Wednesday, 17 February 2016

AMRAN 27 - MENGAKUI GAY DAN TIDAK PERCAYA KEPADA TUHAN


RELA BUANG KELUARGA

Bilangan mereka mungkin sedikit, tapi aib yang dilakukan cukup besar dan benar benar menjejaskan nama baik negara serta kesucian Islam. Begitu keadaannya apabila segelintir penuntut Malaysia diluar negara tanpa segan silu mempromosikan dilaman sosial tindakkan mereka keluar selepas terjebak dalam gejala lesbian, gay, transgender dan biseksual (LGBT). Pemantauan Harian Metro dilaman Facebook (FB) mengesan tiga penuntut Malaysia diluar negara yang secara terang terangan mengaku gay dan murtad serta setuju berkongsi cerita.

Penuntut bidang psikologi di universiti di Kanada mahu dikenali sebagai Amran, 27, juga mendakwa dia sudah dibuang keluarga tahun lalu dan wang perbelanjaannya ditamatkan selepas mengakui gay dan ateis. Menurutnya, kisah getir bermula apabila keluarganya di Kuala Lumpur menemui gambar dia bersama rakannya di bar gay dinegara itu menerusi laman sosial facebook beberapa bulan lalu.. 

"Apabila keluarga mendapat tahu saya gay dan tidak percaya Tuhan, mereka buang saya dan hentikan bantuan kewangan yang diberi sebelum itu" katanya dalam catatan mesej peribadi menerusi facebook kepada wartawan. Amran berkata dia melanjutkan pelajaran di Kanada dengan perbelanjaan keluarga dan tidak menerima tajaan dari mana-mana pihak.

"Selepas tak bagi duit, pernah satu ketika wang saya dalam bank cuma tingga CAD$15 (RM45), memaksa saya membuat kutipan terbuka GoFundMe bagi membiayai perbelanjaan," katanya.

Menurut anak sulung daripada lima adik beradik itu dia kini merancang mencari kerja bagi menamatkan pengajian dan berharap mendapatkan status pelarian di Kanada. "Melihat situasi keluarga yang sukar menerima saya kembali, saya tidak meletakkan tempoh untuk pulang ke tanah air bersama mereka. Keutamaan saya kini adalah berusaha mendapatkan status pelarian dan perlindungan di Kanada.

Ditanya adakah ramai pelajar Malaysia lain yang menjadi golongan LGBT sepertinya, Amran berkata, jumlahnya tidak diketahui dengan tepat kerana pekara itu agak peribadi. 

Antara petikan perbualan Amran dengan wartawan

Sebelum ini seorang seorang pelajar jurusan perubatan di Ireland pernah mengemparkan negara apabila berpakaian baju melayu dan tengkolok pada hari perkahwinannya dengan pasangan sejenis dinegara berkenaan pada tahun 2011. Majlis perkahwinan sejenis itu dipercayai berlangsung dalam gereja diluar negara dan lelaki itu berpakaian berbaju melayu berwarna hitam lengkap bersamping serta tanjak berwarna emas.

Pasangan yang dianggarkan berusia lewat 30an pula mengenakan busana sut lengkap berwarna hitam yang biasa dipakai dimajlis perkahwinan masyarakat barat, malah gambar serta video perkahwinan pasangan songsang itu turut disebar di internet. Pelajar cermerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu mendapat tajaan pinjaman boleh ubah dari sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di United Kingdom (UK). Namun sehingga 2008 dia belum menamatkan pengajian dan perlu menyambung beberapa semester lagi.


Sumber Akhbar Harian Metro
16 Febuari 2016
Oleh Mohd Nasif Badruddin



Biasiswa pelajar luar negara terbabit LGBT boleh ditarik balik
Selidik sejarah silam sebelum jatuh hukum (KLIK DISINI)






1 comment:

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST