Saturday, 2 January 2016

SELEPAS SETAHUN DERMA DARAH BARU SEKARANG DIBERITAHU DARAH SAYA ADA HIV


Salam abang najmi.

Saya terbaca entry ni (disini). Saya ada sedikit pertanyaan. Saya telah menderma darah pada tahun lepas. Kemudian selepas setahun darah saya diderma, baru sekarang saya mendapat tahu bahawa ujian saringan ke atas darah saya adalah positif. Sekarang saya dikhendaki buat test darah semula untuk confirmation. Adakah ianya masih positif atau negatif?

RVD katanya. Saya memang pernah terlibat (dalam aktiviti seks) tapi berlaku beberapa bulan sebelum saya menderma darah tapi saya tidak pasti akan darah pasangan saya itu. Saya takut memikirkan. Untuk pengetahuan abang Najmi saya sudah pun buat ujian darah sekali lagi seperti yang disuruh dan sekarang saya tengah tunggu keputusannya. 

Ya Allah. Takutnya. Saya tidak sangka sudah setahun kenapa baru sekarang diberitahu.  Harap abang balas. Saya harap semuanya selamat  - Fri, Jan 1, 2016 at 11:56 PM

INSAN RISAU


Salam,

Abang tidak pasti kenapa pihak berkenaan mengambil masa selama setahun baru nak informkan pada saudara mengenai kemungkinan darah saudara ada HIV, sama ada mereka telah beritahu melalui surat atau telepon tetapi saudara yang tidak terima, atau darah yang diderma itu disimpan terlebih dulu, dan apabila nak digunakan barulah ujian dijalankan keatas darah berkenaan, itu abang tidak pasti. Selama ini yang abang tahu setiap darah yang diderma akan diuji terlebih dulu sebelum disimpan (sekiranya ada kalangan pembaca yang mengetahui mengenai masaalah ini, boleh tolong terangkan mengenainya didalam ruang komen dibawah ini.

Dan abang harap saudara juga boleh beritahu pada pasangan seks saudara mengenai masaalah ini. Jika saudara hanya melakukan hubungan dengan seorang pasangan sahaja bermakna jika benar saudara telah dijangkiti HIV, saudara mendapatnya dari satu-satunya pasangan saudara itu. Bermakna dia juga pembawa. Dia perlu diberitahu supaya dia boleh mengambil langkah berhati-hati atau lebih baik dia juga jalani ujian darah bagi memastikan status tepat dirinya Tapi jika saudara melakukan dengan ramai pasangan, susah sikit hendak mengensa dari mana saudara dapat.

Walau bagaimana pun abang harap saudara bertenang dan sabar menanti ujian darah terkini itu. Tidak mustahil juga boleh berlaku kesilapan ketika ujian di makmal (human error). Tetapi sekiranya benar saudara positif, usah lah risau kerana dengan rawatan yang ada sekarang kita PLHIV boleh hidup dengan sihat seperti orang lain. Yang penting jangan ambil masa lama untuk rasa menyesal, susah hati atau stress. Bangun segera, kerana mendapat HIV mungkin merupakan permulaan yang baru dan lebih baik dalam hidup kita.

Tetapi sekiranya negatif, alhamdulillah. Abang doakan yang terbaik buat saudara. Dibawah ini saya share maklumat mengenai prosedur ujian darah yang telah didermakan; - NajMi



Pengenalan

Langkah pertama untuk mengurangkan risiko pesakit daripada dijangkiti penyakit berjangkit menerusi transfusi darah adalah memilih penderma darah yang menderma secara sukarela, tidak berbayar (voluntary and non-numerated), serta memilih penderma yang tidak mengamalkan atau tidak terdedah kepada cara hidup yang berisiko tinggi berbanding dengan memilih penderma darah dari ahli keluarga pesakit atau penderma darah gantian.

Akan tetapi, dengan mengamalkan pemilihan penderma darah yang ketat serta berhati-hati ini, masih terdapat segelintir penderma darah yang dijangkiti penyakit berjangkit seperti HIV dan lain-lain penyakit yang boleh berjangkit melalui transfusi darah. Maka, ujian makmal yang ketat dan sistematik perlu dijalankan ke atas darah yang didermakan bagi memastikan bekalan darah adalah sentiasa selamat untuk digunakan oleh pesakit.


Apa Ujian Yang Dijalankan?

Ujian-ujian makmal yang perlu dijalankan ke atas darah yang didermakan oleh penderma darah adalah seperti berikut:

1. Ujian Kumpulan Darah (ABO dan Rh)

2. Ujian Saringan Serologi (Serology Screening) terhadap penyakit berjangkit seperti HIV (Human Immunodeficiency Virus)Hepatitis B virus (HBV)Hepatitis C virus (HCV) dan Syphilis

3. Ujian Saringan NAT (Nucleic Acid Testing) terhadap HIV, Hepatitis B virus dan Hepatitis C virus (bagi makmal yang mempunyai kemudahan ujian ini)

4. Ujian saringan terhadap penyakit berjangkit yang lain sekiranya didapati perlu


Bagaimana Pensampelan Dibuat?

Untuk melakukan ujian kumpulan darah (ABO dan Rh), sebanyak 6 ml darah perlu dikutip dalam tiub ujian darah K2EDTA. Manakala untuk melakukan ujian saringan dan pengesahan terhadap penyakit berjangkit, dua sampel tiub 8 ml darah setiap sampel perlu dikutip dalam bekas K2EDTA yang bergel.

Setiap sampel darah yang diambil akan dilabel dengan nombor pengenalan yang unik atau khas bagi setiap sampel yang berbeza dan selalunya mengikut nombor barkod pendermaaan darah tersebut. Pensampelan darah akan dilakukan oleh jururawat atau doktor atau phlebotomist di lokasi pendermaan. Sampel darah akan dikutip ke dalam tiub ujian darah melalui beg darah yang diambil melalui salur darah vena di lengan penderma darah.


Di Mana Ujian Dijalankan?

Sampel darah yang dikutip di lokasi pendermaan darah (sama ada di pusat darah atau ketika sidang perdermaan darah bergerak atau mobile) akan dihantar balik ke pusat darah untuk ujian darah selanjutnya.


Kenapa Ujian Makmal Dijalankan?

1. Ujian Kumpulan Darah (ABO dan Rh)
Ujian ini dijalankan bagi menentukan kesesuaian jenis darah supaya pesakit yang menerima darah tidak bertindak balas terhadap darah yang di pindahkan (transfusion adverse effect).

2. Ujian Saringan Serologi
Ujian ini dijalankan untuk mengesan kehadiran antibodi terhadap jangkitan HIV, HBVHCV atau Syphilis yang boleh menyebabkan penerima darah mendapat jangkitan kuman atau virus tersebut.

3. Ujian Saringan NAT (Nucleic Acid Testing)
Ujian ini dijalankan bagi mengesan kehadiran virus itu sendiri dengan mengesan bahan genetik (genetic material) sama ada DNA atau RNA. Ujian ini lebih sensitif berbanding ujian serologi dan dapat mengesan lebih awal daripada ujian saringan serologi. Ini adalah kerana antibodi mengambil masa yang lebih lama untuk dikesan berbanding dengan ujian NAT terutama dalam masa “window period”. Walau bagaimanapun, ada ketika di mana kehadiran virus terlalu rendah (low viral load) ujian NAT tidak dapat dikesan tetapi dapat dikesan secara ujian serologi.


Ujian Kumpulan Darah

Ujian kumpulan darah (ABO dan Rh) perlu dijalankan terhadap setiap penderma darah kerana kita perlu mengetahui kumpulan darah (ABO dan Rh) bagi setiap beg darah yang telah didermakan supaya hanya beg darah yang sesuai sahaja akan dibekalkan kepada pesakit yang memerlukannya. Contoh jadual di bawah menunjukkan:

1.      Penderma darah yang jenis darah O boleh memberikan darah kepada semua pesakit jenis darah O, A, B dan AB.

2.      Penderma darah yang jenis darah A hanya boleh memberikan darah kepada pesakit jenis darah A dan AB.

3.      Penderma darah yang jenis darah B hanya boleh memberikan darah kepada pesakit jenis darah B dan AB.

4.      Penderma darah yang jenis darah AB hanya boleh memberikan darah kepada pesakit jenis darah AB sahaja.

Pesakit yang darah jenis Rh Negatif hanya boleh terima darah jenis Rh Negatif sahaja dari penderma darah. Manakala pesakit yang darah jenis Rh Positif boleh terima darah jenis Rh Positif dan Rh Negatif dari penderma darah.


Ujian Saringan Serologi

Ujian saringan serologi (serology screening) dijalankan bagi mengesan penyakit berjangkit seperti berikut:

- HIV (Human Immunodeficiency Virus)

- Hepatitis B virus (HBV)

- Hepatitis C virus (HCV)

- Syphilis

Ujian ini dijalankan bagi mengesan kehadiran antibodi yang dikeluarkan oleh seseorang yang dijangkiti oleh penyakit-penyakit seperti yang dinyatakan seperti di atas. Dimaklumkan juga penghasilan antibodi mengambil masa dan berbeza di antara individu yang dijangkiti. 

Sebagai contoh, bagi kejangkitan HIV, antibodi yang dihasilkan adalah antara 11 – 22 hari dari tarikh jangkitan. Masa ini dikatakan waktu “window period” bagi kejangkitan HIV. Bagi kejangkitan HBV, tempoh masa pengesanan oleh ujian saringan serologi adalah antara 34 – 59 hari, manakala bagi kejangkitan HCV adalah antara 23 – 82 hari.

Ujian pengesahan atau “confirmation” bagi kes-kes yang reaktif di peringkat ujian saringan serologi perlu dijalankan kerana ujian serologi kadangkala memberi reaksi atau tindakan palsu atau “false reactive”. Ini disebabkan ujian saringan adalah terlalu sentitif dan bagi menentukan semua penderma yang dijangkiti tidak terlepas daripada dikesan pada peringkat ujian saringan serologi.


Ujian Saringan NAT

Ujian Saringan NAT (Nucleic Acid Testing) dijalankan bagi mengesan kehadiran virus itu sendiri (pengesan bahan genetik samada RNA atau DNA). Antara virus yang dikesan ialah jangkitan HIV (RNA)HBV (DNA) danHCV (RNA).

Dengan adanya ujian NAT ini, darah akan lebih selamat kerana ia dapat mengesan lebih awal atau dapat mengesan dalam masa “window period” yang mana tidak dapat dikesan oleh ujian saringan serologi.

Tempoh masa bagi mengesan kehadiran virus secara ujian NAT adalah seperti berikut:

- Kejangkitan HIV dapat dikesan dalam tempoh 5 hari dari masa kejangkitan (pengurangan lebih daripada 50% dari masa pengesanan secara ujian serologi)

- Kejangkitan HBV, ujian NAT dapat mengesan dalam masa 15 hari (pengurangan lebih daripada 40% dari masa kejangkitan yang dikesan secara ujian serologi

- Kejangkitan HCV adalah dalam tempoh 3 – 5 hari (pengurangan lebih daripada 70% dari masa yang dapat dikesan melalui ujian serologi)

Walau bagaimanapun, adakalanya ujian tidak dapat mengesan kerana kehadiran virus yang terlalu rendah atau kehadiran virus yang tidak menentu (fluctuate) terutama bagi pesakit yang menghidapi jangkitan peringkat kronik. Oleh yang demikian, ujian saringan darah perlu dijalankan secara serentak iaitu ujian saringan secara serologi dan NAT bagi menentukan darah yang dibekalkan adalah selamat.


Siapa Yang Menjalankan Ujian?

Pegawai yang berkelayakan dan terlatih iaitu Juruteknologi Makmal Perubatan (JTMP) dan Pegawai Sains yang kompeten sahaja akan menjalankan ujian kumpulan darah (ABO dan Rh) dan ujian saringan penyakit berjangkit ke atas darah yang didermakan oleh penderma darah.


Bagaimana Untuk Mengetahui Keputusan Ujian?

Sekiranya keputusan ujian makmal adalah normal (ujian saringan penyakit berjangkit ialah non-reaktif), maka kuputusan ujian akan dimaklumkan oleh pegawai perubatan kepada penderma darah semasa temujanji atau sesi pendermaan darah berikutnya.

Sekiranya keputusan ujian makmal tidak menggalakkan (ujian saringan ialah reaktif dan ujian pengesahan ialah positif terhadap penyakit berjangkit), maka penderma darah akan dihubungi oleh panggilan telefon supaya membuat temujanji segera dengan pegawai perubatan.


Implikasi Jika Keputusan Ujian Tidak Menggalakkan

Penderma darah tidak dibenarkan menderma darah untuk sementara waktu atau selama-lamanya (bergantung kepada keadaan atau hasil ujian pengesahan "confirmatory") dan akan diberi kaunseling dan rawatan bersesuaian oleh pegawai perubatan atau pakar perubatan.


Rujukan
1.Testing of donated blood. Retrieved August 13th 2013, fromhttp://www.who.int/bloodsafety/donation_testing/en/
2. Brecher, M.E. (Ed.). (2005). AABB Technical Manual 15th edition. Maryland: S. Karger AG
3.Transfusion Practice Guidelines for Clinical and Laboratory Personnel, 3rd edition March 2008. Retrieved August 13, 2013, from http://www.pdn.gov.my/pdn/index.php?option=com_flippingbook&view=book&id=4&page=1&Itemid=236&lang=en

Sumber: sini



4 comments:

  1. Abg najmi.. mana nak cari test kit tu ye ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba2 tanya kat mana2 farmasi sebab ada pembaca yang beli difarmasi2 luar, atau melalui online...

      Delete
  2. Sy prnh menderma darah sbyk 3x dan yg last skali didapati sy ada hiv+ sedangkn sy tidak prnh melakujan aktiviti yg blh menyebabkn hiv+. Semasa sy pg temujnji dia ada ambil darah utk ujian hiv. Skrg sy tgh tggu result. Sy msh keliru dan gelisah. Adakah betul sy ada hiv+?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Human erorro, mungkin ada kesilapan masa ujian pada darah yg diderma sebab itu, sebab itu perlu adakan ujian ke 2 dan mungkin ke 3 bagi mengesahkan sama ada benar keputusan positif itu.

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST