Tuesday, 19 January 2016

VIDEO - URUSAN JENAZAH PESAKIT HIV/AIDS DI INDONESIA



Mati itu sesuatu yang pasti, bukan dikalangan PLHIV sahaja tetapi semua orang akan mati, cuma yang membezakannya mungkin cara pengendalian mandi jenazah diantara pesakit HIV dengan jenazah-jenazah yang lain.

Video ini di uploadedkan pada tahun 2010, tertanya-tanya adakah prosedur mengendalikan jenazah PLHIV di negara kita masih sama dengan apa yang berlaku didalam video diatas? 

Jika seseorang pesakit AIDS meninggal dalam keadaan luka berdarah serta berkudis, keluar darah sana sini maka membalut menggunakan plastik berlapis-lapis mungkin masih boleh diterima, tetapi bagaimana jika seorang pesakit HIV yang meninggal atas sebab sebab lain misalnya sebab masaalah jantung yang tiba-tiba stop, dengan lain kata keadaan jenazah maih dalam keadaan sangat baik. Adakah masih kena balut dengan lapisan-lapisan plastik?

Okey lah mungkin sebab terpaksa ikut garis panduan yang telah ditetapkan...jadi terpaksa ikut ajelah ke??

Saya tidak pasti bagaimana cara pengurusan jenazah dikalangan pesakit HIV diMalaysia pada hari ini, adakah telah ada perubahan? Adakah masih disimbahkah dengan bahan yang berbau cloroc? Jika beberapa tahun dulu saya pernah baca kisah mengenai jenazah pesakit HIV yang terbujur di ruang masjid untuk disembahyangkan masih kuat berbau bahan seperti cloroc, sehingga boleh mendatangkan aib.

Mungkin sekiranya ada pembaca yang mengetahui prosedur mandi jenazah dikalangan pesakit HIV/AIDS diMalaysia boleh terangkan dan tinggalkan komen dalam ruang dibawah nanti. Saya sekadar hanya ingin tahu...:) - NAJMI

*entri ini kemungkinan hanya sementara, mungkin akan dideletekan nanti. bergantung pada keadaan.



16 comments:

  1. Saya telah melakukan hubungan seks dengan seorang pelacur laos yang bekerja di thailand minggu lepas,saya pakai kondom,tapi saya menyesal selepas itu,saya bimbang dijangkiti hiv,saya pergi ke klinik dan melakukan test arini,dan keputusannya negative,adakah saya berisiko?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pakai kondom boleh mengelakkan diri seseorang itu dr dijangkiti hiv dan beberapa penyakit kelamin lain, sebab itu digalakkan memakai kondom. Tapi abang nasihatkan sebaiknya janganlah melakukan aktiviti seperti itu lagi takut ketagih, hari ni pakai mana tahu esok lusa tak sedap pulak bila pakai, bila dah ketagih nanti kalau kahwin tak puas dengan seorang isteri mesti nak cari yang lain, so cepat2 lah kahwin bagi mengelak dosa.

      Delete
  2. Salam bg najmi, rasa simpati sgt pada mayat. Tgk video ni pun bleh buat kita pk byk kali utk elak maksiat. Cuma kekadang rasa kesian pada plu muda (student U) yg saya jumpa dikelab, klau kita suggest guna komdom, byk plak alasan tak mau guna. Mungkin thap pengetahuan gol.muda msih rendah ttg hiv. Sayang sgt masa depan gol. Muda yg terpaksa berdepan risiko hiv.

    ReplyDelete
    Replies
    1. "Tengok video ini pun boleh buat kita fikir banyak kali untuk elak maksiat"

      Salam Jazzlee, itu antara point utama abang share video ni dalam blog, sebab insyaallah akan terbit dikalangan kita menghindari maksiat lepas tonton video ni, abg share sebab ada sebuah blog "gay" yang kongsikan update terkini entri abg dalam blog mereka, so bilangan gay yang kunjungi blog tu agak ramai, niat nak sebarkan video ini pada mereka agar mereka dapat berfikir

      Berbalik kepada jazzlee mudah2an bahagia dengan perkahwinan yang didirikan...dah ada tanda2 dpt anak tak????

      *teringin jugak nak tahu perkembangan saudara RON, yang kisahnya pernah disiarkan dalam blog ni dulu..

      Delete
  3. Saya lelaki tetapi lebih selesa jadi lesbian...pelik tapi benar.tolong daya please

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tolong jelaskan lagi?
      Lelaki lebih selesa jadi lesbian atau wanita yang berperwatanan lelaki yang lebih selesa bergaul dwngan lesbian maksudnya sworang lelaki yang lebih selesa jadi gay?

      Delete
    2. Saya dilahirkan sebagai lelaki...saya telah ubah diri saya daripada lelaki kepada perempuan...saya lebih selesa menjalankan hubungan sex sebagai lesbian daripada straight....saya telah lama ambil pil hormon untuk tumbuh dada dan sebagainya....pelik tak tapi itu hakikatnya.....

      Delete
    3. Saya minat sangat ruby rose

      Delete
    4. Saya pernah hampir diliwat oleh seorang pakcik gay tapi saya berjaya selamatkan diri...saya menjadi trauma sangat2 dengan kejadian tu....saya jadi trauma dengan semua lagi....saya menjadi paranoid dan benci semua laki...say pernah hampir cuba untuk toreh muka saya....saya berpendapat bahawa muka saya menjdi punca sehingga buat laki2 suka tengok saya dan membawa fitnah....saya ambil pil hormon sepenuhnya dan jadi seorang wanita....dan kini saya menjadi seorang lesbian dan saya x menyesal dengan tindakan saya

      Delete
    5. Memang pelik. Dari seorang lelaki yang semestinya berminat pada kaum wanita tetapi mengubah diri menjadi wanita untuk menjadi seorang lesbian. Tapi semuanya tidak mustahil didunia ni lagi.

      Setahu abang masih terdapat lelaki yang normal yang sado tetapi ada dikalangan mereka ini suka pakai pakaian wanita seperti pakaian dalam wanita, teringat masa abang kerja berdekatan dengan Pengkalan Tentera Laut Diraja Malaysia di Lumut dulu-dulu, ada kalangan askar sado yang beli pakaian dalam wanita dan kata mereka, mereka lebih suka pakai seluar dalam wanita daripada seluar dalam lelaki.

      Tidak pasti apa yang saudara fikirkan dulu, mungkin dalam hati saudara sememangnya sudah ada keinginan untuk mengubah penampilan diri, mungkin saudara berperwatakan lembut, berkulit halus, mulus, cantik dan sangat menarik sehingga sesiapa sahaja (lelaki) yang memandang saudara mungkin menyangka saudara "adik-adik" yang suka pada kaum sejenis, tetapi hakikatnya saudara adalah seorang lelaki normal.

      Jika tanya abang, sayangnya saudara mengubah diri menjadi wanita, saudara sebenarnya masih boleh mengubah diri menjadi lebih lelaki lagi, mungkin boleh ke gym, bina otot, ubah penampilan abang yakin saudara boleh menjadi seorang yang sangat kacak, handsome dan pasti ramai wanita normal diluar sana yang akan tergila-gila kan saudara.

      Mengubah diri dengan mengambil pil hormon untuk menjadi wanita sepenuhnya pada abang adalah satu kesilapan yang telah saudara buat, alangkah baiknya jika saudara kekal sebagai seorang lelaki.

      Jika diselak dibaca berkaiatan perbuatan mengubah diri menyerupai kaum lawan jenis dalam bab agama islam juga adalah salah dan berdosa. Abang tidak mahu galakkan saudara untuk terus hidup sebagai wanita.

      Nasihat abang, saudara cuba hentikan diri dari terus mengamalkan hormon, hentikan dari terus menjadi wanita, jika boleh ubahlah kembali kepada perwatakkan seorang lelaki, kemudian carilah teman hidup wanita normal dan berkahwin.

      Saudara sangat beruntung kerana dilahirkan seorang lelaki mempunyai nafsu seorang lelaki yang menyukai seorang wanita. Bayangkan ramai lelaki diluar sana contohnya seperti abang ni nak sangat agar hati ini menyukai wanita, berkahwin tapi tidak berkemampuan kerana tidak ada langsung nafsu pada wanita.

      Ubahlah perlahan-lahan kepada yang asal, peristiwa hampir diliwat itu sebaiknya cuba lupakanlah. Hanya hampir diliwat sahajakan bukannya telah diliwat, jika dah diliwat lain pulak ceritanya. Ramai lagi insan diluar sana yang mengalami pengalaman yang lebih teruk daripada apa yang saudara alami. Cuba baca kisah NURUNN dalam blog ini, ada juga kisah dalam blog abang mengenai seorang pemuda yang telah diliwat semasa tidur (diberi dadah mungkin juga ubat tidur) sehingga disahkan positif HIV.

      Jangan jadikan kisah lalu penyebab untuk saudara meniti ke jalan yang tidak diredhai oleh Allah swt. - NAJMI

      Delete
  4. Rasanye tiade beza yg ketara sama ada si mati hiv atau tdk..
    Pengalaman saya yg melihat jenazah diuruskn secara bermaruah di hospitl sg buluh.
    Pihak hosp more or less akn mklumkn pada next of kin what to do next.
    Diberinya no phne uztaz yg akn memndikn n menguruskn serta solatkn jenazah di ruangnya. Keluarga pon bole turut serta.
    Mengenai lapisan plastik tu i rsa sbg prosedur dan frankly i tak nmpk ape yg pelik sbb x nmpk pon. wajah jenazah masih dpt dilihat sebelum kain kapan ditutup..
    Cuma... Prosedur dia ketat sbb bersangkut paut adat org melayu yg suka membawa jenazah ke rmh walaupun tahu kes ni lain sikit tak boleh buat sama mcm org lain.
    Pengalaman saya urusknla jenazah cepat2 agar aib si arwah terpeliharA... Mengenai bau klorok tu.. Saya tk perasan plak..
    Jgn pikir sgtlah pasal tu ye.. What i can tell u is.. Its not as bad as u think.. Berserahlah pada Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam anonymous,

      Terima kasih banyak2 kerana memberi pandangan, saya juga sangat2 hargai apa yang saudara telah terangkan .....:)

      Delete
  5. Assalam abang, saya insan lemah yang pernah abang post artikel mengenai saya pada 1 January 2016 yang lalu.

    Semalam (21 January 2014) saya ke hospital kali pertama untuk appoinment Doctor sekaligus lihat result CD4. Alhamdulillah CD4 saya adalah 1372, oleh kerana masih tinggi doctor tak beri saya mulakan ubatan HAART, tetapi doctor tak buat ujian Viral Load dan saya jangkakan mungkin kementerian sekarang berhadapan dengan masalah kewangan, begitu juga doctor ada bagitau polisi untuk memulakan HAART awal pun disebabkan oleh kewangan kerajaan yang tidak baik sekarang.

    Cuma sekarang ni saya risau sebab saya belum start HAART apa yang saya boleh buat sebab saya ada membaca sebuah artikel mengatakan setiap masa Virus dalam tubuh saya akan membuat salinan pada setiap masa. jadi apa yang boleh saya buat untuk memastikan saya terus dalam keadaan yang baik sebab kata kawan beza orang yang CD4 lebih seribu tapi VL beribu-ribu beza dengan CD4 400 tapi VL undetected.

    Kata doctor plak kalau saya dah start HAART saya tidak akan boleh berpuasa sebab akan makan 2 kali sehari, saya pikir2 balik sayangnya tak berpuasa.

    Apa yang abang boleh cadangkan pada saya sekarang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Coming Soon Baca Entri

      "INSAN LEMAH - CD4 SAYA 1372 DAN TIDAK BUAT UJIAN VIROL LOAD. BAGAIMANA PULA DENGAN PUASA?"

      belum publishkan lagi nanti abang jawab dalam entri tu ya

      Delete
  6. 'Tengok video ini..,,,,,,,,,,,'
    Saya amat rasa terpukul sangat,
    Selalu baca kerana ada rasa unsur lucah, baru sedar pendeknya akal saya untuk mesej disebaliknya. Dangkal sungguh saya. Atau mungkin juga hati saya terlalu hitam hingga saya buta untuk "melihat".

    Moneyboykajang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Kita juga digalakan agar mengingati mati, sesuatu yang sangat pasti, semoga kita sama-sama beringat dan berubah menjadi lebih baik agar selamat kita semua didunia dan diakhirat. Jom solat Tahajud dulu...:)

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST