki. Dia telah menderma darah dan menipu ketika mengisi borang, saya tidak pasti apa yang ditipunya dulu. Mungkin ada tertulis didalam borang derma darah itu "pernahkah anda melanggan pekerja seks" - tapi dijawabnya TIDAK. Atau mungkin didalam borang itu ada ditanya - "Adakah anda gay atau bisekual" - jawapan yang ditulis juga TIDAK. Yalah siapa hendak mengakukan, apatah lagi program menderma darah itu dilakukan di tempat kerja, ramai rakan-rakan lain juga menderma.

Dan ditakdirkan darah yang didermakannya itu POSITIF HIV, maka dia dipanggil, disiasat dan akhirnya disebabkan salah satu pertanyaan didalam borang menderma darah ditulis nya - "No atau Tidak",  dia didapati bersalah dan dengar cerita dibicarakan dan akhirnya dijatuhkan hukuman penjara selama setahun. Itu undang-undang di Singapura yang cukup tegas, sekiranya ketegasan itu juga dilakukan dinegara kita, entah berapa ramailah yang akan menrengkuk didalam penjara akibat menipu ketika mahu menderma darah, termasuklah "budakkampung" kan heeeee....

Nasib baik saya tidak menderma darah ketika itu, saya tahu ada progran menderma darah dijalankan tapi disebabkan tahu diri saya selalu melakukan aktiviti berisiko, maka saya takut hendak menderma. Nasib juga tidak dipaksa rakan sekerja, ya lah jika dipaksa menderma mungkin saya juga akan menderma (dalam terpaksa) dan pastinya saya juga akan menipu ketika mengisi borang. 

Ketika heboh satu company mengenai pekerja cina ini positif HIV, ketika itu jugalah saya tahu diri saya juga POSITIF HIV, saya dapat tahu kerana saya ada buat ujian HIV di BP LAB di JB kerana work permit saya akan tamat tidak lama lagi pada ketika itu. Jadi sebelum ujian darah dengan company klinik diSpore dilakukan, lebih baik saya buat ujian darah sendiri terlebih dulu diklinik luar. Tapi kantoi. Berpusing dunia, betul-betul berpusing bilik doktor dalam klinik tu ketika pihak klinik beritahu saya POSITIF HIV....:)

Teringat juga kisah lalu, ketika saya menghabiskan hari-hari akhir bekerja disana sebelum berhenti kerja, saya selalu berbual dengan rakan-rakan lain dan selalu kaitkan kisah mengenai rakan cina yang HIV positif itu. Ada rakan yang tidak segan silu menunjukkan rasa takut mereka kepada dia, malah ada seorang rakan beritahu saya dia tidak akan hidup tak lama, hanya beberapa tahun aje. 

Ada seorang rakan lain, beritahu saya seorang saudaranya juga positif HIV, saudaranya itu tinggal di JB dan pernah minta pinjam pengepit kuku untuk memotong kuku, beritahu kawan saya itu lagi kepada saya, pemotong kuku itu dia telah buang sebab takut dijangkit HIV. Saya melihat dia dan bertanya didalam hati ini, tidakkah dia tahu dia sedang duduk semeja berdepan dengan saya ketika itu, malah bertepuk tampar bahu saya ketika bekerja. Kalaulah dia tahu saya juga seorang positif HIV.....

Pada hari ini terdapat ramai PLHIV yang hidup sihat diluar sana. Dia mungkin rakan sekerja kita, mungkin saudara mara kita, mungkin rakan sepermainan kita, mungkin rakan baik kita, mungkin adik beradik kita malah mungkin pasangan kita yang terpaksa merahsiakan mengenai status diri kerana bimbang mereka mungkin akan dibuang. - NajMi



16 comments:

  1. Salam bang najmi..sy nk tanye..pd 27/1/16 sy ade lakukan aktiviti berisiko dgn ssorg..sy mnggunakan kondom..selepas seminggu sy rse x sedap badan,badan rasa panas tp x demam..sy rasa was2..semalam 17/2/16 sy telah buat rapidtest di klinik kerajaan dan resultnye non-reactive..alhamdulillah..mengikut perkiraan dari tarikh aktiviti berisiko hingga sy buat ujian semalam genap 21 hari iaitu 3 minggu..mcm mana pendapat abg???skrg bdn sy rse beransur pulih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Guna kondom boleh elak diri dari dijangkiti HIV dan beberapa penyakit kelamin lain. Jika lakukan seks secara normal (yang tak tunggang terbalik) saudara susah nak dijangkiti HIV.

      Rasa tak sedap badan rasa dwmam dll tu hanya prasangka saudara sahaja, sebab dah fikir bukan2. Tapi jika saudara masih was2 abg susah nak tolong lagi lah, mungkin buat aje ujian sekali lagi selepas 3 bulan kemudian bg dpt kan result yang tepat dan memuaskan hati, sebab lepas 3 bulan ujian hiv baru dikatakan konkrit.

      Delete
    2. Thanks bang..saya nk tanya lagi,masa sy buat aktiviti tu,sy ada buat jugak oral seks..si polan tu msukkn sy punya dlm mulut dia dan sy hisap dada si polan tu..waktu sy buat rapidtest sy bertanya pd doktor tntbg nie,doktor ckp oral seks nie pyh berjangkit..pendapat abg mcm mana?

      Delete
    3. Setahu abg tidak ada kes hiv jangkit melalui aktiviti oral seks, tetapi kita kena faham jika terdapat luka dizakar dan ada pendarahan dimulut pasangan yg oral seks kita tu maka kemungkinan dijangkiti mungkin ada, sebab bila luka terbuka bergeselan dg luka maka risiko ada, tapi jika tiada luka memang susah lah nak jangkit...

      Delete
  2. X rasa bersalah ke kalau ada darah yg ada hiv terlepas dapat kat patient..pergi la check dgn cara yg betul.

    ReplyDelete
  3. Salam .sy nk tny. Dkt bibir sy ada keluar biji2 merah berair. Dan smlm start bengkak. Adakah itu tanda hiv?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada buat aktiviti berisiko tak? Mungkin herpes. Baca entri mengenai herpes dalam blog ni..kalau nak tahu ada hiv kena buat ujian darah.

      Delete
  4. Assalammualaikum abang Najmi. Saya selalu menjadi silent reader dalam blog abang ni. Bagi saya blog abang ni memang memberi keinsafan terhadap diri saya. Saya nak share cerita saya mcm mana saya boleh terbaca blog abang ni. Saya merupakan salah seorang yang juga melakukan aktiviti berisiko. Diikutkan lebih kurang 8 orang sudah saya bertukar pasangan. Ade yg main secara ringan dan berat. Pada September tahun lepas, last sekali saya lakukan aktiviti berisiko tu, hanya ringan2 sahaja tiada berlaku sebarang pancutan. Kemudian, lebih kurang 9 hari selepas itu, saya mendapat demam yang sangat teruk dan setelah pergi ke hospital saya disahkan denggi. Lepas saya sihat, dalam dua minggu selepas itu, saya keluar bersama seorang rakan saya dan saya terminum air minuman dia(ketika itu saya tidak tahu dia HIV) dan dua minggu selepas itu baru dia beritahu saya bahawa dia HIV positive. Saya pun rasa berputar dia sewaktu dia bagitahu saya ketika itu. Dengan itu, saya berasa was was adakah saya dijangkiti apabila minum minuman org yg HIV positive. Lalu, saya search kt internet dan jumpe blog abang. Then, saya pun pergi buat test dan Alhamdulillah result Negative. Bila saya balik rumah je, saya fikir fikir balik, adakah demam denggi haritu betul2 ke demam denggi ke demam hiv. So saya pun repeat test pada 17/2/2015 dan result dia masih negative Alhamdulillah. Diikutkan 4 bulan 3 minggu selepas tarikh dari aktiviti berisiko. Lepas je kejadian kawan saya yang terkena hiv tu saya mula berubah dan insaf dan tidak lagi melakukan aktiviti berisiko lagi. Cuma saya nak tanya abang najmi, haritu saya lepak dengan kawan saya yang HIV tu, tangan saya luka and kami duduk satu table, then saya letak jela tangan kat atas meja tapi tangan kawan saya tu tak ada luka and kami tak bersentuhan pun tapi saya takut takut kalau dia ade terpegang jerawat dia then tangan dia letak atas meja lepastu luka saya kena ke apa. Adakah cara mcm tu berjangkit ? Itu je saya nak tanya. Saya rasa tu je la cerita saya nak kongsi. Harap2 abang Najmi paham cerita yang saya kongsikan ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam minum air minuman pembawa hiv tidak menyebabkan jangkitan malah kalau kita kongsi straw pun tidak menyebabkan jangkitan dan duduk semeja dg pembawa hiv sama ada dia ada luka atau tak juga tidak menyebabkan jangkitan, begitu juga jika saudara ada luka atau tak juga tak menyebabkan jangkitan. Sebenarnya jika tangan atau jari saudara tidak ada luka saudara boleh aje sentuh darah pembawa hiv tak jangkit pun. Jika saudara ada luka kat tangan ekali pun masih boleh peluk bersalam atau sentuh dg pesakit hiv, semua itu tidak menyebabkan jangkitan. Kesian kat kawan saudara yang ada hiv tu, sama ada dia tahu atau tidak kesian sebab saudara masih ada rasa takut bersama dia dan masih memandang serung pada dia.

      Delete
  5. Assalamualaikum abg Najmi. Maaf mencelah sedikit. Saya blog budakkampung. Nak comment berkenaan dengan kongsi air di atas. Untuk saudara komen diatas. Kongsi air dengan orang lain. Sama sekali tidak memberi kesan kepada diri anda. Saya salah seorang plhiv. Dan hanya kakak saya sahaja yang tahu saya hiv positive. Saya terangkan pada kakak saya berkenaan dengan pesakit hiv. Antaranya berkongsi makanan sama sekali tidak memberi kesan kepada orang yang tiada hiv. Saya bertahap awak jangan putus sahabat dengan dia. Berkawan la dengan dia. Sebab orang yang ada hiv perlukan sokongan dan dorongan. Jangan risau anda pasti akan mendapat balasan kebaikan. Sama ada didunia ataupun diakhirat nanti. Assalamualaikum..kalau ada apa2 boleh berjayanya dengan saya. Budakkampung blogspot. Atau email dekat saya. Budakkampung@gmail.com assalamualaikum

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih budakkampung, ya jika saudara anonymous masih ada ragu2 kalau nak tanya lagi pendapat orang lain boleh email pada budakkampung, semoga anonymous akan lebih faham dan tidak rasa takut atau bimbang bergaul rapat dengan rakan yang ada hiv itu...

      Delete
    2. Terima kasih atas nasihat korang dua. In Sha Allah saya rasa kurang dah was was. Saya tidak putus kawan pun. Sampai sekarang masih berkawan dan lepak bersama. In Sha Allah saya akan tolong dia semampu saya.

      Delete
  6. Salam sejahtera abg najmi.
    Jika kita melakukan seks sejenis (dgn nyah) dgn memakai kondom, dan kondom tersebut agak longgar.
    Adakah kita berisiko dijangkiti HIV? Berapa tinggi peratuskah kita akan dihidapi HIV jika seks songsang? Adakah lecetan tanpa darah boleh menyebabkan dijangkiti HIV?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama ada longgar atau tak, yg penting ada pakai, kalau longgar dan terlucut keluar dan kita teruskan juga buat dah kira buat tanpa kondom, buat tanpa kondom berisiko dpt hiv. Kondom longgar dan tak terlucut dan masih stabil, maka risiko utk dpt hiv sangat rendah.

      Peratusan dpt hiv, sangat tinggi bila lakukan dg sesiapa sahaja tanpa kondom. Jika contohnya ada lecetan darah di zakar saudara dan begeselan dg lecetan darahatau luka terbuka kat pasangan saudara risiko dijangkiti sangat tinggi

      Delete
  7. assalam Najmi. I need a friend yg senasib dgn sy. sy alex. sy sambut hari jadi saya 20 jan lepas dengan berita sy positif HIV. :-(. at first, mmg sukar nk gmbrkn perasaan masa tu. lama2, life must go on. ini semua qada' qadar Allah. DIA lebih mengetahui. since you kiranya orang yg lebih berpengalaman dlm dealing with this unwanted condition, harap dapat kita berkawan. ada wechat ID? add me alexboerhanuddin. thanks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam alex, abg tak ada wechat, mungkin alex boleh hubungi "budakkampung@gmail.com (yang kisahnya diatas tu)
      kalau nak hubungi abg tulis aje kat mana2 dalam ruang entri komen didalam blog ni, insyaallah abg akan baca..mungkin alex boleh share kisah mengenai diri alex nanti.....:)

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST