Sunday, 17 January 2016

NOTA KECIL - APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI HIV/AIDS - BAHAGIAN 1/4

Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai HIV/AIDS - 1/4

Nota kecil ini ditulis sebagai panduan untuk mengetahui apa itu HIV/AIDS. Segala usaha telah dibuat untuk memastikan fakta dan statistik yang terdapat dalam nota kecil ini tepat dan terkini sehingga tarikh percetakan. - Oleh - Zamzuri Abdul Malik Majlis AIDS Malaysia 



Asas HIV dan AIDS 

1. Apa itu HIV? 
Singkatan dari Human Immunodeficiency Virus, HIV menyerang sistem pertahanan badan manusia dan mende dahkan seseorang kepada AIDS. 

   1. HIV hanya menyerang manusia 
   2. Tidak ada orang yang mati kerana dijangkiti HIV 
   3. Boleh diuji dengan Antibodi HIV 
   4. Virus yang boleh menyebabkan AIDS. 


2. Apa itu AIDS? 
Singkatan dari Acquired Immune Deficiency Syndrom, AIDS merupakan gejala sekumpulan penyakit yang menyerang sistem pertahanan badan manusia setelah seseorang itu dijangkiti HIV. Acquired Immune Deficiency Syndrome : Tidak diwarisi : Sistem pertahanan badan manusia : menjadi lemah : Kumpulan penyakit 


3. Apa beza HIV dan AIDS? 
HIV merupakan Virus yang menyerang sistem pertahanan badan manusia dan AIDS merupakan kumpulan penyakit hasil dari jangkitan HIV. 


4. Cara Jangkitan HIV. 
Terdapat tiga cara Utama iaitu : 

   a) Seks tanpa perlindungan dengan orang yang dijangkiti. 
Dalam kes ini, seks rambang bukan lah istilah yang tepat, kerana kita tidak mengkin mengetahui status seseorang sehingga ianya diuji. Jika seseorang itu mengadakan hubungan seks rambang dengan pasangan yang tidak dijangkiti, walau seramai mana sekalipun, dia tidak akan dijangkiti. 

   b) Perkongsian jarum suntikan yang tercemar dengan HIV. 
Penggunaan dadah secara oral tidak ada kene mengena dengan jangkitan HIV. Untuk HIV berjangkit hanya penggunaan dadah secara suntikan yang boleh memindahkan virus dari seorang ke seorang yang lain. 

 c) Dari ibu positif yang mengandung kepada anak yang dikandung sewaktu kandungan, sewaktu melahirkan dan sewaktu menyusukan. 

Ibu yang positif mempunyai 12% - 35% kemungkinan untuk menjangkitkan virus kepada anak yang dikandung. Dengan menjalani rawatan ARV, kemungkinan ini turun kepada 5% hingga 9%. Ibu ini kemudian harus menjalani pembedahan c-section dan kemungkinan ini boleh turun kepada 1% 

Terdapat juga cara-cara jangkitan yang lain iaitu pemindahan darah, permindahan organ dan kecederaan akibat jarum suntikan. 


5. Kita tidak boleh dijangkiti HIV melalui: 

   a) Gigitan nyamuk (atau pun kera atau binatang-binatang lain)
  b) Berkongsi kemudahan awam seperti kolam renang, telefon awam atau pun tandas awam atau pun tandas awam
  c) Tidur, makan, minum dan melakukan aktiviti-aktiviti seharian mahu pun sukan dengan mereka yang positif

Hakikatnya, HIV merupakan virus yang tersebar melalui darah (blood-borne virus) dan bukannya virus yang tersebar melalui udara (air-borne virus). Sekiranya darah yang mempunyai HIV tidak masuk ke dalam salur darah kita, maka jangkitan tidak akan berlaku) 


6. Cecair badan yang mempunyai konsentrasi HIV yang tinggi ialah : 
   a) Darah
   b) Air Mani
   c) Air Mazi
   d) Cecair Faraj
   e) Susu Ibu
   
Konsentrasi yang tinggi di sini bermaksud HIV boleh disebarkan melalui 5 cecair badan tersebut. Cecair badan lain seperti air kencing, peluh, air liur dan sebagainya juga mengandungi HIV tetapi konsentrasi virusnya rendah dan tidak boleh menyebarkan HIV. 


7. Bolehkah seseorang yang mempunyai HIV dibezakan dari bentuk fizikal? 
Tidak. Hanya dengan menjalani Ujian Saringan HIV status seseorang itu boleh diketahui. Bolehkan HIV hidup di luar tubuh manusia? 


8. HIV tidak boleh hidup lama di luar tubuh manusia dan akan musnah apabila terkena oksigen atau matahari. 


9. Bagaimana HIV berjangkit melalui seks oral? 
Risiko jangkitan melalui seks oral adalah sangat rendah. Ianya timbul sekiranya air mani atau cecair faraj pasangan yang dijangkiti masuk ke dalam mulut yang terdapat luka / rekahan / ulser. 


10. Bolehkah HIV dijangkiti melalui ciuman mulut (French kiss)? 
Mulut tetapi sehingga kini tiada kes jangkitan dilaporkan. Secara teori HIV dari darah boleh masuk ke mulut pasangan sekiranya ada luka/rekahan/ulser di dalam rongga 


11. Bolehkah HIV dijangkiti dengan menderma darah? 
Anda tidak akan dijangkiti dengan menderma darah kerana Peralatan pakaibuang yang digunakan juga sucihama. Jangan menderma darah sekiranya anda atau pasangan anda disyaki atau mengidap HIV. 


12. Perlukah saya dan pasangan saya menjalani ujian sebelum berkahwin? 
Mengetahui status pasangan sebelum berkahwin adalah lebih baik dari mengetahuinya selepas berkahwin. disarankan untuk anda dan pasangan menjalani Ujian Saringan sekurang-kurangnya setahun sekali. Walaubagaimanapun ini tidak menjamin yang anda atau pasangan bebas dari HIV selepas berkahwin. Adalah disarankan untuk anda dan pasangan untuk menjalani Ujian Saringan sekurang-kurangnya setahun sekali.



o Statistik 










No comments:

Post a Comment

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST