Sunday, 17 January 2016

NOTA KECIL - APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI HIV/AIDS - BAHAGIAN 2/4

Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai HIV/AIDS - 2/4
Oleh - Zamzuri Abdul Malik Majlis AIDS Malaysia 




Ujian Saringan HIV 


1) Di manakah seseorang boleh mendapatkan ujian HIV? Berapakah kosnya? 
Orang ramai boleh menjalani Uiian Saringan HIV di klinik-klinik dan hospital-hospital kerajaan dengan percuma. 


2) Berapa lamakah masa yang perlu diambil untuk menerima keputusan ujian HIV? Untuk Ujian Saringan HIV ianya hanya mengambil masa kurang dari 30 minit. Untuk Ujian Makmal HIV ianya mengambil masa kurang dari 3 bulan.


3) Berapa kerapkah seseorang itu perlu mendapatkan ujian HIV dan mengapa? 
Adalah disarankan untuk seseorang itu menjalani uiian HIV sekurang-kurangnya sekali dalam masa setahun. Ini kerana jangka waktu tingkap (window period) yang ada untuk HIV adalah selama 3 minggu ke 6 bulan. 
Jangka waktu tingkap adalah masa di mana antibodi HIV di dalam badan boleh dikesan. 


4) Apakah langkah-langkah yang patut diambil oleh seseorang yang mendapat keputusan/menerima diagnosa positif HIV? 
Apabila seseorang telah didiagnos oleh HIV adalah penting : 

  a) untuk mendapat maklumat tepat mengenai HIV. Ini boleh dilakukan melalui proses kaunseling dengan doktor di Bahagian Penyakit Berjangkit di hospital-hospital kerajaan atau menghubungi terus Majlis  AIDS Malaysia di talian +603 4045 1033 
   b) untuk berfikiran positif 
  c) untuk mengetahui sama ada perlu atau tidak menjalani rawatan HAART. Doktor akan memberitahu keadaan diri orang yang positif 


Pengurangan Kemudaratan 


1. Apa itu pengurangan kemudaratan 
Pengurangan kemudaratan merujuk kepada polisi, program dan pengamalan yang bertujuan untuk mengurangkan kemudaratan yang berkait rapat dengan penggunaan dadah yang psikoaktif oleh individu yang tidak mampu atau tidak ingin berhenti menggunakannya. Aspek khusus yang mendefinisikannya adalah fokus yang menekankan kepada pencegahan kepada kemudaratan daripada pencegahan penggunaan dadah serta memberi fokus kepada pengguna dadah sebagai seorang individu. (IHRA Briefing, Pg 1) 


2. Apa itu NSEP 
NSEP merupakan akronim Needle Syringe Exchange Program atau Program Pertukaran Jarum Suntikan. Ia mengurangkan risiko jangkitan HIV dan jangkitan peyakit berjangkit lain yang berkaitan dengan perkongsian jarum di kalangan Pengguna Dadah Suntikan. 


3. Pendekatan Malaysian berkaitan NSEP 
Malaysia mengambil pendekatan Drop In Centre (Pusat Singgah Masuk) dan Pekerja Temuseru (Outreach Worker). Pusat Singgah Masuk menyediakan perkhidmatan : 

   a) Pertukaran jarum 
   b) Kaunseling 
   c) Rawatan ringan 
   e) Tempat Rehat 
   d) Makanan dan Minuman 

Pekerja Temuseru merupakan bekas pengguna dadah suntikan yang dilatih untuk menjalankan NSEP. Mereka akan ke “port” dan melakukan kerja-kerja NSEP mengikut Garis Panduan yang telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan 


4. Purata umur klien yang mengunjungi DIC 
Untuk NSEP ada garis panduan yang menyatakan bahawa IDU di bawah 18 tidak boleh mengujungi DIC. Mereka harus merujuk kepada agensi lain seperti AADK. Umur klien adalah di antara 25 – 50 tahun. 


5. Ada berapa Tapak Termuseru di Malaysia dan di manakah lokasinya? 
Terdapat 17 Tapak Temuseru (Outreach Sites) di seluruh negara kecuali Sabah dan Sarawak. Kesemua Tapak Temuseru ini diselenggara oleh Badan Gabungan Negeri di bawah MAC. Lokasi adalah seperti berikut : 

a) Kedah (Cahaya Harapan) 
   1. Alor Setar 
   2. Sungai Petani 

b) Penang (AIDS Actiion Research Group) 
   1. Gelugor 
   2. Seberang Prai 

c) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 
   1. Chow Kit (IKHLAS) 
   2. Jalan Pudu (KAWAN) 

d) Selangor (Insaf Murni) 
   1. Kajang 

e) Melaka (Kelab Rakan Melaka) 
   1. Alor Gajah 

f) Kelantan (SAHABAT) 
   1. Kota Bharu 
   2. Pasir Mas 

g) Terengganu (CAKNA) 
   1. Kuala Terengganu 

h) Pahang (Drug Intervention Community) 
   1. Kuantan 
   2. Jengka 
   3. Bera 
   4. Bentong 

i) Johor(Intan Life Zone) 
   1. Johor Bharu 
   2. Kluang 
   3. Mersing 


6. Apa itu Methadone Maintenance Therapy (MMT) 
MMT merupakan terapi dadah gantian yang menggunakan methadone sebagai medium mengurangkan aktiviti menyuntik dadah. 


7. Sejauh mana MMT berjaya mengurangkan kemudaratan? 

   1. Mengurangkan jenayah yang berkaitan dengan dadah 
   2. Mengurangkan gian untuk menyuntik 
   3. Memberikan peluang kepada IDU untuk pulih dan kembali bekerja 


8. Adakah menyalahi undang-undang jika kita memiliki/membawa lebih dari 3 paket kondom 
Tidak ada peruntukan undang-undang mengenai kondom. Bagaimana pun kondom boleh digunakan sebagai bukti berdasarkan keadaan (circumstantial evidence) jika ditangkap dengan tuduhan mencari pelanggan untuk  tujuan seks. (soliciting sex) 


9. Adakah NSEP meyumbang kepada Peningkatan bilangan penagih dadah di Malaysia? 
Tidak ada bukti menyokong kenyataan ini. Malah dalam banyak kajian yang dilakukan, NSEP sebenarnya mengurangkan kadar penagih dadah suntikan. 


Sumber DISINI




No comments:

Post a Comment

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST