Sunday, 17 January 2016

PADA 12 JAN 2016, TERGERAK HATI BUAT UJIAN DARAH. SAYA DISAHKAN POSITIF HIV

photo hanya hiasan

Assalamualaikum. Abang Najmi. 
Sejak sebulan lalu, selera makan saya makin berkurang. Dan setiap kali makan, mesti nak cirit birit. Saya mula perasan berat badan saya makin berkurang. Ramai yang tegur badan saya semakin susut. 

Jadi, pada hari selasa lepas, 12/1/2016, saya telah tergerak hati untuk ke kinik kerajaan, berjumpa doktor tentang masalah saya ini. Setelah berbagai soalan diutarakan, doktor ada sarankan saya buat ujian HIV (rapid test) dan saya telah disahkan positif. Perasaan saya ketika itu amatlah runsing, sedih, etc.. Hanya Allah yg mengetahui. Darah saya juga diambil untuk ujian sekali lagi. Dan tarikh keputusan juga telah ditetapkan pada 2/2/2016. 

Sejak hari itu sampai ke hari ini, saya rasa tidak bersemangat untuk berdepan dengan hari-hari mendatang. Terus memikirkan kalau-kalau nanti ahli keluarga dan rakan-rakan tahu tentang masalah kesihatan saya.

Sekarang pun, perut saya menunjukkan simptom yang tidak sihat. Lapar, tapi selera makan kurang. Terasa macam ada angin dalam perut. Kondisi saya sekarang, seakan lemah.
Saya cuma berharap, keajaiban berlaku dan sihat seperti sedia kala.

ANONYMOUS
Thursday, January 14, 2016 12:12:00 pm
sumber dari ruang komen didalam entri DISINI

Salam Anonymous
Selalu abang beritahu apabila mendapat HIV bukan penamat bagi segala-galanya, pada abang mendapat HIV mungkin merupakan satu permulaan kepada kehidupan yang lebih baik bagi diri kita samaada didunia mahupun diakhirat. 
Adalah normal bagi seseorang yang baru mendapat tahu diri telah dijangkiti HIV untuk merasa sedih, takut, tertekan, resah, bimbang serta fikir yang bukan-bukan mengenai masa depan hidup. Ianya adalah sementara insyaallah abang yakin saudara akan dapat menerima status saudara sebagai PLHIV dengan hati terbuka nanti. Abang harap jangan ambil banyak masa untuk melayan perasaan bimbang berkenaan.
Dah disahkan positif, jadi hendak tak nak kita kena terima dan cuba berfikiran positif juga. Yang penting sekarang saudara ikut nasihat doktor, jangan terlalu fikir mengenai pandangan orang lain buat masa ini. Jika saudara belum bersedia jangan beritahu pada keluarga atau rakan-rakan, rahsiakan aje buat masa ini. 
Abang tidak pasti saudara sekarang berada dimana sekarang, sebaiknya cuba berhubung dengan rakan PLHIV lain, cuba hubungi dengan Luka Rafieqa sebab Luka ada ramai kawan malah Luka ada secret group facebook kalangan PLHIV di negara ini, dari situ saudara boleh cuba kenal dan berhubung dengan mereka, bertukar-tukar pandangan dan pengalaman.

Luka Rafieqa Officially Page

Beliau pernah berkhidmat di Majlis AIDS Malaysia (MAM) dan PT Foundation.
Sukarelawan Yayasan Salam Malaysia, Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Amal Firdausi (PAFI) Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM), Fasilitator, dan HIV/AIDS Educator.

Phone 017-311 0306
Facebook Luka Rafieqa


Jika saudara nak tanya apa-apa kat abang boleh terus tinggalkan komen dalam ruang komen didalam blog ni, insyaallah abang akan cuba jawab. 

Saudara kata ada rasa simptom yang tidak sihat, lapar tapi selera makan kurang, badan lemah, semua itu abang boleh kaitkan dengan masaalah stress, tertekan apabila banyak berfikir sebab baru disahkan positif HIV kan. Sebab itu saudara perlu berbual, berhubung atau mendapat bantuan sokongan dari rakan-rakan senasib lain, apabila dah mendengar nasihat dari rakan senasib yang lebih berpengalaman insyaallah keadaan saudara akan berubah menjadi lebih baik dan positif. - NAJMI



4 comments:

  1. Assalamualaikum abang najmi, terima kasih kerana bagi respon.. Utk pengetahuan abang najmi, pada 3/2/2016 yg lepas, keputusan CD4 saya dah diketahui.. CD4 saya hanyalah 171 sahaja. Doktor syorkan saya memulakan rawatan haart. Sekarang saya dlm tempoh percubaan memulakan pil, vitamin, sbelum mulakan haart yg betul..
    Saya bimbang untuk memulakan haart, takut2 saya tak dpt berdisiplin tentang masa.. Kata doktor, kalau terlewat makan ubat, kesannya akan bertambah teruk, dan ubat haart tiada kesan lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Abg rasa semua orang yang akan mula rawatan haart akan fikir macam mana saudara fikirkan, takut lupa takut lewat makan ubat. Pada abang itu sesuatu yang normal, usah terlalu bimbang mengenai pekara itu. Yang penting pasang alarm pada handset, kalau rasa mungkin boleh lupa lagi beli jam yang ada alarm letak dimana2 tempat yang boleh sedarkan kita bila time waktu makan ubat.

      Abg dulu pun, mcm tu takut lupa makan, tapi percaya lah mula2 memang macam tu tapi lama2 nanti akan jadi biasa dan insyaallah tak akan lupa sebab ianya dah jadi rutin dalam hidup kita

      Yang penting jangan selalu sangat lupa makan atau lewat makan, atau sengaja tak nak makan, biasanya kalau selalu sangat tak makan atau suka2 bila nak makan itu yang boleh beri kesan.

      Usah risau latih diri makan vitamin tu dulu betul2...nanti beritahu abg dapat makan ubat yang sekali sehari atau 2 kali sehari k.

      Delete
  2. Assalamualaikum, abg najmi.. minta maaf sebab lambat update. saya dah mula rawatan haart 15/2/2016.. jenis ubat saya(lamivudine 150mg + Zidovudine 300mg) makan sebiji dua kali sehari, dan (Efavirenz 600mg), yg nie makan sebiji pada waktu malam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam, alhamdulillah..
      mudah2an segalanya dipermudahkan dan tak lupa2 makan ubat ya...

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST