Saturday, 2 January 2016

INSAN LEMAH - PADA 1 JAN 2016, SAYA TERIMA RESULT REACTIVE HIV

photo hanya hiasan - osocio.org 
Salam bang,

Pada 21 december 2015, hari itu saya tergerak hati untuk pergi keklinik kesihatan sebab saya kencing sakit tapi tidak keluar nanah atau apa-apa. Lepas tu doctor cadangkan agar saya untuk buat test HIV, Hep dan siplis. Tapi malangnya klinik tersebut suruh saya datang semula pada 2 february 2016 depan, tarikh tu sangat lama bagi saya untuk menunggu. 

Saya sangat risau lalu pada 28 december 215 saya pergi ke BP health setelah saya baca di blog abang, dan pada 1 january 2016 saya dapat resultnya, saya sangat sedih dan hati hancur setelah tengok result bacaan dua ujian HIV ag/ab combo dan elisa test saya reactive HIV, saya sampai sekarang tidak tentu arah. Tapi dalam lab test tu tidak dinyatakan kiraan CD4 dan sebagainya. 

Soalan saya.
1. Macam mana saya nak mempercepatkan proses pengubatan saya sedangkan klinik kesihatan yang saya pergi tu suruh saya datang pada 2 februari sedangkan saya risau jika lambat ambil ubat. Boleh ke saya bawa result BP lab tu dan minta doctor percepatkan proses HAART saya.
2. Boleh tidak saya dapat berhubung terus dengan abang, saya rasa tidak ada tempat mengadu dah.
3. Lately saya rasa lemah, saya tidak pasti sama ada sebab saya stress atau kesan HIV, kadang-kadang saya langsung tidak ada selera nak makan. - Sat, Jan 2, 2016 at 7:52 PM


 Insan LEMAH 


Salam INSAN LEMAH,

Mungkin sebab saudara ada melakukan beberapa ujian lain seperti Hep dan siflis, menmyebabkan keputusan lambat keluar kerana ianya perlu diproses dimakmal hospital. Jika hanya ujian HIV menggunakan HIV Kit keputusannya hanya dalam beberapa minit sahaja.

Okey disebabkan keputusan ujian di BP Lab menunjukkan yang saudara positif HIV, abang nasihatkan bawa surat keputusan berkenaan ke hospital besar. Saudara boleh tanya pada mana-mana petugas dimana terletaknya klinik rawatan bagi pesakit HIV (klinik bagi penyakit berjangkit). Bila dah jumpa bilik berkenaan, ketuk dan jumpa serta beritahu pada nurse yang bertugas dibilik berkenaan. Dan dari situ abang percaya pihak klinik akan melakukan sekali lagi ujian darah bagi memastikan yang saudara benar-benar ada HIV untuk simpanan klinik.

Ujian bagi CD4 jika dilakukan di klinik swasta seperti BP Lab atau Gribble mereka kenakan bayaran sekitar RM180, manakala ujian bagi bacaan jumlah kuman dalam darah atau Virol Load dikenakan sekitar RM330. Boleh sahaja jika saudara berkemampuan untuk membuat ujian berkenaan di klinik atau hospital swasta. Tetapi ujian bagi CD4 dan Virol Load di hospital kerajaan adalah percuma. Mungkin ujian berkenaan hanya akan dilakukan sekali dalam setahun bagi setiap seorang penghidap HIV yang masih sihat. Ambil darah juga percuma, senang kata segala yang berkaitan dengan pesakit HIV adalah percuma di hospital kerajan termasuk ubatan peringkat pertama. 

Apabila saudara telah mendaftar diri di hospital kerajaan (klinik yang merawat pesakit HIV) barulah mereka akan buat ujian CD4 dan mungkin juga ujian Virol Load bergantung pada kebijaksanaan doktor yang merawat. Kiraan CD4 mungkin akan dibuat sebab hanya melalui ujian CD4 barulah doktor boleh membuat keputusan sama ada saudara perlu atau tidak memulakan rawatan HAART. Untuk pengetahuan saudara dan pembaca lain, jika kiraan CD4 kita telah berada sekitar 300, kita akan disarankan untuk memulakan HAART. Tidak perlu makan jika CD4 kita masih tinggi (bilangan CD4 bagi mereka yang sihat/tidak menghidap HIV sekitar 500-1000)

Saudara rasa lemah dan tidak ada selera makan......pada pandangan abang ianya mungkin disebabkan stress, sebab saudara penat, bimbang serta takut bila memikirkan mengenai keputusan HIV saudara yang positif itu. Penat berfikir, rasa abang itu penyebabnya. Cuba bawa bertenang, cuba kawal diri, cuba berfikiran positif, nanti semuanya akan kembali seperti biasa.

Saudara boleh tinggalkan alamat email saudara didalam ruang komen entri ini, nanti abang check (abang tidak akan publiskan alamat emil berkenaan) insyaallah abang akan hubungi saudara, atau boleh berhubung dengan saudara Luka Rafieqa;

Luka Rafieqa Officially Page
http://www.facebook.com/lukarafieqa

Beliau pernah berkhidmat di Majlis AIDS Malaysia (MAM) dan PT Foundation.
Sukarelawan Yayasan Salam Malaysia, Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Amal Firdausi (PAFI) Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM), Fasilitator, dan HIV/AIDS Educator.

Phone 017-311 0306
Email lukarafieqa@gmail.com
Facebook Luka Rafieqa
Website http://lukarafieqa.blogspot.com






13 comments:

  1. Najmi, mengikut garis panduan WHO sekarang rawatan HAART perlu diberikan segera selepas seseorang itu didapati positif hiv.

    Sebabnya kajian membuktikan mereka yg mulakan rawatan awal selepas disahkan positif dapat menjalani hidup yg sihat seperti mereka yg negatif. Ini kerana virus hiv tidak membentuk saiz dormant yg besar dalam sel T4 seseorang yg positif itu.

    Di UK mereka mengikuti garis panduan WHO yg terbaru tersebut. Nasihat saya kepada saudara yg baru dapati diri positif hiv mohon dapatkan rawatan segera. Jangan biarkan virus hiv musnahkan sel T4 anda dan wujudkan saiz dormant yg besar dalam immune system anda.

    Rawatan haart yg ada sekarang sangat berkesan untuk mengawal virus hiv agar tidak memusnahkan immune system.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhh ya saya pun ada baca berkenaan garis panduan WHO mengenai rawatan HAART yang perlu diberi serta merta..cuma saya tidak pasti adakah negara kita telah mula mengikut garis panduan berkenaan...Terima kasih kerana mengingatkan saya...almaklum lah dah semakin tua, ingatan pun dah kureng.....:)

      Delete
  2. Insan lemah, saya faham perasaan awak. Memang ujian ini sangat berat. Tapi saya yakin awak boleh lalui ujian ini.

    Awak jangan risau sbb rawatan yg ada sekarang ini sangat berkesan untuk mengawal virus hiv. Kalau awak patuh kpd rawatan yg diberikan misalnya makan ubat on time insya allah awak akn dapat jalani hidup mcm insan negative yg lain.

    Ubatan haart yg ada sekarang juga sgt minimum kesan sampingannya. Untuk maklumat awak juga saintis di US semakin hampir menemui 'functional cure' kpd hiv. Ramai pihak meramalkan cure kpd hiv akn ditemui dlm tempoh 5-10 tahun lagi. Sehingga saat itu awak makan ubatan dulu yer dan kalau boleh dapatkan doktor terbaik untuk hiv. Saya doakan kesihatan awak.

    ReplyDelete
  3. pls email sye abg fikrishahb4andnow@gmail.com sye ade jgk follow blog abg.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Najmi. Moga sihat2..
    Alhamdulillah telah aktif semula.. ramai yg bertanya perihal Najmi pada saya.ini nk bgtau. Rumah perlindungan PLhIV saya telah siap sepenuhnya utk Mak Nyah dan Gay Muslim. PERTUBUHAN AMAL FIRDAUSI KUALA LUMPUR SELANGOR. BERLOKASI di Bandar Baru Ampang Selangor. Apa2 boleh klien boleh terus contact saya.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Najmi. Moga sihat2..
    Alhamdulillah telah aktif semula.. ramai yg bertanya perihal Najmi pada saya.ini nk bgtau. Rumah perlindungan PLhIV saya telah siap sepenuhnya utk Mak Nyah dan Gay Muslim. PERTUBUHAN AMAL FIRDAUSI KUALA LUMPUR SELANGOR. BERLOKASI di Bandar Baru Ampang Selangor. Apa2 boleh klien boleh terus contact saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Luka, saya sihat2 aje
      Mungkin nanti saya boleh uar2kan lagi mengenai Rumah perlindungan PERTUBUHAN AMAL FIRDAUSI ni ...insyallah..nanti saya try google kut2 ada maklumat lain mengenai rumah perlindungan ni.....:)

      Delete
  6. insan lemah,
    sy buat rapid test pun 4/1 & skang tgh tgy keputusan pengesahan hiv pd 19/1 dr klinik kerajaan..mmg rasa lama sgt menunggu dlm keadaan condition body yg x menentu..nasihat sy..solat & zikir byk..mengucap byk2..insyaAllah awk akan rasa tenang sķit

    ReplyDelete
  7. insan lemah,
    sy buat rapid test pun 4/1 & skang tgh tgy keputusan pengesahan hiv pd 19/1 dr klinik kerajaan..mmg rasa lama sgt menunggu dlm keadaan condition body yg x menentu..nasihat sy..solat & zikir byk..mengucap byk2..insyaAllah awk akan rasa tenang sķit

    ReplyDelete
  8. Anonymous,mcm mana nk hubungi Abg yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dinabah, tanya aje dalam ruang komen disini..kalau ada email pun abg jarang check...Abg tak akan beri tapi kalau Dinabah jumpa email abg...boleh aje send email..:)

      Delete
  9. Assalamualaikum En najmi,

    Saya nk minta pandangan En najmi mengenai status saya.. Saya telah melakukan perkara yg x sepatutnye minggu lepas.. Saya telah melakukan oral seks dgn seorg perempuan dan xtahu status kesihatan nye.. Manakala saya memang xde Penyakit hiv.. Perempuan tu ada menelan air mani saya.. Soalan saya adakah saya boleh di jangkiti hiv.?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Risiko besar adalah pada wanita tersebut untuk dijangkiti HIV sekiranya saudara ada HIV lah dan ada pulak luka dalam mulut wanita itu. Sebabnya dia telan air mani saudara. Tapi saudara hanya memberi, risiko saudara dijangkiti sangat rendah mungkin zero peratus. Wallahuallam

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST