Monday, 1 February 2016

8 MITOS - PAKAR-PAKAR MEMBANTAH MENGATAKAN HIV BERBAHAYA



Ramai di antara kita masih jahil tentang aspek-aspek utama mengenai penyakit HIV AIDS, bagaimana ia berfungsi dan bagaimana untuk hidup bersamanya.

HIV/AIDS telah membunuh kira-kira 39 juta orang setakat ini, tetapi yang menjadikanya lebih berbahaya adalah salah faham dan stigma disekelilingnya. Kami meminta pakar-pakar untuk membongkar beberapa mitos yang paling lazim dan merosakkan tentang HIV. Ini adalah apa yang mereka katakan.


Mitos 1 : Jika anda dijangkiti HIV, anda akan tahu mengenainya.

Ia boleh mengambil masa bertahun-tahun untuk gejala HIV untuk muncul, yang bermakna anda boleh membawa penyakit ini untuk masa yang lama tanpa mengalami apa-apa tanda-tanda amaran.

"Bagi orang dewasa kebiasaanya akan mengambil masa antara lapan hingga 10 tahun untuk seseorang yang HIV positif menunjukkan tanda-tanda bahawa mereka telah dijangkiti dan mulai sakit, jadi ia adalah hampir mustahil bagi orang disekeliling untuk mengetahui jika seseorang mempunyai petunjuk awal HIV," kata Owen Ryan, eksekutif pengarah Persatuan AIDS Antarabangsa.

Ini bermakna ia adalah amat penting untuk menjalani ujian darah sekiranya anda seorang yang aktif dalam hubungan seksual. Dan sudah tentu, perlu serta tahu cara menggunakan kondom dengan betul setiap kali anda melakukan hubungan seks kerana ianya dapat mengurangkan peluang untuk dijangkiti.


Mitos 2 : Jika anda mempunyai HIV anda tidak perlu untuk memulakan terapi ubat-ubatan sehingga anda mendapat sakit tenat.

WHO mencadangkan bahawa orang-orang yang baru dijangkiti agar mendapat rawatan permulaan awal untuk melindungi sistem imun mereka. Rawatan ini melibatkan terapi antiretroviral (ART), yang bermakna mengambil ubat setiap hari untuk menyekat virus di dalam badan anda.

"Terdapat kesan dramatik pada kesihatan seseorang dan kesejahteraan sepanjang hidup mereka jika mereka memulakan rawatan HIV segera," jelas Ryan.

"Dan ianya bukan hanya untuk faedah diri sendiri, malah ianya adalah untuk kebaikan keluarga dan rakan-rakan mereka juga. Orang yang menjalani rawatan HIV dan kesan rawatan bertindak balas dengan baik, mereka adalah 96% kurang kemungkinan untuk memindahkan HIV kepada rakan-rakan mereka."


Mitos 3 : Kami tidak perlu bimbang tentang HIV lagi.

Pada pendapat Ryan, hanya kerana kami telah berjaya mengawal atau melawan HIV sejak beberapa dekad yang lalu, ianya tidak bermakna kita harus menjadi leka.

"Saya rasa mitos paling besar adalah anggapan bahawa HIV tidak lagi membawa masalah," katanya. "Apa yang banyak saya dapati ketika bertugas, adalah ramai orang berfikiran bahawa HIV adalah masalah 10 tahun yang lalu.

"Saya tidak fikir orang tahu bahawa terdapat 1.2 juta kematian akibat AIDS pada tahun 2014. Jika lebih ramai orang tahu mereka akan terkejut bahawa enam ratus kanak-kanak dalam sehari akan dijangkiti HIV;. Itu hanya statistik keterlaluan.


Mitos 4 : Jika anda hamil dan HIV positif bayi anda akan juga dijangkiti.

Jika seorang wanita HIV positif itu hamil, bayinya tidak semestinya akan dijangkiti HIV. Walaupun tanpa rawatan peluang untuk bayi yang memperoleh penyakit ini adalah kira-kira 25-33%, menurut Profesor Salim Abdool Karim, Pengarah Pusat untuk Program Penyelidikan AIDS di Afrika Selatan (CAPRISA).

Tetapi risiko ini boleh dikurangkan dengan ketara apabila menerima rawatan PREP (Pendedahan Pre Profilaksis), yang melibatkan pemberian ubat antiretroviral kepada orang-orang negatif HIV yang berisiko untuk dijangkiti.


Mitos 5 : Anda tidak akan mendapat HIV daripada tatu atau Tindik Badan.

HIV boleh berjangkit melalui darah, yang bermakna anda boleh dijangkiti dengan perkongsian jarum, atau tatu dan menindik alat-alat yang tidak disterilkan dengan betul ketika menggunakannya. Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) berkata bahawa alat-alat yang menembusi kulit (seperti jarum suntikan) harus digunakan sekali, kemudian dibuang atau disterilkan.

"Ia bergantung kepada peraturan asas. Di mana-mana sekali pun sekiranya anda berkongsi sesuatu yang telah bersentuhan dengan darah dan tidak dibersihkan, anda mempunyai risiko jangkitan HIV."


Mitos 6 : HIV adalah hukuman mati.

Tiada penawar untuk HIV. Juga tiada vaksin untuk penyakit ini. Walau bagaimanapun, kualiti ubatan HIV (ART)  telah berkembang maju dengan ketara dari masa ke masa.

Rakyat kini boleh mengurangkan beban virus mereka (jumlah HIV didalam darah) ke tahap yang tidak dapat dikesan apabila menjalani rawatan menggunakan ART (antiretroviral). Ini bermakna bahawa perkembangan virus akan berhenti berkembang dengan cepat, dan akan melindungi sistem imun dari penyakit ini.


Mitos 7 : HIV adalah sama seperti AIDS.

HIV adalah virus yang membawa kepada AIDS. Tetapi, dengan rawatan yang betul, orang yang positif HIV boleh hidup menjalani keseluruhan hidup mereka tanpa mendapat AIDS, yang merupakan peringkat akhir penyakit ini apabila sistem imun badan rosak teruk. Myron Cohen, pengarah Institut Kesihatan Global dan Penyakit Berjangkit di University of North Carolina menjelaskan, mempunyai HIV adalah sangat berbeza daripada mempunyai AIDS.

"Kami boleh memberikan ubat-ubatan antiretroviral untuk melindungi dan mencegah jangkita dari ibu kepada anak, supaya kadar jangkitan berada di bawah 1%,"

Selain daripada rawatan PREP (makan ubatan), memperolehi anak tanpa HIV boleh juga dilakukan menerusi rawatan mencuci sperma untuk permanian beradas. (* rawatan ini masih tidak ada di Malaysia dikatakan kerana kosnya mahal). Rawatan mencuci HIV dijalankan di dalam cecair di sekeliling sperma (bukan sperma itu sendiri, perlu diingatkan bahawa air mani dan sperma adalah 2 unsur yang berbeza, sperma menggunkankan air mani untuk berenang, HIV hanya ada didalam air mani bukan pada sperma) yang bermakna ia boleh dibuang sebelum sperma disenyawakan kepada pasangan wanita. Selama ianya menjadi kaedah yang sangat selamat

"Ia tidak dilakukan dengan kerap pada hari ini, " kata Karim. "Ia bukan satu proses yang murah kerana ia melibatkan banyak langkah dan ia juga melibatkan permanian berhadas, yang agak mahal." Membersihkan sperma dapat mengurangkan risiko jangkitan, tetapi tidak menjamin ia.

"Pengesanan virus itu mempunyai hampir sedikit kaitan dengan AIDS selagi replikasi HIV dihentikan. Jadi HIV tidak (sentiasa) dan harus tidak pernah berubah untuk AIDS.

"Pada peringkat awal sebelum kita tahu HIV adalah punca jangkitan AIDS, dan sebelum rawatan HIV berkembang maju, kebanyakan hospital suatu ketika dulu dipenuhi dengan orang-orang yang mempunyai AIDS. Tetapi pada hari ini ianya semakin berkurangan dan boleh dikatakan jarang berlaku.

"Kami lebih suka untuk tidak mahu melihat AIDS lagi. HIV adalah punca AIDS.


Mitos 8 : Jika anda disahkan menghidap HIV anda tidak akan hidup lama seperti orang lain.

Mitos ini berpunca daripada idea bahawa disahkan menghidap HIV adalah hukuman mati. Walau bagaimanapun, dengan perkembangan baru dalam teknologi rawatan, tanggapan ini sudah boleh ditepis.

Adalah penting agar mengambil rawatan awal dan secara berdisiplin, kerana ianya akan menyebabkan kesihatan kita menjadi lebih mantap, dan jangka hayat seseorang pesakit adalah sama seperti mereka yang sihat.

Rawatan untuk HIV telah meningkat maju secara mendadak sejak beberapa tahun lalu, dan pelbagai rawatan baru sedang diuji dan boleh digunakan dalam masa terdekat.

"Pada tahun 1985 tidak ada apa-apa ubatan. Pada tahun 1995 terdapat satu pil. Pada tahun 2005 kita telah berubah maju dimana tiga pil digabungkan ke dalam satu pil kemudian ianya hanya dimakan sekali sehari.

"Pada tahun 2015 kita sedang menguji dua kombinasi suntikan ubatan yang mungkin dilaku diantara 8-12 minggu sekali. Jadi anda akan hanya memerlukan empat suntikan dalam setahun di bawah keadaan tertentu. Tetapi kaedah tersebut masih dalam eksperimen. Tentunya ini adalah satu pekara yang baik yang sedang kami cuba, tetapi segala-galanya masih dalam kajian. "


*Saya cuba terjemahkan mitos ini kedalam bahasa Malaysia sebaik mungkin, sekiranya ada yang tersalah jika anda sedari boleh tolong tegur dan insyaallah saya akan perbetulkan. - NajMi



2 comments:

  1. Salam bang adakah semua yg melakukan seks dgn tkg urut akan dijangkiti hiv?tkg urut n pekerja seks tu sama kategori ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tukang urut yang betul hanya melakukan urutan badan sahaja tidak libatkan seks bersama pelanggan. Pekerja seks ialah pelacur yang kerjanya buat seks untuk dapatkan duit. Jika tukang urut itu kenakan bayaran extra utk aktiviti seks dg pelanggan bermakna tukang urut itu juga sama tergolong dengan pelacur atau pekerja seks, tidak kira sama ada dia lelaki atau wanita mahu pun pondan

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST