Sunday, 17 January 2016

NOTA KECIL - APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI HIV/AIDS - BAHAGIAN 3/4

Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai HIV/AIDS - 3/4
Oleh - Zamzuri Abdul Malik Majlis AIDS Malaysia 


Wanita dan HIV 

1. Sejak akhir-akhir ini jangkitan HIV di kalangan wanita di Malaysia didapati semakin meningkat. Mengapa HIV? 

   a. Kesedaran 
 i. Ramai rakyat Malaysia masih tidak mempunyai kesedaran mengenai HIV/AIDS 
 ii. Wanita masih mempunyai kesedaran yang rendah dan tidak mengetahui maklumat tepat mengenai HIV
 iii. Kesedaran mengenai Kesihatan Diri juga masih rendah. Ini tidak tertalkhluk kepada HIV sahaja tetapi termasuk Jangkitan Penyakit Kelamin (STI). Tidak ramai yang mahu menjalani ujian awal untuk mengetahui tahap Kesihatan diri. 

   b. Pengetahuan awal HIV. 
i. Pengetahuan mengenai HIV dan cara jangkitan masih rendah. Tidak ramai yang tahu tanda-tanda awal HIV
ii. Begitu juga apabila dijangkiti HIV ramai yang tidak tahu dan tidak menjalani ujian saringan. 

   c. Sosial Status 
i. Di Malaysia wanita masih dianggap sebagai “golongan kelas dua”. Pemerkasaan (empowerment) masih lagi rendah. Sebagai contoh, apabila wanita mengetahui suaminya positif, wanita masih tidak dapat melindungi diri dengan meminta suaminya memakai kondom. Harus sahaja mengikut cakap suami. 


Rumah Perlindungan 

1. Ada berapa rumah penlindungan HIV di Malaysia 
   a. Di bawah MAC kita mempunyai 14 rumah perlindungan di seluruh Negara 
   b. Senarai rumah perlindungan adalah seperti berikut : 

i. Faith Helping Centre (KL) – Lelaki, Wanita dan Kanak-Kanak 

ii. Casa Villa (Kuantan) - IDU

iii. Casa Non Kasta (Kuantan) – IDU 

iv. Nur City (Bachok) – Ibu Tunggal dan Kanak-Kanak

v. Shelter Homes – Lelaki dan Wanita 

vi. Rumah Solehah (Cheras) – Ibu Tunggal 

vii. Hospice (Batu Arang) – Lelaki 

viii. Rumah Solehah (Kg Pandan) – Ibu Tunggal 

ix.  Dignity 1 (Johor Bharu) – Lelaki 

x. Dignity 2 (Johor Bharu) – Wanita

xi. Wake II (Setapak) – Wanita 

xii. Wake I (Setapak) – Kanak-Kanak 

xiii. Wake III (Setapak) – Mak Nyah 


2. Berapa rumah ditaja oleh KPWKM 
a. Sejak tahun 2009, kesemua rumah telah ditaja oleh KPWKM. 


Rawatan & Sokongan Bantu 


1. Apakah rawatan yang sedia ada untuk membantu orang yang hidup dengan HIV? 
Rawatan yang sedia ada dikenali sebagai Highly Active Anti Retroviral Therapy atau HAART. Ianya merupakan pil yang dimakan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Dengan menjalani rawatan yang betul, maka imunisasi badan dapat ditingkatkan dan mereka yang positif boleh menjalani hidup seperti biasa. 


2. Bagaimanakah rawatan itu dapat membantu orang yang hidup dengan HIV? 
Ianya dapat membantu dengan meningkatkan system imunisasi badan dan membantu mereka yang positif menjalani kehidupan seperti mereka yang tidak mempunyai HIV. 


3. Apakah kepentingan jagaan dan sokongan kepada orang yang hidup dengan HIV? 
HIV merupakan serangan virus ke atas system pertahanan badan. Mereka yang positif HIV sangat mudah mendapat penyakit-penyakit yang berkaitan dengan kelemahan system imunisasi badan. Adalah penting mereka yang positif mendapat sokongan dan menjalani rawatan yang betul agar HIV tidak merebak sehingga memusnahkan terus system imunisasi badan dan membuatkan orang yang hidup dengan HIV sampai ke peringkat AIDS.  


Stigma dan Diskriminasi 


1. Apakah jenis stigma dan diskriminasi yang pernah dialami oleh orang-orang yang hidup dengan HIV? 
Stigma dan diskriminasi ini ruang lingkupnya cukup luas. Selain dari stigma dan diskriminasi (S&D) sosial, ada juga S&D di tempat kerja, keluarga, ekonomi dan hak asasi manusia. Mereka yang hidup dengan HIV seringkali melaporkan S&D sosial dan di tempat kerja. 


2. Apakah cabaran Majlis AIDS Malaysia dalam mengurangkan stigma dan diskriminasi terhadap orang yang hidup dengan HIV? 
   a) Tahap kesedaran masyarakat mengenai HIV/AIDS dan cara jangkitannya
   b) Polisi dan prosedur di tempat kerja yang masih belum menyokong usaha mengurangkan stigma dan diskriminasi
   c) Penglibatan media dalam memberikan mesej yang tepat mengenai HIV/AIDS kepada masyarakat 


Program 

Hari Memperingati AIDS Sedunia

a. Apakah Hari Memperingati AIDS Sedunia? 
Hari Memperingati AIDS Sedunia (IAMD) adalah sambutan sejagat bagi memperingati individu yang telah meninggal dunia akibat daripada penularan HIV/AIDS. IAMD merupakan suatu wacana yang dirangka untuk mendidik dan mengingatkan masyarakat tentang penularan HIV dan AIDS, mengetengahkan agenda HIV/AIDS kepada pihak berwajib dan mewujudkan ruang untuk diskusi terbuka tentang isu-isu yang berkaitan dengan rawatan, jagaan dan sokongan untuk Orang Yang Hidup Dengan HIV. 

Sejarah sambutan IAMD adalah seiring dengan epidemik HIV / AIDS global yang mula dikesan semenjak tahun 1980an. Aspirasi dan hala tuju IAMD turut disokong oleh pelbagai agensi antarabangsa seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Program Bersekutu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk HIV/AIDS (UNAIDS). 

Di peringkat nasional, sambutan IAMD anjuran Majlis AIDS Malaysia turut disokong oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan agensi-agensi keagamaan seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

Antara objektif IAMD pada tahun ini ialah untuk memperkukuhkan hubungan di antara pelbagai agensi kerajaan dan agama di Malaysia dalam memperluaskan keterlibatan ketua-ketua agama dalam isu HIV/AIDS di Malaysia. 


b. Mengapakah Majlis Hari Memperingati AIDS Sedunia diadakan di masjid?
Penganjuran IAMD 2009 di Masjid Wilayah Persekutuan merupakan titik tolak kepada kerjasama erat di antara Majlis AIDS Malaysia dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dalam inisiatif advokasi yang dikenali sebagai HIV dan Islam. Jalinan kerjasama ini diteruskan lagi melalui penganjuran pelbagai program kerjasama, seperti yang dilampirkan bersama emel ini. 

Untuk tahun 2010, Majlis AIDS Malaysia membawa IAMD ke negeri Terengganu Darul Iman, di mana majlis berkenaan telah dilangsungkan di Masjis Kristal, Taman Tamadun Islam Kuala Terengganu. IAMD Terengganu menerima sokongan penuh kerajaan Negeri Terengganu, Majlis Adat Istiadat dan Agama Negeri Terengganu dan juga JAKIM. 

Pengisian agenda kerohanian di dalam sambutan IAMD seperti bacaan tahlil dan yasin di dalam masjid, serta khutbah jumaat khas bertemakan HIV/AIDS yang disampaikan oleh para pemimpin agama tempatan pula adalah strategi lembut bagi mengajak umat islam untuk sama-sama memahami situasi sebenar penularan HIV dan AIDS di negara ini, dan mengajak smereka untuk mengikis stigma dan diskriminasi terhadap Orang Yang Hidup Dengan HIV. 


c. Mengapakah perlu kita memperingati mereka yang telah meninggal dunia akibat penyakit yang berkai tan dengan AIDS? 
Ibnu Majah telah meriwayatkabn sepotong hadith dari Ibnu Umar katanya, Rasulullah SAW bersabda:. “Mereka yang paling banyak mengingati mati dan paling baik amalannya untuk persiapan selepas mati, itulah mereka yang paling sempurna akalnya". Sebagai umat Islam mengingati mereka yang telah pergi itu dituntut supaya timbul keinsafan bagi mereka yang hidup. 


d. Apakah tema Hari Memperingati AIDS Sedunia dan apakah maksudnya? 
Tema pada tahun 2011 ialah Menyentuh Kehidupan. Ia bermaksud bahawa HIV dan AIDS sekarang tidak lagi bermakna kematian sebaliknya Kehidupan positif bakal memberikan peluang untuk mereka yang hidup dengan HIV untuk hidup seperti biasa. Malah dengan kemajuan perubatan, mereka yang menghidap AIDS juga boleh dirawat dengan baik. 


e. Apakah peranan Majlis AIDS Malaysia dalam Hari Memperingati AIDS Sedunia ini? 
Majlis AIDS Malaysia melancarkan program HIV dan Islam sebagai respon kepada trend penularan HIV/ AIDS yang tertumpu pada umat Islam berbangsa Melayu (70 % daripada jumlah kumulatif semenjak tahun 1986). Mesej utama yang cuba kami sampaikan melalui inisiatif HIV dan Islam adalah kesedaran di kalangan umat Islam bahawa HIV / AIDS itu adalah masalah sejagat yang mampu memberi kesan kepada segenap lapisan masyarakat, bukan sekadar terhad kepada komuniti terpinggir yang berada di luar sistem sosial aliran perdana (seperti komuniti pengguna dadah penyuntik dan pekerja seks sematamata). 

Kami mahu umat islam sedar bahawa masalah HIV dan AIDS, jika tidak dikawal secara efektif, boleh merayap masuk ke pangkuan masyarakat madani dan seterusnya meruntuhkan kemandirian ummah di Malaysia. 

Pendekatan yang kami cuba ajukan kepada para pemimpin agama ini adalah selari dengan matlamat Maqasid al Shariah yang menyatakan bahawa lima tunjang utama syariat yang perlu  dipertahankan demi memaksimakan kebajikan ummah adalah;

1) Memelihara agama 

2) Memelihara nyawa 

3) Memelihara akal 

4) Memelihara keturunan 

5) Memelihara harta. 


f. Apakah peranan JAKIM dalam menjayakan Hari Memperingati AIDS Sedunia tahun ini? 
Di kalangan para pemimpin agama ini, Majlis AIDS Malaysia cuba membina pemahaman tentang situasi sukar yang akan mereka hadapi apabila berdepan dengan isu-isu HIV/AIDS, terutamanya yang berkaitan dengan penularan di kalangan anggota komuniti terpinggir. Kami percaya komuniti ini pasti akan terpanggil untuk melakukan perubahan positif sekiranya mereka didekati secara lembut, dan mereka diberi peluang untuk memilih secara sukarela jalan hidup yang terbaik serta bebas daripada risiko penularan HIV/AIDS. 

Pendekatan ini telah dibuktikan keberkesanannya di dalam Program Mukhayyam anjuran JAKIM baru-baru ini yang telah berjaya memujuk golongan transseksual (Mak Nyah) untuk meninggalkan gaya hidup mereka dan menyertai program keusahawanan baru anjuran MARA dan juga penawaran peluang-peluang pekerjaan di bawah konsortium Dagang Halal yang dikelolakan oleh JAKIM. 


Sumber DISINI



No comments:

Post a Comment

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST